CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1962|Reply: 0

Dakwah Islam tidak perlu anti sesiapa

[Copy link]
Post time 15-12-2015 05:33 PM | Show all posts |Read mode
ULASAN Saya tertanya-tanya apakah logik pihak UiTM menganjurkan satu seminar antikristianisasi Sabtu lalu. Adakah cara untuk menguatkan akidah umat Islam adalah dengan memburuk-burukan agama lain?

Adakah Islam itu tidak cukup indah sehingga perlu memburukkan agama lain untuk membuktikan keindahannya?

Mengapa tiada apa-apa tindakan diambil ke atas mereka yang menganjurkan seminar berbaur provokasi keagamaan pada tahun lepas dan pada kali ini?

Ini jelas menunjukkan UiTM membenarkan aktiviti provokasi keagamaan yang tidak sihat dan ingin menimbulkan kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sekiranya UiTM benar-benar berniat untuk menguatkan akidah mahasiswa Islam, saya percaya ada cara yang lebih baik dari memomokkan agama lain.

Cuba bayangkan sekiranya terdapat acara yang sama dijalankan dengan tajuk anti-Islam di institusi pengajian tinggi?

Saya percaya umat Islam yang lain akan tersinggung dan secara langsung akan menimbulkan kemarahan mereka.

Seminar ini adalah satu perkara yang amat tidak bertanggungjawab dan mampu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama.

Seminar ini dijalan dalam institusi pengajian tinggi yang juga mempunyai kakitangan dan mahasiswa beragama Kristian.

Secara tidak langsung, ia merupakan satu usaha cuba menimbulkan ketegangan agama antara mereka selain membawa kesan buruk terhadap pergaulan antara-agama mahasiswa di luar kampus.

Sebagai negara yang berbilang kaum dan agama, Malaysia sepatutnya menghormati kebebasan setiap agama dan mengadakan lebih banyak program antara agama untuk meningkatkan pemahaman antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih harmoni.

UiTM sepatutnya mencontohi usaha Interfaith Network of the City of Greater Dandenong di Australia yang giat mengadakan aktiviti dengan objektif untuk menggalakkan pemahaman, hormat-menghormati, menerima dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

Usaha ini dijalankan dengan tujuan untuk hidup secara aman dan harmoni tanpa kecurigaan antara satu sama lain.

Saya menggesa supaya Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dapat memantau aktiviti fobia agama ini dan menghentikannya dari berlaku lagi di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

Selain itu tindakan harus dikenakan ke atas Universiti Teknologi MARA yang bertanggungjawab menggalakkan aktiviti provokasi keagamaan sebegini. Kerajaan perlu serius dalam menunjukkan bahawa kegiatan seperti ini perlu ditolak.

Sebagai seorang yang beragama Islam saya percaya Islam adalah cukup indah untuk didakwah tanpa perlu anti kepada sesiapa pun

link :  http://www.malaysiakini.com/news/323458

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061545 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list