CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6540|Reply: 29

7 Ciri-Ciri Isteri Tak Solehah

[Copy link]
Post time 10-12-2015 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ





Foto : almiftahuljamilah.blogspot.com



Kewajiban seorang isteri terhadap suaminya adalah mentaati suami, mengatur rumah tangga, mendidik anak-anak dan menjaga kehormatan dirinya, suami, dan harta keluarga. Namun, sejauh mana seorang isteri mampu menjadi seorang isteri yang solehah.



Mungkin tanpa kita sedar, kita sebenarnya sudah tergolong dalam golongan isteri yang tidak solehah. Nak tahu apa ciri-ciri isteri tidak solehah? Mari kita tengok.




7 ciri-ciri isteri yang tidak solehah yang dipetik dari islamituindah.my/ DETIK ISLAM :


1. Ketika suamimu pulang dari kerja, kamu masih sibuk di rumah, tidak menyambutnya di pintu malah tidak memberikan senyuman dalam keadaan dia kepenatan.


2. Makanan suami bukan lagi dari air tanganmu sebaliknya air tangan mamak Restoran. Pakaian suami diberikan kepada tukang dobi untuk dicuci dan digosok.
  
3. ketika suami marah menegur mu, kamu menjawabnya dengan leteran dan meninggikan suara kepadanya.


4. Ketika suami duduk bersamamu di rumah, baumu tidak menyenangkan, pakaianmu tidak bersih dan tidak menarik.


5. Rahsia rumah tanggamu diceritakan kepada ibumu, kakak dan juga sahabat handaimu.


6. Tidak berlaku baik dengan keluarga suami malah menghasut suami sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga suamimu.


7. Tiba waktu solat, kamu tidak mengejutnya bangun untuk solat dan tidak menyuruh melakukan ketaatan, tidak meminta suamimu bertaubat dari dosa dan tidak meminta suami meninggalkan maksiat.




Semoga anda sebagai isteri tidak tergolong dalam golongan isteri yang tidak solehah. Jika ada ciri-ciri diatas pada diri kita, sama-sama kita elakkan dan cuba perbetulkan. Isteri yang solehah, penyejuk mata! - CARI Infonet.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 11:17 AM | Show all posts
no 7 tu bukan tanggungjawab laki ke? kalau semua hempuk kat kepala bini, baik bini je jadi ketua keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:31 AM | Show all posts
2. Makanan suami bukan lagi dari air tanganmu sebaliknya air tangan mamak Restoran. Pakaian suami diberikan kepada tukang dobi untuk dicuci dan digosok.

maaf ye.. bukan nak nafikan cuma skg ni sama2 bekerja, sama2 tersekat jalan jammed, kdg2 bini yg tpksa ambik anak di skolah(lps anak hbs skolah hantar tuisyen ptg), kena singgah psrya nk beli brg dapur.. balik rmh nk settle anak2 mandi, basuh pakaian suami dan anak2, .. so bila nk masak mmg penat. suami jrg nk tlg. ni fakta ye.. kebanyakannya bgtu walaupun x semua.

solehah solehah gak.. tp semua part bini je yg byk kena tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:38 AM | Show all posts
list isteri tak solehah je? suami tak soleh takde list ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:41 AM | Show all posts
itu list untuk suri rumah je
je cari list or buat list ciri2 isteri berkejaya yg solehah
lelaki melayu ni ada yg masih di takuk lama pemikirannya
bila isteri nak jadi suri rumah tau lak nglabah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:41 AM | Show all posts
motif segala galanya bini kena buat.
bekerja pun harap bini cam sesetengah lelaki,
balik rumah pun harap bini juga.

emmm unfair betul...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2015 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyolah....kebykan bini skrg bukan lah dok rumah ye....sama2 cari rezeki nak bantu suami gak......jgn sesedap jer tuduh isteri tak solehah bagai. ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 01:04 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-12-2015 11:38 AM
list isteri tak solehah je? suami tak soleh takde list ke?

cer u google...mesti xde punye....
kalau ade..sila la bukak thread kat cari..cause so far..i x pernah terlintas lagi...
then tiap2 minggu u bukak..thread yg lebih kurang same...topik mcm tu...tgk ade x sape2 yg terprovoke by it...
LAME...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 01:06 PM | Show all posts
nak isteri solehah, jadilah lelaki itu suami yg soleh .... caner, boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lelaki melayu kbnyakan suka lagak raja..semua tgjwb ppuan..konon2 dia bersusah cari duit..tapi belanja hari2 pn bahagi dua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati je buat list ni...mana sumber sahihnya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 04:11 PM | Show all posts
ada yang terasa ke.. nasib i solehah. haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 04:24 PM | Show all posts
jgn la cepat nak melatah wahai perempuan.....semuanya tu betul dan ada kebenarannya...ikut jer la kalau nak selamat dunia dan akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 04:25 PM | Show all posts
pompuan zaman sekarang ni kalau ditegur jadi la ciri yang no 3 tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 04:53 PM | Show all posts
red_cattleya replied at 10-12-2015 02:09 PM
lelaki melayu kbnyakan suka lagak raja..semua tgjwb ppuan..konon2 dia bersusah cari duit..tapi belan ...

kebanyakan tu ramai gak tu,
bagi la satu nama tepek sni.

aku nk tgk pmpn tu sebaya ke dgn laki tu,
kalu dh tau laki tu idup susah, apsal mula2 kawin dia?..
pi la kawin dgn laki yg baya abah2 dia, baya atuk2 dia,

ada tanah 100 ekar,ladang, ternakan, balak , harta bagai.
barula betul.
kalu somi tu mati pun, korang jadi janda kaya raya 7 keturunan.
ramai benar laki2 tua yg berharta kt kg2, bandar2 skrg ni yg kesepian.

ni nk kawin pilih hensem2, keje kcik,  sebaya, pstu setuju kawin , kemudian sendiri meroyan.

bodoh tu kene balik kt pmpn sebegini..

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu baca buku hadis2 nabi, kita bole tau ciri2 isteri solehah.
For me, soleh ke tidak..semua atas budi bicara suami jg. If suami tu redha isteri tu x sempat masak sb penat keja, its ok la as long as isteri tu jaga mkn minum dia.
Apa guna buat sgala menda tu tp hati x ikhlas, komplen merungut..pahala pun hilang.
Peenah dgr dlm ikim, ustaz ckp..Allah berikan nikmat kasihsyg pd mknn yg dimasak oleh isteri sup suami kasih pd isteri tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 04:39 PM | Show all posts
nyampah baca yg nomot 2 tu
ehhhh asalkan tok laki tak kisah.... apa plak masalahnya

yang penting hasben redha kpd isteri

****sebab dah lama sangat tak masak.... sudahnya aku tak ingat mcm mana nak on stove. terkial2 nak masak air ajer pun. selalunya tok laki yg masak air
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 04:42 PM | Show all posts
bullshit la . ini list nak menjajah wanita sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 02:53 PM | Show all posts
wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 06:53 PM | Show all posts
batmana replied at 10-12-2015 03:53 AM
kebanyakan tu ramai gak tu,
bagi la satu nama tepek sni.

tanggungjawab bukan sebab lelaki tu kena ada tanah berjuta hektar ke apa...
pompuan ni bukan minta banyak pun.. kalau somi
tu reti on mesin basuh, boleh tolong sidai baju,
out of blue  masak kat dapur... itu dah dipanggil bertanggungjawab...
dah happy bini tu..

ni bini balik kerja, laki balik kerja,
lain dia, laki busy tenguk tv ke internet, bini juga
lingkang pukang masak kemas rumah jaga anak....



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.067304 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list