CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2844|Reply: 3

Wanita, 5 Makanan Ini Jadikan Body Anda Cantik!

[Copy link]
Post time 7-12-2015 01:34 PM | Show all posts |Read mode


Tak perlu mengeluh di depan cermin hanya sebab melihat tubuh badan masih tidak mengecil selepas puas berdiet. Kali ini anda boleh cuba amalkan beberapa pemakanan ini, lebih mudah dan berkesan untuk anda.

Nak ukur lilit pinggang anda cantik dan perut tidak buncit, cuba ambil beberapa makanan seperti ini:

1. Agar-agar
Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut. Diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam tubuh. Ambil agar-agar juga tidak memberatkan pencernaan apabila diambil secara berulang.

2. Jus buah-buahan
Minuman jus buah-buahan yang disarankan adalah seperti lobak merah, tomato, epal, oren, betik, anggur dan buah-buahan beri. Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama. Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaannya.

3. Brokoli
Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang anda. Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme anda.

4. Teh
Minum teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan. Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau.  Namun, tidak disarankan minum minuman ini setiap hari. Cukup dengan hanya minum antara dua hingga tiga kali seminggu kerana teh juga boleh menjadi salah satu minuman yang menahan sistem pembuangan air.

5. Yogurt
Apabila perut anda cukup banyak dengan kandungan asid, cubalah makan atau minum yogurt. Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda. Namun, ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu. Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

kredit:mingguanwanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 09:35 AM | Show all posts
sedap2  makanan ni... bleh la try
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 05:20 PM | Show all posts
agar2 tu lengkong tu ke @Nusantara77  ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 04:47 PM | Show all posts
betul ke..nak try lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.082373 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list