CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8195|Reply: 11

[Haiwan & Tumbuhan] KELULUT - Potensi Kelulut Untuk Pengeluaran Madu

[Copy link]
Post time 15-12-2015 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 10:41 PM

Selama ini kita didedahkan dengan produk dari madu lebah, samada madu lebah yang diternak atau pun madu dari lebah liar / hutan atau disebut madu tualang. Cuma baru-baru ini madu kelulut menjadi bualan dan ramai pula yang mencarinya di pasaran. Madu kelulut dikatakan mengandungi banyak khasiatnya seperti juga madu lebah (Apis spp.) yang lebih manis rasanya jika dibandingkan dengan madu kelulut yang rasanya sedikit masam.

Kelulut atau dikenali juga dengan nama-nama seperti lebah tukang, lebah tidak bersengat (Stingless bee) atau nama saintifiknya Trigona spp. merupakan sejenis serangga dari famili Apidae. Selain di Malaysia, lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika Amerika.






Kelulut adalah sejenis lebah yang menghasilkan madu dan tidak menyengat. Saiznya kecil malah lebih kecil dari lalat. Madu kelulut dikatakan mengandungi banyak khasiat dan berpotensi untuk dikembangkan sebagai makanan sampingan untuk kesihatan selain kelulut juga merupakan agen pendebungan yang sangat baik bagi banyak pokok hutan terutama spesis cengal selain dari tanaman buah-buahan, sayur, bunga dan lain-lain. Malah Jabatan Pertanian telah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan dalam penanaman Rock Melon secara fertigasi di bawah Struktur Perlindungan Hujan (SPH).





Kelulut membentuk organisasi sosial yang kompleks dalam satu koloni yang besar dan boleh bersarang samada di bawah tanah hinggalah koloni terbuka. Kelulut mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi jika dibandingkan dengan lebah.

Kesimpulannya seperti lebah madu, kelulut berpotensi untuk dipelihara samada untuk pendebungaan dan juga pengeluaran madu. Selain dari itu juga kelulut juga boleh menghasilkan propolis dan juga bee bread. Yang pasti kelulut mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada penternaknya.




FAKTA MENGENAI KELULUT :

- Kelulut boleh juga menghasilkan madu, propolis dan juga bee bread.
- Menjadi agen pendebungan yang utama di Malaysia.
- Memberi hasil pulangan yang lumayan.
- Agen pendebungan utama bagi pokok hutan terutamanya spesies cengal.
- Mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi berbanding lebah (56 spesis di Malaysia).


Sumber : Idris (JPN)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 01:32 PM | Show all posts
belum pernah rasa lagi madu kelulut
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 03:47 PM | Show all posts
madu kelulut rasa masam sikit..
mahal sebab cara nak ambil madu ni susah..
lebah kelulut ni buat sarang atas pokok tinggi
selalunya orang akan panjant dan guna obor api untuk halau lebah kelulut

kalau kat RTC perak tu..ada satu kedai jual madu ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 03:51 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-12-2015 03:47 PM
madu kelulut rasa masam sikit..
mahal sebab cara nak ambil madu ni susah..
lebah kelulut ni buat s ...

lagi mahal daripada madu lebah?

Ipo selalu beli madu kelulut? memang ada stok kat rumah..?

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 03:53 PM | Show all posts
bianglala replied at 15-12-2015 02:51 PM
lagi mahal daripada madu lebah?

Ipo selalu beli madu kelulut? memang ada stok kat rumah..?

banyak..mcm2 madu ada...tapi bukan 'madu' yg tukalau 'madu' yang tu, mahunya ipo dushhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..


madu yg dicampur 7 herba pun ada..makan waktu pagi selepas minum air + madu + lemon

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 04:35 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-12-2015 03:53 PM
banyak..mcm2 madu ada...tapi bukan 'madu' yg tukalau 'madu' yang tu, mahunya ipo dushhhhhhhhh ...

tu bukan madu, tapi "hempedu" kot

apapun, madu memang banyak manfaat kan? madu kelulut ni kira macam alternatif untuk madu lebah. cuma itulah, tatau lagi macam mana nak kenal madu asli, madu tiruan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2015 10:34 PM | Show all posts
madu kelulut tak pernah dengar lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 07:00 AM | Show all posts
anniez08 replied at 15-12-2015 10:34 PM
madu kelulut tak pernah dengar lagi..

ramai yang lebih suka madu lebah kot.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2015 08:55 AM | Show all posts
Lebah kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi, lebih asid fenilpropanaoik,asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang mana sangat berguna dalam bidang perubatan.

Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa serta mudah dimakan.

Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah

    Diabetis mellitus
    Kencing manis
    Strok
    Hepatitis (Hati),
    Kanser
    Hipertensi (Darah Tinggi)
    Batu Karang

Antara khasiat lain :-

    Batuk/Demam dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak
    Meningkatkan metabolisme badan
    Menambahkan tenaga batin
    Menjaga kecantikan
    Menguatkan wanita yang baru bersalin
    Merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman
    Mengawal paras Gula dalam darah
    Merawat masalah pernafasan
    Mengubati radang sendi (arthritis)
    Mengubati jangkitan pundi kencing
    Menyembuhkan Ulser
    Menjaga kesihatan mata
    Mencegah pembuluh darah tersumbat
    Menyembuhkan gout
    Mengubati sakit perut dan cirit birit
    Menguatkan Jantung
    Melancarkan peredaran darah
    Mengatasai tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah
    Mengatasai keletihan
    Menyembutkan luka dalam perut
    Penyegar stamina
    Menyengah ketumbuhan dalam badan
    Melancarkan masa menstruasi (Haid)
    Mengatasi radang larinks (kerongkong)





Sumber : fizaalya.blosgpot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 08:58 AM | Show all posts








Cara pengambilan Madu kelulut

Minum 2 kali pada setiap hari iaitu setengah jam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam dengan cara 1 atau cara 2.

Cara 1

Tuangkan 1 sudu makan madu kedalam separu gelas air sejuk ( pada suhu bilik) kacau sehingga larut dan minum atau

Cara 2

Sediakan 1 makan madu kelulut dan terus diminum ( tanpa dicampur air)


* Manakala penyakit kronik hendaklah mengambil Propolis Kelulut bersama madu kelulut.

Cara pengambilan propolis

1-2 biji pil propolis dimakan 2 kali sehari (pagi/malam) pada waktu sebelum atau selepas makan

Sumber : fizaalya.blogspot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2015 09:42 PM | Show all posts
kaya propolis



an-nahli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Madu kelulut ni senang ke dpt? Dulu biasa dgr madu tualang je.. Itu pon selalu kene tipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.819814 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list