CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abu_Muslim

ISU RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR

 Close [Copy link]
Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 2004-3-12 12:30 AM:

Sila baca dari Ms 77 dari heading Pegertian aurat! Yang saya faham dari tulisan Ustaz zainuddin Idris ialah fahaman beliau tentang perkara ini ialah selain dari qubul dan dubur yang mesti ditutup ...



Salam Maideen,

Sebenarnya saya belum lagi baca posting ini kerana perlu banyak masa.. Nanti tenang selepas pilihan raya saya akan semak semula di mana jika ada masalah-masalah, saya akan jawab secara terperinci. Saya terima kasih kerana saudara sangat teliti dalam membincang isu ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2004 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 12-3-2004 02:36 PM:



Salam Maideen,

Sebenarnya saya belum lagi baca posting ini kerana perlu banyak masa.. Nanti tenang selepas pilihan raya saya akan semak semula di mana jika ada masalah-masalah, saya akan j ...

AJ, kok kau amek masa menjawab ngan alasan kau tak der masa, nak tunggu tenang tu dengan menjawab sedikit demi sedikit tak boleh ker?? Kau tak anggap isu ni berat ker untuk kau terangkan ngan orang lain???
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 10:33 AM:


Dengan kesimpulan lain yang Maideen faham dari penulisan ustaz Zainuddin ialah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu mengemoo. Kalau kita pergi ke timur tengah maka pada masa ter ...


Memang jika Maideen menganggap begitu tidak salah kerana Rasulullah sendiri mengajar kita supaya bercakap dan bertindak dengan melihat persekitaran. Di kalangan orang bodoh, kita tidak boleh bercakap terlalu tinggi dan bertindak macam orang bandar.... Nabi bersabda yang maksudnya" Kami para bercakap dengan masyarakat mengikut kemampuan".

Cuma bukan dalam semua hal. Ada batasan-batasannya. Iaitu masuk kandung orang pun jangan sampai iku semua yang orang lakukan terutama perkara yang  berdosa....
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 2004-3-12 02:41 PM:

AJ, kok kau amek masa menjawab ngan alasan kau tak der masa, nak tunggu tenang tu dengan menjawab sedikit demi sedikit tak boleh ker?? Kau tak anggap isu ni berat ker untuk kau terangkan ngan ora ...



Saya kena buka majalah... Kadang-kadang menulis kat sini di rumah dan kadang-kadang Chan Sow Lin. Kadang-kadang di Putrajaya dan Cybercafe di Thailand dan lain-lain...

Selain itu kena pula kena rujuk kepada kitab...

Sekarang biasanya saya baca dan jawab posting yang pendek saja... Saya terlalu panjang, saya lalu gitu saja...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 12-3-2004 02:45 PM:



Saya kena buka majalah... Kadang-kadang menulis kat sini di rumah dan kadang-kadang Chan Sow Lin. Kadang-kadang di Putrajaya dan Cybercafe di Thailand dan lain-lain...

Selain itu kena pula ...

Tapi AJ, mana lagi berat tentang hukum ni? Masalahnya mende ni kau yang cipta, so sebagai pencetus sesuatu patut kau dah siap sedia dalam setiap langkah supaya tak ada tandatanya kepada orang lain.
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 02:51 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 10:33 AM:

Jawaban saudara ini pun menghairankan:


(Ini yang saya kata, tak tahu hukum bercakap gah ttg hukum. Sejak bila uruf dan adat mengatasi hukum dan nas? Apa nasnya yang menyuruh bertukar2 pakaian sesuka hati mengikut adat kebiasaan msykt? Nas yang menyatakan sebaliknya adalah.)

Jawapan: Hukum dan nas termasuk bersifat putus melihat kepada urf dan adat juga... Banyak sekali perbincangan mengenai perkara ini dalam fiqah.. Saya bawa contoh yang paling mudah... Tupai, kura-kura, katat-katak halal hukum dimakan kerana tidak disebut dalam al-Quran dan hadis secara muktamad, tetapi kenapa kita tidak makan? Tidakkah ini bermaksud urf atau  adat mengatasi hukum dan nas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 12-3-2004 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 12-3-2004 02:51 PM:
[quote]Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 10:33 AM:

Jawapan: Hukum dan nas termasuk bersifat putus melihat kepada urf dan adat juga... Banyak sekali perbincangan mengenai perkara ini dalam fiqah.. Saya bawa contoh yang paling mudah... Tupai, kura-kura, katat-katak halal hukum dimakan kerana tidak disebut dalam al-Quran dan hadis secara muktamad, tetapi kenapa kita tidak makan? Tidakkah ini bermaksud urf atau  adat mengatasi hukum dan nas?



Sdr astora, siapa yang tidak tahu ttg uruf. Tapi seperti yg saya tanyakan, apakah uruf boleh membatalkan nas yang qatie? Hanya kerana uruf msykt barat itu tidak solat, maka apakah kita tidak perlu solat bila sampai di negara barat?

Contih mudah sdr dibincangkan dalam permasalahan nas tidak ada atau nasnya tidak muktamad. Apakah nas dalam masalah aurat juga tidak muktamad sampai ktia perlu merujuk kdp uruf?

Saya setuju ttk kura2, tupai dll itu. Tapi adakah kerana bukan uruf msykt di satu tempat utk tidak puasa, bayar zakat, solat, naik haji etc maka kenalah kita mengikut uruf tersebut..

Adakah kerana uruf msykt di india ke kuil sembah patung, maka kita kenalah ikut uruf msykt tersebut.

Itu contoh mudahnya.

Wallahualam
AM
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 10:33 AM:


Dengan kesimpulan lain yang Maideen faham dari penulisan ustaz Zainuddin ialah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu mengemoo. Kalau kita pergi ke timur tengah maka pada masa ter ...



Begitu juga kata-kata saudata ini

(Dengan meletakkan uruf msykt sebagai neraca kepada 'nas' menutup aurat, dengan sekaligus Maideen menyatakan bahawa aurat wanita itu fleksible. Boleh bukak kalau msyt tersebut msykt yg bukak aurat. Ayat mana cakap macam nie? Hadis mana benarkan perkara ini?

Maaflah sdr maideen. Sepanjang berpuluh tahun saya mengaji agama nie, saya tak pernah jumpa lagi nas sedemikian. Mungkin saya nie baca kitab hadis tak habis. Kalau tak nak ambik kitab2 ulama, kitab hadis dan quran pun cukuplah.

Jawapan:

Apa yang saudara belajar berpuluh-puluh tahun sampai isu aurat yang khilafiah pun tak dapat nak faham...


Al-Quran tidak pernah menjelaskan secara muktamad bahawa rambut wanita
itu aurat. Tetapi ada ayat yang menyuruh wanita rendah pandangan mereka, tetapi ayat lain menyuruh lelaki melakukan perkara yang sama. Jika ayat menyuruh wanita rendah pandangan dianggap wajib menutup rambuat. Maka ayat menuntut lelaki merendah pandangan sepatutnya dianggap wajib bagi lelaki menutup rambut...

Satu lagi ayat yang dihujah ialah suruhan menggunakan tudung untuk menutup lubang buah dada. Ayat sebenarnya tidak menyuruh tutup rambut kerana sebahagian wanita Islam di kalangan bangsawan, orang kaya, orang bebas memang menjadi adat mereka memakai tudung. Jadi suruh tidak suruh mereka tutup kepala kerana mereka telah melakukan perkara, tetapi Tuhan  suruh mereka tutup dada....

Begitu ayat yang menyuruh labuh pakain wanita, bererti labuh turun ke bawah dan bukan mengangkat ke atas kepada seperti berpendapat sesetengah ulama..

Hadis-hadis mengenai aurat dan rambut pula selain kedudukan tidak kuat, ia juga bercanggah antara satu sama dan saya tak perlu sebut perkara ini..


Bagaimanapun, jika saudara nak berpegang dengan pandangan lain yang menganggap rambuat itu aurat dan wajib ditutup, berpeganglah saudara berhak berbuat  demikian dan tiada sesiapa dapat memaksa saudara. Tetapi pada waktu yang sama saudara tidak boleh memaksa orang lain berpegang dengan pandangan saudara...

Cuma ada satu ayat ditafsirkan bahawa wanita tua tidak wajib bertudung,, tetapi jika dia bertudung adalah lebih baik... Allah berfiirman: "Wal Qawa'id minas Nisa' allati la yarju nikahan fala junaha alaihinna  an yadha;na thiabahunna....ila akhrihi.."  Maksudya: "Wanita yang duduk di rumah (kerana tua atau uzur atau sebab lain) tidak mengapa bagi mereka menanggalkan pakaian (luar) mereka (termasuk tudung)...."

Kalau rambut  tu  aurat sudah tentu wanita tua pun wajib kena tudung juga. Satu lagi, iaitu wanita yang menjadi hamba dilarang menutup rambut oleh Rasulullah dan para sahabat kerana untuk membezakan mereka dengan wanita bangsawan, kaya dan bebas... Jika rambut itu aurat sudah tentu rambut wanita yang menjadi hamba pun wajib tutup juga..

Selain apa bezanya rambut wanita dengan rambut lelaki?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 03:10 PM:



Sdr astora, siapa yang tidak tahu ttg uruf. Tapi seperti yg saya tanyakan, apakah uruf boleh membatalkan nas yang qatie? Hanya kerana uruf msykt barat itu tidak solat, maka apakah kita tidak  ...



Sudah saya jawab bahawa urf atau adat boleh mengatasi hukum dan nas termasuk yang qat'i, tetapi ada batasan....

Nak tak boleh nak cap Maideen ikt suka hati. Maideen mengkaji..
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 2004-3-12 02:50 PM:

Tapi AJ, mana lagi berat tentang hukum ni? Masalahnya mende ni kau yang cipta, so sebagai pencetus sesuatu patut kau dah siap sedia dalam setiap langkah supaya tak ada tandatanya kepada orang lain.



Tuhan suruh bertanya kepada orang yang tahu jika tidak tahu. janganlah merepek tak tahu pasal... Belajar agama bukan susah. Asalkan ada kemahuan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 06:48 PM | Show all posts
Pada pendpt saya, buat apa nak kaji hukum aurat wanita jika hukum tersebut dah jelas & nyata di dlm Al Quran & hukum tersebut boleh direconcile dgn hadis2 to support the law. Sampai bila kita akan bertegang leher & menegak benang yg basah? Masing2 dgn pendpt sendiri & mendabik dada hanya pendpt mrk yg betul. Apa nak dikisah sgt dgn wanita2 yg mahu menutup aurat? Kenapa kamu semua beriya2 nak suruh mrk tanggalkan tudung kepala mrk?

Actually bnyk benda perlu dikaji - yg lebih memanfaatkan org2 Islam itu sendiri. Patutlah org2 Islam masih berada di takuk yg lama sebab asyik mengkaji hukum2/perkara2 yg dah jelas hukumnya di dlm Al Quran.
Reply

Use magic Report

Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 12-3-2004 06:57 PM | Show all posts
Jawapan:

Apa yang saudara belajar berpuluh-puluh tahun sampai isu aurat yang khilafiah pun tak dapat nak faham...


Memang hebat saudara mengemukakan jawapan. Sungguh licik dan pantas sekali. Tetapi, malangnya bagi saya ia tidak sedikitpun menjadi dalil yang kuat bagi menolak kewajipan bertudung.

Dalam isu khilaf aurat, apa dan siapa yang mengkhilafkan aurat? Ulama mujtahidin yang mana? Ini kerana bila kita membicarakan mengenai khilaf kita bercakap mengenai fatwa ulama mujtahidin. Bukan ulama-ulama picisan. Sampai sekarang tidak ada satu pun hujah ulama saudara kami tidak bidas dan patahkan. Saya sudah kata aurat wanita tidak khilaf ulama mujtahidin padanya. Kalau ada mana?

Al-Quran tidak pernah menjelaskan secara muktamad bahawa rambut wanita
itu aurat. Tetapi ada ayat yang menyuruh wanita rendah pandangan mereka, tetapi ayat lain menyuruh lelaki melakukan perkara yang sama. Jika ayat menyuruh wanita rendah pandangan dianggap wajib menutup rambuat. Maka ayat menuntut lelaki merendah pandangan sepatutnya dianggap wajib bagi lelaki menutup rambut...

Satu lagi ayat yang dihujah ialah suruhan menggunakan tudung untuk menutup lubang buah dada. Ayat sebenarnya tidak menyuruh tutup rambut kerana sebahagian wanita Islam di kalangan bangsawan, orang kaya, orang bebas memang menjadi adat mereka memakai tudung. Jadi suruh tidak suruh mereka tutup kepala kerana mereka telah melakukan perkara, tetapi Tuhan  suruh mereka tutup dada....

Begitu ayat yang menyuruh labuh pakain wanita, bererti labuh turun ke bawah dan bukan mengangkat ke atas kepada seperti berpendapat sesetengah ulama..


Bahasa saudara mungkin berubah. Tetapi kaedahnya tetap sama. Dari dahulu sampai sekarang. Patutlah golongan 'liberal' agama amat menyukai astora.

Pertama sekali, mana dalil sdr mengatakan ayat Quran tersebut tidak muktamad? Bagaimana sandaran hadis dan asbabun nuzul ayat-ayat tersebut. (Saya pun tidak perlu sebutkan di sini). Takkan nak dibakul sampahkan sahaja? Bagaimana sdr mentafsirkan ayat-ayat ini? Ada sandaran hadis? Atau sekadar akal semata-mata?

Saya dan ustaz Ali muda dah ulas panjang mengenai perkara ini dalam artikel yang saya dah pastekan linknya. Kenapa tak balas?

Hadis-hadis mengenai aurat dan rambut pula selain kedudukan tidak kuat, ia juga bercanggah antara satu sama dan saya tak perlu sebut perkara ini..


Berikanlah hadis mana yang bercanggah. Jangan berikan hadis sebelum turun ayat hijab dah ler. Mmg lah nampak bercanggah kalau macam tu sebab turunnya ayat hijab adalah sewaktu baginda di madinah. Bermakna sblm itu tak wajib berhijab (bertudung dan melabuh pakaian). Saya cabar saudara tulis dalam artikel terbaru al Islam mengenai percanggahan hadis-hadis ini. INsya-Allah saya akan ulas.

Bagaimanapun, jika saudara nak berpegang dengan pandangan lain yang menganggap rambuat itu aurat dan wajib ditutup, berpeganglah saudara berhak berbuat  demikian dan tiada sesiapa dapat memaksa saudara. Tetapi pada waktu yang sama saudara tidak boleh memaksa orang lain berpegang dengan pandangan saudara...


Kalau perkara ini khilaf, saya tidak khuatir dgnnya. Khilaf ulama bersentuh kulit lelaki perempuan membatalkan wuduk atau tidak kalau ada yg berpegang kpdnya dan ada yg tidak berpegang kpd batalnya saya tidak risau. Sebab memang khilaf. Tapi kalau tidak ada khilaf padanya, bagaimana saya nak kata ada khilaf? Sebab itu saya sebutkan, ulama mana kata ada khilaf? jawapannya tidak ada!

Cuma ada satu ayat ditafsirkan bahawa wanita tua tidak wajib bertudung,, tetapi jika dia bertudung adalah lebih baik... Allah berfiirman: "Wal Qawa'id minas Nisa' allati la yarju nikahan fala junaha alaihinna  an yadha;na thiabahunna....ila akhrihi.."  Maksudya: "Wanita yang duduk di rumah (kerana tua atau uzur atau sebab lain) tidak mengapa bagi mereka menanggalkan pakaian (luar) mereka (termasuk tudung)...."

Kalau rambut  tu  aurat sudah tentu wanita tua pun wajib kena tudung juga. Satu lagi, iaitu wanita yang menjadi hamba dilarang menutup rambut oleh Rasulullah dan para sahabat kerana untuk membezakan mereka dengan wanita bangsawan, kaya dan bebas... Jika rambut itu aurat sudah tentu rambut wanita yang menjadi hamba pun wajib tutup juga..

Selain apa bezanya rambut wanita dengan rambut lelaki?


Inilah jenis manusia yang mahu mempertikaikan hukum Allah. KAlau Allah nak wajibklan lelaki pakai tudung sekalipun dan perempuan tidak perlu pakai tudung, apa hak kita bertanya - Mengapa? Wama khalaktul jinna wal insan illa liya' budu. Kul iinna solati wanusuki wa mahyaya wa mamatii lilla hirabbil alamin. Sdr ada hak ke bertanya kenapa Allah berikan harta waris dua kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Bukankah lelaki dan wanita itu sama? Saudara ada hakkah membantah lelaki haram pakai sutera dan emas sedangkan halal bagi wanita? sedangkan kita yg mengaku beriman bila Allah dan rasulNya putuskan satu -satu perkara (ie dgn dalil qatie) maka fardhu bagi kita utk sami' dan taat. Maka apa hak kita mempertikaikan perkara yang qatie.

Sdr, ingatkan sdr tahu feqah. Nampaknya perkara basic macam nie pun masih bercelaru. Kalau dalilnya dah qatie, nak soal apa lagi? Nak ijtihad apa lagi? Adakah kerana uruf msykt britian tidak solat, maka saya tidak perlu solat. Iyelahkan, fatwa astora bahawa dalil qatie dapat diatasi oleh uruf. tiadk perlu sembahyang, tidak perlu puasa, tidak perlu tutup aurat di negara yang tidak ada semua ini. Ini kan semuanya dalil qatie yang boleh diubah dengan uruf.

Kalaulah manusia yang menentukan semua hukum, hancurlah dunia. Maka Tuhan tinggal apa? Tinggal macam tuhan orang kristian la. Tidak ada nilainya di sisi manusia lagi.

NAuzubillah himinzalik. Bertanyalah kpd org yg tahu kalau tak tahu sdr. jangan pakai akal sendiri je.

Wallahualm
AM
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 06:57 PM:


Memang hebat saudara mengemukakan jawapan. Sungguh licik dan pantas sekali. Tetapi, malangnya bagi saya ia tidak sedikitpun menjadi dalil yang kuat bagi menolak kewajipan bertudung.

Dalam is ...



(Dalam isu khilaf aurat, apa dan siapa yang mengkhilafkan aurat? Ulama mujtahidin yang mana? Ini kerana bila kita membicarakan mengenai khilaf kita bercakap mengenai fatwa ulama mujtahidin. Bukan ulama-ulama picisan. Sampai sekarang tidak ada satu pun hujah ulama saudara kami tidak bidas dan patahkan. Saya sudah kata aurat wanita tidak khilaf ulama mujtahidin padanya. Kalau ada mana?)


Jawapan: Saya tidak berhasrat nak bawa pandangan berbeza secara panjangan lebar. Malam ini pun buat persiapan nak pergi kempen esok... Saya contoh Mujahid yang bukan ulama kecil di mana menanggap suruhan menutup dada kerana pada zaman dulu wanita bagsawan, orang kaya dan bebas yang sudah pakai tudung melepaskan hujung tudung ke belakang, maka ayat berkenaan menyuruh dilepaskan ke depan uintuk menututp dada..

Tetapi yang paling penting di sini ialah kedudukan ayat yang qati'ii dan tidak qat'ii.  Baca dan faham baik-baik apakah ayat-ayat an-Nur dan ayat-ayat lain yang dihuraikan sebagai wajib adalah tudung itu adalah betul qati'i atau tidak.. Ayat qat'i ialah ayat suruh sembahyang, puasa dan lain-lain yang ada satu maksud, tidak berbeza atau kabur atau samar... Ayat-ayat a-Nur dan lain-lain tidak begitu. Tetapi ulama yang memberi maksudnya...

Hujah dapat dipatah atau tidak, bukan penting kerana ukurannya adalah terserah kepada persepsi masing-masing...Saya telah berbincang banyak dengan ulama tentang perkara. Malah degan Jakim pun saya bindang juga. Ramai yang setuju dengan saya dan ada yang tidak setuju, tetapi tak berani kata apa depan saya... Di belakang macam-macamlah... Saya tidak hiraiu perkara kerana yakin dengan apa yang saya pegang...
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 06:57 PM:


Memang hebat saudara mengemukakan jawapan. Sungguh licik dan pantas sekali. Tetapi, malangnya bagi saya ia tidak sedikitpun menjadi dalil yang kuat bagi menolak kewajipan bertudung.

Dalam is ...



(Bahasa saudara mungkin berubah. Tetapi kaedahnya tetap sama. Dari dahulu sampai sekarang. Patutlah golongan 'liberal' agama amat menyukai astora.)


JAWAPAN:

Orang suka atau tak suka, bukan pertimbangan saya sangat kerana ingin kepada hukum Tuhan yang sebenar yang berbeza dengan hukum manusia. Saya merancang untuk bersar dari akhbar dan majalah untuk tumpu kepada penyelidikan dan penulisan buku dalam pemikiran. Mungkin tidak berapa tahun lagi saya akan berhenti... Bagaimanapun, tidak berada bulan akan datang akan keluar banyak buku saya... Ia lebih ilmiah dan disertakan dengan nas-nas yang sangat banyak,,..
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 06:57 PM:


Memang hebat saudara mengemukakan jawapan. Sungguh licik dan pantas sekali. Tetapi, malangnya bagi saya ia tidak sedikitpun menjadi dalil yang kuat bagi menolak kewajipan bertudung.

Dalam is ...



(Pertama sekali, mana dalil sdr mengatakan ayat Quran tersebut tidak muktamad? Bagaimana sandaran hadis dan asbabun nuzul ayat-ayat tersebut. (Saya pun tidak perlu sebutkan di sini). Takkan nak dibakul sampahkan sahaja? Bagaimana sdr mentafsirkan ayat-ayat ini? Ada sandaran hadis? Atau sekadar akal semata-mata?


Jawapan: Apalah saudara ni tanya daili ayat-ayat tidak qati'ii? Mana ada dalil? Ayat-ayat itu sendiri menjadi dalil kerana tidak jelas...

Sebab diturun ayat pula di antara Umar bin al-Khattab yang marah isteri-isteri tidak bertudung ketika berjalan-jalan di tempat awam, maka turun ayat-ayat itu.
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 06:57 PM:


Memang hebat saudara mengemukakan jawapan. Sungguh licik dan pantas sekali. Tetapi, malangnya bagi saya ia tidak sedikitpun menjadi dalil yang kuat bagi menolak kewajipan bertudung.

Dalam is ...



(Berikanlah hadis mana yang bercanggah. Jangan berikan hadis sebelum turun ayat hijab dah ler. Mmg lah nampak bercanggah kalau macam tu sebab turunnya ayat hijab adalah sewaktu baginda di madinah. Bermakna sblm itu tak wajib berhijab (bertudung dan melabuh pakaian). Saya cabar saudara tulis dalam artikel terbaru al Islam mengenai percanggahan hadis-hadis ini. INsya-Allah saya akan ulas.)


Jawapan:

1- Hadis yang menegur anak Abu Bakar supaya tidak pakai baju nipis adalah hadis lemah.

2-Hadis yang menyuruh wanita bertudung ketika sembahyang, yang bermaksud ketika tidak sembahyang wanita tidak bertudung.

3- Hadis yang melarang wanita hamba memakai tudung.

4- dan banyak lagi...


Tak usah bacar, saya akan buat kesimpulan dalam sebuah rencana yang akan disiar dalam AL ISLAM nanti. Begitu juga sebuah yang lebih sedang diusahakan mempunyai pandangan yang pro dan kon mengenai tudung dan aurat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 10:04 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 06:57 PM:


Memang hebat saudara mengemukakan jawapan. Sungguh licik dan pantas sekali. Tetapi, malangnya bagi saya ia tidak sedikitpun menjadi dalil yang kuat bagi menolak kewajipan bertudung.

Dalam is ...



(Inilah jenis manusia yang mahu mempertikaikan hukum Allah. KAlau Allah nak wajibklan lelaki pakai tudung sekalipun dan perempuan tidak perlu pakai tudung, apa hak kita bertanya - Mengapa? Wama khalaktul jinna wal insan illa liya' budu. Kul iinna solati wanusuki wa mahyaya wa mamatii lilla hirabbil alamin. Sdr ada hak ke bertanya kenapa Allah berikan harta waris dua kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Bukankah lelaki dan wanita itu sama? Saudara ada hakkah membantah lelaki haram pakai sutera dan emas sedangkan halal bagi wanita? sedangkan kita yg mengaku beriman bila Allah dan rasulNya putuskan satu -satu perkara (ie dgn dalil qatie) maka fardhu bagi kita utk sami' dan taat. Maka apa hak kita mempertikaikan perkara yang qatie.)

JAWAPAN:

Saya tidak mempertikaian hukum Allah, tetapi mempertikai hukum yang dibuat oleh manusia dan didakwa ia hukum Allah. Malah dalam mempertikai hukum manusia pun saya bawa pandangan yang berbeza dan pro dan kon serta tidak memaksa orang mengambil mana-mana hukum, tetapi menyerah mereka membuat pertiimbangan sendiri...
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 10:12 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 06:57 PM:


Memang hebat saudara mengemukakan jawapan. Sungguh licik dan pantas sekali. Tetapi, malangnya bagi saya ia tidak sedikitpun menjadi dalil yang kuat bagi menolak kewajipan bertudung.

Dalam is ...



(KAlau Allah nak wajibklan lelaki pakai tudung sekalipun dan perempuan tidak perlu pakai tudung, apa hak kita bertanya - Mengapa? Wama khalaktul jinna wal insan illa liya' budu. Kul iinna solati wanusuki wa mahyaya wa mamatii lilla hirabbil alamin. Sdr ada hak ke bertanya kenapa Allah berikan harta waris dua kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Bukankah lelaki dan wanita itu sama?)

JAWAPAN:

Beza antara suruh tunduk pandangan dengan ayat pembahagian harta. Yang pertama ada dua ayat yang berlain mempunyai suruhan yang sama dan jika dianggap wanita wajib pakai tudung, lelaki pun mesti buat begitu juga.... JIka saudara tak tahu sesetegah ulama menganggap wajib pakai serban berdasar kepada ayat tadi..

Manakala ayat pembahagian harta hanya satu ayat yang menyebut secara qati'ii tentang hukum untuk lelaki dan perempuan.... Namuin begitu ada ulama menganggap tidak perlu ikut ayat itu, tetapi saya tidak nak binjang buat pening  kepala saudara dan susah pula nak berhujah dengan orang malas membaca dan malas berfikir seperi saudara..

[ Last edited by Astora Jabat on 12-3-2004 at 10:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-12 10:33 AM:


Dengan kesimpulan lain yang Maideen faham dari penulisan ustaz Zainuddin ialah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu mengemoo. Kalau kita pergi ke timur tengah maka pada masa ter ...


Merepek tak tentu pasal....bila pulak aku talkid dengan pahaman Ustad Idris ....tak nampakkah aku menulis bahawa itulah pegangan aku sebelum aku membaca tulisan Ustad Idris lagi? .....Pemahaman kureng, mengkaji malas tipikal orang yang perasan pandai dan hukumnya amat jelas kesana, hukumnya amat jelas kemari!

Carilah orang yang kagum pada sarban janggut dan perkataan perkataan berbunyi arab, tentu mereka akan mengkagumi anda.;)
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 2004-3-12 10:48 PM:


Merepek tak tentu pasal....bila pulak aku talkid dengan pahaman Ustad Idris ....tak nampakkah aku menulis bahawa itulah pegangan aku sebelum aku membaca tulisan Ustad Idris lagi? .....Pemahaman ...



Maideen! Saya dah penat duk ulang cerita yang sama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064866 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list