CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29426|Reply: 8

Compressor Air Cond Myvi

[Copy link]
Post time 11-12-2015 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Nak tanya pendapat semua kt sini pasal nak pegi repair air cond Myvi aku. Tiba2 semalam tak sejuk, aku bawak pegi kedai, die tengok2 terus kata compressor kong. Nampak benda hitam la ape la, terus quote aku RM 470 sebijik compressor recond punya. Aku pegi tanya kedai second, compressor RM 420, tapi insist nak aku buat full service yang bukak dashboard tu upah sampai RM 500 kira total semua RM920 la. Kedai ketiga lagi creative, suruh tukar compressor Avanza, dengar modify macam2, sampai ribu2.

Soalan sikit. Kalau confirm compressor kena tukar, perlu ke servis charge semua sampai RM 500? Tak digalakkan tukar compressor saje ye? Kalau sesapa pernah tukar compressor air cond myvi, boleh share sikit berapa RM korang kena keluar? Taknak terlebih bayar benda2 tak perlu je.

Kalau boleh share jugak bengkel2 yg bagus. Saya area Kota Damansara.

Thanks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena kencing kot ni.. bab aircond je compreessor.. sdgkn tak rosak pun benda alah tuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 10:39 AM | Show all posts
Sebenarnya kebanyakan bengkel kereta penipu..kalau betul compressor rosak sebenarnya tak perlu tukar seketul compressor tu, bergitu juga dengan alternator....biasanya yg rosak pada compressor adalah carbon brush atau diod..tukar itu saja..kat kedai betri boleh buat...carbon brush dalam rm15 kalau diod dalam rm5 saja.campur upah kena la dalam rm30..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 09:26 AM | Show all posts
awak duduk area Kota Damansara takdela jauh sgt dgn kl....
sebab tu aku dah tepek benda ni untuk panduan korang sebelum pegi bengkel..
tu la masalahnye korang ni, dah terkena baru nk bising, baru nak mengadu.......no komenla bayar je lah..

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 01:47 AM | Show all posts
Nak share pengalaman masalah dengan aircond myvi tak sejuk ni. Mula2 ada bunyi kasar kat kompressor. Pergi kedai pertama, tak check pun terus cakap kompressor jammed. Kena tukar semua 1 sistem dalam RM1800, barang ori. Diorang tak buat dah tukar sikit2, nanti prob jadi balik katanya.

Pergi kedai kedua, check kat valve, ada minyak hitam. Katanya tak boleh buat apa dah ni, memang kompressor jammed. Dia sarankan tukar 1 sistem jugak dalam RM2800 (beza RM1000 tu dgn kedai pertama), barang ori. Kalau nak murah sikit tukar dgn kompressor recond. Nak lagi murah, tukar kompressor China. Tapi better ori jugak katanya, yang lain2 tu biasanya tahan 6 bulan lepas tu prob balik. Kalau nasib baik tahan sampai setahun lebih.

Esoknya pergi Perodua mintak check. Katanya masalah tekanan dalam kompressor. Kena tukar sebijik dalam RM1800.

Lepas tu ke Denso Dealer, check minyak keluar warna hitam. Kena tukar semua, RM2600 dia ambik, barang ori Denso.

Bagitau pakcik yang keje pomen. Dia cakap bawak pegi bengkel kawan dia. Kawan dia ni dulu repair aircond bas. Sekarang ni kerja gomen dalam bidang aircond pejabat pulak. Dia ada bukak bengkel mini servis aircond kat rumah dia. RM1700 dia ambik, barang semua ori kecuali yang valve dgn segala paip dia tak tukar. Yang tu boleh cuci katanya. 31hb Dis 2015 lepas terbanglah RM1700 kat bengkel mini dia. Hantar pagi, lepas Asar ambik.

Tapi dia dah pesan siap2, walaupun dah tukar semua baru tapi aircond dah tak sesejuk macam sebelum tu lagi dah. Memang betul, tak rasa sejuk mana pun. Biasanya kalau letak kat no. 2 sejuk dia boleh sampai sakit kepala bila kena direct. Sekarang ni letak no. 3 pun sejuk gitu je.

Semalam keluar jumpa kawan, cerita pasal ni. Dia cakap kereta myvi ayah dia pun gitu jugak dulu. Dia bawak ke bengkel kawan dia, kawan dia tukar barang half cut. Pakai kompressor YRK ke apa dia bagitau semalam. Sejuk sesejuk sejuknya sampailah sekarang. Kos? Tak sampai RM1k tukar semua 1 set barang half cut.

Sekarang ni waktu siang nak sejuk terpaksa letak kat no. 3, kalau tak sian anak2 duk belakang tak berapa nak sejuk dalam kereta. Itupun kalau kereta tengah jalan. Kalau berenti lama terasa gak panas sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 07:17 AM | Show all posts
Aku pakai Gen 2 dah 11 tahun air cond tak pernah servis dan tak pernah rosak..aku cuma cuci filter bwah dash board dan tambah gas cuma sekali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2016 04:08 PM | Show all posts
Edited by kimi_wazer00 at 19-1-2016 04:10 PM

ekon myvi ni problem die kat compressor je, compressor die memang tak tahan kalau kite selalu rev tinggi lebih dari 3.5k rpm, aku pakai myvi sikit banyak aku tau pasal ekon myvi ni.

kalau kompressor rosak, mase pomen tu check dekat low-pressure pipe tu korang tengok sekali, samada hitam atau hijau, atau jernih. kalau hijau atau jernih maknenye yang rosak magnetic clutch compressor tu, samada jem, atau getah die pecah, ade sesetengah pomen selain service center denso ade buat perkhidmatan tukar clutch saje, tapi sebenarnye hayat nye memang dah tak panjang dah. elok tukar baru je. kalau minyak hitam atau jernih tapi campur gelap2 sikit maknenye compressor memang dah rosak teruk atau rosak sikit. biasenye jawapannye cume tukar compressor baru sahaje.

bila minyak dah hitam, automatik filter kat condenser akan sumbat, kalau korang buke filter tu korang akan nampak filter tu hitam macam rendam dalam minyak hitam, partikel besi pon akan ade. dan offcourse korang kene tukar condenser sekali. tapi sebelom tu, perkara penting korang kene buat ialah flush piping ekon tu,sebabnye minyak2 hitam tu dah circulate dalam paip, kalau korang terus pasang part baru umpama korang membunuh part baru tersebut. tak lame lepas tu kompom lingkup balik. flush ni tak semua kedai rajin nak buat, biasenye kedai kecik2 repair ekon je akan buat dengan kos rendah, die akan pakai non waterbased cleaner. biasenye die pakai satu tong dalam 4-5 liter. kije ni memang lame. korang akan nampak minyak tu akan berubah dari hitam ke jernih semula. tapi proses ni tak disyorkan buat banyak kali.

bile semua dah bersih semua, bau psang part baru, vacuum, top up gas

biasenye kos kire macam ni.

kompressor original baru      - 750-1300 sebijik , aku pon tak tau nape beza banyak.
kompressor recon                - 450-550 sebijik
kompressor halfcut passo     - 250-350 sebijik
flush                                   - 250-400      - 3-4 jam
codenser denso ori               -  450 -550
vacum/topup gas                 -  50-150 tengok kedai
expansion valve                   - 200-300
hi side pipe                          -  150-250
flexible pipe                         - 100-200

ni harga tahun 2013 -2015
basenye kalau tak sejuk pomen akan check pipe low pressure samada sejuk atau panas atau  suam.
kalau panas atau suam manenye ade something wrong, dan jangan buke ekon, sebab nanti kompressor panas, bile panas die pon kong. biasenyenye pomen akan tros tembak kate kompressor kong.
macam aku pernah kena dulu, pomen tembak kate kompressor rosak, rupe2 nye masalah paip high pressure aku je, sebabkan aku dah tukar isi perot ekon aku pakai passo punye jadi ade komponen ekon yang berbeza.
jadi, hati2 la hantar keter cek ekon, cek saje pon boleh makan duit sampai 50-100...






  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 06:30 PM | Show all posts
Aku satu workshop pakar aircond kat Taman Medan. Melayu punya. Ramai org repair aircond kat situ. Aku pun baru repair. PM aku utk no phone.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 02:43 AM | Show all posts
Edited by amirezu at 27-1-2016 02:50 AM

Pagi semalam lepas dalam pukul 7 gitu sebelum nak hantar wife dgn anak pegi skolah macam biasa aku akan check kipas dia cut off ke tak. Selalunya dia cut, tapi pagi tu dia on je manjang. Aku suspect ada yang tak kena dah. So pukul 10 tu aku ke kedai ekon lain, member yang cadangkan. Dia check, baru perasan minyak dah hitam. Paip luar sejuk, tapi dalam kereta tak berapa nak sejuk. Dia suspect expansion valve tersumbat. So dia cadangkan beberapa perkara utk dibuat:

Tukar expansion valve baru
Cuci/flush paip
Tukar dryer filter
Isi gas dengan minyak kompressor baru

Sepanjang 4 jam dia duk buat tu aku perati je. Memang nampak puas hatilah keje dia. Lepas dah tukar n cuci semua, dia test kompressor. Cara dia test tu aku tak tau camana nak explain, tapi katanya kompressor ok lagi. Itupun sebab aku tak tunggu lama, kalau tak mungkin prob lagi kompressor tu. Dryer filter tu memang dah hitam legam dah. Dia cadangkan tukar dryer setiap 2 atau 3 tahun sekali. Punca masalah adalah disebabkan kedai sebelum ni tak cuci paip tu dengan betul. Tu yang minyak jadi hitam balik walaupun baru 3 minggu.

Sekarang ni ekon dah sejuk macam asal Memang terasa la beza dia bila dah siap tadi, try duduk dalam barulah terasa sejuk ekon. Sebelum ni selama 3 bulan duk rasa angin je lebih, ekon sejuk sikit2 je rasa. Kebetulan pulak tadi hujan, rasa macam nak pakai sweater je walaupun cuma bukak no. 1. Harapnya tahan lamalah kali ni. Penat nak selesaikan masalah ekon ni. Manja betul myvi...
P/s: Sorilah ada banyak term aku tau. Cuma sebut ikut kefahaman aku jelah hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.324259 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list