|
|
Warga Prihatin
PERSIAPAN SAMBUTAN TAHUN BARU KALI INI LEBIH PARAH LAGI
Nampaknya berbagai bentuk bencana yang telah melanda negara dan umat manusia tidak sedikitpun memberi kesedaran pada hati umat manusia di negara kita, khususnya umat yang mengaku ‘beragama’.
Mesej dan poster yang diterima dari rakan pembaca yang prihatin ini tidak perlu dijelaskan lagi. Dari poster terpampang nama ‘remaja kita’ yang tanpa segan silu mempamerkan diri sebagai agen dan team penaja. Begitu lancang sekali promosi yang dibuat secara terbuka ini, tidak lagi sembunyi-sembunyi.
Biarlah orang kata kami ‘busy body’…biarlah dikatakan kami sengaja momok-momokkan masalah keruntuhan akhlak dan bencana sosial pada masyarakat kita, walaupun ‘yang mengata’ itu juga adalah ‘mangsa’ gejala sosial yang begitu parah buat sekian lama. Namun itulah hakikat sebenarnya. Keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang melanda anak-anak kita amat dahsyat dan menyesakkan dada.
ASTAGHFIRULLAHALADZIIM….Tidak pernah terbayang yang umat ini akan jadi seteruk ini…
Semuga maklumat ini dapat membangkitkan pihak berkuasa khususnya penguatkuasa Jabatan Agama Islam, PDRM dan PBT untuk segera bertindak bagi mencegahnya.
WARGA PRIHATIN
Assalamualaikum tuan, saya mohon jasa baik tuan untuk membuat nota peringatan memandangkan tuan mempunyai ramai follower. Saya sertakan gambar ini untuk tuan edit. Buangkan No. tel sebelum post kalau tuan tidak keberatan.
Perkara ini meruntuhkan akhlak anak-anak bangsa kita. Ini angkara tangan-tangan jahat yang menghancurkan negara dan bangsa kita.
Supaya lebih ramai yang elert perkara ini dan lebih berhati-hati untuk memantau anak mereka menjelang malam tahun baru memandangkan seringkali ianya menjadi hari yang membawa banyak kehancuran pada umat kita.
Diucapkan terima Kasih sekiranya Tuan dapat membantu.
- DON SPARK -

|
|