CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1757|Reply: 0

Boleh Ke Ibu Menyusukan, Minum Ais?

[Copy link]
Post time 26-11-2015 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Selepas bersalin sememangnya begitu banyak sekali ya, pantang larang buat si ibu. Jika tidak diikuti takut jadi bentan dan mengganggu kesihatan si bayi.


Begitulah antara alasan yang dikatakan agar si ibu kekal sihat dan cergas selepas bersalin. Antara soalan yang popular ditanya, adakah ibu yang menyusukan boleh minum ais?


Rasa bimbang menyebabkan kaum ibu mengelakkan ais sedangkan ia menjadi kegemaran mereka. Jom lihat sama ada ibu menyusukan boleh minum ais atau tidak?








1. Ramai menganggap dengan minum ais, ia menyebabkan masalah kesihatan kepada bayi. Ini kerana ia bersifat sejuk dan membuatkan bayi terkena selesema dan juga demam.


Tidak kira ais atau pun aiskrim, ia tidak menyebabkan kondisi badan ibu berubah secara drastik. Ini bermaksud, susu badan tidak terganggu menjadi sejuk.




2. Susu badan tetap dihasilkan dengan hangat pada suhu 37 darjah celcius dan tidak terganggu dengan pengambilan minuman sejuk atau ais.




3. Namun, untuk menjaga kesihatan dalaman ibu menyusu, lebih baik mereka mengambil air suam kerana ia tidak mengakibatkan badan menjadi lemah dan lesu.





(Sumber foto: carian google)





4. Yang menjadi larangan ialah pengambilan jamu atau ubat yang merangsang badan kerana bayi menyusu badan selalunya tidak tahan dengan bahan-bahan tersebut.   




Kesimpulannya, minuman berais tidaklah menjadi kepantangan dan ia hanyalah mitos dengan pelbagai 'kesan sampingan' akibat minum ais tersebut.


Apa pun, bersederhana mengambil apa sahaja makanan dan minuman, terutama bagi anda yang menyusukan bayi. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.223008 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list