CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2965|Reply: 5

Ciuman ala 'French Kiss' Sebar 80 Juta Bakteria

[Copy link]
Post time 8-12-2015 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto : google image





Ciuman ala Perancis atau popular disebut French Kiss biasanya dianggap cumbuan paling romantik, namun kajian saintis Belanda mendapati dalam tempoh 10 saat sahaja ia mampu menyebarkan 80 juta bakteria dari mulut ke mulut.


Penemuan memeranjatkan itu didedahkan penyelidik terkemuka bidang genom mikrobiologi di Universiti Amsterdam, Prof. Remco Kort sekali gus menasihatkan pasangan agar lebih berhati-hati walaupun niat asalnya mahu menunjukkan tanda kasih sayang.


“Saat ciuman itu, kami mendapati banyak bakteria di paparan skrin komputer, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang membuat koloni di tubuh badan,” kata beliau yang menyarankan pasangan cuma cium mulut paling banyak pun 8 kali dalam sehari.


Dianggarkan 700 jenis bakteria hidup bebas di mulut manusia normal daripada keseluruhan 100 trilion mikroorganisme di tubuh badan dan kebanyakan bakteria itu membantu dalam proses mencerna makanan selain mencegah penyakit secara semula jadi.


Lidah ujar Kort, adalah tempat paling disukai bakteria yang mendiami bahagian otot paling lembut itu dan ia mampu bergerak dinamik menerusi air liur sama ada diludah, muntah atau cium French Kiss yang banyak guna pergerakan kuluman atau jeliran lidah.


Bagi memahami isu itu, penyelidik telah minta seseorang minum yogurt mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacteria sebelum cium mulut secara French Kiss pasangannya yang tidak minum yogurt dan hasilnya, bakteria didapati bertambah lebih tiga kali ganda.


Kort berpendapat, bakteria dipindahkan dari lidah peminum yogurt itu kepada pasangannya dan kajian mendapati keadaan tidak berlaku jika individu sekadar mencium bibir temannya itu dengan kedua-dua menutup rapat mulut masing-masing.







sumber info : bbc.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 12:35 PM | Show all posts
alamakkkk

,,,,,( ^ _ ^ )
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat ke nak kira, Kalo time tengah berhalangan badan tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:07 PM | Show all posts
hahahahhahhhahahahahhhaahha........

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 10:37 AM | Show all posts
itu kalau cemolot..kalau cekonte berapa banyak virus pulak.haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 05:29 PM | Show all posts
erm.. kalau dah melekat tu lantak p la dgn bakteria ke bau ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.996876 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list