CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8860|Reply: 51

[Tempatan] Anak Razif harapan baru keluarga Sidek

[Copy link]
Post time 20-12-2015 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Anak Razif harapan baru keluarga Sidek
N Faizal Ghazali     Hari ini, 6:00 petang



Keluarga Mohd Sidek Abdullah Kamar dianggap keluarga legenda dalam bidang badminton apabila anak-anaknya menguasai pentas dunia.

Bagaimanapun, selepas kira-kira 20 tahun, ketika kebuntuan mencari pelapisnya, seorang demi seorang cucu-cucu Sidek mula tampil ke arena sukan tanah air.

Kali ini giliran Muhamad Fazriq, anak Datuk Razif Sidek. Dan umurnya baru 11 tahun.

Tetapi semua itu bagaimanapun tidak dijangka sama sekali.



"Saya pun tidak tahu macam mana, tiba-tiba anak bongsu saya jadi gila badminton," kata Razif, bekas bintang regu badminton negara.

Walaupun masih di sekolah rendah, Razif berkata, anak kelimanya itu sudah mula menunjukkan kesungguhan dalam sukan tersebut, berbeza sama sekali dengan abang dan kakaknya yang lain.

Malah, baru-baru ini, Muhamad Fazriq muncul juara dalam kategori beregu peringkat Majlis Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Selangor.

"Alhamdulillah, masih ada pewaris generasi ketiga Allahyarham Datuk Sidek untuk terus berada dalam arena badminton negara," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (OCM) di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Sejarah badminton negara menyaksikan kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh Razif dan adik-beradiknya.

Pada 1982, Razif dan adiknya, Jalani meraih gelaran juara kejohanan All England. Selain itu, mereka turut membantu skuad negara menjulang Piala Thomas 1992.

Kejayaan legasi anak-anak Sidek melalui Misbun, Mohamed Jalani, Razif, Abdul Rahman dan Abdul Rashid telah mengangkat mutu sukan badminton negara ke persada dunia.

Menguasai pentas kira-kira seabad, sehingga 1990-an, keluarga Sidek itu berjaya meletakkan nama Malaysia di puncak tertinggi sukan itu.
Razif berkata, besar harapan beliau sekeluarga untuk melihat Muhamad Faqriz menjejaki langkahnya sebagai seorang pemain badminton profesional.
"Ada satu ketika pada awal berkecimpung dengan badminton dia kata, ssaya tak nak pergi sekolah, saya nak main badminton'.

"Saya agak terperanjat dan kagum dengan kesungguhannya dan akhirnya kejayaan demi kejayaan dicapai pada tahun ini," jelas legenda 53 tahun itu.

Melihat perkembangan positif itu, Razif berkata, beliau sendiri akan memantau perkembangan Muhamad Fazriq di samping memberi latihan dari semasa ke semasa.

Sukan seronok, kata Fazriq

Sementara itu, pelajar sekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara itu, berkata menceburi sukan badminton adalah untuk menjejaki langkah ayah dan bapa-bapa saudaranya.

"Impian saya memang mahu ikut jejak ayah untuk berjaya dalam sukan badminton dan mengharumkan nama negara di masa akan datang," kata Muhamad Fazriq kepada Malaysiakini.

Muhamad Fazriq berkata demikian ketika hadir ke program The Legend Vision di Stadium Badminton Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Muhamad Fazriq, minat terhadap badminton bercambah dalam dirinya berikutan selalu mengikut Razif bermain badminton dan acara pertandingan sukan itu.

"Saya rasa badminton satu sukan yang menyeronokkan, daripada kecil saya terdedah dengan badminton secara sendirinya jadi minat.
"Lagi pula ayah selalu beri sokongan dan tunjuk ajar membuatkan saya terus bersemangat untuk bermain badminton dengan lebih serius," katanya yang berhasrat menyertai lebih banyak pertandingan selepas ini.

Selain Muhamad Fazriq, antara cucu Sidek yang lain menceburi sukan badminton adalah anak Datuk Misbun Sidek iaitu Misbun Ramdan dan Misbun Syawal.

- Malaysiakini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
BAM badan kedua selepas FAM yg cukup kuat permainan politik nya.  Sebab tu la merudum teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kendu jua anak dia...macam caucasian jah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada darah mix kokusen kah? Mohon @Modngengade x tergegar kopeknya melihat cucu tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ada pelapis....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mase kecik2 suke bace komik anak2 sidek. Aman nampak nsem. adul asyik x pakai spenda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sk bukit damansara sekolah anak org kaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak misbun mcm kelakar sikit nama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 08:37 PM | Show all posts
Patut kwn cinese aku sibuk tnya bini razif minah saleh ka sbb anak mcm kokusen..aku kata tah x penah ada cerita pasai bini dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidong sepet darah cino la tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 zmn remaja iols minat giler dgn razif ni..x de muka jawa berbandingg adik beradik yg lain..bini sheols khalida tu pon lawa kan..selayaknye la ank pon hensem..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek dia ada darah kokusen.....mak dia ikut neneknya, putih dan cantik .  Datuknya tak sure pulak.....cuma kenal nenek dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dlm komik anak2 sidek tu..ajib dulu kecik2 debab sebab kuat minum susu and kaki report kat ayah dia kalau abun and yg lain2 buat hal
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Seingat aku maknya stewardess kan...hensem bdknya...kompom ramai peminat nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Buktikan dulu.....

sama seperti politicians...sportman dan kaum kerabat (dari pengerusi persatuan, manager, jurulatih) suka bagi harapan pelesu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Masyaallah..hensemnya dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 09:23 AM | Show all posts
dia pnh mai opis aku ngan anak dia baru balik dr aussie.anak dia cam omputeh.tp biasa2 je,ensem yg ni lg la.hehehe.tp very polite n baik sgt.x fefeling diva.yg feeling diva sgt bini amy search n shajiry.bini shajiry smpai berubah muka malu gamaknya tgk perangai laki sendiri. owh..ade dato' dia ni.tp serius..mcm rakyat marhaen je dia sembang ngan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 09:37 AM | Show all posts
Razif ni ada 2 org anak lelaki.. 1st n last si Fazriq ni. yg 1st Dr. Fazril, umur 27 thn dah jd pensyarah kanan kat UM..pun ada rupa caucasian jugak. actually yg Fazril ni pun ada active dlm sports jgk dulu tp lebih ke swimming. dia bff dgn Ryzal Jaafar
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 09:54 AM | Show all posts
semoga tak dirosakkan oleh tangan2 yang rakus
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:45 AM | Show all posts
Teruskan berlatih dan kecapi kemenangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.160182 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list