CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13529|Reply: 3

LIBIDO, PUNCA KEKURANGANNYA DAN CARA PERTINGKATKAN UNTUK KEGHAIRAHAN SEKSUAL

[Copy link]
Post time 19-12-2015 03:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by waylife at 19-12-2015 03:41 AM

Libido mngikut istilah umum bererti ghairah seksual. Dalam definisi yang bersifat lebih teknikal oleh Carl Gustav Jung, libido mempunyai pengertian sebagai tenaga psikis yang dimiliki seseorang untuk digunakan bagi perkembangan peribadi atau privasi individu.

Sigmund Freud mendefinisikan libido sebagai tenaga atau daya naluri yang terkandung dalam diri yang berada dalam komponen luar kesedaran dari psikologi. Ia menunjukkan bahawa dorongan libidinal ini boleh bertentangan dengan perilaku yang beradab. Keperluan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat dan pengendalian libido menyebabkan ketegangan dan konflik dalam diri seseorang, mendorong ia digunakan bagi pertahanan ego untuk menyalurkan tenaga psikik dari keperluan yang tidak dipenuhi dan kebanyakan diluar sedar ini ke dalam bentuk lain. Penggunaan berlebihan dari pertahanan ego ini menyebabkan neurosis. Tujuan utama dari analisis psikologi adalah untuk membawa dorongan pengenalan ke dalam kesedaran, yang membolehkan untuk didapati secara langsung sehingga mengurangkan pergantungan pesakit pada pertahanan ego.

Menurut Carl Gustav Jung, libido dikenal pasti sebagai tenaga psikis. Pertentangan yang menghasilkan tenaga psikis (libido) yang menyatakan diri hanya melalui simbol-simbol tenaga yang memanifestasikan diri dalam proses kehidupan dan ditanggapi secara subjektif sebagai usaha atau hasrat.

Takrifan libido secara lebih khusus adalah merujuk kepada keinginan individu untuk terlibat dalam aktiviti seksual. Dalam hal ini, lawan kata dari libido adalah destrudo.


PUNCA KEKURANGAN LIBIDO

Hubungan intim yang hangat di bilik tidur antara suami isteri diyakini menjadi salah satu resipi kebahagiaan rumah tangga. Tetapi keghairahan dan nafsu seksual tidak selamanya membara, terkadang malap, bahkan boleh mati berpunca dari kekurangan libido pada pasangan berkenaan. Ada banyak penyebab berkurangnya libido mulai dari faktor psikologi, emosi, dan gaya hidup.

1. Tekanan
Badan bertindak balas terhadap stres dengan cara mengeluarkan adrenalin dan kortisol. Tekanan yang sudah berlangsung lama boleh mempengaruhi kadar hormon tubuh dan memberi kesan pada berkurangnya ghairah. Stres juga boleh menyebabkan penyempitan pada pembuluh darah sehingga mencetuskan gangguan ereksi pada anggota seks.

2. Kemurungan
Libido dan kemurungan mempunyai hubungan yang rumit. Kemurungan boleh mengubah kemampuan biochemistry tubuh dan mengurangkan libido."Selain itu cukup sukar untuk merasa ghairah apabila kita sedang tertekan," kata Mark L.Held, ahli psikologi klinikal. Beberapa jenis ubat untuk kemurungan juga mempunyai kesan sampingan yang mengurangkan kadar libido.

3. Perasaan Rendah Diri
Seseorang yang merasa dirinya tidak menarik biasanya kurang berminat pada aktiviti seksual. Orang yang mempunyai self-esteem rendah pada umumnya juga mempunyai perasaan takut ditolak kemahuannya.

4. Pengambilan Alkohol Dan Dadah
Sedikit alkohol mungkin boleh membuat anda lebih bersemangat, tetapi alkohol yang berlebihan akan menjejaskan sistem saraf dan menyebabkan tubuh terasa keletihan dan sukar mencapai ghairah. Sementara itu dadah seperti ganja akan mengganggu kelenjar pituitari yang mengawal pengeluaran testosteron.

5. Kurang Tidur Dan Rehat
Tubuh memerlukan jumlah jam tidur yang cukup untuk menjaga fikiran tetap fokus, tubuh sentiasa sihat dan libido kekal aktif. Secara fizikal kurang tidur akan meningkatkan tahap kortisol yang boleh menjejaskan libido.

6. Ubat Ubatan
Ubat-ubatan yang digunakan untuk mengatasi kemurungan, tekanan darah tinggi serta penyakit kronik lain kadang kadang mempunyai kesan sampingan yang menjejaskan libido.

7. Disfungsi Erektil Atau Zakar Kurang Tegang
Lelaki yang mengalami disfungsi erektil kerap kali merasa malas untuk berhubungan seks kerana mereka takut zakarnya tidak mampu atau tidak cukup keras untuk melakukan penetrasi.

8. Ketidakseimbangan Hormon
Libido sangat dipengaruhi oleh tahap testosteron. Kerana itu keadaan keghairahan yang sukar naik kerap disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon atau rendahnya tahap testosteron. Penyebab umum gangguan hormon adalah kerana gangguan pada liver dimana organ berkenaan berfungsi memecah estrogen. Jika fungsi itu terganggu, kadar estrogen meningkat sehingga libido berkurang.

9. Menopause
Kebanyakan wanita mengalami penurunan ghairah seksual ketika memasuki fasa menopause. Penyebabnya cukup banyak bermula dengan penurunan hormon estrogen sehingga keadaan faraj mereka menjadi kering dan menyebabkan hubungan intim dan penetrasi menyakitkan. Menopause juga menyebabkan testosteron dalam tubuh berkurang.

10. Gangguan Penyakit
Penyakit sistemik yang serius seperti kanser atau penyakit buah pinggang boleh jejaskan tahap testosteron dan mengurangkan pengeluaran sperma. Penyakit lain yang menyebabkan berkurangnya testosteron antara lain ialah jangkitan HIV dan diabetes.

11. Cinta Kian Pudar
Pasangan yang mengalami gangguan komunikasi dan berkonflik terus menerus hingga akhirnya sudah tidak ada lagi perasaan sayang dan menyintai sesama mereka, sudah pasti tidak berhasrat lagi untuk berintiman di tempat tidur.

12. Kesibukan
Tidak sedikit pasangan yang terlalu sibuk dengan tugasan harian sehingga tidak mempunyai masa mencukupi untuk bercinta."Banyak orang merasa selalu ada masa untuk bercinta, tetapi di akhir hari kedua-duanya sudah terlalu penat untuk berhubungan seks," kata IrwinGoldstein, pengarah San Diego Sexual Medicine.


CARA MENGEKAL DAN MEMPERTINGKATKAN LIBIDO

Libido adalah dorongan seksual seseorang. Baik anda adalah lelaki mahu pun wanita, anda boleh tertarik untuk mempelajari kaedah jangkapendek mahu pun panjang untuk menaikkan atau mengembangkan minat dan keinginan seksual diri anda serta pasangan anda. Anda mungkin juga boleh mendapatkan nasihat pakar berkaitan tentang bagaimana anda boleh mengembalikan ghairah seksual yang hilang atau mengembalikan semula kemampuan seksual anda. Berikut adalah beberapa panduan ringkas tentang bagaimana caranya libido dapat dipertingkatkan.

1. Milikilah Sifat Mental Yang Positif Dan Pertahankan Tahap Stres Serendah Mungkin
Jika anda merasa baik dan percaya diri, anda akan merasa lebih menarik secara seksual terhadap pasangan anda.
a. Stres yang berpanjangan boleh mengurangkan minat terhadap seks. Untuk orang yang melakukan kerja-kerja yang penuh tekanan atau mereka yang berulang alik dalam jarak jauh (kita tahu bagaimana kesesakan mempengaruhi stres kita), biasanya mengakibatkan kecilnya dorongan seksual.
b. Lelaki dan wanita mempunyai reaksi yang berbeza dalam situasi stres. Untuk lelaki, seks biasanya menjadi pelampiasan tenaga tekanan mereka dan bagi wanita, stres membuat mereka anti seks, atau tidak begitu penting. Mengertilah tentang perbezaan reaksi ini dan bercakap pada pasangan anda tentang membina masa yang tepat dan tidak tertekan dalam seks. Pengambilan Putih Telor @ Avian Egg akan dapat membantu mengawal kortisol dan seterusnya mengatasi tekanan dan stres.

2. Pertimbangkan Tapi Jangan Terlalu Bergantung Kepada Makanan Tambahan Yang Mendakwa Mampu Meningkatkan Libido
Makanan tambahan semula jadi boleh membantu melancarkan peredaran darah dan juga dapat mengurangi kekeringan faraj.
a. Beberapa suplemen semula jadi yang boleh meningkatkan libido termasuk Vitamin E [3], zinc, vitamin C, arginine, vitamin A, vitamin C,octacosanol, Beta-carotene, vitamin B6, dan vitamin B complex. Nutrisi inimampu membantu meningkatkan jumlah sperma, meningkatkan keaktifan pergerakan sperma, meningkatkan fungsi kelenjar prostat, meningkatkan pengeluaran testosteron dan membentuk sistem saraf yang sihat.
b. Beberapa makanan yang meningkatkan libido meliputi sadri,kerang mentah, pisang, alpokat, kacang, mangga, pic, strawberi, telur, hati,fig, bawang, labu, dan coklat.
Makanan tertentu dan makanan tambahan semula jadi seperti ini boleh menambah cukup nutrisi dan mineral dalam diet anda, tetapi mereka mungkin tidak terlalu menjejaskan dorongan dan prestasi seksual anda seperti:
* Makanan yang sihat berkhasiat dan kaya akan protein,l emak tepu yang terhad, dan bermacam buah dan sayur segar (ingat bahawa lemak tepu boleh menyumbat pembuluh darah yang akhirnya boleh menghalang aliran darah ke kawasan genital)
* Makanan tambahan vitamin dan omega-3/6 untuk mengatasi pelbagai kekurangan makanan
* Kekuatan tetap dan latihan ketahanan
* Mencapai dan mengekalkan peratusan lemak tubuh yangsihat

3. Legakan Tekanan Oksidatif Dengan NAC Atau Antioksidan Lain
NAC adalah pendahulu glutathione. Glutathione adalah ibu dari semua antioksidan. Antioksida membantu membersihkan saluran darah, mendapatkan aliran darah mengarah ke tempat yang anda inginkan dan membantu menangani disfungsi erektil. NAC juga digunakan untuk menyelamatkan hati di kes kecemasan jika berlaku overd os Tylenol yang menyebabkan hati berhenti bekerja.
Dengan 3 kapsul 600mg sehari, muncullah kenaikan suasana hati yang semula jadi dan peningkatan kecergasan yang kita jadikan patokan umur alami kita. Semakin banyak NAC bermakna kita berasa lebih muda.
Selain dari merasa lebih baik dan muda, kenaikan penggunaan NAC dengan pasti menaikan libido secara semula jadi dan membuat hasrat mempunyai teman wanita meningkat.
Antioksida kuat lain termasuk kopi, blueberry, walnut dan teh hijau.

4. Pertimbangkanlah Komponen Rangsangan Seksual Psikologi Yang Kurang Diperhatikan
Hasrat seksual boleh dicetuskan atau dihambat oleh rangsangan persekitaran.
a. Untuk mengelakkan merosakkan mood, hilangkan benda berikut dari bilik tidur anda:
* Gambar orang tua atau anak-anak (yang kadang-kadang membuat orang merasa ada yang memerhati dan memandang mereka). Sama juga dengan haiwan kesayangan yang suka berkeliaran di kawasan katil anda.
* Susun atur kertas, buku, dan dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan.
b. Untuk membantu menetapkan mood:
* Pilih lampu yang boleh dimalapkan atau nyalakan lilin.Mentol lampu yang mempunyai spektrum penuh, lembut, dan watt kecil adalah pilihan terbaik.
* Biarkan udara segar masuk ke bilik dan gunakan aroma, minyak pewangi atau lilin pengharum yang ringan untuk mencipta wangian yang menyenangkan (gunakan wangian yang lembut, menyembur cologne atau pewangi ke udara kadang kala boleh menyebabkan bau terlalu tengik atau kuat).

5. Bersiap Sedia Untuk Hubungan Intim
Jika anda merancang malam yang romantis bersama pasangan dan mahu menimbulkan mood dirinya,
a. Kopi dan coklat amat baik untuk diambil sebelumnya. Kedua-dua makanan ini dianggap afrodisiak kerana kedua-duanya mewujudkan keadaan mood yang positif, melepaskan endorfin, memberi tenaga (caffeine), dan meningkatkan ketahanan fizikal.
b. Anggur dan minuman beralkohol yang lain boleh membantu untuk rilek, namun kerana alkohol adalah depresan, ia boleh membuat seseorang merasa tertekan, Alkohol juga kadang kadang boleh melemahkan prestasi seksual lelaki.

6. Cari Dan Cipta Sesuatu Yang Dapat Memulihkan Hubungan Anda dan Pasangan
Hasrat seksual cenderung dianggap dengan senario berbeza untuk orang yang berbeza.
a. Dengan sedikit role-play yang imaginatif dan improvisasional, anda boleh menciptakan satu suasana atau senario yang mungkin menghidupkan mood.
b. Kadang-kadang lebih baik untuk mengambil pendekatan yang sering diabai atau dilupai jika anda berminat untuk role-play yang baru dengan pasangan.

7. Dapatkan Bantuan Dari Pakar Terapi Seks Jika Anda Benar Benar Memerlukannya
Jika anda mengalami masalah seksual yang menghalang anda merasa gairah untuk menikmati seks, berkemungkinan penyebabnya adalah dari pengaruh psikologi. Jika anda berfikir sedemikian, maka dapatkan nasihat daripada pakar terapi seks.
a, Pakar terapi seks sering membantu orang yang mengalami masalah seperti mati pucuk atau kehilangan kenikmatan seksual yang boleh terjadi dari tekanan yang tidak diduga.
b. Pakar terapi seks menyediakan terapi untuk individu dan pasangan, dan seringkali memberikan "PR" untuk membantu mereka mengambil langkah di rumah untuk mengembalikan fungsi seksual yang normal.
c. Sebagai contoh, pakar terapi seks mungkin menganjurkan pasangan untuk mencari cara berbeza untuk menjadi intim satu sama lain tanpa melakukan "intercourse", bagi membina kembali kepercayaan dan penerimaan keduanya dan tidak menumpukan di tempat tidur semata mata. Idea yang mendasarij enis "PR" yang diberikan adalah seks sudah menjadi pengalaman yang dihubungkan dengan stres, tekanan, dan kekecewaan, maka anda perlu kembali menyambung berkongsi keintiman dengan kerelaan, penerimaan yang mutual, mendalam ke hati, dan memberikan kesenangan satu sama lain.

8. Sentiasa Bersabar
Jika anda mempunyai pasangan yang sedang dirawat kerana kehilangan naluri dan kenikmatan dalam seks, atau isu yang berkaitan dengan prestasi seksual, bersabarlah dan sentiasalah menyedari bahawa rawatan boleh berjalan beberapa bulan atau lebih untuk menjadikan ainya lebih berkesan.

9. Memahami Kegunaan Testosteron Dalam Mengatur Rangsangan Seksual Jangka Panjang Untuk Lelaki Dan Wanita.
a, Libido wanita, dan minat untuk memulakan hubungan seks, menjawab suplemen testosteron, contohnya adalah apa yang telah diluluskan di Eropah namun masih dalam ujian oleh badan pengawas makanan dan ubat-ubatan di Amerika
b. Lelaki juga biasanya diberikan testosteron tambahan oleh doktor untuk merawat rendahnya testosteron yang tidak normal, meningkatkan libido, dan meningkatkan prestasi seksual.
c. Pengeluaran testosteron lelaki dan wanita cenderung menurun secara semula jadi seiring dengan bertambahnya usia, namun penurunan boleh dipercepatkan dengan aktiviti merokok, tabiat minum minuman beralkohol, dan menimbun lemak tubuh yang berlebihan ketika tidak aktif secara fizikal.
d. Tahap testosteron lelaki secara alami memuncak di waktu awal pagi hari, jadi jika anda dan pasangan anda mengalami kesulitan berhubungan seksual atau jika pasangan lelaki anda kurang terangsang di malam hari, cubalah berhubungan seksual di pagi hari. Tetapi pastikan anda mempunyai masa yang cukup sebelum berangkat kerja untuk menikmati waktu bersama, kerana fikiran bimbang terlambat ke tempat kerja boleh mengganggu mood.

10. Gunakan Kekuatan Dan Ketahanan Dalam Latihan Untuk Tingkatkan Testosteron
Aktiviti riadah ini seharusnya mempunyai kesan yang lebih dramatik pada rangsangan dan prestasi seksual berbanding jenis rawatan lain.
a. Perkara yang paling berkesan untuk meningkatkan testosteron yang nantinya akan mendorong naiknya libido jangka panjang pada lelaki dan wanita adalah memulakan latihan kekuatan dan ketahanan untuk membentuk otot masal. Bila-bila masa anda memecahkan dan membina otot dengan mengangkat berat,atau melakukan latihan ketahanan seperti push ups, anda mencipta loncatan pengeluaran testosteron yang berlangsung selama beberapa jam.
b. Lelaki dan wanita melaporkan peningkatan keinginan dan kenikmatan seksual ketika mereka secara teratur terlibat dalam latihan yang keras yang mengakibatkan pemecahan dan pembentukan semula otot, dan akhirnya merangsang pengeluaran testosteron.
c. Seringkali, loncatan testosteron dan dorongan seksual dapat disedari secara langsung semasa atau selepas berlatih. Untuk banyak pasangan, bersenam bersama boleh menjadi pengalaman rangsangan yang menimbulkan mood mereka.
d. Apabila digabungkan dengan makanan sihat dan berkhasiat yang mengandungi banyak protein dan bermacam-macam buah dan sayur, latihan kekuatan dan ketahanan membantu lelaki dan wanita menurunkan lemak berlebihan (yang cenderung menghalang pengeluaran testosteron ketika dalam keadaan obesiti).
e. Latihan kekuatan dan ketahanan yang keras adalah tambahan dari hidup seksual yang sihat dengan alasan lebih dari meningkatkan testosteron dan libido pada lelaki dan wanita:
* Mereka meningkatkan prestasi, julat pergerakan dan ketahanan
* Meningkatkan mood, keyakinan diri dan tahap tenaga
* Dan membantu anda kelihatan (dan merasa) lebih muda dan menarik.

11. Mengamalkan Herba Herba Natural Yang Mampu Tingkatkan Tahap Libido Dan Rangsangan Seksual
a. Banyak kajian klinikal dan saintifik membuktikan pengambilan herba tertentu secara selamat dapat membantu atasi masalah kekurangan testosteron dan libido. Antaranya ialah herba Catuaba atau Damiana. Damiana misalnya popular di Mexico dan Amerika Tengah sebagai Tonik Seksual sejak sekian lama. Formulasi Damiana Plus kini boleh didapati di pasaran termasuk di Malaysia.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2016 09:23 AM | Show all posts
Edited by waylife at 20-12-2019 07:46 PM


Klik gambar untuk info details!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2017 07:57 PM | Show all posts
Edited by waylife at 20-12-2019 07:57 PM





Klik gambar! Tonton video info tentang Testosteron/Libido Booster X10 (untuk lelaki) dan X8 (untuk wanita)!!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2018 04:52 PM | Show all posts
Penambah Libido natural (asli) buatan Korea bernama Hong Sam Dan ini MESTI dicuba oleh setiap wanita berusia 35 tahun dan keatas atau wanita wanita yang diambang/sesudah menopause. Rasai kelainannya jika anda amalkan produk yang dipaten dibanyak negara ini. Dijamin 100% halal, asli dan selamat. Kembalikan keceriaan hidup anda yang mungkin telah @ kian pudar akibat peningkatan usia dan perubahan biologis tubuh. Insyallah anda akan mendapat kesan positifnya nanti.

* Digalakkan pengambilan untuk suami isteri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.073443 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list