|
|

Misai boleh menambah gaya dan penampilan luar seorang lelaki. Bagi beberapa lelaki, janggut dan misai boleh tumbuh secara semulajadi dengan begitu lebat, sementara sesetengah orang jarang yang tidak mempunyai misai atau janggut di wajah.
Bagi mereka yang tidak mempunyai misai tetapi ingin kelihatan 'gagah', klinik di Turki menawarkan 'Implan misai', menurut sebuah laporan oleh Sevi Sariisik untuk BBC. Untuk lelaki Turki, misai tidak hanya gaya atau sekadar bulu yang tumbuh di atas bibir, lebih dari itu, misai menandakan kekuasaan dan kejantanan.
Itulah sebabnya mengapa bedah kosmetik seperti ini popular di Turki. Pembedahan ini menggunakan teknik yang disebut "follicular unit extraction": bulu atau rambut akan diambil dari bahagian-bahagian badan berbulu, kemudian ditanamkan di atas bibir atau di dagu. Untuk implan misai, anda perlu membayar sekitar US $ 5,000.
dairishare
|
|