View: 3175|Reply: 5
|
Budak 5 Tahun Gemar Makan Wayar Elektrik
[Copy link]
|
|
Sebahagian besar orang tua menjauhkan anak kecil dari kabel elektrik dan benda-benda elektronik yang lain, namun Joseph Hughes 5 tahun malah suka memakan kabel elektrik.
Ibunya, Kate Jarvis (25), merasa ngeri ketika melihat anaknya yang berusia lima tahun tersebut mengunyah kabel control game, dan kabel charger telefon.
Beliau bernasib baik kerana kedua benda tersebut telah tidak bersambung dengan arus elektrik. Kate, yang tinggal bersama ayah tiri Joseph, Luke Jarvis (29), di Preston, Lancster, England, mengatakan bahawa ia sangat terkejut dan ketakutan ketika pertama kali melihat anaknya tersebut mengunyah kabel.
"Pertama kali saya melihat Joseph mengunyah kabel elektrik saya ketakutan. Aku dan ayahnya kemudian memberikan penjelasan kepadanya bahawa pekara itu sangat berbahaya baginya, namun ia tetap mempunyai keinginan yang kuat untuk melakukannya, dan hal ini pasti akan berlaku lagi. "Tutur Kate di petik dari thesun.co
Untuk melindungi Joseph dari bahaya, Kate dan Luke telah menyembunyikan semua peralatan elektrik di rumah mereka.
Diketahui, Joseph telah didiagnosis menderita Pica, suatu keadaan di mana penngidapnya mempunyai nafsu makan yang besar terhadap bahan-bahan non-gizi,mengidamkan bahan yang tidak berkhasiat.
dairishare
|
|
|
|
|
|
|
|
Pikachu? Camna agaknya perut dia nak hadam wayar2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hadoi le makan wayar bukan boleh tukar urat jadi wayar tulang jadi besi. Elok le maknya dapatkan bantuan untuk berhentikan kepelikan anaknya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ni pica aje lah... kekadang pompuan ngandung dapat benda ni.. nak mkn Tanah la etc |
|
|
|
|
|
|
| |
|