CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1527|Reply: 0

Perak kekal rentak kemenangan

[Copy link]
Post time 3-12-2015 07:22 PM | Show all posts |Read mode


JUARA bertahan Divisyen Satu, Perak terus cemerlang meraih kemenangan kedua Kumpulan A Hoki Piala Razak selepas menewaskan Melaka 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Selepas menewaskan Pulau Pinang 7-3 pada perlawanan pertama, ketua jurulatih K Yogeswaran berpendapat saingan cukup  sengit diberikan Melaka.
“Akibat terlalu banyak kad kuning yang dikutip, pemain mula hilang fokus sekali gus menjejaskan rentak permainan kami.
“Apa pun, kami sudah mencatatkan kemenangan kedua dan harap dapat diulangiapabila bertemu Terengganu selepas ini,” katanya.
Perak berpeluang untuk di depan pada minit ke-9 selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti tetapi penjaga gol Melaka, Mohammad Ridzwan Azmi menafikan tiga cubaan lawan.
Bekas penyerang skuad negara Hafifihafiz Hanafi akhirnya menghadiahkan gol pertama Perak selepas menguis masuk bola hasil pukulan sudut penalti m-22.
Perak terus di depan seminit selepas itu apabila Muhamad Fitri Ismail mencari ruang di dalam kawasan D untuk menjaringkan gol padang.
Bagaimanapun Melaka tidak mudah menyerah kalah apabila merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Amirullah Zainol m-34.

sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.096563 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list