View: 879|Reply: 0
|
[Tempatan]
TESCO Rancang 4 Cawangan Baru Tahun Depan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Tesco Malaysia akan membuka cawangan ke-56 di Bandar Puteri Bangi menjelang suku pertama 2017. Dengan keluasan lantai hingga 101,100 kaki persegi, ia dijangka menempatkan 4,000 produk dengan 90 peratus daripadanya adalah hasil tempatan. Pengarah Operasi, Ian Kent, berkata cawangan ini dijangka menampilkan konsep komuniti dengan mengetengahkan lebih banyak produk makanan. "Memandangkan cawangan ini terletak dalam kawasan populasi tinggi, maka produk makanan dijangka menjadi tumpuan pelanggan," katanya selepas majlis pecah tanah, di Bangi, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng; Ketua Pegawai Operasi IOI Properties Group Bhd, Teh Chin Guan; dan Pengarah Pasaraya & Hartanah Tesco Malaysia, Jason Chong. Tesco juga merancang untuk membuka empat lagi cawangan baru pada 2016 dengan yang pertama di Port Dickson pada Februari depan. Bandar Puteri Bangi iaitu pembangunan gaya hidup berkeluasan 149.7 hektar berstatus pegangan bebas dibangunkan oleh IOI Properties dengan pelan induk pembangunannya akan menjadikan projek itu sebagai antara pusat perniagaan dan aktiviti ekonomi terbesar di Koridor Selatan Lembah Klang yang merangkumi Kajang, Bangi, Semenyih dan Nilai. Selain Tesco Bandar Puteri Bangi, IOI Properties juga akan melancarkan Enigma Square yang menawarkan 93 unit ruang pejabat tiga dan empat tingkat pada harga bermula RM1.558 juta. Ia terletak 500 meter daripada Tesco Bandar Puteri Bangi dan dijangka siap akhir 2017. Kewujudan Tesco dan Enigma Square akan menjadi pemangkin dalam transformasi Bandar Puteri Bangi kepada pusat komersial baharu di Koridor Selatan Kuala Lumpur. Terletak berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan, bandar Puteri Bangi adalah lokasi strategik untuk mencatat pertumbuhan yang mendadak sejajar dengan perkembangan kawasan berhampiran iaitu Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menjadikan ia sebagai pilihan popular untuk pembangunan kediaman dan komersial.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103811?m=1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|