CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[SERAM BEST] [Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #551 The Apprentice [F] - Pg:23 15/5

  [Copy link]
Post time 20-7-2016 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahahaha mokcik counter kak mon
mcm perangai mkcik kt opis ai dulu,nk bukk radio online pon dipanggilnye ai,sbb xreti,last2 bos suruh block

ai suke bile ade update,ade hiburan mlm2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 09:49 PM | Show all posts
Siyesly JC kalau ko keluarkan buku inform sini aku sanggup pecah duit tabung ayam beli.

Sambung lagikkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 20-7-2016 09:49 PM
Siyesly JC kalau ko keluarkan buku inform sini aku sanggup pecah duit tabung ayam beli.

Sambung  ...

Laaa, xbeli lagi ke buku SMTBL? Dah terjual dipasaran, cuba ko tanye kat kedai buku.. title dia "permata yang hilang" - arahan JC
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 04:20 AM | Show all posts
Edited by JokesCop at 22-7-2016 04:32 AM

TITLE: The Apprentice [5]
TEMPAT: Putrajaya
LAIN2: Conts from The Apprentice [4]..  

[QUICK RECAPS]
Previously on The Apprentice.. Rasa nak cabut larinya aku dari Putrajaya..

[Dawn is coming]

Angin dalam ruang tangga tu aku rasa berat, bulu roma aku meremang xingat mcm ada mata dengan tajam pandang aku dari atas, punyalah tajam sampai kepala aku automatically tunduk mcm surrender.. Tapi, sebab aku baru lepas dengar cerita ajaib dari Bhai and ditinggalkan sorang2 kene bermalam dekat office, aku ignore je and cuba pujuk diri yg mainan perasaan.. Ekceli xboleh nak cakap keadaan aku kene bermalam sebab jam dah menunjukkan pukul 4 pagi lebih.. So, lagi 3-4 jam akan ada orang datang nak masuk kerja.. So aku pun lock main door, bukak lampu tangga and start mendaki.. 1st Floor, xda apa2 penampakan, 2nd Floor, xda apa2 penampakan jugak and last sekali aku tiba di 3rd floor.. Pun xda apa2 penampakan.. So, kesimpulannya, tiada penampakan boleh diceritakan di kawasan tangga selain bulu roma aku yg konsisten kepanjangannya..

Aku pun masuk ke dalam office, and duduk dekat meja, pun xda penampakan jugak.. Maybe takdir aku malam tu xde penampakan, aku terima jelah takdir tu dengan hati terbuka.. Sikit yg aku tahu, x sampai 30 minit sebelum aku lepak sorang2 kat dalam office nie, Waris dah kena sakat dekat tangga.. Aku pun sambung habiskan sikit lagi kerja and surf internet sampailah jam nak dekat pukul 5.. Bila dah buhsan, aku start masuk bawah meja untuk baring and get ready nak tidur.. Meja office aku ni jenis partition, satu orang satu partition mean kiri dan kanan meja ada dinding sampai paras dada kalau berdiri.. And, aku pilih spot belakangkan dinding sebab aku xsuka kalau aku tengah buat kerja ada orang lalu lalang belakang aku and kalau orang nak masuk ke kawasan aku, derang kene lalu mcm ada kawasan kecik between dinding and aku akan nampak orang tu masuk, so xda sape2 boleh main terjah je kat belakang aku masa aku kerja..

Dalam mata aku terkuyu2 di bawah meja, lolongan panjang anjing dari arah belakang office aku menjengah, belakang office aku ni area taman yg Bhai nampak akak terkehel urat leher nak terkam dia.. Aku ignore lagi, yer la, korang expect aku nak buat ape? Keluar ke balkoni and jerit2 balik kat anjing tu or terhegeh2 tengok ape benda anjing tu lolong? Memang xmenjadi kenyataan lah, aku xseberani mcm tu.. Then, aku dengar orang bukak pintu tingkat office (note: even aku dah lock), dalam kepala aku fikir Waris dah balik kut.. Aku diam je lah sambung berangan, tidur atas karpet office plus air cond full blast mmg best, badan automatic rasa berat bila nak bangun.. X percaya korang try masuk bawah meja office and tidur, tahap nyaman dia mcm tidur dekat kaki gunung..

Sebab kepala aku dekat lantai, so each time "orang" yg baru masuk ni berjalan aku dapat agak posisi and distance dia dekat mana.. Makin lama dia makin dekat dengan meja aku and finally berhenti lama dekat belakang meja aku.. Aku intai dari celah2 tepi meja yg kecik, aku nampak mcm ada bayang2 orang berdiri.. Dalam 1 minit jugaklah makhluk tu xbergerak dari belakang meja aku, masa ni aku ingat Waris, aku buat2 tidur, kalau aku tegur karang budak ni ajak borak lagi, bila aku nak tidur.. Lepas berhenti lama, aku dengar tapak kaki berjalan ke arah balkoni office and terus aku xdengar orang berjalan lagi..

Dalam kepala aku tiba2 risau kalau ada pencuri masuk, aku pun keluar dari bawah meja and tengok keadaan office.. Sunyi dan sayu.. Aku jengah ke meja Waris, pun sayu, dalam kepala aku pikir, maybe Waris pun dah masuk bawah meja.. Aku pun biarlah, and sebab masa tu dah nak subuh, aku xfikir banyak and terus masuk balik bawah meja and tidur..

Di kemudian harinya, Waris cerita, dia xpernah patah balik office and aku x sure siapa yg menjengah and dengan siapa aku "bermalam" hari tu..

[Dawn is Coming II]

/* Story Waris */

Waris yg terkejut dengan pendegaran tapak kaki ikut dari taman ke office pun ambil keputusan nak balik rumah dia kat Rembau.. Di bawah kerata membuta tuli, disebatnya segala jenis speed bump, lubang dan biawak terputus 2 bahagian di atas jalan raya.. Dalam kepala dia just nak balik kampung berada di dakapan ibu yg tercinta.. Sebab keadaan Wallet Waris agak tipis, dia pun pilih lalu jalan dalam yg bawa dia ke jalan Bangi lama untuk tembus ke Nilai..

Tengah dia muka ketat sambil fokus ke arah pemanduan, datang 2 kereta laju potong Waris, Wira and Myvi Putih.. Laju sangat kereta tu potong sampai Waris terpaksa elak ke kiri jalan and kereta dia sikit lagi nak terbabas.. "Jimbet!!", Waris marah, Waris kejar balik, Wira dengan Myvi, masih boleh dikejar, kalau Subaru ke Evo ke, Waris just maki dari jauh je la.. Kejar punya kejar, akhirnya kereta Waris cucuk kereta Myvi yg ada dibelakang kerata Wira and derang pun mula aksi cucuk angin di jalan lama..

Lepas lebih kurang 15 minit main selekoh, kereta Myvi depan Waris terus speed up and meluncur.. Waris ikut dengan penuh teknik (note: kereta auto, ape sangatlah teknik yg Waris guna aku pun xtau).. Then, Myvi and Wira pun makin rapat akibat kelajuan mendadak sampai ke jarak kereta mereka kurang dari satu meter antara satu sama lain.. Walaupun dalam jarak kurang semeter, xde tanda2 Myvi nak slow down or tukar lane.. Myvi tersebut terus laju and separuh bahagian depan Myvi masuk dalam bahagian belakang Wira..

Waris terus hentak pedal brake, kereta Waris hilang kawalan and start spinning.. Dalam kepala otak Waris dah fikir mati je masa ni.. Nasib baik kereta skid dekat tengah jalan and berhenti tanpa langgar apa2.. Lepas tarik nafas lega Waris tengok keadaan jalan.. Kereta Wira dihapan dia berhenti tanpa ada kesan remuk or berpusing, just stop dead kat tengah jalan sambil lampu belakang still menyala, tapi Myvi dah xde.. Waris yg dalam keadaan shock and xdapat berfikir dengan waras cuba betulkan kedudukan kereta dia and slow motion potong kereta Wira yg tengah berhenti.. Lalu je sebelah Wira, Waris xnampak apa2 driver dalam kenderaan, just stering kereta yg berpusing ke kiri ke kanan mcm ada tangan ghaib kawal..

Waris terus henjut pedal minyak sampai ke lantai, mengamuk RPM kereta Waris and engine menderu kuat.. 50 meter Waris gerak, kereta Wira dibelakang terus cucuk belakang Waris.. Walaupun Waris dah hentam volume sampai 52 untuk radio IKIM.fm, bacaan al-quran xdapat membendung kerata Wira terus cucuk kereta Waris.. Kereta tu terus hilang bila Waris sampai di kawasan perumahan, in which 10 minute jugaklah..

Waris terus masuk highway 1st exit dia nampak and terus pecut balik rumah.. Sepanjang2 highway, each time ada kereta cucuk Waris terus ke kiri or masuk emergency lane and slow kan kereta akibat trauma.. Masuk tol, Waris hutang dengan penjaga tol even jumlah tol xsampai RM 10 dengan alasan dia terlupa bawak wallet, penjaga tol isu resit and esok masa naik tol, Waris kena bayar balik..

/* End of Story Waris */

[Dawn has come]

Pagi tu aku bangun lebih kurang pukul 10 and lepas mandi dekat toilet office, aku terus sambung buat kerja.. Sebab company kitorang bukanlah company yg proper sangat, so baju setakat T-shirt and Jeans diterima pakai kecuali kalau ada lawatan client kene pakai smart sikit.. Profesionalism.. Di tingkat 3, even partition ada lebih kurang 24, only 6 orang yg duduk including aku and Waris.. so xsusahlah kalau aku nak tanya siapa yg datang pagi tadi.. Macam biasalah, masing2 xmengaku.. Sebab siang and aku pun dah xseram sangat, aku abaikan aje and continue works..

Pukul 3 baru Waris masuk and kelam kabut terus ke meja nak sambung kerja.. Aku jalan ke meja Waris nak tanya dia pergi mana, terus dia cerita pengalaman tangga and kereta dia semalam.. Pakcik Senin yg posh (read: aku x salah describe, dia memang seorang lelaki yg suka berlagak posh) terus sangkal.. "Sudahlah kau Waris, apsal kalau dalam office ni yg kena cerita hantu mesti kau? Dah xde orang lain yg kena?".. Maybe sebab dia pakcik and spek dia berharga RM 3,200 and jam dia yg berharga RM 8,000 buat aku and Waris xmembalas.. "Aku hari2 duduk office sampai lewat, xpernah pun jumpa".. Hari2 dia kata? Lewat dia kata? Paling lambat dia pernah stayback masa aku ada dalam office ni pukul 7:30, itu pun sebab bos ajak kitorang pergi minum dekat kedai, dia belanja.. Itu pun Pakcik Senin tinggal je terus laptop dekat meja dengan xtutup, malas nak naik balik..

Cerita Waris terbantut and aku pun malas nak masuk campur bila Waris and Pakcik Senin dah start main sembur2 air pakai straw antara satu sama lain, aku terus sambung kerja sampai lebih kurang pukul 6 petang and phone aku berbunyi.. Aku tengok nama "Adik" naik.. Well, biar aku cerita pasal Adik sikit..

Adik ni bukanlah adik aku, dia adalah seorang budak yg di panggil Adik walaupun rata2 yg panggil dia tu sama baya or lagi muda dari dia.. Awek si Adik pulak ada masalah dengan final project dia and Adik ambik keputusan suruh aku tolong.. Dengan sedikit pengeras seperti pulut kuning dan ayam golek, aku pun setuju nak tolong awek si Adik, nama dia Cekin.. Masalah dia, Cekin ni pemalu dengan lelaki and aku pulak jantinanya lelaki and refuse nak pakai kimono bila berinteraksi dengan budak ni, so, segala perjumpaan or apa2, adik yg contact aku.. Sambung pasal Adik call aku..

Adik: Hello JC!! Nak jumpalah malam ni.
JC: Malam ni ke? Boleh, kat mana??

Adik diam and aku dengar macam suara adik bersembang2 dengan Cekin tanya lokasi mana nak jumpa semua.. Then, tiba2 aku dengar suara perempuan hallo balik.. Inilah first time aku dengar suara Cekin dekat phone, sebelum ni punyalah pemalu nak call orang..

Cekin: JC, malam ni yer.. Nanti saya datang..
JC: Cekin datang?? Datang mana??
Cekin: Datang kat office JC lah.. Hahahaha
JC: Huh? OK, nanti JC tunggu..
Cekin: OK, tunggu tau.. Hahahaha

Terus dia padam phone.. Aku pun letaklah phone and leka buat kerja.. 30 minit lepas tu baru aku sedar.. Hell, mana si Adik and Cekin tau office aku?? So aku pun dial balik nombor adik..

pi li pi li bi ti li ti (sfx: nombor dialing)

Adik: Hello JC. Kenape?
JC: Adik, kau tau ke office aku dekat mana?
Adik: Dekat mana? Kenape? Ada emergency ke?
JC: Tadi kau kate nak datang dengan Cekin jumpa aku..

Adik diam lama sampai aku kene cakap Hello Hello balik..

Adik: Bila aku call kau? Aku dekat office lagi ni xbalik..
JC: Ni baru je 30 minit lepas..
Adik: Mane adelah, kau salah orang..

Aku terus letak phone and check call log.. Memang betul dalam ingoing call nombor adik.. Aku call balik..

JC: Woi!! Dalam call log aku nombor kau lah lahanat!! Kau nak main2kan aku ke ape?
Adik: JC, sumpah aku x call lansung.. Xpercaya kau tanya kawan kerja aku..

Haram kau Adik, kalau aku tanya kawan kau pun xdelah boleh membuktikan kau x call aku.. Tapi, aku yg kenal Adik dari sem foundation aku study sampai grad, sikap adik ni agak serious and lengai, so prank call ni mcm bukan style dia.. In fact, aku sure and aku berani bet RM 200 Adik xtau prank call tu binatang habitat jenis membiak ke jenis fotosintesis..

JC: Kau jangan main2 adik, kau call aku cakap nak jumpa pasal project Cekin..
Adik: Haa? Sumpah aku xcall, tapi mmg kita kene jumpa pasal project Cekin.. Sabtu ni boleh? Aku pun mungkin naik KL, sekarang aku dekat office..
JC: Cekin ikut kau balik Johor ke?
Adik: Mana ada, Cekin kat rumah dia la dekat KL, buat apa aku nak bawak awek aku pergi office..

Masa ni baru aku terpikir, damn, logik jugak, dah kenapa Cekin ikut Adik balik Johor and pergi office dia tengah2 sem (note: Adik dah grad, Cekin belom).. Sejak bila pulak Cekin reti cakap phone, sebelum ni paling kuat pun either Yahoo Messenger or SMS.. Memang nak dengar dia bersembang dekat phone pun mcm menang loteri, dah la tu, tergelak2 dalam phone gaya mcm social sangat..

Plus Aku pernah terserempak dgn Adik and Cekin dating dekat kedai makan.. Dari aku sampai, sampailah derang blah aku peratikan Adik tengok muka Cekin, Cekin tengok muka adik.. fullstop.. Xde conversation, xde senyum2 lirikan gedik, terbahak2 pun xde, and dalam masa lebih kurang 30 minit, masing2 tenung muka masing2.. Bukan tenung mcm bergaduh ke apa, tenung mcm xde perasaan, mcm orang sekarang tenung phone nak hilangkan buhsan, soulless.. Bila makanan sampai, dua-dua makan dengan penuh ke-ayu-an dan kasih sayang terhadap makanan nampak mcm lebih tinggi dari kasih sayang between each other.. Habis makan Adik terus keluar wallet nak bayar and dua-dua terus bangun and blah masuk kereta.. Aku dgn kawan2 aku yg mcm sesak nafas tengok relationship derang.. Even Kristen Stewart punya ekpresi muka dalam twilight pun lagi banyak dari derang..

Adik: Hello!! Hello!! JC!!
JC: Huh? Adik, ko ade lagi ke?
Adik: Yerla, kau tiba2 diam.. Kau call Cekin setup meeting JC, nanti kau jumpa jelah dia..
JC: (pening) Hah? Haa.. Nanti aku call Cekin..
Adik: Xpayah call, nanti dia tak angk..

*click* (sfx: aku letak phone)

Letak je phone, mcm terngiang2 suara entiti yg menyamar Cekin tadi cakap.. "JC, malam ni yer.. nanti saya datang..".. Otak aku process lagi, datang mana? "Datang kat office JC lah.. Hahahaha".. Gelak entiti yg xpernah mengaku diri dia Cekin ni pulak, xdelah horror mcm mengilai or menyeringai.. Tapi nada dia mcm sinister, gelak mcm nak mengenakan orang.. Damn, otak aku dah xboleh hadam, benda alah ni nak datang office aku plak dah.. Terngiang2 lagi dalam kepala aku - "OK, tunggu tau.. Hahahaha" - "OK, tunggu tau.." - "OK, tunggu" - "TUNGGU".. Hotak kau tunggu, aku terus packing lappy semua and masuk dalam bag terus aku balik mcm orang ada emergency.. Of course, xde mana aku nak tunggu dah.. Sebelum aku keluar Waris jerit..

Waris: JC, nak balik ke? Aku stayback la malam ni.. Temanlah..

Aku pandang dia, dia pandang aku.. Aku pandang dia, dia pandang aku.. Aku terpandang tingkap belakang dengan scenery yg senja and nak gelap.. Terus aku cabut.. Amaran tsunami dah dikeluarkan, jangan harap aku nak stay lagi kat ground zero.. Aku terus turun tangga and balik rumah sambil siap sedia dengan 2 UZI dikedua-dua tangan, 4 bom tangan berserta cheeroke axe hammer sisip di pinggang.. Come hell or high water, at least aku sedia shoot-em-up semua yg mendatang dari dalam almari baju kain aku yg berharga 50 hengget..


TU BI KON TI NUW~~


[Aftermath]

Sebab aku balik, malam tu Waris ajak Mr.K teman dia dekat office, nak xnak Mr.K kene teman jugak sebab kerja dia kritikal, lebih 1 minggu delay.. Mr.K malam tu siap pujuk nak pick up aku dari rumah suruh teman Waris and tolong dia buat kerja.. Aku cakap anak aku demam kuat walaupun masa tu Mr.K tau, jangankan anak, kahwin pun belom lagi.. Sebab alasan aku sangat xlogik, Mr.K pun mengalah, jarang aku xstayback masa zaman tu..

[Writer's Rant]
Kali ni panjang sikit sebab semalam aku xupdate, have fun bace guys!! Nights out!!

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 09:07 AM | Show all posts
JokesCop replied at 22-7-2016 04:20 AM
TITLE: The Apprentice [5]
TEMPAT: Putrajaya
LAIN2: Conts from The Apprentice [4]..  

Seram lak dpt prank call dr 'cekin' hihihihihih
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 10:32 AM | Show all posts
JokesCop replied at 22-7-2016 12:50 AM
Laaa, xbeli lagi ke buku SMTBL? Dah terjual dipasaran, cuba ko tanye kat kedai buku.. title dia "p ...

oit takda unsur mistik kat buku tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2016 11:19 AM | Show all posts
cik.amy replied at 20-7-2016 08:47 AM
JC, cite ni tahun bila dan precint mana? single ke dabel digit? sbb dlm tahun 2001/2002 camtu mmg  ...

aku rasa bukan sebab aku penah npk damm komen kat thread jc. xkn jc nak komen thread sendiri ada pulak masa dia sdgkan update cerita pun setaun skali

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 22-7-2016 12:50 AM
Laaa, xbeli lagi ke buku SMTBL? Dah terjual dipasaran, cuba ko tanye kat kedai buku.. title dia "p ...

Yeke ada JC..emua kedai buku ade yerk..nti nak cari lahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 22-7-2016 04:20 AM
TITLE: The Apprentice [5]
TEMPAT: Putrajaya
LAIN2: Conts from The Apprentice [4]..  

Fuhhhhh ada cita waris malam tu ke dgn mr.k?

Sambung lagikkkkk  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah2 enjoy weekend dulu dgn anak bini, next week sambung lagikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis merempit cerita ni dr semalam. Aku suka cara tt bercerita. Kipidap !
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
cekin cm nme bff ai,tp dia xpemalu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
cekin cm nme bff ai,tp dia xpemalu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Best sgt penulisan jc hehe seram nya sampai



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 10:25 AM | Show all posts
JC
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 13-12-2015 12:33 AM
TITLE: Mean Girl 2 [F]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [12]


Sedihnya ending ..   tq JC.. Anda mmg hebat menulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2016 02:41 AM | Show all posts
TITLE: The Apprentice [6]
TEMPAT: Putrajaya
LAIN2: Conts from The Apprentice [5]..  

[QUICK RECAPS]
Previously on The Apprentice.. Aku dah start nak trauma dengan Putrajaya..

[The Balcony]

Waris ni actually takut dgn Mr.K sebab dia claim Mr.K ni garang and suka hamun orang sesuka hati.. Well, pada aku, xdelah dia hamun orang sesuka hati, sepanjang aku kerja, aku pernah kene jerit dengan Mr.K sekali, itu pun pasal dia bengang dgn satu vendor kitorang yg 3 kali jumpa still sembang harga, apa kerja pun xdibuat.. Lepas vendor keluar bilik meeting, cepat2 dia tutup pintu and apologize cakap dia xsuka orang berlengah2 kerja.. So, kalau kau cari pasal dengan Mr.K, memang dia xsegan nak jerit dekat kau.. Plus, sebab perangai Waris yg suka terhegeh2 buat kerja, dia selalu jadi kepala microphone masa karaoke lagu She's Gone~~ (by: Steelheart) or versi melayunya HAAAA HAAAAAAA SAYANGGGGG!!! (by: Projector Band), diharyak tanpa belas kasihan.. Ada sekali tu Waris kene maki sampai esok Mr.K xdatang office sebab sakit tekak..  

Malam tu Waris and Mr.K berdua2-an di office pulun kerja yg patut dah siap seminggu yg lepas.. So imagine je lah mcm mana stock 1 minggu delay punya desibel pergi, 2-3 kali jugaklah kereta polis melilau sebab ingat ada party buih.. Dah la siang 1 hari Mr.K jumpa client, malam kene buat kerja pulak, mana orang tua tu xhangin.. Dalam pukul 2 lebih, mata Mr.K dah start nak tutup, dia pun keluar ke balkoni yg mengadap taman angker and Mr.K pun smoking.. Sambil smoking, Mr.K usha2 Waris dari balkoni dari tingkap besar antara balkoni dgn office, budak tu bukan boleh lepa, karang main internet ke, tidur ke, xsiap jugak kerja.. Dalam berkepul2 asap keluar, suddenly, bunyi anjing start melolong mendayu2 sedih.. Mr.K yg super skeptical dengan benda2 mistik ni abaikan aje, kaki terpeleot agaknya, dia pun teruskan smoking.. Makin lama makin panjang anjing tu melolong mcm sedih sangat.. Mr.K pun tercarik2 dari mana suara anjing tu, sebab dia dari 3rd floor, so nak scan taman tu xdelah susah mana, challenge dia just pencahayaan yg xberapa nak terang, so dia try scan mana2 benda yg bergerak2 dekat taman tu..

Finally, mata dia tertumpu dekat satu kain putih berkibar2 dekat tengah2 taman.. Dia pun usha kain tu, dalam kepala dia satu je, "anjing sangkut dalam kain, tu yg sedih sangat".. Elok je mata dia lock dekat kain tu, terus anjing stop melolong.. Semua terjadi terlalu pantas, xsempat Mr.K nak alih pandangan, terus kain tu terbang laju menuju ke arah dia and hinggap dekat para balkoni betul2 sebelah Mr.K, Mr.K start perasan mcm ada xkena dengan kain tu.. Macam ada rambut dekat hujung kain..

Mr.K terus buang rokok ke bawah and terus masuk balik dalam office laju2.. Dalam tergopoh-gapah tu Mr.K terhentam pintu balkoni dgn agak kuat and Waris pun toleh ke arah Mr.K.. Dari tingkap balkoni, Waris nampak ada perempuan rambut mengerbang, muka pucat sambil bertenggek atas para balkong tenung ke dalam office.. Waris masa tu kejung and Mr.K yg mcm dah xboleh control kepala dia pun automatically toleh ke luar tingkap untuk melihat permandangan yg sama.. Terus benda tu ghaib meninggalkan Waris and Mr.K yg mcm orang bengong xbergerak..

Baru nak tarik nafas lega, derang dengar suara nyaring mengilai dari sekeliling 3rd floor dari luar.. Waris terus terduduk atas lantai and menangis and Mr.K duduk di kerusi berdekatan muka mcm expect serangan jantung bertali arus bakal menimpa.. 5 minit makhluk terbang tawaf building sambil mengilai2, terus semangat Waris and Mr.K mati.. Hilang je suara, Mr.K terus capai bag budak sekolah dia nak keluar dari office, Waris laju follow Mr.K.. Derang keluar dari office, kunci pintu and terus berdesup balik rumah.. Waris tidur rumah Mr.K malam tu sebab satu badan dah lembik, jalan pun dah xbetul, apa lagi nak drive.. On the way ke rumah Mr.K sepatah haram pun derang xbercakap pasal apa baru jadi, masing2 diam and Waris just tersedu-sedan menangis sepanjang perjalanan..

[Meeting]

Sebab aku xstay up office malam kelmarin, esoknya aku datang agak awal and sampai je aku di office, Mr.K dah call and kasik instruction suruh habiskan kerja Waris, budak tu demam katenye.. Aku yg xtahu ape dah jadik menyumpah2 Waris sambil siapkan balance kerja dia.. Dalam pukul 3 petang Mr.K and Waris sampai office, terus Waris panggil aku masuk bilik meeting.. Dalam bilik tu ada En. Shuib and Owner company kitorang, aku MBLBNS-kan dia En. Shah.. Mr.K start tanya aku ape dah jadi dalam 2-3 malam sebelum ni, and suruh aku dengan Waris bukak semua cerita..

Umpama khatib sedang membaca khutbah, story aku dan Waris dari pengalaman Bhai sampailah ke misteri pangilan telefon and disambung kisah penampakan segitiga bermuda diatas balkoni malam tadi oleh Mr.K dan Waris di dengar dengan taat oleh En. Shah dan Shuib.. Tersengeh2 derang dengar bila reaksi yg sepatutnya diberi mcm xterlintas dalam pemikiran derang.. Dalam tu sempat jugak En. Shuib perli Mr.K..

En. Shuib: Aik K, bukan kau cakap benda2 ni bohong ke?
Mr.K: Aku x cakap benda tu bohong, just aku xpercaya cakap si Waris.
En. Shuib: So lepas dah kena baru percaya lah cakap si Waris?
Mr.K: Aku still xpercaya cerita Waris, tapi cerita yg semalam ni betul2 jadi.

En. Shah pun kasik kata dua kat kami, disebabkan umur En.Shah ni agak significant even kepada Mr.K dan En. Shuib, derang pun dengar tazkirah kecik tu dengan taat.. Sampai last sekali En. Shah suruh kitorang rahsiakan benda ni dekat budak2 office dulu dengan alasan nanti xde orang nak datang office lagi dah.. En. Shah cakap, dia nak buat bacaan yassin atas alasan office kitorang belum pernah buat benda ni and nak panggil orang yg ariff pasal benda ni tolong tengok2kan..

Khamis yg terdekat, lepas Asar, office kami pun buat sedikit kenduri and bacaan Yassin, and next week, seorang pekerja baru masuk yg En. Shah claim driver company, tapi yg peliknya driver company ni hampir tiap2 malam tidur dekat office.. Disebabkan Waris yg trauma dgn kes penampakan kali ni, kaki dia xkan jejak office kalau lepas pukul 8 malam.. And sebab aku pun xde keperluan utk stay malam2 dekat office, aku pun xduduklah office tu malam2.. Yang aku sure driver ni selalu lepak office sebab masa kitorang balik dalam pukul 8 lebih, mesti dia dah start usung tilam keluar dari surau and letak dekat tepi tingkap dekat 1st floor.. Even pelik, tapi sebab boss kitorang yg kenalkan dia, so kitorang x ambik port sangat..

[COME FLY WITH ME]

Ada dalam satu hari dalam tempoh masa driver kitorang tidur dekat office, aku kene jumpa Cekin untuk settlekan project dia, aku pun stayback dekat office sampai lepas maghrib.. Dalam pukul 8:15, aku nampak Pakcik Driver ni melilau dekat 3rd floor, biasanya siang dia akan lepak 1st floor tunggu kalau ada orang nak pakai kereta office jumpa client, dia akan bawakkan, jarang nampak dia melilau kat floor2 lain.. Aku ignore jelah sambil wrap up kerja.. Then, Pakcik Driver ni start tegur aku, tanya aku nak duduk sampai pukul berapa and stuff.. Aku cakap sekejap je sebab aku nak jumpa orang kejap lagi.. Dia pun duduk dekat salah satu meja depan meja aku sambil hisap rokok dalam office.. Cara dia tengok aku tu mcm sikit resah and mcm suruh aku blah cepat2.. Bila aku tanya dia tunggu aku ke? Dia jawap x, and suruh aku sambung buat kerja.. Agak lama dia tenung aku and situasi pun jadi makin awkward, aku pun gerak keluar dari office awal dari plan..

Masa aku turun dari 3rd floor, aku dengar pakcik driver mcm bukak tutup bukak tutup pintu 3rd floor, mcm pikir banyak kali nak turun ke tidak.. After a while aku tunggu, xde orang pun yg turun and bulu roma aku pun dah mencanak2 naik tanpa sebab, aku deras keluar dari office and naik motor.. Aku sempat toleh 3rd floor dari jalan raya, lampu still terbukak and nampak mcm bayang2 Pakcik driver usha aku nak pastikan aku betul2 balik.. Bila dia perasan aku tengok dia, dia pun babai aku.. Aku yg rasa akward gila masa tu lambai balik and terus blah.. Aku terus jumpa Cekin and balik..

Then, berlakulah cerita COME FLY WITH ME (note: click to read).. Malam berlaku kejadian tu, sampai pukul 3 pagi jugaklah aku dengan kawan aku lepak dekat mamak even esok masing2 kene kerja.. Malam tu ber-das2 aku kene dengan kawan2 aku sebab cerita aku ni, ramai yg tarbiahkan aku supaya jangan lalu jalan sunyi bila balik malam2, selain mahkluk xsenonoh, aku maybe boleh eksiden or dirompak.. So, seminggu dua jugaklah aku xlepak office.. Tambah lagi, selang 2-3 malam lepas kejadian COME FLY WITH ME, member aku try lalu area office aku nak usha2 ke-angker-an office aku, dia cakap 3-3 floor office aku bukak lampu and xde apa yg menyeramkan lansung masa dia lalu.. Aku xsure dia pergi ghost haunt dekat office aku ke ape.. Tapi, On the way dia balik ke rumah, sampai simpang gate-1 Putrajaya (note: sekarang ada kedai nasi kerabu/dagang xsilap aku), dia terserempak dengan entiti mencangkung bermata merah atas tiang elektrik elok usha.. Malam tu dia pulak kejut semua orang and ajak minum sampai pagi and taubat nasuha xnak lalu lagi jalan tu malam2..

Dalam 2 minggu jugaklah aku dengan Waris xjejak office malam2 and kes penampakan pun zero.. Yerla, dah office tu yg tinggal driver angker je, siapa yg boleh cerita kalau ada penampakan melainkan dia? Plus, dia pun orang kuat En.Shah, datanglah segala jenis mambang or jakpar On masa dia jaga office malam2, jangan harap cerita tu nak lepas dekat siapa2.. En. Shah panggil semua orang yg terlibat dalam 1st meeting plus pakcik driver masuk ke 2nd meeting and driver just tu cakap, "Kami dah tengok2 office ni, memang xde apa2".. So, dengan ayat tu, En. Shah expect semua problem settle and dia berharap orang start stay back kalau ada kerja urgent.. Mula2, aku dengan Waris xnak jugak, tapi lama2 bila terpaksa, kitorang stayback, itupun bila lebih 5 orang.. Lepas semalam dua test and x kena kacau, aku dengan Waris kembali ke tabiat asal, stay back balik..


TU BI KON TI NUW~~



[Aftermath]
No Aftermath, next episode..

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekian lama menanti ada gak update. Rasa terharu sungguh... Good job JC!!!     
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:46 AM | Show all posts
lame x menjengah ke mps, skali aku marathon selama 5 jam tampa henti..

semua ko punye pasal la JC...

demmit demmit....xsiap keje aku....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha....sian waris nampak kak pon sampai nangis sedu sedan         

Jc......time ko keje putrajaya tu.....lagu projector band dah ade meh?.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.160200 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list