CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11375|Reply: 6

PePeserta silat terbunuh semasa persembahan kahwin

[Copy link]
Post time 21-12-2015 11:13 AM | Show all posts |Read mode
LABUAN - Kemeriahan pada satu majlis perkahwinan bertukar tragik apabila seorang peserta silat terbunuh secara tidak sengaja semasa membuat persembahan pada majlis itu di Kg Patau-Patau pada Sabtu.
Pelajar kolej berumur 17 tahun itu, dikenal pasti sebagai Mohd Amil Zulkarnain sedang membuat persembahan silat bersama-sama sepupunya yang juga berumur 17 tahun pada kira-kira 11.30 pagi ketika insiden itu berlaku.
“Semasa membuat persembahan silat pada majlis persandingan, si mati telah ditikam di dada kanan dengan sebilah keris dan cedera parah.
"Dia segera dibawa ke hosiptal, bagaimanapun dia meninggal dunia beberapa jam kemudian," kata Timbalan Ketua Polis Labuan Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Ghani kepada pemberita hari ini.
"Penyerangnya' kemudiannya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun
Keseksaan (secara cuai menyebabkan kematian)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata polis menahan 12 orang dalam operasi cegah jenayah selama tiga jam mulai 1 pagi tadi.
Beliau berkata 11 daripada mereka termasuk lapan wanita ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan seorang lagi bagi kesalahan penyalahgunaan dadah.
Katanya sejumlah 257 saman dikeluarkan terhadap pemandu yang melanggar peraturan trafik. -Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 10:57 AM | Show all posts
macam2 adaa...silat kahwin ni pertunjukan jer..jgn la buat betol2 sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 08:44 AM | Show all posts
cikgusuzy replied at 26-5-2016 10:57 AM
macam2 adaa...silat kahwin ni pertunjukan jer..jgn la buat betol2 sgt...

Itu bergantung kepada nafsu lawan serta kekuatan semangat seseorang.

Bila seseorang yang menpraktikan seni bela diri memegang senjata, nafsu dia utk lawan akan naik. Kalau dia lemah semangat dan terdorong oleh nafsunya, jadilah peristiwa2 macam ini.

Sebab inilah guru2 seni bela diri tidak mengajar muridnya seni senjata pada mulanya dan memulakan latihan dgn seni bela diri tanpa senjata utk jangka masa yang lama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 05:42 PM | Show all posts
omg,ni sgt teruknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 10:04 AM | Show all posts

Ini kes lemah semangat.

Asyik belajar seni bela diri utk tujuan menguatkan zahir (physical) dia sampai lupa nak menguatkan batin (semangat) dia. Bila dapat senjata, nafsu lawan menguasai minda sampai sudah menjadi spt ini.

Untuk pengetahuan umum, kes2 histeria dan mengamuk berlaku kerana sebab yang sama juga. Zahir diutamakan, batin diketepikan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 01:16 PM | Show all posts
lenkali guna keris replika je...bahaya gini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2017 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai...takutnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.082007 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list