CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[SERAM BEST] [Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #551 The Apprentice [F] - Pg:23 15/5

  [Copy link]
Post time 12-5-2016 10:04 AM | Show all posts
maceh @beldandy
jasa uolls iolls kenang
muah cikeddd..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rabu malam yang lepas, cocolava syok sangat nak khatam kan thread ni.baca Dan baca sampai tertidur  Tengah dalam kegelapan mata cocolava terbukak. Aduh tetiba rase seram pulak..  goyang goyang goyang kepala suami. Errr tak sebenarnye goyang tangan suami jer. Suami just angkat kepala dan senyap jadi cocolava pun ambil keputusan sambung tidur. Sekali lagi cocolava terbangun dari mimpi.  Duhh,rase mau terkencing pula. Time tu jugak hanjeng2 galak menyalak.Sayup sayu panjang bunyinya. Rumah mertua ni bukak tingkap dah boleh nampak batu nesan. Tengok jam di hp baru pkl 2.30pg. PtffPtff.. Pejam mata semula buat buat mengantuk. Nasib baik bangun pagi pundi kencing cocolava tak berkechaaiiii atas katil..tapi jengjeng 2 ,3 malam tidur bukak lampu gara2 SMTBL.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
cocolava replied at 14-5-2016 07:28 PM
Rabu malam yang lepas, cocolava syok sangat nak khatam kan thread ni.baca Dan baca sampai tertidur   ...

Iolls plak, kalau ada shuben je tido dalam bilik.
Kalau shuben syif malam, iolls tido depan tv.
Kalau ada pape senang nak lari keluar.  

Tapi xde nak lari mana pun laa..
Tiap 2jam kena bancuh susu anak.
Iolls plak bukan jenis mengangkut susu parking sebelah.
Berani xberani, kena g dapur bancuh susu.
Mujur rumah sekangkang kera je.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Time berani, bunyi ape pun lantaklah sebab mata dah ngantuk. Tidur dekat ruang tamu walau tak luas tetap semput dada gitu. Terase macam ada orang duk perhatikan kita jer.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cocolava replied at 15-5-2016 11:20 AM
Time berani, bunyi ape pun lantaklah sebab mata dah ngantuk. Tidur dekat ruang tamu walau tak luas t ...

Iolls xberani tido dlm blk..
Sbb ms anak baby2 lg (dlm 2-3bln) dia suka tgk blkg pintu pastu sengih2.
Kadang2 tergelak2..  
Tu yg tido kat hall.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 02:09 PM | Show all posts
JC xhensem
JC xhensem
JC xhensem
JC xhensem
JC xhensem

#sydahlamatunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2016 03:00 PM | Show all posts
aishhhh boleh naik jisim menunggu abg jc neh.... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2016 03:18 PM | Show all posts
jc...plisss update......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
jc, aku lama x bkak thread ko, bila bukak ni, ingt ada la 3-4 ketoi hapdet dari ko tapi....sobsssss
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jc apa khabar? Saja peram benang jc lepas tu baca sekaligus
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2016 10:02 PM | Show all posts
bump sikit
ni rumah puaka ke zoo negara?
lalang tinggi dah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2016 04:58 AM | Show all posts
TITLE: GROW UP 2!! [8]
TEMPAT: Varsity Life, P.D
LAIN2: Benda ni aku kutip masa hidup aku di University dah nak sampai ke penghujung..

[QUICK RECAP]
Previously on GROW UP 2!!.. Abang bawah meja mamak, kitorang selesai task kutip tanah kubur..  

[I'm on a highway!!!]

Sekali-sekala bunyik DJ radio memecah keshayduan malam perjalanan balik kitorang ke rumah.. Dan sekali-sekala jugak anak mata aku gatal tgk bungkusan tanah kubur yg terbungkus seat belakang yg tertutup rapi sambil pada aku mengeluarkan suara "akulah puaka!! akulah puaka!!".. Task Ajim kebanyakannye bukan normal, tapi pada aku kali ni, main kutip tanah kubur mmg agak melampau dan sungguh kamjad.. Kalaulah mase kutip tu kitorang kene "kutip" dgn penduduk kampung, mmg makan nasik pakai straw ikut hidung kat katil hospital.. Kalau ikut hati, mmg terasa nak terajang pundi kencing Tok Guru Ajim sampai tumbuh batu karang, tapi keadaan marah masa tu di-supress dengan bunyik cakar-mencakar yg makin kuat berkumandang dari arah pintu belakang, in which betul2 kat sebelah Anton.. Maybe sebab dah x tahan sangat, Anton start kumat-kamit halus, mcm berzikir.. Start slow and makin lama makin kuat.. Ya Rabbi, Ya Rabbi je aku paham, yg lain aku dah x dapat tangkap, kadang2 nama mak dia pun ada diselang-seli dalam zikir dia..

Apis: (Suara agak keras) Anton, Ajim pesan, kalau dengar ape2 or nampak ape2 jangan tegur!!

Even amaran yg bunyik mcm standard amaran pengamal perubatan tradisional masyarakat melayu pada masa tu dah x valid, aku yg sejak azali nervous speaker (read: meraban masa nervous) terus bersuara..

JC: Kalau tegur dia jadik ape Apis?

Apis diam, semua orang tahu dalam kereta tu, even yg mencakar2 kat luar kereta pun aku sure tahu.. Kalau ditegur, perkara yg unexpected akan terjadi.. Anton separa jerit cakap..

Anton: Ajim senang lah cakap!! Bukan dia yg kene mengadap benda alah cakar2 kat sebelah pintu dia!!

Mood dalam kereta yg sikit down terus bertambah menjunam dibawah paras laut lepas Anton dengan gracefully menceluparkan diri.. Aku start pegang holder atas tingkap tempat duduk penumpang.. Apis mengemaskan cengkaman stering, Anton aku rasa dah bersila sambil berzikir sambil 2-2 tangan kemas kat kepala seat aku.. Kitorang mcm bersiap-sedia dgn apa yg bakal jadik.. Meter kereta dari 80km/j naik rapid, 90km/j ke 100km/j ke 110km/j di kawasan yg x sepatutnya di 110km/j-kan.. Dah lah aku nerbes nak pikir ape bakal jadik, bertambah2 nervous bila pikir bila2 masa kerata yg aku naik boleh terbang ke laut china selatan..

JC: (diplomacy) Apis, aku rasa laju sangat ko bawak ni, benda tu dah tertinggal kut, slow sikit lah..
Apis: (marah) Korang dua orang boleh diam je x??!!

Apis break emergency sampai tersenget kereta and berhenti kat tengah jalan.. 2 kali kepala aku langgar cermin.. Anton kat belakang dah bergentayangan dan bertebaran dekat seat belakang.. Aku dgn kepala berdengung terus jerit kat telinga Apis..

JC: (Jerit) Celaka ko Apis!! Ape yg ko cuba buktikan..
Apis: Simpang masuk rumah Anton, aku takut terlepas..

Maybe disebabkan kereta beberapa kali tersentak and kawalan clutch Apis yg xberapa xkemas, terus engine padam.. Kalut, Apis banyak kali pulas kunci kereta nak hidupkan engine.. Dalam sunyi yg cuma ada bunyik engine kereta baru nak start, muncul bunyik cakaran panjang bergema dari boot belakang sampai ke atas bumbung menuju ke depan dengan laju.. Aku kemaskan kelopak mata ke bawah (read: tutup mata) so xde ape2 yg aku xnak menonjolkan diri di cermin depan kereta, not tonight.. kate aku.. penampakan another day.. kate aku.. Bak kata pepatah Melayu, "semoga kita~~ setia berdua~~ hingga ke jannah~~ bahagia bersama~~".. Apis pun buat apa yg aku buat (read: tutup mata) sambil kaki dia tekan minyak kereta..

Berssedddesupppppp (sfx: bunyik berdesup kereta ke depan)

Bukak je mata, 1 meter pagar nak mendakap kereta kami, disebabkan adrenalin aku masa tu terlebih effektif, aku tolak stering kereta ke kanan utk menyelamatkan keseluruhan bumper kereta kami melekat di pagar rumah.. Tapi xdapat menyelamatkan bumper kiri dari tergesel panjang.. Akhirnya, lepas Apis decide memandu sambil menutup mata adalah xpraktikal, kami sampai dengan selamat dihadapan rumah sambil ditunggu kira2 10 orang diluar pagar.. Rata2 memaki hamun aku dgn Anton sebab cuba melarikan diri dari kesewelan di rumah sewa Anton.. Sikit derang tau, kitorang hampir masuk newspaper keesokkan hari malam tu dengan mata kami di tutup dengan line hitam..

[I own a horse]

Mcm rombongan pengantin sampai lewat di majlis, macam ahli politik di kem pembangkang dan macam gawang gol pasukan bola sepak Malaysia menentang Germany.. Kami bertiga yg dalam keadaan semi-trauma diasak dari kiri kanan depan dan belakang masuk ke dalam rumah dan ditinggalkan terpinga2.. 2 makhluk xdiredhai setia berada didalam rumah, satu kene rasuk dengan jin gunung ke tujuh melompat ke sana ke sini dan satu lagi Peddy tengah terbaring keriangan.. Apsal keriangan, selama aku berjalan dari pintu ke dalam, dia x habis2 tersenyum..

Apis ke depan sambil menghulur barang2 ke Ajim.. Ajim terus curah semua kecuali bunjut yg berisi tanah kedalam mangkuk.. Habis segala datuk nenek diseru malam tu, literally datuk nenek howkeyh, sebab dia cakap Tok itu, Tok ini.. Sekali lagi mata aku mengecik, nak keluar, sliding door dah kene tutup and 4 bijik beruk xhabis process evolusi berdiri tahan sliding door dari luar tersengeh2.. Tengah kepala otak aku ligat pikir mcm mana aku nak keluar or ilmu martial art mana aku nak pilih bantai budak2 lepas aku keluar rumah nanti Peddy menjerit.. Warghh, Warghh bunyik dia, extra pilu, extra nyaring.. Berdentum belakang badan aku dgn Anton hentam cermin sliding door rumah dia, niat kami keluar dari rumah tu terhalang..

Peddy dari meniarap cuba nak bangun.. Ajim terus terkam panjat belakang Peddy.. Dia jerit..

TG Ajim: Naik atas badan Peddy!! Naik atas badan Peddy!! Kalau dia bangun nanti susah nak kawal..

Sendu~~ Apis teragak2 nak panjat.. Aku dengan Anton dah start merangkak2 ke atas sliding door cuba melarikan diri..

TG Ajim: Hoi!!!! Tolong aku!!

Sumpah seranah Ajim sambil menunggang Peddy xdilayan..

TG Ajim: Sebelum Peddy mengamuk, baik tindih dia!! Nanti korang kene belasah hidup2 dalam ni!!

Aku xtau lah samada Ajim tipu masa tu or ape, lepas je dengar kene belasah hidup2, semangat kelelakian kami membara.. Apis terus terkam tangan Peddy, Aku dan Anton yg aku pasti muster every drop of courage dalam diri kami terjah Peddy.. Kalaulah ada background music masa ni, mmg uplifting song medan perang mengiringi pergerakan kami, segala slow motion, lightning plus  3D effect sume mengiring semangat wira kami.. Apis lock tangan kanan, Anton kaki kiri, aku kaki kanan.. Ajim dibelakang sambil kaki kiri dia pijak tangan kiri Peddy terus celup tangan ke dalam mangkuk berisi air yg dipuja and raup muka Peddy.. Peddy meronta2.. Tapi kederat manusia berketinggian seekor bigfoot (read: Peddy) ternyata tewas di grip 3 lelaki sasa dan 1 lelaki bermasalah mental (read: Ajim)..

TG Ajim: Jangan lepas Peddy!! Jangan lepas!!

GUK GUK GUK GUK (sfx: bunyik orang mcm berlari)

Mata kami tertumpu ke atas loteng.. Bunyik orang merangkak laju berpusing2 di atas kami.. Bunyik yg datang dari atas loteng tu bukan saje melemah semangat kami, melemahkan tenaga kami jua.. Peddy terus terlepas and menyusup laju kedepan.. Aku and Anton terlepas Peddy, kepala Apis ditolak mudah and Ajim jatuh.. Dalam keadaan panik aku sempat capai mangkuk air yg dah tumpah kat tepi Peddy and baling straight kat belakang kepala Peddy.. 2 saat kemudian, aku betul2 menyesal bila Peddy start toleh ke arah aku.. First time seumur hidup aku berhadapan dengan mata orang kene rasuk, semangat dalam diri aku rasa umpama mcm dah siap packing bag sambil lambai2 tangan tinggalkan aku (read: despair), telinga dah terngiang2 bunyik 2 set tapak kaki menghampiri berdentum2, ma rabbuka ma rabbukka!!.. Aku dah sedia tengkuk aku kene sepak kaw2 dengan Peddy.. Tapi, coward die before death, bunch of coward won't!!!

Apis, Anton terjah straight Peddy.. Aku guna keberanian yg masa tu mmg tinggal sebesar zarah je dalam badan aku maju terus maju ke arah Peddy and capai badan dia.. Dalam sekelip mata, Peddy tumbang balik.. Semua jadi terlalu pantas, and aku sedar Ajim menjerit..

TG Ajim: Pegang kepala Peddy!! Pegang!!!

Sekelip mata, Ajim tekan bunjut tanah betul2 kat tengah2 kepala Peddy sambil mengusap2.. Dalam emosi yg sangat tinggi, Ajim jerit lagi..

TG Ajim: Kau dah habis!! Kau dah habis!!! Kau Peddy!! Kau dah habis!!!

Aku xsure ape yg dah habis, ape yg Peddy, ape yg Ajim jerit.. Tapi, akhirnya Peddy mendegus sebelum menjerit panjang dan terus longlai and tertiarap dukung 3 hero.. Ajim berdiri and kesat peluh, dia gengam bunjut tanah di tangan and berjalan keluar rumah.. Kelibat 4 ekor beruk tidak kelihatan tapi diganti 2 orang pakcik muka curious mengendap2 dari balik sliding door.. Aku and Anton terbaring atas lantai.. Tenaga kami mmg drain.. Aku xtau kenape..

Bukak je Ajim sliding door, meluru pakcik2 yg di kemudian hari aku diberitahu adalah jiran2 datang sebab concern kami menjerit2 didalam rumah.. Apis betul kan kedudukan Peddy yg meniarap supaya menelentang and bagi isyarat tangan ke yg lain2 supaya masuk tolong.. Dalam samar2 nak tidur, aku dengar Ajim cakap..

TG Ajim: Aku nak buang benda ni, sape tolong drivekan kereta? Aku x larat.. Lubu, Gundik.. Follow aku!!

Aku terus tutup mata buat2 xdengar.. Ape jadah aku nak join lagi? Penat badan mcm gila.. Biarlah Ajim nak buat ape, nak suruh bangun and kasik sorang rm 15,000 pun pada aku masa tu tidur yg lagi penting.. And pandangan aku pun gelap akibat kepenatan oberdos.. Sementara tunggu pandangan mata aku kembali cerah..


TU BI KON TI NUW~~


[Aftermath]
Next episode..

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 07:31 AM | Show all posts
wah dh ada rumah baru JC Tahniah...

yehhh.... boleh merempit sambung citer Mean Girl 2...

Harap JC dn keluarga sihat hendaknya...

Selamat Berpuasa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
JC sudah pulang ke rumahnya...bermulalah penantian yg baru..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 01:53 PM | Show all posts
leenaz replied at 5-6-2016 10:02 PM
bump sikit
ni rumah puaka ke zoo negara?
lalang tinggi dah ni

siot je...terkekeh2 aku ketawa

pasni tunggu setengah tahun lagi lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 01:59 PM | Show all posts
yeah... tk sabau nk tunggu seterusnyerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
wow tetibe jc update
ai smpai dh lupe cerita ni psl ape
papepon thanks update
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq jc.. akhirnya ada update hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku dah lupa kisah sebelumnya, sambung baca terus hapdet baru.

Tenkiu jc!! See u hujung tahun!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis juga aku merempit benang ni. Mcm biasa x mengecewakan. Aku bygkan abang tu mcm abam bocey. Tp mmg seram la part org mengengsot luar rumah. Kalau aku jd apis pengsan dh dekat blkg rumah tu. Tahniah jc dpt baby. Xsabar nk dpt update baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.233698 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list