View: 8484|Reply: 86
|
Siri I - Ilmu tafsir dan cabarannya masa kini
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 31-12-2015 12:52 PM
Assalamualaikum kepada pembaca yg dihormati,
Saya paparkan atau kongsikan sedikit info mengenai ilmu tafsir dan cabarannya masa kini bersandarkan buku yg bertajuk Penyelewengan dalam Tafsir Al Quran , buku ni terdiri daripada 6 bab dan amat ringkas , informative dan sarat dengan kandungan yg ilmiah dan bless them yg berusaha menyebarkan ilmu bermanfaat.
rujukan : Penyelewengan dalam tafsir Al quran
Tengku Intan zarina Tengku Puji
Mazlan Ibrahim
pp23 - 30; bab 3 - pendekatan hermeneutik dalam pentafsiran Alquran
kebanyakan intelektual muslim yg berkiblatkan fahaman liberal sering atau terdorong menggunakan pendekatan 'hermeneutik' dalam pentafsiran al quran. mereka menolak bentuk atau kaedah tafsiran yg telah tersedia ada melalui pendekatan ' tafsir bi al mathur' - rasanya sesiapa lebih well verse in arabic boleh bantu dalam memperjelaskan kalimah ini.
apakah itu kaedah hermeneutik ? satu kaedah memahami al quran yg banyak mempengaruhi oleh so called 'ilmuwan islam modernis' yakni nama nama yg tidak asing lagi dalan kalangan yg meminati ilmu tafsir , falsafah agama etc. mereka ialah Fazlur Rahman, Mohammed arkoun, nasr hamid abu zayd, Farid essack, Nurcholis Madjid ( hahaha i am sure someone would be smiling here ) , Dr Alwi Shihab, Mohammad Abid al jabiri, amina wadud ( tau siapa ni kan) , Asma barlas etc.
so- Fahami makna ilmu hermeneutik dan anda tahu kat mana ia berasal. ia adalah satu sains pengkajian teks teks agama semitik ( selain islam ) dan selain menganggap ia yakni hermeutik sebagai kaedah , ia juga actually boleh dilihat sebagai satu falsafah. bila sebut falsafah - basically dalam bahasa mudah ia lebih kurang ilmu macama mana satu kefahaman itu diperolehi dan makna sesuatu difahami.
so hermeneutik ni ada dua aliran ; objective dan subjective dan nama nama seperti Freidrich Schleiermacher (1768 -1834), Wilhelm Dilthey ( 1833 - 1911) dan Emilio Betti ( 1890 - 1968) adalah pendokong / proponents utama aliran ini. Aliran subjective pula - Martin Heidegger (1889 -1976) dan Hans -Georg Gadamer.
Tapi dalam bebanyak nama tu - Friedrich Schleiermacher yg mempelopori bidang pengubahan analisis teks daripada sudut bahasa dan falsafah dan beliau juga dikenali sebagai Bapa hermenutik moden dan pengasas Protestant liberal.
so apa beza pendekatan hermenutik dan ilmu tafsir , so penulis menerangkan bahawa terdapat 5 perbezaan ketara iaitu :
1. hermeneutik menganggap al quran sebagai teks atau 'karya' sedangkan islam dah secara jelas memahami bahawa al quran itu ialah kalamullah dan rasul menerima al quran itu dalam bentuk wahyu.
So, golongan modernis liberal dok anggap al quran sebagai ' muntaj al - thaqaffi' - yg terhasil daripada sejarah, politik dan budaya arab . ( ini jelas kan sangat ? mana hujah pun selalunya elemen ini muncul )
Jadi ini amat bertentangan dengan firman Allah yg menjelaskan secara terang bahawa al quran itu adalah kalam-Nya yg diwahyukan / dinuzulkan kepada baginda nabi muhammad SAW melaui jibrail dan dalilnya dalam surah al - shuara : 192 -194 )
"dan sesungguhnya al quran ini benar benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. ia diturunkan oleh Ruh Al Amin ke dalam hati - mu ( Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang orang yg memberi peringatan.
Penulis juga memetik pernyataan Nasr Abu Zayd ( 2004) seorang sarjana Islam dalam satu kertas kerja yg membawa tajuk " human rights and renewing of religious discourse: How can the arab world benefit from the experiences of the non - arabic islamic world' dan pernyataan beliau ialah
' Al quran adalah living phenomenon yg terhasil daripada dialogue, perdebatan, dakwaan, penerimaan dan penolakan'. Sehubungan itu , dimensi kemanusiaan dan komunikasi ini adalah struktur al quran yg semestinya diterjemahkan semula melalui pendekatan hermeneustik'.
So , apa bezanya ? bezanya islam menerima al quran sebagai wahyu yg 'jaliyy' satu bentuk penurunan wahyu kepada rasulullah saw dan baginda dikatakan oleh penulis yg memetik rujukan Khalid Abd Rahman al - Ik, 1994 ) , menerima wahyu dalam keadaan ' buraha' akibat beratnya apa yg disampaikan oleh al quran.
2. pendekatan hermenutik tidak memetik sumber wahyu disebabkan pengasasan ilmu ini yang berakarkan umbikan sejarah eropah pre - post renaissance dan ahli teologi agama semitik yg lain dalam mengkaji teks mereka.
fazlur rahman , menurut penulis , dilihat cenderung kepada pendekatan hermenutik Emilio Betti daripada Gadamer.
Ilmu tafsir ,on the other hand sangat berbeza dengan pendekatan ini - sebab ia bermula dari world view ( weltanschauung) Islam . Selain itu , ilmu tafsir ni terdiri daripada gabungan beberapa sub disiplin sokongan sebagaimana diterangkan oleh Sayuti ( 1992) yakni ilmu tafsir tu yerdiri daripada aspek mengetahui nuzul ayat ( asbabun nuzul ) dan keadaannya - sebab sebab turunnya ayat, susunan ayat ayat makkiyah dan madaniyyah, muhkam dan mutasyabihat ( ingatkan ni ustazah kita dok ajaq form 1 and form 2 pendidikan Islam ??? sebab tu jangan tinggal ilmu , hormati guru ) , nasikh dan mansukh, khas dan am, mutlaq, muqayyad, mujmal dan tafsirannya , halal, haram , wa'ad dan wa'id, perintah dan larangan, ibarah dan amthal.
hermeneutk mengenepikan unsur asbab al nuzul, nasikh dan mansukh, balaghah dan etc.
Sesiapa boleh kupas frasa 'SIYAQ KALAM' ???
3. ia bertentangan dengankaedah 'usul tafsir' . tafsir dan takwil lebih valid dan kukuh sebab pendekatan manhaj rabbani yg digariskan oleg rasulullah saw sendiri dan para ulama selepas baginda. Bukti - lihat dari aspek ilmu tafsir itu, masadir istilah diberikannya - daripada al quran, hadis , aqwal sahabat dan dan ijma tabiin.
khalid abdul rahman al- Ik ( 1994 ) dalam bukunya - Usul al tafsir wa qawaiduhu menerangkan ada 9 aspek yg berkaitan tafsir yg patut ditekankan iaitu - 1) tafsiran menepati apa ingin ditafsir kan itu
2) makna dan hakikat majaz dipelihara 3. ada coherent antara makna dan tujuan dengan ' siyaq al kalam' ( dan juga bahasa arab , ahli lisan yg mahir dalam setiap nahu bahsa arab ) , munasabah nya tafsiran itu dengan menekankan aspek asbab- nuzul .
hermeutik tak ambil kisah hal ni semua , malah kaedah tafsir amat longgaq.
amnah wadud dikatakn cuba membawa pendekatan pemahaman al quran dalam aspek sudut pandangan wanita ( pulak dah ) dan ini terpancar dalam pertikaian dress code wanita yg kita tahu akan cuba dimomokkan as ' budaya arab' . modernis yg terkenal sorang tu kata - quran perlu ditafsir secara independent tanpa sokongan hadis etc ( hmm ni depa )
4. pengabaian apa yg dinamakan taallum - depa ni berguru dengan siapa dan method pengajian ilmu tafsir beza dengan lokasi modernis ini mendapat pendidikan . aspek seperti riwayah dan dirayah dalam pengajian ilmu tafsir para ulamak tak ditekankan ( diketepikan - itu istilah digunakan penulis).
dan ini impak besar dalam appreaciating aspek 'sanad' , atau bagaimana ini memberikan kesan dari aspek penilaian yg perlu dipatuhi ketika ijtihad.
konsep taallum ni penting dalam penentuan sesuatu sahih dan vice versa dan aspek sanad tu penting. Ilmu tafsir ni diperolehi dari rantaian pengajar dan pelajar mula dari zaman rasulullah saw , kadah yg disepakati, karangan yg muktabar as : tafsir al quran azim, tafsir inb kathir, wanwar al tanzil wa asrar al ta'kwil, tafsir al baidawi, jami albayan fi tafsir al quran dan tafsir al tabari etc.
5. penolakan elemen elemen yg berkaitan sebab musabab quran diturunkan iaitu persejarahan peristiwa yg berlaku - mereka menolak mukjizat kisah nabi nabi dan etc. Sedangkan ini penting untuk merakamkan kisah umat terdahulu untuk dijadikan ibrah dan lesson to learn from.
apakah kaitan ini - dengan surah an nur 31??
ni contoh salah satunya :
jamal al banna ( 2003) dalam buku yg bertajuk tafsir al quran alkarim baina al qudama ' wa al muhaddithin telah melontarkan kritikan terhadapsurah An Nur ayat 31 dan dia persoalkan hal khimar para ulama yg berpegang pada tafsiran Ibn Abbas yg kita tahu tafsirann itu menerangkan kain menutupi kepala sehingga nampak mata . Beliau cuba pegang pada rasional yg ulama silam tak layak dijadikan landasan berhujah. dan seperti biasa idea kebebasan ' tiada paksaan dalam beragama dibawa; dan ditafsir secara longgaq. ( page 29 ) dan malah surah al araf : 26 depa hanya tekankan " ........menutupi bahagian - bahagian aib' - ni page 71 bab 6 : isu feminin yg dibawa oleh golongan anti hadis dan .....golongan tu laaa
surah al ahzab : 59 tu kan allah dah firman dam maksud firman tu menyaran kepada penutupan kepaladan rambut tapi golongan ini dok tekankan adalh bahagian dada, depa lupa yg surah ahzab : 59 tu ialah saranan hijab shar'i iaitu hijab tu sendiri disarankan kepada sietri rasullulah saw dan muslim ladies dan hijab tu maksudnya dlm kitab kitab tafsir - tudung yg menutupi tubuh wanita dipakai atas baju. ( pp71 - 73 ).
tafsiran longgar mereka
bertentangan dengan yusor qardhawi - 1985 - yg menyatakan aurat wanita seperti mana disetujui oleh ulamak muktabar -semua kecuali muka dan tapak tangan dan qurtubi pun menerangkan aspek yg sama.
why ini berlaku ? sebab depa mengenepikan unsur - 'sebab turun ayat' - menurut catatan An Nuqqas - sebab ayat ni diturunkan ialah wanita zaman itu tutup kepala dengan khimar yg dilepaskan ke belakang leher - ni kita panggil selepang belakang - sobhgn tengkok terdedah atas dada terdedah dan juga telinga terdedh so Allah firman suruh tutup bhgn terbabit .
secara logik akal - kita tahu aurat dalam solat - kita menutup apa yg disuruh so luar solat pun takkan hukum berubah , kan.
dan saya ingin menambah waktu ambil wuduk pun dispesifikasi - muka dan kepala ada dua bhgn yg berbeza.surah an nur dah jelas.
ini lah yg saya mampu buat kerana kesuntukan masa
semoga bermanfaat kepada semua saudara muslimin dan muslimat.
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg fasih dalam arabic boleh bagi glossary.
Kepada saudara burung antu - your input is needed dan i banyak kali nak hantaq buku ni kat you tapi tak hantaq , i try to find time insya Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
pertama sekali
kenali ilmu tafsir dan disiplin sokongannya
dan lastly i hope dalam apa apa ilmu penghayatan tu penting , hargailah tokoh ilmuwan dan sarjana yg benar dan segala lelah penat mereka untuk umat Muhammad SAW.
islam masa kini amat challenging so equipped yourself with the right knowledge dan plese berguru = ni saranan Puan Baulu yg saya hormati. |
|
|
|
|
|
|
|
ini bertentangan dengan yusor qardhawi - 1985 - yg menyatakan aurat wanta seperti mana disetujui oleh ulamak muktabar -semua kecuali muka dan tapak tangan dan qurtubi pun menerangkan aspek yg sama
Puak puak yang kononnya mengelarkan diri mereka ulama, ini saja yang pandai...wanita, aurat..kongkek, bersetubuh haid dan nifas..bila bercakap pasal benda lain zero...kosong..menganga mulut..minda jadi kosong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mashimaru83 at 30-11-2015 01:13 PM
why ini berlaku ? sebab depa mengenepikan unsur - 'sebab turun ayat' - menurut catatan An Nuqqas - sebab ayat ni diturunkan ialah wanita zaman itu tutup kepala dengan khimar yg dilepaskan ke belakang leher - ni kita panggil selepang belakang - sobhgn tengkok terdedah atas dada terdedah dan juga telinga terdedh so Allah firman suruh tutup bhgn terbabit . Mod tahu mana nak dapat catatan An Nuqqas itu?
Mengapa 'khimar'?
Ada yg kata khimar digunakan disebabkan 'tradisi' orang arab dahulu yg memakai khimar.
Tetapi kenapa tidak baju? Bukankah baju itu suatu pakaian yg memang dipakai oleh orang arab? Mengapa tidak baju itu sendiri digunakan utk menutup bahagian dada? Bukankah memang itupun fungsi baju?
Kenapa Allah swt, dalam ayat Al-Quran, secara spesifik menggunakan khimar tetapi tidak baju? Menggunakan 'sebab ianya tradisi' bagi saya agak longgar, kerana orang Arab dahulu turut memakai khimar dan juga baju. Pemilihan khimar itu sendiri memberitahu kita, bukan dada sahaja yg perlu ditutup...
Adakah persoalan begini ada dijawab ataupun dibincangkan oleh An Nuqqas dlm catatan beliau?
P/S: Telah diedit utk mencerahkan lagi apa yg saya cuba sampaikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
penulis hanya mencatat penerangan al nuqqas yg menceritakan tentang khimar - kain yg depa guna untuk tudung kepala dan selalunya depa selepang belakang.
so allah suruh depa labuhkan khimar tu tutupi bahagian dada.
|
|
|
|
|
|
|
|
okay let me quote ayat sebenar ya
' antara sebab turun ayat ni adalah wanita pada zaman tersebut menutup kepala dengan khimar yg dilepaskan di belakang tengkok. Menurut al Nuqqas keadaan ini telah mengakibatkan terdedahnya bhgn seperti bahagian atas dada , dada, leher dan telinga. Allh memerintahkan supaya dilABUHKAN khimar hingga menutup belahan BAJU di dada'
ini ayat petikan sebenar saya quote pp: 71 - 72
heheh mashimaru - u gotta to get the book
or i can scan and give it to u ?
just u need to give me your email.
saya totally bersetuju tang part yes khimar tu diarahkan untuk DILABUHKAN dan tak sekadar baju yg tutup
so khimar tu ain tutup kepala
|
|
|
|
|
|
|
|
well based on what i have read, firman allah tu menyempurnakan dres code wanita arab zaman abad ke 7
dan kalau anda menyifatkan '....tradisi.. tu agak longgaq' then why ya?
penulis tu tak quote cite al nuqqas.
|
|
|
|
|
|
|
|
mashi - i rasa surah al ahzab : 59 dah menjawab soalan you ke tang pemakaian hijab shari'ie? yakni fabric atas baju untuk tutup aurat?
ni pendapat saya lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau i ada masa insya ALLAH i sambung lagi beberapa aspek. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang berpendapat perintah Allah swt itu hanyalah utk menutup dada dan bukannya menutup rambut.
Bagi mereka, penggunaan khimar dalam ayat tersebut hanyalah tradisi orang Arab semata-mata dan bukanlah bermaksud wanita perlu menutup rambut. Jadi, asalkan sudah menutup dada, tidak perlulah khimar atau tidak perlulah menutup rambut.
|
|
|
|
|
|
|
|
well...depa kena tahu apa itu kepala dan apa itu muka
muka tak sama dengan kepala
ayat an nur tu dah kata kecuali ' what is apparent' - tang ' what is apparent ni ' ialah muka dan tapak tangan
i guess they can rujuk al ahzab jugak.
so , depa kalau ikut logik - kenapa nak confuse
dalam solat kena tutup aurat so dalam luar solar pun kalau berada dalam konteks yg bukan mahram , sama juga batas aurat
ImamAbu Jafar Tabari: "The strongestand most accurate view is that which says that the exemption refers to theface and the hands. Also included are kohl, rings, bracelets, and makeup.We say that this is the strongest and most accurate opinion because allscholars are unanimous that everyone who needs to pray must cover the awra inhis or her salat. A woman may reveal the face and the hands in her salat, whileshe must cover the rest of her body. What is not awra is not haram to berevealed"
from his tafsir of Surah an-Nur ayah 31, this is in Volume 18, pages 118-119of Jami Bayan Ta'wil al-Qur'an
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe i tahulah yg quran tu kalamullah dinuzulkan kepada rasulullah saw dan baginda berbangsa arab - dan bahas arab tu bahasa al quran
tapi quran tu untuk umat Muhammad SAW
sama juga baginda rasulullah saw - baginda diturunkan kepada manusia dan .......sambung
so itulah tu ....perbezaan tafsir hermeneutik versus pendekatan manhaj rabbani
|
|
|
|
|
|
|
|
Memandangkan kita dok bincang bab fiqh wanita, ustaz sy yg dok ajar tafsir introduced satu konsep yg kena pegang.
"Tiru wanita2 beriman sekeliling nabi ie isteri2 dan anak perempuan nabi". Kaedahnya, cth, klu bukan saidatina Fatimah yg kita tiru, maka di akhirat nnt kita tak akan jumpa saidatina Fatimah, even kilas wajahnya. Wanita2 yg tak nampak saidatina Fatimah, tidak mungkin akan nampak Rasulullah semasa azab di Pdg Mahsyar lg. Sapa tak nmpk rasulullah maka takdak lah syafaat baginda.
Cth praktikal, solat wanita sedikit berlainan dr lelaki. Kerana org laki ikut rasulullah, yg perempuan ikut wanita2 beriman yg ditarbiah rasulullah. |
|
|
|
|
|
|
|
So, "nak kena tiru sapa" dah menyebabkan ada satu ultimate benchmark/target of the do's. But bear in mind ada dalil2 yg mmg spesifik utk isteri2 nabi samada kita dilarang (kahwin slps nabi wafat) ikut atau nak ikut boleh tak ikut boleh mcm dlm kes tutup muka.
Now, for the dont's, check dalil2 berkenaan wanita2jahiliyyah ula.
Jadi, utk yg "in betweens", bawaklah semua2 dalil in betweens nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Btw, sy tak pandai nk komen dr pendapat kitab2 atau sudut bahasa as if ianya dtg dr bacaan atau kajian sy sendiri.
I'm a bit like a parrot, repeat apa ustaz ckp & some times buat satu rumusan utk bagi diri sendiri nk faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, berbalik pd topik asal. Mungkinkah berlaku penafsiran kaedah baru, disebabkan tiada siapa nak ke depan dan bercakap berkenaan ilmu tafsir kepada org awam?
Bukanlah tujuannya utk mengajar org awam utk pandai tafsir, tetapi lebih kepada utk bagitau, ilmu tafsir ni mcm mana dan hal2 berkaitan spy masyarakat tahu tak semua boleh tafsir dan ada yg kena rujuk expert. Cth, tak semua sakit kepala boleh dirawat dgn panadol, there are times kena pi jumpa doktor jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
yeps, kita membicarakan ilmu tafsir as in general di mana teks buku ini menunjukkan pada kita sebagaimana Puan Baulu cakap tu , yes, kena berguru, berujuk padsa yg arif dan pada saya sebelum kita hanya mentafsir ikut kemampuan kita sahaja tanpa menyedari adanya pre syarat keperluan atau memperolehi disiplin disiplin ilmu tafsif itu sendiri. Sebab , itu pengetahuan tentang ilmu tafsir dan mengetahui dan memahami adanya disiplin tafsir ini amat penting supaya kita tidak mudah terperangkap dengan kaedah yg sembrono.
kedua - kalau adanya kaedah baru pun, as the penulis dlm buku ini menggariskan ia hendaklah tak bercanggah dengan mana mana pra syarat yg ditetapkan.
so, pada saya apabilakita mengenal pasti displin ilmu ini kita mengetahui, memahami dan menghargai bukan sesenang tafsir secara literal semata mata.
Rujukan pun kena yg sahih.
|
|
|
|
|
|
|
|
of course kita tak akan komen kitab kitab ini sebab ia dipetik oleh penulis yg jujur menzahirkan sumber rujukannya. hahaha itulah the rules nya , bila kita makinga statement atau dakwaan , kena ada evidence kat mana itru sahaja - sebab org akan menilai rujukan itu. of course mana kita boleh komen kitab kitab tersebut sebab kita tak rujuk depa secara direct. yups difahami.
tapi frasa arab yg digunakan dalam buku ini , saya menghargai kejujuran penulis iaitu untuk mengekalkan makna yg konkrit dan ingin preserve what he/she meant tu dia kekalkan frasa itu dalam bentuk istilah yg dia rasakan tepat.
sebab tu ada beberapa frasa arabic tu pada sapa yg boleh bagi translation bagus jugak .
|
|
|
|
|
|
|
|
of course dan kalau kita notice ada susur galur proses pembelajaran itu diturunkan diakar kepada satu batch ke satu turutan 'pelajar' lain', macam hadith.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|