Oleh Adib ZA
Pernah tak rasa semua yang anda lakukan ada saja yang tidak kena? Lalu menyebabkan anda berasa stress, tidak tenang dan juga aman dalam jiwa.
Seperti yang diajarkan dalam Islam, menghayati semula kelemahan diri atau muhasabah sangat dianjurkan.
Cuba selidiki mengapa diri tak rasa bahagia? Adakah anda mengamalkan rasa dendam, cemburu dan hasad? Sesungguhnya manusia beruntung itu adalah tahu akan dirinya sendiri.
Ya, mungkin kadang kala kita sebagai manusia tidak lepas melakukan kesilapan, mengguriskan hati seseorang, berkata yang tidak dan sebagainya.
Namun, dengan cuba muhabasabah, seseorang itu mampu berusaha mengubah dan memperbaiki diri agar menjadi manusia yang lebih baik. Agar akhirnya nanti, apa yang anda rasakan ialah, perasaan bahagia, tenang dan aman.
Antara perkara lain yang anda boleh lakukan untuk berasa bahagia ialah menanam konsep positif dan juga optimis dalam diri. Paling mudah, mulakan dengan senyuman agar kemanisan pada diri dapat diserlahkan.
Terlalu banyak sebenarnya cara untuk menyingkirkan rasa stress dan tak tenang itu. Kembali semula kepada agama, jaga hati agar tidak kotor dan selalu rasa bersyukur. Jom lakukan check list! - CARI Infonet
|