CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikCtNurEnjoy

HISTERIA PART 2&PENUNGGU RUMAH&Hantu Kondo

  [Copy link]
Post time 23-12-2015 05:33 PM | Show all posts
aku baca ckip2 pun dh meremang... takut nk bace sbb duk umah sorg2...
euwwww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2015 05:40 PM | Show all posts

tq! update done part 3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 05:41 PM | Show all posts
crazecousa replied at 23-12-2015 05:18 PM
satu lg cerita hantu seram aku baca kt forum nih...
dulu @red_cattleya tulis seram jugak

ala, kita newbiee, tu mesti dah otai2 tu. menaip ni pun, susun ayat.. takut tak faham, ayat plik2 hih, tq ye, next update done
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 05:41 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-12-2015 05:24 PM
Agaknya bukan kondo tu yg problemo,tapi tapaknya! .

Cannot wait for next sequel..

yerp kak, tapaknya. guard pun selalu jumpa. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 05:42 PM | Show all posts
minahmanja replied at 23-12-2015 05:33 PM
aku baca ckip2 pun dh meremang... takut nk bace sbb duk umah sorg2...
euwwww...

hihi hope2 terskip lah, part yang sye terjumpa dia tu.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pandai lah cara penceritaan TT.. kenapa kwn TT tu family dia kata culture shock? dia enjoy2 ke? tak study?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2015 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CikCtNurEnjoy replied at 23-12-2015 05:41 PM
yerp kak, tapaknya. guard pun selalu jumpa. hihi

Kalau dah tapak dia, mmg xleh nak kata apa lah..dah sarang dia kan..kita yg pi cuit umah dia..kene yg degil laggiiii payah nak perhambat..hanya mrk yg btul2 pakar saja boleh buat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 06:08 PM | Show all posts
mai-shi replied at 23-12-2015 05:56 PM
pandai lah cara penceritaan TT.. kenapa kwn TT tu family dia kata culture shock? dia enjoy2 ke? tak  ...

Ha ah, siap overnight apa semue. Study week, kata nak blik kampung rupanya menyimpng. Kantoi, famly dia mai rumah, dia x ade. huhu di ckp ngn kami, dia nak blik kmpung, di bgthu fmly dia, dia xblik, ada dekat rumah sewa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2015 06:10 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-12-2015 05:57 PM
Kalau dah tapak dia, mmg xleh nak kata apa lah..dah sarang dia kan..kita yg pi cuit umah dia..kene ...

ha ah ye betul, nnti sye cerita kan pulak rumah kakak sye, selpas die berpndah ke bandar tu  hussein onn, a few years later, tahun 2009, dia pndah balik kawasn taman berhampiran dekat kondo ni, rumah dia pun ada gangguan. dulu kawsn ni hutan, ada pokok getah semua. yerklh kawasan dia kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
CikCtNurEnjoy replied at 23-12-2015 06:10 PM
ha ah ye betul, nnti sye cerita kan pulak rumah kakak sye, selpas die berpndah ke bandar tu  husse ...

Rumah dia yg kat bandar tun hussein onn ke yg haunted tu? Ke current house dia..? Cousin akak ada dok btho tu..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 07:11 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-12-2015 06:38 PM
Rumah dia yg kat bandar tun hussein onn ke yg haunted tu? Ke current house dia..? Cousin akak ada  ...

btho tu pun haunted, current house ni pun haunted jugak. huhu tapi tuan rumah xselalu kena kacau, anak dia, and sesiapa yang mai umah lah. oh yerk ke.. sekrang dah tak kot. sebb masa tahon 2004-2008 dia duduk btho tu. kira kawasan bru jugaklah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 07:15 PM | Show all posts
mak aih, baca maghrib2 ni meremang2 bulu roma.. sambung cepat tt.. nnti tag i sekali.. best sgt citer u..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 07:34 PM | Show all posts
elmen replied at 23-12-2015 07:15 PM
mak aih, baca maghrib2 ni meremang2 bulu roma.. sambung cepat tt.. nnti tag i sekali.. best sgt cite ...

hihi stop dulu lah, esok baru update, seram sejuk jugak nak update ni. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
CikCtNurEnjoy replied at 23-12-2015 05:26 PM
Part 3: UPDATE!

So lepas aktiviti membaca ya'asin, dan tidur beramai-ramai, di dalam rumah tu ber ...

Yg part selalu dengar bunyi guli,lesung batu,tarik perabot tu semua aku pon selalu dengar tt. Rumah aku pon flat jugak..lama-lama tu aku dah lali dengar bunyi-bunyi tu. Selamat tak memunculkan diri je la..hehehe..sambung tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 02:23 PM | Show all posts
neez_cookies replied at 23-12-2015 09:40 PM
Yg part selalu dengar bunyi guli,lesung batu,tarik perabot tu semua aku pon selalu dengar tt. Ruma ...

hah betul, rata-rata bila ckp rumah ada gangguan, tanda2 mcm ni akan selalu ada, kalau kat rumh ramai org, dgr mcm ni, tak lah scary, y jadi scary bila sorang2 huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung tt sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2015 03:09 PM | Show all posts

PART 4:UPDATE!!!!

Edited by CikCtNurEnjoy at 24-12-2015 04:04 PM

Seperti yang di rancang hujung minggu tersebut Lala, pun pulang ke kampung halamannya yang terletak di Pahang, dan seperti yang dirancang oleh ibu kepada Lala, mereka segera berjumpa Ustaz yang di maksudkan oleh ibu Lala. Sebenarnya gangguan yang ada dalam rumah tersebut, tak adalah sekeras dan sekerap seperti awal-awal kami duduk di rumah tersebut. Semuanya masih dalam kawalan dan masing-masing, alhamdulillah di kurniakan semangat yang kuat. Dan sering kali mengingatkan satu sama lain. Ada satu perkara yang kami perasan, biasalah student kan, habis kelas kadang lewat petang, kami ni manusia biasa, pulang dari kelas cadangnya, cuma nak rehat-rehatkan badan tapi kadang terlajak, terlelap. Tidur senja..itu perkara paling pantang, atau mungkin kebetulan, pasti seblah malam, akan berlaku lah gangguan-gangguan, atau juga kalau di sebelah senja, kami terlalu riang gurau senda, ketawa tak ingat dunia, hah tunggulah kesannya. Pernah satu hari, Kak Siti tidur di waktu senja, dia bermimpi kan, kain putih melayang jatuh di sebelahnya. Katanya,seakan bermimpi tapi macam sedar. Ada juga pernah katil kami di gegar. Mula lah memanggil nama satu sama lain "Huda kau but apa dekat atas tu, bergoyang katil ni?" soal siti. Jawapan aku ringkas "Mana ada aku goyang katil,"

Oh ya, lupa pulak, selain itu, sering kali juga kami mendengar suara perempuan menangis, terutamanya di ruang dapur. Pernah satu hari, kami semua sedang khusyuk study, memandangkan exam kurang hampir lagi seminggu. Lala, bercadang untuk ke dapur, untuk membancuh air, jam menunjuk kan hampir pukul 1 pagi. Aku dengan Kak siti, memang lagi prefer study dalam bilik, memandangkan meja study kami pun, dah di angkut masuk dalam ke bilik. Tetiba, terdengar suara Lala menjerit memanggil nama uda. Kami segera keluar dari bilik, "kau kenapa Lala?" itu sahaja dialog kami. "Weyh serius, aku dengar suara perempuan menangis, dekat sangat dengan telinga aku ni, eish meremang bulu roma aku ni," jawab LaLa terketar-ketar. Kak siti menjawab, "Ala La, dia teman kau study tu La" kak siti seloroh. Sejak dari tu, kerap jugak lah kami berlapan mendengar suara perempuan menangis, suara nya halus, mendayu-dayu, meratap, menangis seolah-olah betul-betul di hujung telinga kami, kejadian tu selalu berlaku terutamanya bila kami di dapur.

Berbalik pada Lala. Sewaktu dia berjumpa Ustaz. Lala agak terkejut, belum sempat Lala bercerita, Ustaz seakan tahu hajatnya, dan yang paling musykil, Ustaz tahu kedudukan rumah, ada berapa bilik, di mana dapur, ruang ampaian, bili air, dan bilangan penghuni rumah. Ustaz scan dari jauh, ujar ustaz bilik 1 dan bilik 2, tiada gangguan, cuma masterbed. Ustaz cuma meminta kami, rajin-rajin bersihkan rumah, jangan bagi kotor, terutamanya masterbed. Ustaz tahu apa yang ada dalam rumah ada budak kecil, dan juga seorang perempuan. Yang perempuan tu, dia suka duduk di bawah ampaian, di ruang balkoni dapur.Itu memang tempat dia. Ustaz kata, dia tak kacau orang, cuma dia tak suka kamu semua buat bising, buat kotor tu sahaja. Yang budak kecil tu, memang hobi dia bermain dan bergurau, tu yang kadang dia main tolak-tolak pintu, lari-lari dalam rumah, main guli, tolak kerusi. Mereka semua datang dari luar pada asalnya. Mungkin rumah yang kamu duduki tu, sudah lama di tinggalkan. Ujar Ustaz, ustaz bekalkan Lala dengan satu botol air, untuk di renjis di dalam rumah, dan juga 4 buluh tumpat yang dipotong bulat, untuk diletak di penjuru rumah. Itu semua asbab, dengan bantuan pertolongan dan izinya Allah. Pesan Ustaz.

Pernah juga, pasa satu bulan Ramadhan, orang tua-tua selalu bercakap, mana ada hantu di bulan Ramadhan, tapi entah ya, masa tu aku seorang dekat rumah. Entahlah, aku ni bila berani, berani sangat, bila takut, akan takut sangat. Masa tu lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam, dok sibuk oncall. Pintu bilik tertutup tapi tidak berkunci, nak tahu tak apa jadi? Dia main tutup buka pintu. Nak kata angin, pintu dan tingakap semua tertutup. Lama juga, aku biarkan sahaja, tapi lama-lama, fed up lah kan, aku bangun, aku tendang pintu tu dan aku kunci, sambil cakap "Jangan kacau lah, aku tak kacau kau. Pergi main jauh-jauh sana' ujar aku. Alhamdulillah, tak ada pulak dia kacau aku lagi.

Oh ya, nanti next update, aku cerita, bila mereka menunjuk kan rupa mereka. Yang ni, memang satu rumah tak boleh tidur.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 03:17 PM | Show all posts

Part 4 update done!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 03:49 PM | Show all posts
Meremang Tak sbr next update
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Huish.. sambung lagi..
Kasi panjang sket cite baru best, ni byk sgt iklan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.339614 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list