CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8456|Reply: 34

Jangan Ditegur, Kalau Dah Tau Dia Tu Hantu!!!

[Copy link]
Post time 7-12-2015 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by WIFEY_KETIAK at 7-12-2015 04:55 PM

Jangan Ditegur, Kalau Dah Tau Dia Tu Hantu!!!



Kisah yang aku akan ceritakan ini telah belaku pada rakan aku sendiri, rakan satu tempat kerja. Dia ini memang jenis huru-hara sedikit perangai, tapi dia ok je.. cuma kadang-kadang mulut tak boleh tahan juga celuparnya. Dipendekan cerita aku dan rakan-rakan satu tempat kerja mengadakan aktiviti luar, lokasi pilihan kami adalah Sungai Kanching Rawang.

Kami berkhemah di sana selama satu malam, sambil-sambil itu kami juga ada melakukan sedikit aksi-aksi lasak, antaranya 'jungle tracking' sambil-sambil kutip kayu-kayu ranting untuk dijadikan bahan bakar malam nanti. Hutan Sungai Kancing ini best juga banyak monyet.

Dipendekan cerita lagi, waktu pun dah lewat petang nak masuk mahgrib kawan aku seorang ini tak muncul-muncul kat khemah kita orang. Ingat dia ada la dekat-dekat sini, tunggu punya lama dah masuk jam 8 malam. Baru dia muncul dengan kayu-kayu ranting. Dia pun terus masuk khemah tapi tak bercakap banyak pun. Kita ingat mungkin dia kepenatan sebab cari kayu kan.


Contoh gambar lembaga itu (seakan-akan)


Lepas unggun api dihidupkan ikan, ayam ubi keledek dibakar untuk makan malam ini kan. Waktu kita membakar pun dia tak bercakap sangat, yang kawan celupar itu pulak bukan main aktif lagi, bergelak sakan. Jam dah masuk pukul 10 aku dah kawan-kawan lain dah mula rasa lain macam sedikit, sebab kawan seorang lagi tu tak bercakap sangat, yang celupar itu pula pergi tegur! "Woi apasal kau diam berak dalam seluar ke'? HHAHA!


Selalu bila bergurau kasar macam itu dia akan bagi respon' ini masih diam juga! sekali dia ketawa senyum punyalah seram pulak kita tengok!
Tak lain tak bukan sah dia kena sampuk! atau benda lain menyerupai dia! dengan selambernya kawan aku ini tegur lagi, "Woi kalau kau hantu angguk la 2 kali!" ''kalau bukan hantu kau mengucap boleh?''

Aku dan kawan-kawan lain marah kat kawan aku yang celupar ini! "Jangan Ditegur, Kalau Dah Tau Dia Tu Hantu!!!"
Dekat 10 minit juga dia tersenyum-senyum, lepas itu tiba dia ketawa terbahak-bahak! sah dia kena sampuk! kawan aku yang celupar tu punya berani pergi kat kawan kena sampuk itu tolak bahu dia! punya cilaka punya perangai.


Tiba-tiba kita terperasan lah!!!! belakang kawan aku yang celupar itu ada 1 lembaga hitam tinggi dan besar. Nampak samar-samar sahaja. Ini semua gara-gara apabila dia berkasar dengan kawan aku tadi. Orang dah kena sampuk lagi pergi tegur main-main, langsung tak serius!

Tapi celupar-celupar dia, dia yang paling berani siap papah kawan kita yang kena sampuk itu. Salute! Salute lah sangatkan! kawan aku yang papah tu kena tolak masuk semak! yang kena sampuk pula lari hilangkan diri, nak kejar memang tak lah kan! tak tahu selok belok hutan langsung, dekat-dekat boleh lah.


Kita orang semua pun dapatkan kawan yang celupar tu tadi kat dalam semak. Dah selamatkan dia, cepat-cepat pack barang nak berambus dari situ! bab kawan yang kena rasuk itu, kita cadang nak cari orang yang pakar dalam bab-bab alam ghaib ini.


Jam dekat 1 pagi waktu itu, lampu besar, touchlight semua cukup jadi tak adalah gelap sangat. Sampai parking start enjin kereta terus gerak! jalan dari Sungai Kanching nak keluar ke jalan kucing memang gelap! ditambah pula dengan hutan tebal. Punya kucar kacir abis semua surah kita buka! ayat qursi semua. Tiba-tiba kita nampak seorang lelaki cuba menahan kereta kami, berani kan diri lah behenti sebab orang yang tahan tu nampak macam orang asli sini-sini sahaja.

Kita pun behenti, dia cakap ada seorang rakan cerdera tak boleh berjalan, dia mintak kami semua bawa kan ke hospital Selayang (PALING DEKAT) terkejut beruk kita tengok, rupanya orang yang cerdera itu kawan kami yang kena rasuk tadi!!!!  perrrrrrhhHhhHgGgG!

bila ditanya kali ini baru nampak dia dah sedar, jadi tadi kita pun tak pasti sama ada tadi itu jelmaan dia atau dia disampuk....kesudahannya dia cerdera di kaki kerana terpijak buluh. Dan selepas kejadian ini dia langsung tak ingat apa terjadi. Kita orang pun tak pasal-pasal dapat pengalaman seram ini.

Sekian,

Trip Sungai Kanching 2009

Azlee
Amar
Sufian (Celupar)
Zaidi (Kena rasuk)
Khalid
Hana
Ziezie

*************************************************



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 11:36 AM | Show all posts
nanti aku sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:12 PM | Show all posts

berapa lama nk tunggu ko sambung
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:25 PM | Show all posts
errr . bersambung pula ... cepat sikit eyhhh sambung tu . huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:30 PM | Show all posts
baru nak saspen.. sambung pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:39 PM | Show all posts
JohnPuteh replied at 7-12-2015 12:12 PM
berapa lama nk tunggu ko sambung

Betul tak sabar ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 12:48 PM | Show all posts
Wehhhh!!! Aku dh saspen dh nih. Sekali cite ko bersambung.. Pesen mcm ko ni la kalau jadi pengarah drama memang kena carut ngn penonton. Kakakakaakaak!!!!!

Deraih la wehhhhh!!!! Cite tgh best ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:51 PM | Show all posts
eeeeeeeee.. baru nak seram, sambung pulakkkkkkkkk.. pls seru i nanti kalo dah smbung.. jgn la lambat sgtttt.. nervous separuh jalan dah ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 12:52 PM | Show all posts

bahahaha..sbb biasa nk tunggu sambugan amik masa seminggu dua
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:56 PM | Show all posts
aduh..baru nk rasa saspen......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:53 PM | Show all posts
JohnPuteh replied at 7-12-2015 12:52 PM
bahahaha..sbb biasa nk tunggu sambugan amik masa seminggu dua

Itu wat angin 1 bdn je... So bile dia update kite pon tak tahu bila kan, sepi jela benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:59 PM | Show all posts
-electrifying- replied at 7-12-2015 01:53 PM
Itu wat angin 1 bdn je... So bile dia update kite pon tak tahu bila kan, sepi jela benang ni

dah betul lah tu..jadi tuan tanah

"Jangan Dah Marah, Memang sah aku naik Hantu!!!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 02:51 PM | Show all posts
Cek_MooN replied at 7-12-2015 12:25 PM
errr . bersambung pula ... cepat sikit eyhhh sambung tu . huhu

OK NAK SAMBUNG LA  NI, TADI ADA CLIENT!


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 02:58 PM | Show all posts
WIFEY_KETIAK replied at 7-12-2015 02:51 PM
OK NAK SAMBUNG LA  NI, TADI ADA CLIENT!

hahaha..suspen sgt ko tt..org lain dh xsabar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 03:14 PM | Show all posts
JohnPuteh replied at 7-12-2015 12:52 PM
bahahaha..sbb biasa nk tunggu sambugan amik masa seminggu dua

dah sambung, td ada client hehe sorry. ni story lama saya,
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:18 PM | Show all posts
WIFEY_KETIAK replied at 7-12-2015 03:14 PM
dah sambung, td ada client hehe sorry. ni story lama saya,

bhahahaha..ok alasan diterima..tapi kalau mengingatkan kenangan ber champing ni aku pun pernah kena jgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 03:19 PM | Show all posts
JohnPuteh replied at 7-12-2015 03:18 PM
bhahahaha..ok alasan diterima..tapi kalau mengingatkan kenangan ber champing ni aku pun pernah ken ...

kamping best! zaman sekolah lagi ada pengalama kena rasuk ini, tp ppuan biasa kena. masa tu kt sungai congkak. katanya kemah kita orang tepi kubur org asli
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:38 PM | Show all posts



ok best...nak lagi!

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:50 PM | Show all posts
masih menungguuuuuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Best nya berkampung dihutan.. bakor ayam.. huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.080012 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list