Oleh : Fyruz Hanna
Sementara kita masih lagi berusaha untuk mencipta dan menempah nama dalam bidang teknologi ini, Jepun telah selangkah lebih jauh daripada kita dengan mencipta aplikasi baru.
Khusus untuk wanita, apps ini sangat kewwl (baca: cool), yang membantu wanita untuk menentukan saiz payudara dengan lebih mudah.
Menurut pembangun aplikasi ini, 4 daripada 5 wanita seluruh dunia tidak tahu saiz sebenar buah dada mereka dan sering memberi bra yang salah.
Aplikasi yang dipanggil ChiChi atau bermaksud payudara sangat sesuai untuk mereka yang tak mempunyai masa dan wang yang banyak untuk membayar pengukur payudara.
Cara yang sangat mudah:
1. Ambil smartphone anda
2. Kepitkan di antara buah dada anda (dilurah tengah)
3. Lihat saiz yang dipaparkan di skrin.
Mudah kan!Jom cuba. -CARI Infonet. |