View: 2395|Reply: 12
|
Dua lagi pegawai kanan polis ditahan – Khalid
[Copy link]
|
|
sumber foto: http://www.freemalaysiatoday.com/
Polis menahan dua lagi pegawai kanannya semalam yang disyaki terlibat dalam kes pecah amanah bagi kontrak baik pulih Bangunan Bukit Aman bernilai RM1.5 juta.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, jumlah mereka yang ditahan setakat ini menjadi sembilan orang keseluruhannya dan reman terhadap mereka akan disambung mengikut keperluan.
Beliau berkata dwemikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Negara 2015 di Kompleks Sukan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
“Kalau tak selesai lagi siasatan, kita akan sambung reman. Ada yang kita akan sambung (reman) dan ada yang tidak.”
Tambah beliau lagi, pihaknya masih menyiasat sekiranya terdapat individu lain yang terlibat dalam kes berkenaan.
Pada 22 November lepas, tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah RM1.5 juta membabitkan kontrak mengubah suai dan membaik pulih ibu pejabat Polis Bukit Aman.
Mereka yang ditahan terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai bawahan dan juga kontraktor. Polis turut menyita beberapa kenderaan mewah dan juga akaun bank milik mereka.
sumber berita : http://www.bernama.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah.nampak juga ada tindakan pada pegawai2 kanan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
polis sendiri buat hal.. hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah aksi meminum cecair sabun mandi akan berulang?
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai anak2 polis tak menjadi..
anak2 kastam, imigresen, pejabat tanah pun sama...hasil benih ini lah yg akan merosakkan negara |
|
|
|
|
|
|
|
khalid x buat tweet ke suruh pdrm tangkap?
|
|
|
|
|
|
|
|
skg tujuan masuk imigresen dan polis adalah utk buat side income |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah, klau org kutuk najib...3 saat dia suda twit twit twit... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampa sgt Bias
|
|
|
|
|
|
|
|
asyik buat twit suruh pdrm tangkap org yg kutuk najib je...
org sendiri sunyi pula twitternya... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau melayu confirm dua orang tu kena fitnah. Sebab mereka tau rasuah tu satu dosa besar. |
|
|
|
|
|
|
|
0-0 replied at 30-11-2015 06:32 PM
Kalau melayu confirm dua orang tu kena fitnah. Sebab mereka tau rasuah tu satu dosa besar.
Yaa betul tuh saya sokong.. Hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|