CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1681|Reply: 0

Muar City terus gah

[Copy link]
Post time 3-12-2015 07:16 PM | Show all posts |Read mode

Gandingan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong pastikan kemaraan Muar City dalam saingan Purple League 2015.



JUARA bertahan, Muar City BC tidak berdepan masalah besar meneruskan penguasaan saingan Purple League apabila terus garang dengan menewaskan Klang United 15-0 di Sport Arena Sentosa.
Ini kemenangan keempat berturut-turut kelab dari Johor itu yang sebelum ini menewaskan Kepong BC, Petaling Jaya BC dan Serdang BC sekali gus terus gah mendahului liga dengan 41 mata meninggalkan pencabar lain.
Dalam perlawanan itu, kehebatan Muar City tidak mampu disangkal apabila cemerlang memenangi kesemua lima perlawanan – bermula dengan kemenangan Tan Chung Seang dalam acara perseorangan lelaki diakhiri bergaya pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il.
Chung Seang, bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menampilkan aksi bertenaga untuk menundukkan Shreyansh Kumar Jaiswal 3-0 dengan kemenangan 11-5, 11-10, 11-8.
Pemain perseorangan wanita, Kim Mun Hee menyumbang kemenangan kedua Muar City apabila mudah menewaskan Yap Rui Chen juga dengan 3-0 (3-11, 5-11, 5-11).
Han Sang-hoon- Lee Hyo Jung terus melebarkan dominasi Muar City apabila menyingkirkan beregu campuran Klang, Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan dengan 3-11, 4-11, 5-11.
Mak Hee Chun-Tan Boon Heong mengesahkan kemenangan buat Muar City selepas menang 3-0 (4-11, 6-11, 8-11) ke atas  gandingan Alwi Mahardika-Muhamad Hakem Norrazi sebelum pemain veteran Korea, Lee Hyun Il tampil dengan kelas tersendiri untuk menewaskan Gurusaidutt Rajah Manuri Venkata dan melengkapkan kemenangan Muar City.




sinar harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.305147 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list