CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
Post time 5-12-2015 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 5-12-2015 04:14 PM
sakkara tu amende?

king Djoser at saqqara tulmaut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2015 07:08 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 2-12-2015 06:28 AM
Sorang housemate aku ni, baikkk sangat orangnya. Lembuuuttt jer dan warak. Aku suke menempel kat dia ...

ohhh TT ni perempuan ek? ingatkan laki tadi. he he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2015 07:15 PM | Show all posts
kirakekuri replied at 5-12-2015 07:08 PM
ohhh TT ni perempuan ek? ingatkan laki tadi. he he he

Pelik kan, pempuan ketagih 'pop corn' gitu sekali. aku pun pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 07:57 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 5-12-2015 07:15 PM
Pelik kan, pempuan ketagih 'pop corn' gitu sekali. aku pun pelik.

Aku percaya, bukan TT seorang sahaja yang ketagih 'pop corn' d luar sana. Ramai pempuan yang macam tu juga, tapi memilih untuk berdiam diri tanpa mencari jalan penyelesaian. Apa pun, busykan diri, jangan sentiasa bersendiri untuk mengelak daripada ketagih 'pop corn' lagi btw, tak sabar baca cerita seterusnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2015 07:58 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 5-12-2015 08:39 PM

Once dah kompem aku ni ada gangguan, aku pun start la study masalah aku ni ngan lebih gigih. Aku ni kalo bleh sume problem nak setel sniri. Last stage bila aku dah takleh handle baru mintak tolong orang... sampai orang ingat aku ni sombong, ingat aku ni super woman. Sebenarnya aku sangatlah fragile dan hati kaca (kuat sket dari tisu ).

Walaupun dah tau tanda orang kene gangguan ni camne, tapi aku baca lagi dan lagi. Yang buku TGHD pun aku baca, ust Sharhan aku baca, Ust Kazim aku dengar, blog2 perawat sumer aku terjah ngan yang indon2 dan english dan arab sekali.

Waktu nilah aku jumpa MPS dan thread Syumaimah.

Makin banyak baca makin banyak jugak la maklumat aku bertambah. Tapi sume tu buat aku termenung, sedih dan rasa tenggelam.

Baru tau antara tanda kuarga ada jin ni, parents selalu gaduh dan anak nakal cam setan. Nafsu syahwat membuak2 cam lahar.




So...............




All these years....................




Aku jadi camni sebab ada jin?




Selama ni, yang bercakap2 ngan aku dalam diri aku tu, bukan aku?





Yang aku ikut nasihat dia tu sampai benci ngan tuhan dan gaduh2 ngan orang, bukan hati aku?




.....................................................




Aku rasa cam kena lempang bertubi-tubi

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt...xde sambungan ke..best citer tt..lain daripada yg lain.1st time aku baca pompuan ngaku gila pop corn.salu side lelaki ..jgn marah dak laki..heheee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2015 08:24 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 5-12-2015 07:58 PM
Once dah kompem aku ni ada gangguan, aku pun start la study masalah aku ni ngan lebih gigih. Aku ni  ...

try berpuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cite TT. Looking forward sambungannye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2015 09:40 PM | Show all posts
Hatida replied at 5-12-2015 01:18 PM
ASSALAMUALAIKUM...

CEKINNN...

Pening kan dapat bapak camni.

Tapi sejujurnya, ayah aku ni sangat penyayang. Sampai ke tua ni dia masih peluk dan cium kepala kitorang cemana dia buat masa kitorang kecik. Kewajipan dia sebagai ketua keluarga tak pernah missed. Kata mak aku, sesusah mana pun dia, ayah tak pernah mintak nak gadai emas mak aku... walaupun emas tu dia yang bagi. Sesetengah laki ni kan bila susah bukan nak usaha keras, tapi kikis emas bini.

Ayah aku ni berani sangat orangnya. Dulu masa muda, dia askar zaman darurat. Lipas tu dia bleh picit sekali banyak cam kutu je. Pandai berenang, pandai berlawan... aku sentiasa rasa selamat kalau ada ayah. Daripada kayuh basikal sampai la parking kat cerun bukit, sume ayah yang ajar.

Kecuali ego dan baran, semua kualiti suami idaman aku ada kat dia. Sejak kecik aku la yang paling rapat ngan ayah.

Tapi tulah, ayah aku ni bipolar. Bila ada sesuatu yang trigger, dia terus betukar jadi rimau. Time marah tu dia akan cakap ape jer tanpa memikirkan akibat. Dulu dia pernah halau aku dari rumah. Pastu bila aku bebetul nak kuar, dia panik pulak.

Walaupun baik dia banyak, tapi kalau dah berkali2 kena tikam, kitorang jadi lupa jugak la.

Caner pun, memang sumer ni keje syaitan. Manusia yang tak perasan dan selalu gaduh sesama sniri.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 11:15 PM | Show all posts
owh...tak sangka pompuan pon leh ketagih p*rn ye.....

tetibe rasa nak makan pop corn..berlari ke dapur....hehehhehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 02:29 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 09:22 AM

Tak perasan mana satu doa aku yang dimakbulkan, atau mungkin ada orang lain yang mendoakan kebaikan untuk aku, sejak Ramadhan haritu aku dah bebas daripada ketagihan benda lucah. Bila aku terlintas pasal benda tak senonoh, atau ternampak gambar2 tu di website, hati aku dah tak rasa pape. Bukan cam dulu yang tetiba terus turned on.

Mimpi tak senonoh pun takde lagi. Yang tinggal cumalah rangsangan2 waktu subur yang menunjukkan aku ni perempuan normal. Bukan la malaikat yang tetiba dah takde nafsu langsung.

Alhamdulillah, syukur sangat. Finally.
Bertahun2 aku fight rupanya memang doa juga senjata mukmin.
Yang benarnya, Allah belum nak kasi sembuh. Dia suka tengok aku fighting kot. Kalau dia nak bagi, dari dulu Dia boleh tunjukkan jalan.

Tapi sebaik episod tu tamat, episod yang baru bemula.

Aku sedih sangat bila tahu yang selama ni aku ada jin. Selama ni aku ruin hidup aku, hubungan dengan orang sekeliling, sebab ikut kata hati... rupanya bukan 'hati' aku pun.

Orang lain kene gangguan mungkin cepat sedar. Kalau dia sakit bertahun2 pun sekurang2nya dia sedar dan tahu apa puncanya. Aku ni, lepas 29 tahun baru tahu punca. Belum nak cari ubat lagi.

Tapi kesedihan tu tak buat aku down. Rasa lagi semangat pulak nak siasat latar belakang kuarga aku terutamanya ayah.

Aku bagitahu angah tentang ni. Angah support aku dari jauh je, memandangkan dia dah kawen dan ada life sniri. Tinggal aku jer yang duk ngan parents.

Aku teringat dulu ayah cerita yang dia pernah belajar ilmu kebal. Dan ayah juga ada peti besi yang dia simpan sume barang2 lama sejak dia muda. Peti tu dari dulu ada kat dalam bilik aku. Aku ngan angah pernah selongkar dan jumpa macam2 dalam tu. Tapi kitorang tak faham apa pun so kitorang biar je.

Nanti aku nak selongkar. Tau dah mana nak start.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dah selongkar cita la nnt tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 03:11 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 06:36 AM

Satu hari, aku beranikan diri tanya ayah...

Aku: Ayah, acik teringat dulu ayah citer pernah belajar ilmu kebal. Macam mana ilmu dia tu yah?

Ayah: Ooo... tu masa ayah askar dulu. Kita nak pergi perang kan, nak bawak senjata apa semua... ie berat tu!

Ayah aku excited kalau citer pasal zaman dia askar. Aku pun buat muka teruja nak dengar. Biar ayah citer lebih banyak.

Ayah: Ayah tak berapa ingat la belajar tu macam mana. Tapi akhir sekali masa nak test tu kan, dia suruh ayah duduk. Pastu dia hempas belakang ayah dengan sesuatu. Ayah rasa macam bantal jer. Tapi bila benda tu jatuh tergolek, baru nampak rupanya batu besar. Macam batu giling tu.

Walaupun aku dah pernah dengar yang ni, tetap buat muka kagum. Maknanya ilmu yang ayah belajar tu 'menjadi' dengan jayanya.

Ayah: Tapi, alah... takde la kebal mana pun. Bila kena parang tu berdarah jugak.

Ayah ketawa. Yalah tu. Entah2 sebab ilmu tu yang ayah survived eksiden teruk dulu. (tentulah Allah yang panjangkan umur dia. ilmu2 ke apa ni hanya sebagai sebab. jangan kata aku syirik plak.)

Masa muda dulu sekitar taun 60'an ayah pernah eksiden teruk. Dia naik motor bertembung dengan kereta. Dia tak pakai helmet masa tu. Bumbung kereta tu kemik kena hentam ngan kepala ayah. Ko tau la body kete dulu cemana punya solid.... bukan tin biskut cam sekarang.

Kalau ikut logik memang bersepai la macam tembikai kena hempas. Tapi ayah aku survived. Cuma dia mereng beberapa bulan. Badan dia berparut teruk kesan kemalangan tu. Dia bangga cerita pasal kemalangan tu kat kitorang. Siap dia simpan gambar kemalangan tu yang dia mintak dari polis.

Ntah2 sebab 'itu'.

Aku: Masa tu memang semua askar wajib belajar ilmu kebal tu ke?

Ayah: Taklah... tu sniri cari. Siapa nak, dia belajar la. Cari kiyai2 ke... Dulu, macam-macam ilmu orang Melayu ni. Kat kampung ni pun ada sorang kiyai mengajar.

Aku: Oo yeke? Dia ajar ilmu apa tu?

Ayah: Kiyai ni nak balik ke indonesia. Masa tu ramai la budak2 muda menuntut, ambik ilmu dia sebelum dia balik. Ada yang ambik ilmu terbang. Dia boleh lompat2 atas pucuk pisang macam tupai.

Aku: Wow hebatnya! Ayah pun belajar ilmu tu ke?

Ayah: Eh, tak... nak buat apa terbang atas pokok? Ayah ambik pelaris je. Pelaris untuk seri muka. Alah... nama je pelaris. Memang laku la sana-sini orang suka. Tapi sudahnya jodoh cari sendiri jugak. Hahaha.

Yalah. aku tau ayah kenan ngan mak aku lepas interviu 40 orang calon. Dia pilih mak sebab mak tutup aurat. Taun 70'an kan tutup aurat belum mainstream.

Aku: Cemana ayah belajar ilmu pelaris tu? Kena mandi minyak ke?

Ayah: Takde. Dia bagi satu doa ni. Pastu ayah kena puasa tujuh hari. Hari ketujuh tu belah malamnya kena tunggu kat kubur, takleh tido. Tapi masa tu ayah mengantuk sangat, ayah ajak kawan berjalan keliling kampung. Tengah berjalan tu pun bleh tertido sebab ngantuk sangat. Tak tahu la ilmu tu jadi ke tak. Hahaha...

Nampaknya tebiat tu menurun kat aku. Memang senang tido. Tengah bingit konsert pun aku bleh tido.

Ayah pun baca doa yang dia dapat tu dan suruh aku amalkan. Aku teringat... dulu dia pernah juga bagi doa tu pada aku dan angah. Tapi masa tu aku tak tahu la kalau doa tu berkaitan dgn apa-apa yang xsyar'ie. Dengan itu adakah bermakna aku dah terima saka?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 06:39 AM | Show all posts
sambung lg..serius seronok baca cerita kakak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 07:26 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 05:59 PM

Sejak dulu, aku selalu mimpi nampak rumah kosong. Sama ada mimpi aku masuk rumah baru yang kosong, atau tengah survey rumah kosong untuk pindah masuk, atau sekadar nampak rumah kosong kat tepi jalan lalu aku masuk explore dalam tu.

Aku selalu tengok tafsir mimpi. Tapi aku tak paham langsung apa makna mimpi rumah kosong.

Di alam realiti pun aku memang suka tengok rumah @ bangunan tinggal. Hendaknya kalau tempat tu bersejarah.

Nak throwback ke awal tahun ni... Sebelum tahu tentang gangguan, aku obses gila dengan tempat/bangunan tinggal.

Pertama, masa ayah halau aku dari rumah, aku bebetul gi cari kerja kat JB. Jadi pencuci hospital. Kerja syif petang sampai malam. Hari2 memang balik pukul 11 ke atas.

Setiap hari kitorang akan lalu depan Villa Nabila. Khairi, member aku org JB ni yang tunjuk kedudukan Villa Nabila tu. Kawasan kat cerun bukit yang penuh dengan belukar dan pokok2 besar. Sekitar dia semua rumah orang kaya2, banglo2 mewah, tetiba hat tu dah macam hutan.

Takde, aku tak masuk explore Villa Nabila. Cuma setiap kali lalu situ aku akan tenung tempat tu dengan penuh minat. Baik siang, baik malam.

Lagipun kat Msia ni aku tak berani nak terjah sana-sini cam kat uganda... sebab kat sini ramai penjahat. Ntah2 dalam bangunan kosong tu ada mat pet. Kang tak pasal2 dia kenduri aku.

Yang kedua ialah Highland Towers. Aku keje kat Gombak. So bila commute dari rumah parents memang akan lalu MRR2 dan HT. Sejak tau ada HT kat situ, aku mula gian nak gi sana. Tetiap hari baca pasal HT dan berazam nak cari bangunan tu. Tapi masa tu takde la tengok map. Main agak je jalan masuk dia sekitar Bukit Antarabangsa.

Satu petang ni aku dapat kuar awal dari ofis. Aku pun ambik peluang tu cari mana HT. Memula, masuk kat Bukit Antarabangsa. Rayap naik sampai atas, terjah sume kondo2 yang ada dalam tu. Memang banyak rumah tinggal kat atas tu, hendaknya kat lereng2 bukit. Aku teringin nak masuk tengok rumah2 tu sebab design dia nampak menarik. Tapi takut plak kalau ada penagih.

Sampai kat Puncak Athenaeum, mercu paling tinggi kat situ. Aku ingatkan tu la Highland Towers, sebab bangunannya nampak usang dan berada bebetul kat jurang. Dari MRR2 aku selalu ushar bangunan tu je. Siap bleh nampak ada pokok tumbuh lagi kat bumbung dia.

Tapi tengok masih ada orang tinggal kat situ. Dan rupa bangunan tu tak macam HT pun. Memang bukanlah. Kecewa aku. Masa tu dah jauh petang. Lepak jap la tengok pemandangan cantik kat atas bukit tu.

Aku keluar dari Bukit Antarabangsa dan menyusur kat depan Taman Hillview. MRR2 dah mula jem. Sementara kete slow tu aku toleh2 ke kiri nak try gak kalau ada kondo lain yang aku belum jumpa.

Baru la ternampak ada bangunan buruk kat cecelah hutan dalam tu. Aku tenung bebetul, memang rupa cam HT. Aku terus belok masuk ke Hillview. Cari jalan terdekat yang bleh sampai ke bangunan tu. Pencarian aku mati kat guarded gate nak masuk ke Hillview. Aku cakap ngan guard nak masuk tengok Highland Towers. Memula dia tak bagi. Aku pun duk la ngan kecewa kat situ. Sedihnya. Dari petang sampai nak malam aku cari, bila dah jumpa takleh masuk plak.

Tetiba guard tu datang balik cakap aku dah bleh masuk. Tadi sebab ada bos dia, dia cakap la takleh. Dengan hepi aku pun masuk laju2. Hari dah mula gelap, takut nanti tak nampak lak bangunan tu. Pusing sana, pusing sini cari jalan. Jangan tanya pasal GPS. Aku kan pakai tipon cap ayam jer.

Sambil drive, mata hanya pandang HT. Mana jalan yang bawak aku lebih dekat ke sana, aku redah. Akhirnya bebetul sampai kat entrance. Jalan tu ditutup dengan longgokan dahan pokok. Sampai situ aku berenti.

Aku tenung Highland Towers tu puas2. Tak turun dari kete pun sebab azan maghrib tengah berkumandang. Cukup la aku tengok dari situ je sambil membayangkan cemana waktu tempat tu masih makmur dengan manusia. Rasa sayu je hati tengok Highland Towers tu dalam rembang senja.

Rugi masa tu tak ambik gambar. Sebab pastu aku try banyak kali dah takleh masuk dah tempat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 2-12-2015 04:18 PM
nasib la makton jenis cepat cool.. hahaha

Mungkin mak ton pon kena cek kot2 ada jin jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2015 08:29 AM | Show all posts
Tt ni lone ranger...betul2 berani..
Pasal ayah tt ada ilmu kebal tu..sy pernah dengar dari orang tua kampung saya..
Zaman dulu segala mak nenek ilmu diorang belajar..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Psycholily at 6-12-2015 08:55 AM

Tt ni lone ranger. Sama mcm saya jgk. Sy pun suka dgn tempat2 tinggalan ni cuma tdkla obses. Jodoh sy pun jenis lone ranger jgk. Bila lone ranger kawen lone ranger..seronokla jadinya jalan sama2. Moga jodoh tt is around d corner. Ceritala lagi tt seronok baca.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu ada jin kita xboleh berubat sendiri ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 09:26 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 06:02 PM

Sengal. Aku dah tulih pepanjang hilang plak.
Pastu dan2 internet nak jem. Sempat aku habiskan satu tong keropok dulu.

Yang ketiga aku terjah ialah Mimaland. Arwah taman tema yang sangat femes sebelum adanya Sunway Lagoon. Sebaik tau yang Mimaland rupanya kat Gombak, aku mula la tergedik2 nak gi sana.

Satu hari, aku berpeluang ke sana ngan opismet, Yun. Sbenarnya kitorang ada hal keje kat area tu. Bila Yun sebut yang dia pernah gi Mimaland masa kecik, aku pun ajak dia gi. Yun dah tak ingat mana jalan masuk dia. Ada orang asli tunjuk kat kitorang gerbang cantik yang masih berdiri tegak tepi jalan tu.

Daripada jalan bertar, sampai dah takde tar. Last2 aku stop sebab jalan dah teruk sangat, takut takde kawasan lapang nak pusing. Aku turun. Dengan pakai dress nya aku lari naik ke atas nak tengok gak Mimaland tu. Yun tunggu kat kereta.

Pastu aku berenti separuh jalan sebab takut ada manusia kat atas tu. Cam biasa, aku lebih takut ngan orang daripada hantu. Hantu ni paling2 kita sembur ngan ayat Kursi dia hilang. Manusia ni kang, aku yang kene sembur.

Mission failed. Tak sampai aku ke Mimaland. Tapi aku puas ati sebab memang takde sapa dapat masuk situ pun sebab pagarnya berkunci. Ada member pernah sampai kat gate pun xberani masuk sebab takut ada anjing kat dalam. Maknanya bukan aku sorang la yang melepas.

Seblum turun kitorang borak ngan 2-3 pakcik yang berkebun kat situ. Kata diorang, dulu jalan tu besar sampai dua bas boleh selisih turun-naik. Skarang nak naik satu kete kecik pun payah.

Entah la aku obses ngan tempat2 ni sebab nilai sejarah dia atau apa. Tapi aku memang suka gi tempat2 camni dan bayangkan cemana waktu kat situ ramai orang. Rasa sedih bila tempat tu dah sunyi camtu...

Tapi bila tau pasal gangguan, faham la aku. Tempat2 tu kan feveret setan. Patut la aku suka gi situ. Tenung tempat tu cam tenung rumah kekasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.585596 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list