CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : MISTERI MIMPI SYAKILLA (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 20-12-2015 10:20 PM | Show all posts
TERKOCOH-KOCOH aku bersiap untuk ke pejabat. Gara-gara aku bermimpi lagi, tidur aku terus tidak lena sampai ke subuh. Usai solat subuh, aku tertidur di sejadah. Tersedar saja, matahari sudah terik memancar dari celah tingkap. Apa lagi, kelam kabut aku mandi dan bersiap. Sopi pun satu hal. Bukan dia hendak kejutkan aku! Terus lesap ke makmal.
"Alamak! Aku dah lambat!"

Kasut aku sarung ala kadar. Kereta dipecut meredah kesesakan jalanraya. Bekerja di sebuah makmal kerajaan dari jam seawal 8 pagi, membuatkan aku terpaksa menempuh kesesakan jalan setiap hari bekerja. Tidak seperti Sopi, waktu kerja bermula 9.30 pagi. Sampai di pejabat, jam sudah hampir 9 pagi. Mampus aku kali ini. Termasuk hari ini sudah tiga kali aku lewat.

"Sham!!"

Aku yang sedang terkocoh-kocoh terhenti langkah. Ameng tersengih di sebelah keretanya. Aik! Takkan si len chai ni pun lambat?

"Meng, kau pun lambat ka?"

"Mana ada? Kan hari ni ada seminar. Kau tak ingat ka?" Ameng mendekati aku dan memaut bahu aku yang masih tercungap-cungap tidak hilang mengah tadi.

Aku tepuk dahi! Baru aku teringat tentang seminar yang dianjurkan oleh jabatan untuk pekerja makmal. Aku dan Ameng beriringan menuju ke sebuah bilik seminar yang terletak tidak jauh dari pejabat. Langkahku sekali lagi terhenti. Mata aku tertancap pada seseorang yang aku pernah kenal.

"Syakilla?"

"Siapa?" Ameng pula bertanya.

"Meng..kau masuk dulu. Aku ada hal penting." Aku tepuk bahu Ameng dan terus saja aku berlari ke arah Syakilla yang seperti terkial-kial seorang diri di depan papan tanda.

"Wei! Seminar dah nak start ni!" Laung Ameng namun aku buat tak dengar.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2015 10:53 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-12-2015 10:32 AM

"ASSALAMUALAIKUM.."

Aku yang berdiri tidak jauh dari Syakilla hanya memerhati gadis itu yang masih menatap peta di papan tanda. Salam  yang aku berikan tadi tidak bersambut. Ralit sungguh Syakill melihat apa yang tertulis di papan tanda tadi sampai berkerut kening lebatnya.

"Assalamualaikum.." Sekali lagi aku menyapa dengan salam.

Syakilla mula berpaling. Aku melemparkan senyuman. Riak gadis itu seperti kebingungan. Atas bawah dia pandang aku. Haih...naik segan pula aku dila ditenung semacam.

"Maaf..saya Sham...yang datang rumah awak hari tu?" Lantas aku perkenalkan diri sekali lagi.

"Oh...maaf, saya hampir tak kenal tadi. Err...awak kerja sini ke?"

"Ya..Syakilla kan?" Aku tanya lagi untuk kepastian, mana tahu tersalah orang, malu sebakul nanti.

"Ya saya.."

"Err..buat apa kat sini?" Aku pandang fail di tangan gadis itu. Penampilan Syakilla yang sopan berbaju kurung dan tudung lilit dengan fail di tangan sudah cukup untuk aku simpulkan yang gadis itu sedang mencari pekerjaan.

"Saya ada interview kat sini. Err...kat mana ya bahagian ni?" Syakilla tunjuk sekeping kertas kepada aku.

"Oh..ni kat blok sana!" Aku tuding ke arah satu blok yang di hujung blok pejabat aku.

"Oh..terima kasih. Saya pergi dulu. Saya dah lambat."

"Syakilla! Sekejap, lepas interview, boleh kita jumpa?" Aku menahan Syakilla dari pergi. Aku perlu jumpa gadis itu. Kad nama aku berikan pada Syakilla.

Syakilla meneruskan langkah sebaik kad nama berpindah tangan. AKu hanya melihat dia pergi ke arah blok tadi. Terkocoh-kocoh. Mungkin dia sudah betul-betul lambat. Aku kembali semula ke bilik seminar.

Sepanjang seminar berlangsung, aku asyik memikirkan Syakilla. Banyak kali aku jenguk skrin telefon bimbit. Sudah dua jam aku dalam bilik seminar. Cepat-cepat aku keluar dari bilik seminar bila waktu rehat bermula.

"Sham! Kau nak ke mana?"

Aku tak hiraukan Ameng yang bertanya pada aku. Aku perlu ke blok tempat Syakilla menghadiri temuduga. Syakilla pun satu! Bila hal penting macam inilah dia buat acuh tak acuh! Lega...nampaknya Syakilla masih berada di situ. Aku pandang jam. Sudah waktu makan tengahari.

"Hai.." Aku menyapa.

"Awak?"

Aku perasan Syakilla menggelabah. "Dah interview ke?"

Syakilla mengangguk.

"Emm...kalau macam tu, kita makan dulu." Aku mengajak Syakilla, tanpa menunggu jawapan dari gadis itu, aku terus saja tarik lengan Syakilla menuju ke kafeteria berdekatan.

"What are you doing??"

Aku tersentak. Syakilla merentap tangannya dari genggaman aku tadi. "Maaf..saya bukan nak buat tak senonoh pada awak.."

Syakilla tunduk. Aku tahu dia juga terkejut dengan tindakan aku tadi. Aku sekali lagi minta maaf atas tindakan spontan aku tadi. Entah macam mana aku boleh pegang tangan Syakilla.

"Tak apa...lain kali jangan buat lagi. Kita bukan mahram. Awak pun tahu kan batas halal haram.."

Perghh.....terkena sebiji kat batang hidung aku! Sungguh aku merasa bertempek bedak kat muka kali ini. Malu berbakul-bakul! Merah muka aku ketika ini. Ah, sudah alang buat salah, aku harus bersikap selamba sajalah. Aku tidak mahu Syakilla merasa tidak selesa bersama aku. Tengahari itu aku dan Syakilla menikmati juadah tengahari bersama.

Aku  pandang wajah gadis itu. Wajah itu aku tenung, renung. Degupan jantung aku semakin laju. AKu sendiri tidak tahu makna degupan itu. Adakah aku sudah suka atau adakah kerana  wajah Syakilla memang sebiji wajah perempuan dalam mimpi aku?

"Macam mana interview? Awak ambik bidang sains jugak ke?"

Syakilla hanya mengangguk. Nampaknya gadis itu tidak banyak bersuara. Mungkin dia tidak merasa selesa dengan aku. Yalah, baru kenal sekali.

"Saya tanya sikit boleh?"

Syakilla hanya mengangguk. Dari tadi, dia tidak pernah memandang aku. Malu sangatkah dia pada aku??

"Siapa nama mak awak?"

Syakilla yang tunduk dari tadi mula mendongak. Bening matanya memandang ke arah aku. Baru kali ini aku dapat merasa tajam matanya tepat memandang aku. Lebih tepat ke arah mata aku.

"Kenapa awak nak tahu?"

"Sebab..saya bermimpi seorang perempuan mirip awak dan nama dia juga Syakilla..." Aku berterus terang.

Syakilla kembali tunduk. Aku cuba  mencari riak wajahnya, ekor matanya. Kali ini matanya berkaca.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 11:07 AM | Show all posts

eh, bukan citer ni dr pov AKU?

gagal di situ!

Gurau jah. Jgn amek hati naa! Kaka pun pernah gagal

lg satu.... term yg tepat is MAHRAM not MUHRIM



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 11:14 AM | Show all posts
Ipo.... sambung......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 11:23 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-12-2015 10:37 AM
ladyFinger12 replied at 21-12-2015 10:07 AM
eh, bukan citer ni dr pov AKU?

gagal di situ!

bab 4..scene kampung sireh tu memang ipo sengaja buat pov syakilla...

sepatutnya letak..nama Syakilla as main watak kat bab 4 tu..then 'aku' as syakilla...heheheh
penceritaan yg tak menjadi...

tq kaka lady....lupa...mahram bukan muhrim..

dah edit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 11:38 AM | Show all posts

baru nak sambung ni Nay...
nak habiskan sebelum masuk 2016...
kalau tak sempat...tunggu JUN 2016 lah ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2015 01:01 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-12-2015 12:09 PM

Aku menunggu penuh sabar. Mungkin Syakilla sedang mencari kekuatan diri. Sejak bertandang ke rumahnya dulu lagi, aku perasan, gadis itu seperti menyimpan satu perasaan yang sukar dirungkai. Mungkin juga gadis itu memendam rasa itu seorang diri. Jelas riak wajahnya menceritakan apa yang dialami walaupun aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang membuatkan gadis itu bersikap begitu.

Satu helaan nafas yang agak berat jelas kedengaran di telinga aku. Wajah Syakilla masih tunduk. Aku tahu dia cuba menahan sebak. Mata yang bergenang yang hanya menunggu masa untuk titis jernih jatuh ke pipi diseka dengan hujung jarinya.

"Maaf...saya tak bermaksud nak buat awak sedih..saya.."

"Tak apa..."

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Syakilla terlebih dahulu memintas cakap aku. Kali ini dia mengangkat muka dan menghela nafas berat. Matanya kini tepat memandang aku. Matanya masih berkaca.

"Sebelum saya jawab soalan awak, maaf kalau saya tanya, kenapa awak bermimpi macam tu?"

Aku mula mengukir senyum. Mungkin dengan senyuman aku itu boleh membuatkan Syakilla merasa selesa berbual dengan aku. AKu juga sebenarnya tidak begitu selesa bila berbual dengan gadis yang pemalu seperti Syakilla. Kadang-kadang aku sendiri merasa terpenjara dengan kata-kata bila berdepan dengan gadis begini.

"Kalau saya tahu jawapannya, saya tak akan tanya awak.." Jawab aku perlahan.

Syakilla tunduk.

"Dalam mimpi saya tu, saya bertemu dengan seorang perempuan mirip awak tetapi ada wajah sayu dan sugul. Kali pertama dia ingin cekik saya dan matanya berdarah...rupa menakutkan..." Aku mulakan sekali lagi cerita misteri mimpi aku.

"Wajahnya pecah-pecah, berkeping...tapi lepas tu slowly berubah cantik dan...mirip wajah awak.." Aku sudahkan cerita aku. Kali ini Syakilla aku lihat mula mendongak.

"Dalam mimpi tu...perempuan tu pakai baju kurung putih, ada selendang dan ada bunga melur kan?"

Aku terdiam. Kata-kata Syakilla tadi benar-benar membuatkan aku terkejut. Memang tepat huraiannya tentang perempuan dalam mimpi aku itu. Lama aku menatap wajah Syakilla yang juga sudah berubah rona wajahnya. Mungkin juga dia turut terkejut dengan cerita mimpi aku.

"Jadi...awak pun bermimpi yang sama?" Aku lontarkan pertanyaan semula.

Syakilla mengangguk.

"Siapa dia? Dia ada beritahu tak nama dia siapa?" Aku pula yang teruja ingin tahu mimpi Syakilla.

Syakilla sekali lagi menarik nafas dan menghela perlahan. Agak lama dia berdiam diri. "Sebenarnya itulah mak saya...nama saya diberikan oleh nenek sempena nama mak saya.."

Aku sekali lagi terdiam. Ah! Terlalu banyak persoalan dalam benak aku yang belum terungkai!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 01:22 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-12-2015 11:38 AM
baru nak sambung ni Nay...
nak habiskan sebelum masuk 2016...
kalau tak sempat...tunggu JUN 2016 ...

besor kecik besor kecik je aku tengok ko ni ipo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2015 03:20 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-12-2015 12:22 PM
besor kecik besor kecik je aku tengok ko ni ipo

ko nampak aku macam tu?...




Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lg @Ipo... Jgn tggu habis tahun 2015 tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2015 12:21 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-12-2015 11:32 PM

"Selama ini saya hanya kenal mak saya melalui foto yang masih nenek simpan. Itupun jenuh saya minta dari nenek. Setiap malam saya mengharapkan tidur saya ditemani mimpi bertemu mak. Alhamdulillah...Allah izinkan."

Aku masih menadah telinga mendengar cerita mimpi Syakilla. Bermakna bukan aku seorang yang bermimpi seperti itu. Apa yang berbeza adalah, mimpi aku mimpi ngeri dan mimpi Syakilla, mimpi indah.

"Err...ayah awak?"

Syakilla diam. Dia kembali tunduk. Fail di depannya dikutis-kutis hujungnya. Entah apa yang difikirkan oleh gadis itu. Aku biarkan saja. Apa yang aku ingin tahu, kisah hidup Syakilla dan ibunya. Barulah aku akan tanya mak aku tentang ayah yang aku lihat dalam mimpi malam tadi.

"Saya tak pernah kenal ayah saya....nenek cakap, dia seorang yang kaya. Mak dan ayah saya bercerai hidup. Sebaik saja mak melahirkan saya, mak meninggal dunia..."

Aku mengangguk. Kini aku tahu, mengapa Syakilla tidak pernah kenal ibunya. Hanya gambar yang menjadi peneman setia. Wajah Syakilla aku amati lagi. Memang mewarisi wajah ibunya yang juga bernama Syakilla.

"Jadi...nama mak awak..Syakilla?" Tanya aku sebaik melihat Syakilla sudah mula mengangkat muka.

"Ya...itu yang nenek beritahu."

"Emm...saya tengok nenek awak macam tak suka pada awak..."  Aku perlu tahu kisah hidup Syakilla dan apa kaitannya dengan ayah aku.

Sekali lagi Syakilla tunduk. Kali ini mata beningnya kembali berkaca. Aku pula yang merasa serba salah. Ketara perubahan wajah Syakilla ketika ini. Rasa bersalah pula dengan pertanyaan aku tadi. Teruk sangatkah penderitaan yang Syakilla hadapi??

"Maaf....kalau pertanyaan saya tadi tu..buat awak rasa tak selesa. Terus terang saya katakan, saya dapat rasakan yang mak awak ada kaitan dengan arwah ayah saya. Malam tadi, saya bermimpi, ayah saya dan mak awak dalam rumah putih.." Aku terpaksa beritahu Syakilla tentang mimpi aku yang sebenarnya malam tadi.

"Ayah awak??"

Aku mengangguk.

"Maaf..saya tak tahu. Nenek tak pernah cerita tentang hal mak saya pada saya. Malah ayah saya pun, nenek tak pernah nak beritahu. Saya..."

Aku semakin rasa bersalah. Mata bergenang tadi sudah mula melimpah ke pipi. Ah, sudah..aku mati kutu! Serba tidak kena aku dibuatnya. "Err...tak jawab pun tak apa. Saya tak paksa.."

"It's ok. Saya yang emosional sikit. Terima kasih kerana sudi dengar luahan hati saya. Tak sangka, awak ni pilihan nenek saya sebagai calon suami saya dan lebih tak sangka, awak bermimpi perkara yang sama."

Aku mula merasa lega melihat Syakilla kembali senyum. Mungkin tadi dia terlalu mengikut perasaan sedihnya. "Emm...kalau rasa tak selesa, kita boleh berbual lain kali saja. Awak dah ada kad saya kan?"

Syakilla mengangguk lagi.

"Emm...lepas ni awak nak ke mana?" Aku turut berdiri setelah melihat Syakilla mula bingkas.

"Balik..nanti nenek bising.."

"Naik apa?"

"Bas.."

"Kalau macam tu, biar saya hantar. Lagipun, hari ni saya ada seminar je." Aku menawarkan diri.

"Eh..tak apa. Tak payah susah-susah. Saya boleh balik sendiri. Lagipun, jauh. Dua jam setengah tu. Nanti awak sampai malam kat KL semula.." Syakilla menolak.

"Kalau macam tu, biar saya hantar awak ke Perhentian Bas. Tak pun, awak naik tren ETS je." Aku beri saranan. Kampung Sireh yang terletak di Ipoh  itu sudah tidak jauh dari stesen tren ETS.

"Tak apa.."

Aku tak sempat menahan Syakila dari pergi, telefon bimbit aku berdering kuat. Nama Suri tertera di skrin. Melilau aku mencari kelibat Syakilla. Cepat sungguh dia menghilangkan diri. Deringan telefon aku sudah tidak kedengaran. Aku menghubungi semula Suri. Esok, Suri akan sampai di KL dari Perlis.

"Adoih...nak tidur rumah aku pulak." Aku garu kepala. Nampaknya aku terpaksa menyuruh teman serumah aku, Dani dan Usop tidur di tempat lain untuk dua malam. Suri ada hal penting yang dia hendak uruskan di KL sebelum pulang ke kampung.


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 08:23 AM | Show all posts
apakah misteri yg menyelubungi mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 01:17 PM | Show all posts
aku suspek, si sham ngan syakilla ni adik beradik.. silap2 kembor sepasang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
wah citer br..
pasal hantu sorok pngalaman kt pak cik iols..
mak iols cite satu kg kt keramat cr  dia..main sorok waktu maghrib..dia nmpk dorg tp xblh nk mnyahut..smpi ustaz bca ayat br nmpk dia kt longkang rasanya..

ot jap ye nk tnya ipo kt bod mps thread yg mana blh citer pngalman mistik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2015 10:40 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 22-12-2015 07:23 AM
apakah misteri yg menyelubungi mereka...

masih lagi menjadi misteri......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2015 10:40 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-12-2015 12:17 PM
aku suspek, si sham ngan syakilla ni adik beradik.. silap2 kembor sepasang..

speku yg tk mengena...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2015 10:45 PM | Show all posts
kimsa-ra replied at 22-12-2015 01:17 PM
wah citer br..
pasal hantu sorok pngalaman kt pak cik iols..
mak iols cite satu kg kt keramat cr   ...

memang..hantu suka sorokkan budak2 yg main waktu senja/maghrib ni..
laung kuat2 pun..tak dengar..padahal ada je dekat orang2 yg cari tu..

banyak pengalamannya...
dalam citer ni, ipo masukkan sikit je..nak masukkan semua, karang jadi lain plak..
but jumpa orang muka berdarah dan daging jatuh kat federal highway tu..itu memang pengalaman ipo sendiri

nak baca yg lain..tgk link ni  http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D5

mostly cik pon la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 12:08 AM | Show all posts
BAB 6



PERBUALAN aku dan Syakilla masih terngiang-ngiang di telinga. Rupanya Syakilla juga bermimpi perkara yang sama. Bila teringat kata-kata Syakilla semalam, aku merasakan dia dan aku perlu bekerjasama dalam hal ini. Aku dan Syakilla perlu hentikan mimpi-mimpi itu dari terus mengganggu tidur. Apa yang menjadi persoalan, bagaimana hendak mendapat jawapan kepada semua persoalan itu jika tidak ditanyakan pada yang tahu?

"Gila...macam mana dia boleh mimpi benda yang sama?" Aku mengetuk pen di atas kertas. Satu lakaran wajah perempuan dalam mimpi aku sudah siap aku lukis.

"Abang buat apa tu?"

Aku yang asyik berfikir dari tadi tidak sedar Suri sudah masuk ke dalam bilik aku. Cepat-cepat aku menutup lakaran wajah tadi dengan tapak tangan. Suri tidak perlu tahu tentang itu. Tentang Syakilla pun, Suri tidak perlu tahu.

"Apa tu?"

"Tak ada apa.." Aku sengih. Kali ini aku berebut dengan Suri yang sudah mengambil kertas tadi dari tangan aku. Tak sempat aku hendak menahan tangannya yang cepat menyambar tadi.

Aku perasan kening Suri bertaut. Reaksi wajahnya sudah berubah. Bulat mata menatap lukisan cakar aku. "Abang lukis siapa ni?"

"Alah..tak ada siapalah. Bak sini!" Aku cuba sambar semula kertas di tangan Suri. Sekali lagi Suri mengelak.

"Oh...diam-diam abang ada girlfriend ya. Siapa nama dia?" Suri mula mengusik. Wajah dalam lukisan itu sangat cantik padanya. Seorang perempuan berselendang dengan sekuntum bunga diselit di tepi telinga. Berbaju kurung putih.

"Sudahla! Beri balik lukisan tu." Aku mengejar Suri yang sudah berlari keluar dari bilik aku. Mengah juga mengejar adik aku seorang ini. Nampak sangat sudah lama aku tidak bersenam sejak sibuk dengan kerja. Tercungap-cungap aku menahan mengah.

"Wah...mak tahu ke?"

Aku pandang Suri yang terangkat keningnya mengusik aku. "Dah solat isyak ke belum ni?" Aku menukar topik. Kertas lukisan tadi sudah dapat aku ambil semula dari tangan Suri.

"Suri uzur la bang.."

"Huh..dah tahu uzur, boleh lagi melalak menyanyi dalam bilik tadi waktu maghrib!" Aku membebel. Terganggu solat aku diselang seli dengan nyanyian Suri di bilik sebelah.

"Alah...itu pun tak boleh? Macam alim sangat abang tu! Solat pun tak pernah cukup..." Suri mencebik.

Aku diam. Terkena batang hidung sendiri. Aku akui, dulu aku memang culas dan malas tetapi sejak aku mengalami mimpi menakutkan itu, aku sudah semakin sedar, syaitan lagi mudah mengganggu kaum Adam yang lalai. Sekarang ini, aku sudah dapat merasa bahang gangguan itu. Benarlah, jika dalam diri sentiasa berlubang, mudah saja syaitan masuk menyelinap.

"At least, abang dah berubah. Dah! Pergi tidur! Esok abang hantar pergi interview." Aku mengarahkan Suri tidur awal. Setengah jam lagi ke angka 12 tengah malam.

Suri tersengih-sengih sambil mengenyit mata. Aku faham sangat sikap Suri. Esok lusa, sampailah berita itu kepada mak. Walaupun aku pasti, nenek mungkin sudah beritahu mak tentang Syakilla. Ah, semuanya masih samar. Tak perlu tergopoh-gapah. Aku kembali masuk ke dalam bilik. Sesekali berlari kejar mengejar dengan Suri, cukup membuatkan aku teringat kenangan ketika kecil. Selalu aku bermain 'Hide and Seek'. Akhirnya, aku disorokkan oleh hantu jembalang, jenuh Suri mencari sampai menangis-nangis adik aku ketika itu.

"Haih..dah besar panjang macam ni pun, masih tak berubah perangai.." Aku gelak sendiri.

Lukisan wajah Syakilla itu aku tatap semula. Kertas itu sudah berkeronyok. Aku cuba bandingkan wajah itu dengan wajah Syakilla yang manis bertudung litup petang semalam. Benak aku sudah berselirat dengan seribu satu persoalan yang belum dapat ketemu jawapannya. Aku menyambung membuat kerja yang tertangguh tadi. Lukisan itu aku letak ke tepi. Laporan makmal yang sudah tiga hari tidak bersentuh itu aku baca semula.  Esok, aku kena hantar pada ketua jabatan. Sesekali aku menguap, mata sudah mula kuyu.

Aku jenguk jarum jam. "Hah? Dah  2 pagi?"

Aku menggeliat kecil. Aku mula menutup komputer. Perlahan aku melangkah ke bilik air yang terletak dekat dengan ruang dapur. Hanya itu saja bilik air yang ada, yang aku terpaksa berkongsi tiga orang dan kali ini terpaksa berkongsi dengan Suri pula. Beria aku menyental pagi tadi sebelum aku menjemput Suri di perhentian bas. Malulah kalau Suri cerita keadaan rumah aku pada mak nanti.

Aku capai tuala kecil. Lampu di ruang tamu masih bernyala terang. Aku sempat jenguk bilik Suri aka bilik aku. Bilik Dani dan Usop pula sepatutnya menjadi bilik aku untuk dua malam itu tetapi tak menahan aku hendak tidur di dalam bilik mereka. Dengan bau rokok penuh segenap ruang bilik. Aku memang tak boleh tahan. Jadi aku akan tidur di ruang tamu sajalah nanti. Angkut bantal dan selimut. Habis cerita.

"Eh...siapa pulak dalam bilik air ni?" Aku intai dari arah pintu yang terkuak sedikit. Cuba amati dari itu. Muka aku pucat lesi.

Aku diam kaku di depan pintu bilik air. Tuala wanita yang masih berdarah berterabur di atas lantai. Cepat saja mata aku dikalih pada perempuan yang berambut panjang itu sedang menghisap darah pada tuala wanita dengan begitu rakus sekali. Aku genyeh mata berkali-kali. Perempuan itu seolah tidak sedar kehadiran aku di situ.

"Siapa pulak dia ni? Takkan Suri? Buat apa dia nak hisap darah pad dia sendiri?" Aku pula yang bingung memikirkan apa yang aku lihat di depan mata.

Tanpa aku sedar, aku juga turut diperhatikan. Sedang aku ralit memikirkan apa yang berlaku, perempuan yang mempunyai rambut mencecah ke lantai itu perlahan memalingkan mukanya ke arah aku. Gulp!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kimsa-ra at 22-12-2015 05:46 PM

ngerinya blh jmpa kt federal highway
tq ye ipo..bnyk pngalamn ipo..iols nk kongsi kt thread ipo itu blh tak?
iols mls nk buka thread citer iols bkn bnyk pn..
mana tau ipo blh buat novel nnt..

iols pnh tringin nk tgk cik pon yg mak iols kata lalu dpn jln rmh iols..iols pnh la tggu dr dlm rmh dok tgk kt tingkp.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 12:45 PM | Show all posts
masih ada lagi orang sepah2 pad zaman sekarang nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.113779 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list