View: 3063|Reply: 21
|
[Tempatan]
Menteri: Kes batuk kering di tahap membimbangkan, pendatang asing antara faktor
[Copy link]
|
|
Menteri: Kes batuk kering di tahap membimbangkan
http://www.malaysiakini.com/news/322117
Hari ini, 6:58 pagi Hari ini, 7:00 pagi

Kira-kira 24,000 kes penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering telah dilaporkan di negara ini tahun lepas dan ia berada di tahap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata berdasarkan laporan bagi penyakit berjangkit tibi pada 2013 menunjukkan penurunan jumlah kes tetapi meningkat kembali pada tahun lepas, sebanyak enam peratus.
"Ini memang satu perkara yang tidak memuaskan kerana kita masih nampak trend peningkatan kes tibi sejak kebelakangan ini.
"Terdapat pelbagai punca penyakit tibi, salah satu daripada punca penyakit adalah disebabkan ketahanan kuman-kuman terhadap rawatan kimoterapi dan pelbagai jenis ubat yang mengundang kepada peningkatan penyakit," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kongres Pertubuhan Respirologi Asia Pasifik Ke-20 2015 (APSR 2015) di ibunegara semalam.
Selain daripada itu katanya, kebanjiran pendatang asing ke negara ini juga menjadi penyumbang kepada wabak itu dan kementeriannya sedang melaksanakan langkah-langkah yang sesuai bagi mengawal keadaan seperti mengadakan saringan kesihatan.
"Kita juga ada masalah pekerja asing yang menyumbang kepada kes ini. Kementerian amat mengambil berat tentang perkara ini dan sedang mengadakan usaha untuk membuat program saringan kesihatan kepada orang ramai termasuk warga asing yang masuk ke negara ini bagi mengesannya di peringkat awal," katanya.
Manakala Dr Subramaniam optimis sasaran menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rokok menjelang 2045 direalisasikan meskipun kerajaan berhadapan dengan pelbagai isu seperti rokok elektronik (e-rokok) atau vape secara berleluasa.
Beliau juga berkata kementeriannya masih mengkaji dan meneliti cadangan untuk mewujudkan akta dan garis panduan mengenai langkah-langkah kawalan terhadap e-rokok.
"Kita sedang merangka peraturan untuk mengawal penggunaan vape namun akan mengambil masa kerana memerlukan penelitian secara menyeluruh," katanya lagi.
Sejumlah 1,500 peserta terdiri daripada pakar dalam bidang kesihatan dan sains dari lebih 40 negara Asia Pasifik menghadiri kongres yang berlangsung selama empat hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi membincangkan penyakit tibi serta berkongsi pandangan tentang penyakit itu.
Turut hadir adalah Presiden APSR Michiaki Mishima dan Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia Dr Roslina A Manap, juga merangkap Presiden Kongres APSR tahun ini.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
No komeng  |
|
|
|
|
|
|
|
lagi nak bawak masuk 1.5 juta...kerja giler.... |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan skrg kerajaan plg gila sejak kemerdekaan |
|
|
|
|
|
|
|
hang pa pangkah dacing...hadap la batuk kering tu |
|
|
|
|
|
|
|
bawak laa masuk ramai² lagi....deme ingat saringan kesihatan sebelum masuk tu deme wat betul²??....ahaks!! je laa... |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 4-12-2015 08:48 AM
kerajaan skrg kerajaan plg gila sejak kemerdekaan
Kerajaan dan menteri Bingung dan bodoh 18 tingkat.... |
|
|
|
|
|
|
|
zahid: ada aku kesah |
|
|
|
|
|
|
|
eeehhh yg gi panggil ramai2 lagik masuk tu kenapa..
x bimbang pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
skang ni bangla indon buat macam kita plak pendatang... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat tempat car wash, dah ada bangla yg jadi supervisor....bebudak local, nepal dan vietnam jadi kuli uols.... |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa aku ingat vape puncanya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah masuk skit2 skrg ni, ade vdeo aritu dorg sampai kt airport pki bju hjau brsempena warna negara bangladesh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon Wak Zahid baca  |
|
|
|
|
|
|
|
pekerja imi yg terdedah pd penyakit yg dibawa oleh pekerja asing ni..
ari2 hadap pekerja asing...
yg saringan kesihatan tu kdg2 bukannya bt betoi pn... |
|
|
|
|
|
|
|
angkara pornogoro si zahid |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah, bawaklah masuk ramai lagi |
|
|
|
|
|
|
|
pertghan thn ni kot ada 2 org student kena kat sini..terus suh cuti..lama lak tu cuti... |
|
|
|
|
|
|
|
pendatang asing satu hal...
warganegara yg antivax tu pon boleh jadi salah satu penyebab jugak tuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hadiah istimewa utk rakyat Msia  |
|
|
|
|
|
|
| |
|