|
Oleh : TS LOO
Berdepan suasana politik negara pada masa kini yang boleh dikatakan agak tidak stabil, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sekali lagi meluahkan kerisauan.
Dengan penuh keprihatinan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa hanya melalui pendidikan, baru mampu mengubah keadaan yang berlaku sekarang menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tiger.
Tunku Ismail dalam statusnya turut menyuarakan kebimbangan terhadap tahap pendidikan negara dan mentaliti yang dibentuk daripadanya.
" Pendidikan tidak boleh dikompromi demi tujuan dan kepentingan politik. Kepada rakyat Johor sekalian, terutama sekali kepada anak-anak muda, saya menyeru supaya anda rebulah apa jua peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidkan kerana ilmu adalah kuasa dan merupakan senjata paling ampuh untuk menjadikan Johor negeri yang lebih maju."
" Saya tidak dapat menafikan bahawa saya berasa risau dengan ketidakstabilan politik yang melanda kini. Dengan kepincangan politikyang berlarutan negara ini, apa yang boleh menngubah nasib kita bukan lah dengan pemberontakan atau demonstrasi jalanan tetapi ianya terletak pada pendidikan."
TegasTunku Mahkota, hanya dengan adanya ilmu seseorang itu barulah dikatakan memiliki kelengkapan diri yang terbaik. " JIka seseorang itu menerima pendidikan yang mencukupi, barulah dapat membawa negara kita ka arah yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa depan."
Dalam status turut mengatakan terdapat segelintir ahli politik yang umpama lalang ditiup angin, tanpa pendirian dan rasa tanggungjawab serta mengutamakan populariti seperti selebriti.
"Sebagai wakil rakyat dan menteri, haruslah ikhlas meletakkan kepntingan rakyat sebagai keutamaan dan bukannya mengutamakan akaun bank peribadi mahupun projek yang dilobi"
"Saya juga berdoa supaya suatu hari nanti, tiadalah mereka yang korup dan bersifat perkauman di kalangan kita."
Pada hujung status yang dimuatnaik itu, Tunku Ismail mengatakan biarpun dia menyedari ada pihak mahukan dirinya dan keluarganya tidak bersuara, tetapi bagi Tunku, pihak-pihak terbabit tidak faham, teguran daripada keluarga Kerabat Diraja Johor termasuk dirinya bukanlah hendak bertujuan serangan peribadi mana-mana pihak sebaliknya bersuara demi kepentingan rakyat dan negara. - CARI Infonet |
|