5 Disember lalu merupakan tarikah keramat buat pasangan Kim Kardashian dan Kanye West yang baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua, Saint West. Walaupun menjadi tumpuan peminat seluruh dunia namun pasangan romantik ini belum lagi mendedahkan wajah terbaharu bayi lelaki mereka itu. Kim sempat berkongsi rahsia tubuhnya kekal sihat dan bertenaga selain cara terbaik untuknya mengelakkan tekanan selepas bersalin adalah dengan memakan urinya sendiri. Kedengarannya agak menjijikkan namun inilah cara Kim yang mengakui sendiri telah mengamalkan amalan ini selepas melahirkan anaknya yang pertama, North West. Kim mendedahkan uri yang dimakannya bukanlah masih ‘mentah’ atau digoreng sebelum dijamah namun dihasilkan dalam bentuk kapsul. Dedahnya, amalan tersebut turut dilakukan beberapa selebriti Hollywood lain antaranya January Jones dan Kim Zolciak. Kim juga menegaskan, sekiranya uri tidak mendatangkan kebaikan sudah pasti dia tidak akan memakannya namun amalan itu ternyata berkesan untuk kesihatannya. wanista
|