CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
Post time 3-12-2015 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 02:19 AM | Show all posts
Menguap masa solat...dulu selalu camtu. Tak kira waktu solat. Masa tu fikir ada jin dalam badan ni duk kacau.

So TT, apa rahsia terbongkar lepas raya tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 05:16 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 05:50 AM

Aku paling rapat dengan anak buah aku yang comel ni, Ziyad. Umur dia dua tahun lebih.

Satu petang, Ziyad join duduk kat meja kerja aku kat umah. Aku bagi dia kertas pensel pemadam supaya dia tak kacau aku wat keje. Tak lama tu tetiba dia buang habuk pemadam ke bawah meja.

"Kenapa Yad buang ke bawah?" tanya aku. Sebab kitorang tak pernah ajar dia buang sampah merata.

"Kawan main," jawab Ziyad. Dia pun pandang bawah meja. "Kawan nak main."

Terdiam aku dengar. Ada kawan kat bawah? Kat tepi kaki aku ker....?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 06:16 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 06:25 AM

Pastu tetiba Yad turun dari kerusi. Sambil pegang penyandar kerusi, dia hayun-hayunkan kaki dia ke depan ke belakang macam tengah hepi sangat.

"Kawan goyang kaki,"  kata Yad tanpa aku tanya.

Aku terus perati dia sambil kawal muka cuak. Kalau betul ada benda kacau Yad, aku takmo benda tu tau aku tengah seram.

Pastu Yad lari pusing-pusing dalam bilik macam tengah main dengan somebody

aku... er... apakah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 06:36 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 10:55 AM

Aku terus dukung Yad bawak pegi ke Angah yang tengah buat kuih kat dapur.

"Angah, siapa 'kawan' Yad ni?" tanya aku straight forward.

Angah yang memula senyum tengok aku datang ngan Yad, terus berubah air muka.

"Yad ni dari haritu lagi... asyik cakap kawan, kawan... hendaknya kalau nak mandi, dia selalu ajak 'kawan' dia masuk bilik air."

Hiii.... dahlah angah ni surirumah, tinggal bertiga je ngan dua anak kecik. Tetiba ada 'orang keempat' main2 ngan anak dia plak.

"Kenapa? Dia buat apape yang pelik ke?" tanya angah balik. Aku ceritakan apa yang berlaku dalam bilik tadi.

"Tak pernah pulak sampai gitu sekali," komen angah.

Aku sarankan angah cecepat bawak Yad gi berubat. Tapi angah cam tak ambik serius pasal tu. Bagi angah, normal kalau budak kecik umur Yad ni berimaginasi camtu.

Sejak tu aku risau dan terpikir2 pasal Yad. Dan diri sniri.

Sebenarnya aku dah lama syak aku ni kena gangguan makhluk halus. Sejak kat uganda lagi aku dah perati diri aku yang pelik ni. Tapi sebab aku tak pernah histeria, tak de nampak kelibat2, tak dengar orang ketawa memalam ke apa... so aku anggap bukan gangguan. Apa benda yang kacau, taktau.

Tapi bila Yad jadi pelik camni takutlah aku... Bukan takut kat benda tu, tapi takut kalau Yad kena kacau disebabkan aku. Sebab aku rapat sangat ngan dia sampai benda aku ni pun suka dia. Aku bimbang Yad jadi gila po*no cam aku dah besar nanti. Ya Allah, mintak lindung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 06:44 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 06:59 AM

Minggu depan tu, Angah ajak aku teman dia gi Darussyifa'. Dia nak bawak Yad baca doa. Kata angah, malam kelmarin Yad terjaga dan meraung-raung tengah malam.

Bila angah pergi kat dia, Yad nangis2 tunjuk kat sudut bumbung bilik. Angah terus meremang tak berani pandang belakang. Pastu dia pindahkan Yad tidur sebelah, kat bilik keje bapak dia. Baru Yad bleh tido ngan tenang.

Lagi la aku rasa bersalah... Sebab bilik Yad tu memang tempat lepak aku setiap kali gi umah diorang. Takkan la ada benda aku cicir kat situ ikut Yad pulak?

Hadu... cemacam aku fikir. Aku pun ikut angah gi Darussyifa'. Alang2 jampi sekali kepala aku yang pelupa nyanyuk cam nak gila ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-12-2015 06:55 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 05:47 PM

Seblum ni pernah dua kali aku datang DS ni. Sekali seblum gi uganda, teman member interviu. Lagi sekali lepas balik dari uganda, teman member datang kuliah malam selasa. masa kuliah tu berlangsung, aku duk bawah kat tempat solat perempuan. Aku nak try la dengar apa isi kuliah tu, citer pasal herba2. Tapi sampai ke sudah aku tido mati.

So, ini kali ketiga. Dengan angah dan Yad. Kitorang masuk bilik sekali. Aku baca ngan sorang ustaz. Angah dan Yad ngan ustaz lain.

Aku terus cakap yang aku rasa macam kena gangguan. Sebab dah lama buat research, memang banyak tanda tu kat aku. Cuma aku nak confirmation je dari orang yang labih tau.

Yang si ust ni tanya cemacam. Antaranya dia tanya, "pernah tak dia sentuh awak?"

Aku pun jawab dengan bendulnya, "Ya." Dalam mimpi. Tak pernah la kena real sampai selak2 kain cam ramai dalam bod ni kena.

Lepas2 tu dia tanya lagi soalan yang sama, pernah kena sentuh tak? Aku jawab lagi, ya.

Ih, aku lempang ust ni kang. Apehal nak suh bagitau banyak kali pasal 'sentuh'2 tu? Malu la aku. Dah la ust tu hensem!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 07:17 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 07:20 AM

Pastu ust baca doa kat aku. Tangan dia pegang kepala aku.

Erk..... 1st time laki bukan mahram pegang aku ngan sengaja. Aku rasa janggal. Takpe, sabar...

Tak lama tu, pening. Eh, apa ni?

Elok2 aku tolak tangan ust tu dari kepala. "Boleh tak jangan pegang kepala? Saya segan la. Saya belum kawen," kata aku sambil pegang pipi. Tah apesal aku bereaksi camtu. Mungkin aku memang segan, sebab selalu dalam paper tunjuk pengantin je yang main pegang kepala pempuan ni.

Lagipun, masa teman Nurul berubat kat uganda dulu, ust tu pakai glove dan sentuh kepala Nurul ngan telunjuk je. Takde la sampai pegang terus ngan tangan. Ni janggal betul aku rasa. Dan, cuak sebab tetiba aku pening.

Ust tu pun jarakkan tangan dia dari kepala aku dan sambung ruqyah. Pastu dia suh aku mandi air daun bidara.

Habis cite aku, aku tengok angah ngan Yad pulak. Angah bagitau ust yang dia dah lama tak bersolat. Tekejut ust. Dan aku. Angah kata dia rasa malaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssssssssssssssssssss sangat nak solat. Bila masuk waktu je dan2 dia buat keje lain, sedar2 dah habis waktu.

Ya Allah, seramnya aku. Cemana berat pun dugaan yang aku rasa sebelum ni, berat lagi kalau tinggalkan solat. Aku kesian sangat ngan Angah.

Ust pun nasihat+bebel pasal solat, ngan aku sekali kena, pastu baru baca doa kat angah ngan Yad. Habis sesi. Dalam perjalanan balik tu aku cuma tersandar kat kerusi kereta. Tah kenapa rasa letih tak bermaya je. Nak borak pun cam malas. Kepala aku penuh ngan persoalan...

Asal pening ni? Aku betul ada gangguan ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2015 07:32 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-12-2015 09:40 AM

Tak puas hati. Pastu aku datang lagi ke DS. Kalini pergi sendiri tanpa teman. Aku nak tau gak aku ni betul ade gangguan ke tak.

Tapi perawat2 DS memang takkan cakap. Baru aku tau. Jenuh aku datang banyak kali, try dengan ramai perawat untuk dapatkan 2nd, 3rd, 4th, 5th opinion. Baca ngan perawat2 tu ada yang tak rasa pape pun, ada yang cuma pening sikit je. Aku still positifkan diri yang aku pening sebab BP rendah.

Tah kali ke berapa, aku dapat ngan ust Leman ni pulak. Aku cakap sikit je yang aku sakit2 badan. Dia cucuk lutut aku ngan telunjuk.

Tetiba aku berundur ke belakang. Dia cucuk lagi, aku undur lagi siap tolak kerusi jauh dari dia. "Kenapa ust cucuk lutut saya?" tanya aku yang dah tak paham ngan reaksi sniri. Aku pun kenapa berundur?

Ust tu diam je tak jawab. Dia mula ruqyah aku. Sambil ruqyah dia picit hujung jari, picit kepala lutut. Okey. Aku dengar je. Dengar. Dengar. Dengar. Rimas. Dengar. Bingit. Dengar. Bunyi cam bergaung dalam kepala.

Hadoi... tak tahan. Rimasnya! Nak marah! Tapi apesal nak marah?! Ust tu bukan buat pape pun. Tak kira, nak marah jugak!!!!!!

Lojik ngan emosi bergaduh2 dalam diri aku. Sambil tu nafas aku dah mula keras. Mata aku dah kaku pandang bawah je. Seterusnya bila ust nak pegang aku dah mula menepis2. aku hadang lutut ngan tangan xbagi ust picit. last2 aku bangun pegi duduk kat kerusi lain dan nangis. tak kuar air mata pun. cuma rasa terlalu rimas, marah dan menyampah.

ust bagi salam kat aku. takleh jawab. ust guide aku ngucap pun takleh. tapi aku paksa gak lidah aku sebut mana yang dapat, walaupun suara tak bape nak kuar. badan aku letih sangat, lenguh sangat. aku mintak nak gi toilet. ust suruh aku datang situ balik nanti.

separuh jalan, aku terduduk sebab lesu sangat. tapi kat luar la, takde depan2 ust tu. kebetulan waktu tu dah zuhur. aku solat dulu, lepak dulu hilangkan penat. pastu baru turun cari ust tadi. tapi ust Leman dah takde. baru aku tau rupanya kat DS ada banyak shif dan perawat pun bertukar2 ikut syif.

Dengan itu aku pun yakin yang memang ada benda lain kat aku ni.
So, kena datang lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:39 AM | Show all posts
best weh citer ko ni... rasa mcm x sabar nak tau apa ending dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 11:05 AM | Show all posts
juliesha replied at 4-12-2015 10:39 AM
best weh citer ko ni... rasa mcm x sabar nak tau apa ending dia

TQ sis. citer aku ni tak thrill pun ade jugak yang kata best.

tapi bila start tulis pasal gangguan ni akud ah tak tentu arah. taip pun dah salah2.

nanti la pas keje aku sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:47 AM | Show all posts



Si Ahmad ni dapat amalan zikir tah dari mana. Dia beramal sampai jatuh sakit. Keadaan dia masa tu, ruh dia keluar dan direbut oleh syaitan, citer member uganda yang tau hal. Yang Imam ni pulak selalu kensel kelas sebab tolong ubatkan Ahmad yang macam dah nak mati nih.

Pelik aku. Ade ke hal camtu? Bukan ke malaikat maut je yang dapat tarik kuar nyawa manusia? Tu pun atas izin Allah.



saya bukan pawang...hihi

kenapa sis kata "takut dgn saya"...janganlahhh...saya tak jahat tau..


Berkenaan kawan sis si Ahmad tu

dia gini, ..kita ni ada beberapa bahagian RUH..

Cthnya..masa saya jumpa sorg perawat Islam, utk bantu sorg saudara yg kena sihir pengasih..Perawat tu minta saya bantu saudara saya tu (perempuan) dgn selalu hadiahkan Al Fatihah untuk 4 bahagian diri dia (tak silapnya..2 bhgn jasad , 2 bgn ruh)..sebab sihir tu dah kurung satu bgn ruh dia..so..dia terikat dgn sihir tu..Hadiahkan fatihah byk 2 supaya ruh dia kuat.


Satu lagi..saya pernah dengar cerita drp seorg Alim..

Ceritanya...ada sorg tu, ketika dia berehat dgn beberapa org kawan dia di bawah sebatang pokok..tiba tiba kawan yg seorg ni terlelap.
masa tu..kawan dia yg sebelah dia nampak..seakan lalat keluar drp hidung dia dan terbang sekitar kawasan mereka berehat.

Tiba tiba datang ayam, cuba patuk benda yg seakan lalat tu..& benda tu pun terus zuuup laju masuk kembali kebadan org yg tidur & serta merta org tu terjaga.
Jaga je..dia terus cerita.."tadi aku mimpi..spt terbang2 di satu kawasan yg tumuh2an dia besar2...tiba tiba datang raksaksa nak maka aku..terus aku terjaga


Apa pun..rasanya ada byk org yg guna teknik astral project la....pengubatanlan....mcm cerita Tamar jalis...Dia keluarkan bahagian Ruh...untuk travel & utk lawan makhluk halus..

Teknik keluar Ruh ni..mmg sebagian perawat ada gunakan..Tapi setahu saya dilarang keras oleh Tuan Guru Prof Harun Din.  



Tapi bab cabut Nyawa oleh malaikat tu...that is diff story sis..

tu level lain tu..

sesuai firman Allah..." wa yasalunaka anill Ruh...  "

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:25 PM | Show all posts
bestnya baca citer TT...ada masa lg cepatlah sambung...saya bg 5
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:55 PM | Show all posts
tulisan TT ni mengingatkan aku kepada seorang forumer
austris

anyway...keep it up
seronok baca tulisan kamu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 02:02 PM | Show all posts
i follow...... Gaya penulisan best jugak.
Tak semua orang nak berani nak cerita pengalaman ketagih ni kat orang luar. I kagum..

Kipidap sis. Untuk panduan kita bersama...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 02:04 PM | Show all posts
Tengah tunggu karangan TT yang seterusnya sementara boss tak masuk lagi..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai TT, nape la tulis sekerat. Tersiksa jiwa nak tunggu sambungan  cerita
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 03:40 PM | Show all posts


tt....tak abis lagi ke belajar upload gambo?



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh berat tt menanggung ujian nafsu, tak terfikir utk berkahwin sebagai satu jalan alternatif?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.183795 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list