Setiap hari pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi dan lewat petang, pastinya kelihatan anggota polis trafik bertungkus-lumus mengawal aliran trafik yang semestinya penuh sesak dengan kenderaan daripada semua arah.
Tanpa mengira hujan atau panas, tugas setiap anggota polis trafik tetap dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Baru-baru ini, terdapat paparan visual yang menggunakan kamera GoPro rakaman polis trafik yang sedang bertugas pada Sidang Kemuncak Asean Ke-27 kini menjadi viral di media sosial.
Video bertajuk “Kuda Putih Dalam Hujan” dimuatnaik menerusi Facebook Friends of PDRM pada Khamis dan hingga kini ditonton 74,645 kali.
Kamera GoPro yang diletakkan pada helmet anggota polis berkenaan merakamkan pasukan peronda itu mengiringi pemimpin Asean ke destinasi mereka ketika hujan.
Rakaman durasi 1.28 minit itu memberi penghargaan kepada pengguna Facebook, Khayrol Nizzam yang dipercayai anggota polis trafik yang merakamkannya.
Maklum balas kepada video itu sungguh positif dengan pengguna Facebook memuji tugas anggota polis trafik.
Pengguna Facebook, Abam Pejoi mengucapkan tahniah kepada anggota polis yang bertugas sepanjang sidang kemuncak itu dan berharap mereka yang cedera akan segera sembuh.
Zulfadzli Ridzuan memuatnaik: Dalam hujan boleh macam ni punya laju, berani betul polis ni. Kalau aku ride dalam hujan laju macam ni, mau kempis jantung aku, takut tergolek. Tengok video pun dah seram.
Justeru itu, jangan kita hanya seorang dua polis trafik yang berkelakuan buruk, kita pun turut memberi persepsi negatif terhadap semua pasukan polis trafik.
Bagi saya adalah sangat tidak adil kerana sebenarnya ramai anggota polis trafik betul-betul berkhidmat dengan penuh dedikasi demi rakyat dan negara.
Sama-sama kita menghargai sumbangan pasukan 'Kuda Putih' tersebut.
i kesian tengok abam-abam polis ni adalah..kehebatan mereka cuma di utilize untuk eskot vvip..alangkah baiknya kalau kecekapan tu digunakan untuk mengejar penjenayah dan lain-lain..
ngeri aku tengok dia laju cam tu..
lagi ngeri bila driver-driver vvip mcm bongok tak reti drive satu lorong elok-elok..
bersepah-sepah kiri kanan..
kan lebih teratur klu drive satu barisan je..
siap ada yang makan jalan lagi..
kan ade viral ritu. kalau vip nak lalu jalan. kene bangun tido awal cam kite rakyat marhaen. bayar tol sume. baru betul. plus kene saman jugak patotnye. duit tu pergi kat situ gak. jangan asek nak free.. kalau bayar pastu claim kendian pun okey. sbb kadang2 kite pn camtu..