CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2907|Reply: 4

YEO’s BERWAJAH BARU “Wajah Baru Menyegarkan, Rasa Sama Mengujakan”

[Copy link]
Post time 26-11-2015 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), syarikat peneraju minuman dan makanan, dengan bangganya mempersembahkan wajah baru rangkaian minuman Yeo’s dengan motif ‘Pelangi Hijau”. Penampilan pek baru yang lebih moden dan menyerlah ini berhasrat mencapai segmen populasi yang lebih besar terutamanya golongan yang lebih muda, di mana wajah baru ini akan mengujakan semua.

“Yeo’s merupakan jenama yang kaya dengan tradisinya dan sentiasa menghasilkan produk yang terjamin halal dan lagi berkualiti kepada pengguna. Minuman utama Yeo’s seperti Susu Soya, Krisantimum, Teh Kundur, Laici, Teh Hijau, Tebu dan Teh Ais Limau dan sebagainya, merupakan hidangan yang digemari oleh warga Malaysia sejak sekian lama. Kami berharap dengan penampilan baru produk yang berkualiti ini akan terus menjangkau golongan pengguna yang lebih besar terutamanya generasi muda,” kata Ong Chay Seng, Naib Presiden Kumpulan Yeo’s – Malaysia dan Indonesia.









“Minuman kegemaran ini sekarang ditampilkan dengan motif ‘Pelangi Hijau’ pada pembungkusannya melambangkan  Kebaikan Semulajadi, Segar, dan Keharmonian. Ini adalah seiring dengan kualiti yang telah lama dinikmati oleh para pengguna,” kata Ong lagi.



Pelangi Hijau, simbolik yang membawa makna Kebaikan Semulajadi, Segar, dan Keharmonian, adalah seiring dengan tradisi dan komitmen Yeo’s dalam menghasilkan yang terbaik kepada pengguna. Berkait dengan ‘Yeo’s Ceria Ria Pelangi Hijau’, Ong berkata wajah baru ini berhasrat membawa penampilan yang lebih segar pada imej yang berupaya mempertingkatkan jenama Yeo’s ke tahap yang lebih tinggi. Menurut Ong, Yeo’s merupakan jenama yang kukuh di pasaran dan kini Yeo’s bersedia untuk memberikan nafas baru untuk mendekati segmen populasi golongan muda yang lebih besar di mana mereka akan tertarik dengan penampilan terbaru ini. Tambahan lagi, kesedaran kesihatan yang telah semakin dititikberatkan oleh generasi muda zaman ini akan menjadi tarikan mereka untuk membuat pilihan terhadap minuman yang berkhasiat, bernutrisi dan kurang gula seperti yang disediakan oleh Yeo’s.



Rangkaian minuman Yeo’s yang terlibat dalam transformasi berwajah baru  termasuklah Yeo’s Krisantimum, Susu Soya, Teh Kundur, Tebu, Teh Lemon Ais dan Teh Hijau Jasmin di mana kesemuanya masih mengekalkan rasa sama yang tetap mengujakan!

Seiring dengan pelancaran wajah baru ini, Yeo’s turut melancarkan sebuah cabaran amal iaitu ‘Yeo’s Happy Wonderful Green Rainbow Charity Challenge’ atau ‘Cabaran Amal Yeo’s Ceria Ria Pelangi Hijau’ dalam mengumpul dana sehingga RM 100,000 untuk enam buah rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia. Setiap gambar atau video yang diterima daripada semua melalui cabaran amal ini, Yeo’s akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM 1 dan RM 10 masing-masing.

Orang ramai boleh menyertai cabaran ini dengan menghasilkan sebuah video berdurasi 30 saat dengan lagu Yeo’s atau ambil gambar bersama rangkaian minuman Yeo’s menggunakan telefon pintar dan muat turun ke laman sosial media dan hashtag #yeoscharitychallenge. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sejumlah RM 1,000 selama 14 minggu. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman web www.yeos.com.my.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 04:18 PM | Show all posts
YEO'S YEOGURT manis ... sungguh tak mampu nak minum ... sekali dah cukup ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:30 PM | Show all posts
sedap



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan eajah apa td
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 01:23 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Tak cantek pong wajah baru tu...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.134603 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list