CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : MISTERI MIMPI SYAKILLA (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 25-12-2015 08:22 PM | Show all posts
"Kau tak kenal aku?"

Terkejut aku mendengar suara Suri sudah berubah tona. Suara yang pernah aku dengar dalam mimpi aku sebelum ini. Nenek yang masih merenung tajam ke arah Suri tidak menjawab kali ini. Matanya masih tajam tepat ke arah Suri yang tersenyum sinis. Kali ini aku melihat Suri mengirai-irai rambutnya yang panjang sambil menyanyi-nyanyi kecil. Bagai seorang perempuan zaman dahulukala.

"Kenapa kau kacau cucu aku?" Nenek berbicara semula.

Aku pandang ke arah mak yang sudah memaut lengan aku. Pucat wajah mak kali ini. Matanya tidak lepas dari memandang Suri yang masih tercegat berdiri sambil bernyanyi dan mengirai rambut.

"Pulangkan aku  ke tempat aku!" Satu jerkahan kuat keluar dari kerongkong Suri.

Sekali lagi aku terkejut. Mak semakin rapat dengan aku. Kali ini mata Suri menala ke arah mak. Merah menyala. Jari telunjuknya menuding tepat pada mak. Aku mula panik. Kalau Suri cuba apa-apakan mak, tahulah apa aku akan buat nanti.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2015 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh nak pulang ke mana plk ni TT?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 04:59 PM | Show all posts
Tiba-tiba kedengaran suara mendayu-dayu..

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar di pandang usah di puja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan untukmu sayang

Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu
Kau milikku

Pulangkan cinta hatiku
Oh hentikanlah menghantuiku
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku
Kupulangkan resah hidupmu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hatiku ini
Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga ke akhir masa sayang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 08:22 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 26-12-2015 05:37 AM
Dh nak pulang ke mana plk ni TT?

pulang ke kampung zam..

dah cuti panjang ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 08:23 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-12-2015 03:59 PM
Tiba-tiba kedengaran suara mendayu-dayu..

Seharum bunga yang menggoda

amboih...berhantu okay lagu ni...
nah aku tepek audionya...


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-12-2015 12:22 PM
pulang ke kampung zam..

dah cuti panjang ni...

Ya tak ya jugak ya TT.... Saya blk 2 hr je kt kampung... Skang dh ada kt Taiping... Pg ni nak gerak blk KL... Esok dh kerja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2015 09:07 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 27-12-2015 08:14 AM

"Ke mana?!" Nenek mula meninggikan suara.
Suri terus memalingkan wajahnya ke arah nenek. Kali ini dia ketawa mengilai. "Dendam aku belum terlerai!"

Aku melihat nenek sudah bertaut keningnya yang sudah agak memutih. Mulut nenek kumat kamit membaca sesuatu yang aku tidak tahu. Kedua tangan nenek menggenggam kuat.

"Kau dendam pada siapa?"

Hahahahahah!!!!!! Suri ketawa lagi dan tiba-tiba terhenti ketawanya. Mata tepat memandang mak dan nenek. "Tok Merah jahanam!!"

Terkejut aku mendengar nama atuk aku disebut. Lantas aku berpaling pada nenek. Muka nenek pucat. Genggaman tangannya yang kuat tadi sudah mula longgar. Nenek perlahan tunduk ke lantai.Kali ini tiada pertanyaan dari nenek.

"Kau tahu apa yang terjadi tapi kau butakan mata, pekakkan telinga. Aku tak  berdaya.."Suara Suri mula merintih.

Aku pula mula bangun. Suri aku pandang tak berkelip. Kata-katanya tadi seperti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh nenek dan atuk. Yang jelas, mak tidak tahu apa-apa. Aku mendekati Suri yang sudah mula berdiam diri di tepi sofa.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" Teragak-agak aku bertanya. Aku cuba mengawal keadaan, bersedia jika Suri bertindak ganas.

Suri mengangkat muka. Wajah mak, aku dan nenek diperhatikan satu persatu sebelum pandangan matanya jatuh pada mak dan nenek. Aku tergamam melihat Suri menitiskan air mata. Bening matanya kini sudah bergenang dengan air mata.

"Hadi......"

Terus aku menoleh ke arah mak. Wajah tergamam mak jelas kelihatan. Aku tahu, nama arwah ayah disebut Suri tadi. Aku semakin penasaran. Bermakna mimpi aku pada malam itu memang benar. Ayah muncul dalam mimpi misteri itu.

"Kenapa dengan dia?" Aku sekali lagi bertanya. Kali ini Suri tunduk ke lantai. Air mata masih menitis.

"Dia segalanya bagi aku..."

Mak menelan liur. Aku pegang tangan mak kali ini. Bimbang jika sesuatu terjadi di luar kawalan. Nenek pula masih tunduk dari tadi. Jelas ada sugul di wajah nenek. Apakah yang sudah arwah ayah dan atuk sudah lakukan pada Syakilla??

"Tapi semuanya musnah! Aku dizalimi!!!" Kali ini Suri menjerit kuat.

Tersentak nenek mendengar suara kuat Suri yang tiba-tiba. "Maafkan Tok Merah..." Nenek kembali bersuara.

"Aku tak akan maafkan!!"

Aku pula yang tersentak kali ini. Suara Suri sudah berubah. Suara itu bukan lagi suara perempuan dalam mimpi aku dulu tetapi suara nenek Azizah! Perlahan aku menoleh ke arah nenek yang sudah kaget.

"Oh, jadi kau nak balas dendam??" Nenek mula bersuara. Tegas.

"Ya!! Tok Merah sudah membunuh anak aku!!" Suri terjelepuk jatuh.

Aku cepat-cepat meluru ke arah Suri. Tubuh Suri aku angkat dan baringkan di atas sofa. Mak menghulurkan segelas air. Perlahan aku usap muka Suri dengan air. Surah Al Fatihah aku baca dan hembus ke mukanya. Sekarang ini Suri perlu dipulihkan semangatnya. Aku lihat nenek sudah terduduk di tepi sofa. Sudah bergenang air matanya.

"Mak...jaga nenek. Biar Sham yang jaga Suri.." Aku pegang tangan mak dan mak faham maksud aku.

Malam itu, aku tidak lena tidur. Mak pula menemani Suri tidur di satu bilik. Nenek di bilik sebelah. AKu? Aku masih di ruang tamu memikirkan apa yang telah terjadi tadi. Jenuh otak aku memikirkan apa hubungan arwah ayah dan Syakilla. Terbayang kembali babak dalam mimpi malam itu. Ayah memasuki bilik Syakilla.

"Aku akan tanya nenek esok...atau mungkin aku jumpa Syakilla sendiri.."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 09:13 AM | Show all posts
nampaknya tak sempat nak habis tahun ni...
counting...4 hari je lagi to 2016

anyway..selamat menyamnbut kelahiran nabi
selamat menyambut tahun baru
selamat bercuti..
mulakan tahun baru dengan senyuman dan kesyukuran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2015 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-12-2015 09:13 AM
nampaknya tak sempat nak habis tahun ni...
counting...4 hari je lagi to 2016


Sempatttttt... satu hari tepek 10 bab..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:17 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 24-12-2015 12:03 PM
"Syakila tu... anak Raja Zulkhan dari Lembah Keramat." Nenek Sham mula membuka cerita. Dia yakin k ...

Ceeehhhhh!



Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:19 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-12-2015 04:20 PM
@Nicki_Meow baik ko abihkan citer ko cepatttttt

Nak sambung... tapikan.... cerita memang dah lari dari asal. Camno?















Malas pun iya gak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-12-2015 11:19 PM
Nak sambung... tapikan.... cerita memang dah lari dari asal. Camno?

ko nk gi mana sebenornye??



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:10 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-12-2015 11:41 PM
ko nk gi mana sebenornye??

Nak gi Mirkwood

Peta dah ada...



Mana tau boleh jumpa Legolas....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 08:36 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 28-12-2015 10:11 PM

BAB 8



SUASANA sunyi dan senyap.  Hanya kicauan burung saja kedengaran di luar. Waktu pagi sudah semakin beranjak ke tengahari. Ruang tamu masih lagi sepi walaupun penghuninya berkumpul di situ. Aku pandang nenek yang acapkali melepaskan keluhan berat. Mak pula, dari tadi masih tidak lekang memegang dan mengusap rambut Suri yang sudah pulih dari kerasukan malam tadi.

"Nek..tolonglah beritahu Sham apa yang berlaku sebenarnya?" Aku pujuk nenek. Dari malam tadi aku ingin tahu hal sebenar tetapi tidak sampai hati pula melihat nenek keletihan. Jadi pagi ini, aku harap nenek ceritakan semua rahsia yang disimpan selama ini.

"Ya mak. Selama ni saya tak tahu pun yang arwah abang Hadi ada hubungan dengan Mas Syakilla tu.." Celah mak.

Aku mengangguk, megiakan kata-kata mak. Wajah nenek semakin sugul. Ada kekesalan di wajahnya, malam tadi lagi aku sudah perasan riak wajah nenek. Suri yang aku paling kasihan. Kalau Suri dirasuk kuat, tidak mustahil Suri akan mencederakan diri sendiri. Dari kata-kata rasukan malam tadi, jelas suara itu ingin melakukan sesuatu dan semua itu angkara atuk.

"Kalau nenek diam macam ni, Sham takut nanti, roh Mas Syakilla tu akan merasuk lagi Suri. Nenek tahu tak, Suri dah banyak kali kena rasuk. Masa kat ruma sewa Sham dulu, dia dirasuk jugak." Aku trepaksa berterus terang. Pada mulanya aku malas hendak panjangkan perkara itu tetapi setelah Suri dirasuk lagi, aku tidak boleh berdiam diri lagi.

"Mak..cakaplah mak. Apa hubungan arwah abang Hadi dengan Mas Syakilla? Dan....kenapa dia marahkan ayah?" Mak mula mendesak nenek.

Nenek perlahan mengangkat muka. Untuk ke sekian kalinya, nenek memandang aku, Suri dan mak silih berganti. Banyak kali dia melepaskan nafas berat. Tangan mak dipegang erat. Mata bertemu mata.

"Siah...maafkan mak.." Akhirnya nenek mula bersuara. Nada sebak.

Aku dan Suri sabar menunggu bicara seterusnya dari nenek. Mak dari tadi tidak mengalihkan matanya dari menatap wajah nenek. Aku tahu perasaan mak. Aku boleh rasa perasaan resah dan ingin tahu mak. Siapa yang tidak resah bila melibatkan hal suami sendiri.

Nenek melepaskan keluhan berat lagi. Tunduk sejenak, mungkin mencari kalimah yang sesuai untuk diluahkan. Aku pula yang penasaran. Suri dan mak juga kelihatan sama macam aku. Ah, susah sangatkah nenek hendak buka mulut??

"Nek...kalau nenek tak beritahu, Sham bimbang nanti Suri yang jadi mangsa. Nenek sendiri dengar malam tadi kan? Dia tak akan maafkan atuk. Apa yang atuk dah buat nek?" Kali ini aku sudah tidak menahan sabar. Aku desak juga nenek untuk beritahu semuanya.

"Sham...Siah..Suri..sebenarnya Mas Syakilla tu..pernah bertunang dengan Hadi dengan restu kedua pihak. Tok Tamim dan Tok Merah. Entah macam mana, Tok Tamim dan Tok Merah bergaduh...sampai Hadi tu terpaksa putus dengan Mas Syakilla. Lepas tu..Mas Syakilla dinikahkan dengan anak orang kaya. Pernikahan Mas Syakilla tak kekal. Suami dia tinggalkan dia tanpa khabar berita. Tok Tamim salahkan Hadi. Sampailah Mas Syakilla melahirkan seorang anak perempuan, lepas tu, Mas Syakilla menghilangkan diri. Sampai sekarang tidak tahu dia kat mana. Hidup ke, mati ke..." Nenek tunduk kembali. Mata berkaca cuba ditahan dari gugur titisnya.

Aku lihat mak mengusap belakang nenek. Sesekali tubuh tua itu dipeluk, cuba menenangkan nenek walau diri sendiri yang merasa sebak dan tergamam dengan semua itu.

"Sejak itu, Tok Tamim tak lagi bersahabat dengan Tok Merah. Puas mereka cari Mas Syakilla..masih tak jumpa. Satu hari nenek masuk bilik merawat atuk kamu...nenek nampak satu cincin. Nenek kenal sangat dengan cincin tu..itu cincin kepunyaan Mas Syakilla." Sambung nenek sambil menahan sebak.

Aku terdiam sebaik sahaja nenek menyebut tentang cincin. "Err..cincin tu ada batu permata kayu kan?"

Nenek terus mengalih matanya ke arah aku. Bertaut keningnya. Aku pula menelan liur. Tenungan mata nenek cukup membuat aku kecut. Lama nenek merenung aku. Apakah kata-kata aku tadi membuatkan nenek bersikap begitu?? Riak nenek seperti terkejut.

"Mana Sham tahu??"

"Sham mimpikan ayah dan Mas Syakilla nek..cincin tu pun.." Aku sekali lagi berterus terang.

Nenek tunduk lagi. Kali ini dia menggeleng. Nenek menarik nafas dalam-dalam. "Cincin tu kepunyaan Mas Syakilla...yang dia nak berikan pada Hadi pada majlis nikah nanti tapi tak kesampaian.."

Kini baru aku tahu. Apa yang menjadi musykil pada aku, mengapa dalam mimpi aku itu, ayah berada dalam bilik Mas Syakilla? Adakah ayah sudah..

"Err..nek, dalam mimpi Sham tu, Sham nampak ayah masuk ke dalam bilik Mas Syakilla.."

Bicara aku terhenti. Terasa paha aku dicubit kuat. Aku menoleh ke arah Suri. Suri memberi isyarat pada aku dan mengerling pada mak. Ya Allah, aku lupa! Wajah mak sudah berubah. Mak tunduk saja.

"Nek..kenapa Tok Tamim dan Atuk bergaduh sampai ayah terpaksa putus tunang? Dan mana Mas Syakilla pergi??" Aku mula menukar topik bicara.

"Tok Tamim dan Tok Merah adalah sahabat seperguruan dulu tapi atuk kamu tu tamak. Dia nak belajar semua ilmu termasuk ilmu hitam. Tok Tamim membantah dan halang atuk kamu dari belajar ilmu tu. Selama ini mereka hanya belajar ilmu putih saja..dia seorang yang alim. Atuk kamu dan Tok Tamim dulu pernah menjadi imam dan rujukan orang kampung bila berkaitan hal agama tapi tulah...atuk kamu berubah..." Jelas nenek, tunduk sayu.

"Maksud nenek...atuk memang ada ilmu hitam?" Aku pula yang tergamam. Mungkin sebab itulah atuk menjadi kebal dalam gelanggang silat.

Nenek mengangguk lemah. "Disebabkan hal tu, Tok Tamim dan atuk kamu menjadi musuh. Sejak mereka bermusuh itulah, Tok Tamim mula jatuh sakit sehinggalah dia meninggal dunia. Setahun kemudian, atuk kamu pula menyusul. Masa atuk kamu dalam keadaan nazak, dia mengaku pada nenek.."

Masing-masing diam mendengar bicara nenek. Aku lihat nenek cuba mencari kekuatan untuk meluahkan semua itu. Sesekali nenek mengesat titis jernih di pipi dengan hujung lengan baju kurungnya.

"Nek.." Suri pula mengusap belakang nenek. Nenek semakin sebak..berjuraian air matanya kali ini. Nenek yang aku kenal begitu kental jiwanya selama ini, kini seperti kalah dengan kisah itu.

"Mak...sudahlah. Kami tak paksa..." Mak pula memujuk.

Aku diam. Sudah terasa bersalah pula pada nenek. Membuka semula kisah silam yang pahit boleh merobek hati. Apatah lagi hati mak ketika ini. Aku sedar semua itu. Kalau boleh segala yang pahit ingin dihumban jauh-jauh dari kamus hidup.

"Tak apa..mak kena beritahu jugak. Mak tak nak Suri jadi mangsa nanti macam Hadi tu.." Nenek pegang lembut tangan mak. Matanya menatap lembut ke mata mak.

Aku, Suri dan mak terdiam mendengar kata-kata mak. Suri pula sudah mula pucat mukanya.

Aku dapat mengagak apa yang dikatakan oleh nenek tadi. Selama ini ayah sakit pelik. Tiba-tiba ayah tidak ada selera makan, badan susut mendadak. Malam pula tidak boleh tidur, asyik ternampak kelibat. Segala sendi dan urat terasa sakit menyucuk. Kadang-kadang ayah menjerit ingin bunuh diri kerana tidak tahan dengan rasa sakit yang dihadapinya. Akhirnya ayah lumpuh dari paras pinggang ke hujung jari kaki. Doktor juga tidak tahu apa penyakit sebenar ayah ketika itu sehinggalah ayah menghembuskan nafas terakhirnya. Selama ayah sakit, aku ke hulu ke hilir mencari penawar. Berjumpa ustaz sampailah aku ke sekolah pondon bertemu Ustaz Adi. Baru aku tahu, ayah disantau. Antara tanda-tandanya, kuku ayah menjadi biru, badan susut, tiada selera makan. Ayah sudah seperti mayat hidup. Sudah tidak air mata hendak ditumpahkan melihat ayah yang terseksa menahan sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Mak..kan abang Hadi sakit kanser?"

Aku hanya memandang mak yang masih percaya bahawa ayah diserang kanser tulang. Aku tunduk, cuba menahan rasa sebak. Mungkinkah ayah disantau oleh Tok Tamim? Ah..mana mungkin. Nenek sudah beritahu sekejap tadi yang Tok Tamim alim orangnya. Tidak seperti atuk.

"Tak...dia bukan sakit kanser.." Tutur nenek, nadanya semakin lemah. Suaranya perlahan saja.

"Arwah ayah disantau kan?" Aku beranikan diri bersuara kali ini. Dengan segala apa yang aku siasat dulu, memang sah ayah disihir, bukan kanser. "Sham ada jumpa Ustaz Adi. Dia yang beritahu Sham pasal tu...cuma Ustaz Adi tak beritahu siapa yang hantar santau tu.."

"Betul ke mak??" Kali ini mak goncang bahu nenek.

Nenek mengangguk lemah, air mata menitis semula.

"Siapa mak?? Siapa yang hantar santau pada abang Hadi?!!" Suara mak seperti histeria kali ini. Mungkin mak tidak dapat terima arwah ayah meninggal kerana disantau.

"Mak pun tak tahu tapi mak nak tebus kesalahan ayah kamu.." Nenek berkata sugul.

"Apa yang atuk dah buat nek?" Sekali lagi aku bertanya. Dari tadi nenek belum menjawab soalan aku.

Nenek diam. Aku meraup muka. Entah apa yang atuk sudah lakukan pada keluarga Tok Tamim sehingga ayah disantau sedemikian rupa. Aku sudah boleh mengagak siapa punya angkara. Sudah tentu Nenek Azizah yang lakukannya! Mungkin kedengaran jahat tetapi dari sikap nenek Azizah yang garang terhadap Syakilla, membuatkan otak aku tidak waras berfikir ketika ini. Hanya itu saja yang terlintas di minda aku.

"Sham...esok, kita ke rumah Syakilla ya. Nenek nak selesaikan perkara ni dengan baik. Nenek tak nak kita menyesal kemudian nanti.."

"Maksud mak..nak  minta maaf?" Mak pula mencelah.

"Ya...sebab tulah mak nak jodohkan Syakilla dengan Sham ni..mak nak tebus kesalahan atuk kamu.." Jelas nenek, tidak berani dia mengangkat muka memandang mak.

"Kalau nenek Azizah tu santaukan ayah, dendam dengan atuk..kenapa dia setuju?" Mak semakin tidak puas hati.

"Itu tandanya dia pun nak berdamai..."

Aku yang mendengar kata-kata nenek terasa jengkel pula. Kalau benar nenek Azizah santaukan ayah, kenapa dia nak aku bernikah dengan cucunya? Bukankah itu pelik bunyinya? Apa tujuan nenek Azizah sebenarnya?

"Kenapa dia rasuk Suri?" Aku terpaksa bertanya. Suri dirasuk dengan suara nenek Azizah. Sudah jelas, ada agenda tersembunyi yang nenek Azizah cuba lakukan.

"Ada kaitan dengan atuk kamu.."

"Mak, ni bukan perkara main-main mak. Suri dalam bahaya. Beritahu kami mak, apa yang ayah dah lakukan pada Mas Syakilla??" Mak sedikit meninggikan suara. Mungkin tidak sabar dengan sikap nenek yang bermain tarik tali bila menjawab.

Nenek tidak menjawab. Sah, seperti yang aku jangkakan.

"Esok, kita semua ke rumah Syakilla..." Nenek bingkas bangun dan mula masuk ke dalam bilik sebelum kembali semula ke ruang tamu dengan siap bertudung.

"Mak nak balik. Ingat, esok kita semua ke rumah Syakilla.." Nenek segera ke pintu dan menyarung selipar. Tidak sempat mak hendak menahan nenek yang sudah laju melangkah ke arah rumahnya.

Aku hanya memerhati nenek pergi dengan riak kesal. Mak dan Suri pula seperti kehilangan kata-kata. "Mak..ikut sajalah cakap nenek. Kita dengar sendiri dari nenek Azizah. Tak baik menuduh tanpa bukti..."

Bila mengenangkan semua itu, aku pula yang menjadi buntu. Jelas keluarga aku yang bersalah dalam hal ini. Persahabatan yang bertukar menjadi musuh. Apakah Mas Syakilla menjadi korban dan dizalimi seperti kata-kata Suri sewaktu Suri dirasuk?? Kenapa aku pula nak dijodohkan dengan cucu musuh atuk sendiri?? Arghhh!!!!!!!




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 05:28 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-12-2015 06:08 PM

KAMPUNG SIREH

SEKALI lagi aku bertandang ke rumah Syakilla.Kali ini bersama nenek, mak dan Suri. Dari halaman rumah lagi, aku perasan nenek Azizah sudah tersenyum lebar di anjung rumah menyambut kedatangan aku dan keluarga aku. Mata aku melirik pada Syakilla di sebelah nenek Azizah. Riak wajahnya masih seperti dulu. Tiada wajah ceria dipamerkan.

"Sila! Jemput masuk!" Ceria wajah nenek Azizah menjemput kami semua masuk.

Aku perhatikan saja nenek bersalam dengan nenek Azizah. Mak dan Suri juga turut bersalam walau aku tahu riak mak seperti tidak begitu suka pada nenek Azizah. Kami semua berbual di ruang tamu. Nenek Azizah sekali sekali melihat Suri di sebelah mak. Lirikan matanya seperti ada sesuatu.

"Hajat apa datang ke sini?" Nenek Azizah mulakan bicara.

"Eh..takkan kau tak tahu? Kan kita nak jodohkan Sham dengan Syakilla ni. Kau ni Zah..." Nenek sengih. Sempat jeling Syakilla di sebelah nenek Azizah.

Huk! huk! Aku pulak yang terbatuk-batuk. Amboih nenek aku ni, terus saja ke topik utama. Nak saja aku duduk saja di luar rumah kalau benar nenek hendak datang merisik.

"Emm...jadi, datang ni nak merisik lah ya?" Nenek Azizah sudah semakin lebar senyumannya.

Aku perasan Syakilla hanya tunduk dari tadi. Mak pula sejak menapak masuk ke dalam rumah tadi, tidak lekang matanya dari menatap wajah Syakilla., cucu nenek Azizah. Tidak berkelip mak memandang anak kepada Mas Syakilla. Mungkin mak sedang mengamati wajah yang dikatakan seakan sama dengan wajah Mas Syakilla, bekas tunang arwah ayah dulu.

"Ya...Sham pun dah setuju."  

Aku yang ralit melihat sikap mak tadi terkejut dengan tepukan kuat di paha. Nenek sengih memandang aku. Kuat juga tepukan tapak tangan nenek tadi. "Err...nek, bila masa Sham kata setuju?"

"Nek..Killa hidangkan lauk dulu.." Syakilla minta diri dan berlalu pergi ke ruang dapur.

"Hari ni Killa masak istimewa untuk tetamu. Tambah lagi Sham ni.." Nenek Azizah senyum lagi.

Aku terbatuk lagi. Apa yang aku rasa, hanya nenek berdua itu sahaja yang beria sedangkan aku dan Syakilla tiada apa-apa. Aku dapat rasa yang Syakilla juga tidak setuju dengan jodoh yang diatur ini. Wajah nenek kelihatan berseri-seri. Memang nenek suka pada Syakilla dan niat nenek untuk berdamai dengan cara itu mungkin tidak sama dengan niat nenek Azizah.

"Jemput makan dulu..nanti sejuk  pula,  tak sedap.."

Kami semua beriringan ke ruang dapur. Aku senyum sendiri bila mengingati pertama kali melihat Syakilla comot dengan arang di muka kali pertama aku ke rumah ini bersama Lan. Kali ini, Syakilla manis bertudung dan nampak ayu walau tanpa solekan. Begitu beria nenek Azizah melayan kami semua. Lauk kali ini memang istimewa. Gulai ayam kampung, sambal belacan, ikan kering goreng berlada, pecal dan ulam-ulaman. Suri yang paling banyak menambah nasi. Mak pula asyik menatap wajah Syakilla dari tadi. Hanya beberapa suap saja nasi dimakan.

Usai makan, kami semua kembali ke ruang tamu. Syakilla masih berada di dapur. Suri yang ingin menolong Syakilla mengemas dan mencuci pinggan dilarang oleh nenek Azizah. Kadang-kadang kasihan dengan Syakilla.

"Kita sambung hal tadi.." Nenek Azizah menyambung bicara semula.

"Maaf...mana mak Syakilla?" Mak tiba-tiba bertanya.

Nenek Azizah terus saja berpaling ke arah mak. Riak wajahnya berubah tona namun cuba dikawal. Dia kembali melakar senyuman. "Oh..ini mak Sham kan? Shamsiah..cantik orangnya. Memang padanlah dengan Hadi.."

Aku yang mendengar kata-kata nenek Azizah mula merasa satu sindiran tajam. Apa sebenarnya yang nenek Azizah maksudkan? Apakah kerana anak perempuannya tidak berjodohan dengan arwah ayah  maka dia begitu mudah menaruh dendam?




Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nenek azizah mmg garang cm nenek iols ..
citer pasai santau..mak cik iols pnh kna santau..iols je xsmpat jmpa dia masa skit..kurus melidi mak iols kata..smpi kna operate jntung kt ijn..skrg dh sihat walfiat isi pn dh pnuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2015 09:13 PM | Show all posts
kimsa-ra replied at 30-12-2015 01:46 AM
nenek azizah mmg garang cm nenek iols ..
citer pasai santau..mak cik iols pnh kna santau..iols j ...

oh ya ke?...tu la kan...
benda ni mana2 pun ada..
antara nak percya dgn tak je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 09:30 PM | Show all posts
"Maaf nek..saya bukan apa. Banyak kali saya bermimpi benda yang sama. Dia mengaku..nama dia Syakilla dan rupa perempuan yang muncul dalam mimpi saya tu iras dengan Killa ni.."Celah aku, melihatkan nenek Azizah memandang tajam pada mak.

"Ada lagi yang lebih misteri dari tu..perempuan tu selalu cakap pada saya dalam mimpi tu..'aku hanya nak kau tahu siapa aku.'" Sambung aku lagi. Kali ini biarlah segalanya jelas.

"Zah..malam tadi, Suri dirasuk, aku tahu...aku dan Tok Merah yang bersalah dalam hal ni. Kami putuskan pertunangan Mas Syakilla dengan Hadi dulu. Lepas tu aku dengar Mas Syakilla dah nikah dengan orang lain. Apa yang tak kena sampai Mas Syakilla tu muncul dalam mimpi Sham dan rasuk pula Suri?"

Aku pandang nenek yang sudah mula membuka topik bicara tentang misteri mimpi Syakilla. Memang aku berharap sangat yang semua itu akan dijawab dengan jujur oleh nenek Azizah. Ingatkan nenek tak endahkan apa yang aku cerita pasal misteri mimpi aku itu. Lega bila nenek sendiri bertanyakan hal itu pada nenek Azizah. Paling penting, kenapa aku hendak dijodohkan dengan Syakilla.

"Aku bukan apa..aku nak jodohkan Sham dengan Syakilla ni sebab nak kita berdamai semula. Yang lepas tu biarlah lepas. Tok Merah dan Tok Tamim bermusuh, biarlah kita yang hidup ini bersatu semula. Aku nak tebus kesalahan Tok Merah.." Nenek mula memegang lembut tangan nenek Azizah.

"Kau tak tahu Yam..kau tak tahu apa yang Tok Merah dah buat pada anak aku.." Kata-kata nenek Azizah kali ini sebak nadanya.

"Apa yang Tok Merah dah buat?" Cepat saja nenek bertanya.

Nenek Azizah mengangkat muka. Matanya sudah berkaca. Aku hanya melihat riak wajah tua itu yang menyimpan seribu satu rahsia dalam dirinya. Aku tahu, nenek Azizah ada cerita di sebalik semua itu. Sama juga dengan nenek aku, dia juga ada rahsia yang tidak dinyatakan pada aku, mak dan Suri.

"Kau benar-benar nak tahu?" Nenek Azizah tepat melihat nenek yang sudah mengangguk.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
iols nk speku
tok merah tlh mnukarkn rupa dia mnjd hadi lalu brsama mas syakilla..nenek azizah tlh mnuntut ilmu n mngacau dlm mimpi sham..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.093293 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list