CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5448|Reply: 10

Cara berhadapan lecturer yang mulut puaka?

[Copy link]
Post time 13-12-2015 12:09 AM | Show all posts |Read mode
Sape pernah berhadapan dengan kes lecturer mulut puaka? Jenis psycho and suka-suki nak provoke and maki-hamun orang and herdik2..mcm kite ni takde perasaan. Share la sket..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2015 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lecturer aku ada sorang perangai gini dulu. Kitorang bolayan je. Buat macam biasa. Pehtu bila dah final class boleh lak sheol ala2 bergenang air mata kata weol the best batch sheol ever taught. Tapi walau the best batch amvik ko paling tinggi sheol bagi B je. Tu pun sorang ka dua orang je. Yang dapat B tu stok2 dean's list tiap sem ok. Aku dan majoriti dapat C. Yang lain D. Tapi sorang pun tak nak repeat sebab kalau dengan sheol dapat C tu kira cemerlang habis dah ibarat dapat A kata senior2.

Nasihat aku, biar je dia. As long as dia tak gagalkan ko atau sengaja aniaya ko, hadap ja dengan perangai dia. Ko keja nanti ko akan jumpa boss lagi teruk berganda dari lecturer ko tu. Anggap ni pre test seblom masuk alam kerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 12:54 AM | Show all posts
chazey replied at 13-12-2015 12:44 AM
Lecturer aku ada sorang perangai gini dulu. Kitorang bolayan je. Buat macam biasa. Pehtu bila dah fi ...

perghh! mulut dia puaka camner? suka melaser ke?

meols pernah sgt! rata2 sape yg dpt B tu kire bakal2 dekan la..sape2 dpt C mmg takkan repeat la sbb dah bersyukur dah pass..

perghh seramnye dengarr! abis tu kalo bos prangai gini kite xde authority ape2 ke? bukan la mencari gaduh maksud aku..tapi macam defend diri ke..notis 24jam...(kes kne fitnah)

orang yang mampu tahan adalah yang punyai kekuatan mental yg maha dasat je!

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 01:54 PM | Show all posts
Ko jangan layan dik, aku dah lama abis belajar baru aku tau lecturer ni pun manusia  jugak, yg pompuan kekadang laki tengah skandal dengan pompuan lain, dia punya marah dia hambur kat student dia, yg lelaki kadang2 baru nak berkira2 pasang satu lagi bini tak bagi, dia frust dia hambur kat student dia.....macam2 sebab lagi la sebab apa dia pilih korang student jadi punching bag......ko buat relax je dengan set2 hospital sakit jiwa ni....satu sem je......aku sampai sekarang aku ingat set2 sakit jiwa ni, klu terjumpa ingat nak tegur, sori la.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 11:05 PM | Show all posts
scholars.assist replied at 25-12-2015 01:54 PM
Ko jangan layan dik, aku dah lama abis belajar baru aku tau lecturer ni pun manusia  jugak, yg pompu ...

hmm ye la..dah tu student bukan manusia jugak ke? lecturer ni stress2 hal personal and hal2 pentadbiran pastuh duk g hambur kt student...meroyan punya orang. student kne maki2 tu ingat xde perasaan ke?aku tiap2 sem kot jumpa set2 ni..cuba tabahkan hati.. kadang2 aku nak je cakap kt set2 meroyan ni resign je kalo xmampu nak hadap tanggungjawab jadik pendidik..yang garang boleh tahan lagik, yang jenis psiko2 orang pastuh duk ugut2 and suka bagi komen yang mendownkan kita..instead of komen yang membina..hmm hmm gila kan lecturer gini?

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:22 PM | Show all posts
oh aku ada lec yg cmni..

kau follow ja flow dia. Kalau dia salah pun, kau diam ja. Lec yg mcm ni slalunya nak tunjuk diaorg ada kuasa la konon, n layan student mcm student tu biul nak mampos n mcm student tu x dek perasaan. Kau tu pelajar, kalau kau x nak fail, diam ja suda..layan je kerenah psiko dia..

kau mau memberontak? mampos..nnt jd mcm aku haha..aku fail subjek dia
vaviiiiii toi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 10:38 AM | Show all posts
lecture bermulot puaka ni anda akan jumpa di alam pekerjaan. i mean rakan sekerja or majikan juga bermulot puaka. its such a waste of time and energy barking back at them. just let it be.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:46 AM | Show all posts
lama gila x berforum ..lately rajin nak bersilent reader je tapi thread uols buat cassio terkenang kesah2 masa stadi dgn lecturer asing ni. mmg saiko puaka celaka bagai la mulut dia. bayangkan walopun uols tak buat apa2 pun dia nak cari pasal jugak ngan uols. lagi sakit hati bila uols antara students yg tergolong dalam group dia tak suka. tah kenapa tah pun xtau la... maybe sebab cassio ni bukan bright student, slow learner plak tu. mmg terkial2 bila blaja bahasa baru la.

bila student feberet dia tak bawa buku lgsg xmarah. senyum lagi ok. kalo cassio kena maki laknat. hahaa. masuk lewat 2 minit terus kena maki. tak salin apa dia tulis kena maki, padahal masa dia tgk cassio tgh rehatkan jari sebab tulis nonstop. tapi bila cassio dok asik menyalin apa dia tulis, then dia tgh explain grammar rules bagai, trus maki cassio cakap dah pandai sgt ke tak perlu dgr apa dia cakap?

paling truk cassio penah kena maki sampai dia kata cassio BODOH.

siyes saiko dia ni ...satu tahap sampai nak masuk kelas dia pun sampai cassio kena nervous breakdown. dah la 2 tahun kot kna stadi menda alah tu. paling teruk one day sebab stress melampau, bulan poser, tambah dgn cuaca panas taim tu....cassio pengsan sampai jatuh tepi katil ...bila sedar balik berdarah mulut. takut gila. petang tu plak ada kelas dia, kawan2 semua advise tak pergi. so cassio pergi klinik amik MC.



next weeknya TAU DIA CAKAP APA?  dia cakap cassio beli MC tu! BELI UOLS....B-E-L-I.
padahal terang2 nampak mulut cassio bengkak lagi.
mcm la ada kelas penting petang tu. xde kuiz xde exam xde hape.
tensen betui bila ingat balik.

sebenarnye bukan cassio sorg je kena...kawan2 lain jenis lagi kuat badan dan extra tabah AKA pandai mengampu ahahahah...jadi sasaran mudah lewww... /sigh   [kecuali student feberet dia huh]


apepun semua ni dah lepas. cassio pun tak bape pandai nak advise cane. kadang2 cassio rasa it depends on u..kalo terpaksa hadap lecturer puaka ..BERTABAHLAH.


terlalu memahami.


/sobs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian uols dpt lecturer neraka.hubby iols pon ada lecturer gini tp level prof prof madya biasanya gini.kalau tesisbtak seperti yg dia nak harus dia lempar keluar tingkap sepantas mungkin. dgr2 cerita dia dh dpt title datuk dah.walau dia mcm tu,tp hubungan dia ngan student diluar waktu belajar sgt bagus...cuma masa jd student dia esp post grad student dia kena meranalah beberapa tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 09:00 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-2-2016 05:44 PM

cakap pasal lecturer mulut puaka ni..
saya pun ada satu dua kisah...

kisah 1 - lecturer virology
dia ni pompuan, tak kahwin, umur dah masuk setengah abad tapi still cantik dan bergaya. Pendek kata ciri2 penampilan tu menariklah tapi ciri2 sikap tu yg berpuaka. Nak masuk kelas dia, berdoa dulu,puh kanan puh kiri. Garangnya boleh buat kitorang terkencing. Lecturer lelaki yg sama2 mengajar kitaorang menggelarkannya Tiger, sebab mengaum tak tentu masa. Kalau dia nak marah tu...dihamburnya. Suara memang sebatu dah dengar.
Habis kelas..dia akan soal student.., kalau tk dak sapa yg volunteer nak jawab, dia akan panggil nama. Dah tu, bila time jawab, kena suara kuat sebatu mcm dia juga...kalau tak, dia akan announce kt kelas, yg suara org yg jawab tu ada emas dalam mulut.

"Class! look at her/him!! Shame on you!! Open your mouth!!! Wide!! Is there any gold in there??"

Gitulah dia menjerit. Semua tunduk macam tikus kena jerkah.
kalau buat master/phd under dia...nasiblah kena drag tahun sampai 4 tahun lebih..sebb dia memang cerewet bab research.

so, saya tanya senior mcm mana nak handle lecturer gini..
rupanya senang je..greet dia everytime terserempak, kasi senyuman lebar dan puji kecantikan dia.....
but bila dapat tahu dia ada penyakit insomnia..kesian pulak...patutlah kelas asyik tunda ke petang je..


Kisah 2 - lecturer biology
Lelaki, tall, handsome tapi kalau dia marah, dia suka marah depan ramai orang. Dlm lecture hall tu, dia akan panggil student yg dia marah tu berdiri kat depan, biar semua student lain tengok. Pastu..pok pek pok pek...depan tu. Yang lain kena berhenti buat benda lain, tumpukan apa yg dia kata je. Tapi dalam sikap dia macam tu, ramai gak student pompuan yang tangkap cintan sama dia. Huhuhu...perangai tolak tepi, rupa didahulukan..idak lerr saya nak hadap lelaki gitu.

lega bila dah masuk 3rd year...dah tak ada kelas biology...sbb dah ambik major course..kelas pun dah pindah jauh dari lecture hall tu..tapi kena hadap pulak lecturer virology



Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 01:38 PM | Show all posts
Lecturer aku suka gak marah dulu,lagi2 kat aku kaki ponteng ni.
Sbb aku banyak buat hal2 kat luar lah..
Jd caranya aku Score tiap kali exam.
Lpstu kalau aku PG mana2 mmg belikan souvenir,
Mmg hilang mulut puaka dia lah.huhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061202 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list