CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikCtNurEnjoy

HISTERIA PART 2&PENUNGGU RUMAH&Hantu Kondo

  [Copy link]
 Author| Post time 25-12-2015 11:27 AM | Show all posts
arrowtotheknee replied at 24-12-2015 11:42 PM
Gila tak seram. Aku terkucil ni ha.. kua peluh jantan aku dah ni

hahah siap imagine ke benda tu mai, jengah-jengah tu,hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2015 11:28 AM | Show all posts
swimswim replied at 25-12-2015 12:35 AM
Sedap jugak la cerita tt ni..pandai mengarang, meols baca pun faham

terima kasih uolls. Dihayati dan dibayangi tak hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2015 11:29 AM | Show all posts

ok, kita cerita pasal penunggu rumah plak ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2015 12:20 PM | Show all posts
PENUMPANG RUMAH


Sebelum aku mulakan entry ni, cuma nak highlight, hantu tu tak pernah wujud, cuma yang ada syaitan dan jin. So bagi aku, jelmaan-jelmaan yang wujud tu, adalah datang dari 2 makhluk tersebut. Pada awalnya, aku ni jenis orang yang tak percaya langsung kewujudan mereka semua ni, sejak dari zaman bangku sekolah lagi, tapi ada peristiwa yang terjadi pada aku, membuatkan aku, sedar, tentang kewujudan mereka.

So cerita ni, aku mulakan dengan kisah kakak aku. Ingat tak entry yang lepas, 1st page lagi, aku ada bercerita mengenai kakak aku, yang baru berkahwin, dan tinggal di kawasan kondo berhampiran, kondo yang aku tinggal tu? Dia duduk di rumah tu, cuma setahun, kemudian pada tahun 2004, dia berpindah di BTHO. Aku kurang pasti sama ada makhluk yang menumpang di rumahnya itu, asalnya memang dari situ, atau mungkin gangguan yang mengikut dia. Gangguan tu tak lah seteruk mana pun, sebab aku rasa, benda-benda ni, kita kena lawan, jangan bagi ruang pada mereka untuk menakutkan kita, mereka pun sama macam kita, makhluk Allah kan. Jangan di layankan sangat.

Masa dia tinggal di sana, ketika dia dah ada pun 2 orang anak, dan ada seorang bibik. yang paling teruk kena kacau bibik lah, tapi bibik ni pun kira kuat semangat, gangguan tv terbuka lah, perabut beralihlah, bunyi bising, shower bilik air atas terbuka, lampu terbuka, tu gangguan normal. Nampak jelmaan rupa, abang ipar lah, dan rumah tu panas. tak kira masa, panas sahaja. Kakak dan abg ipar aku pun, setiap kali balik rumah tu pun panas, asyik nak bergaduh laki bini. Anak-anak pun sentiasa sakit, demam panas, yang sulong sampai pernah sawan tarik. Meracau-racau, asyik tunjuk bawah tangga, kawasan tangga. ada nenek tua lah, ada orang muka hodoh lah. Sehinggalah mereka semua berubat, diberikan air penawar, rupanya, depan rumah aku, kiri dan kanan, ada 2 lembaga besar yang menunggu. Berubat, Alhamdulillah, gangguan tu hilang.. kemudian kakak aku berpindah semula di kawasan kondo yang aku duduk tu, pada tahun 2009. Kali ni dia tak menyewa dah, dia beli rumah di kawasan perumahan baru. Dulu khabarnya, kawasan tersebut merupakan kawasan pokok getah.

Di ruang bawah, ada terdapat satu bilik. Bilik tersebut di sediakan untuk maid, dan ruang atas ada 3 bilik. 1st time aku masuk rumah tu, memang ada something, dekat bilik bawah tu. Tapi macam biasalah gangguan tu akan hilang. Sampai sekarang gangguan tu dah tak ada lagi, cuma pada awal dia berpindah jerk lah. Rumah, kalau kita rajin mengaji dan solat, In Sya Allah dia akn pergi juga. Yakin sahaja lah. Hah nak cerita ni, adalah satu hari ni, pukul 2 pagi macam tu lah, masa tu mak dan abah aku baru sampai dari Johor. So biaslaah orang tua kan, mana nak tidur dalam bilik, lagi suka tidur lambak macam tu. Aku ni tersedar dari tidur sebab sakit perut, teruslah meluru menuju ke bilik air, di ruang belkang, di bahgian dapur. tengah sedap memerut, real, nampak tombol pintu bilik air tu di pulas-pulas,macam nak bukak tapi tak boleh. Aku tak tunggu lama, cepat-cepat selesai kan hajat, keluar dari bilik. Bergegas kejutkan bibik, bertanyakan dia, sama ada dia ke tadi tu, dia kata bukan. mak abah pun menidakkan perkara tersebut. Esoknya barulah bibik bersuara, "itu biasa Non". Bibik pernah cerita, ada sau senja tu, dia ternampak kelibat kain putih melayang menuju ke atas. Bibik ingat bayangan dia sahaja. So dia pun, buat tak kesah, dan terus siap-siap untuk sembahyang maghrib. Usai sembahyang maghrib, dia pun berniat untuk membaca  ya'sin, masa tu serentak dia, merasakan ada angin sejuk, Dia teruskan bacaan yasin. Malam tu dia mimpi, ada seorang permpuan, datang nak mencekik dia, bila dia sedar, badan dia berpeluh-peluh macam lepas berlari, nafas pun tercungap-cungap. Esoknya demam seminggu.

Sebenarnya kan, bila berubat, gangguan saki baki dari kakak aku. Dulu, sebelum kakak aku berkahwin,dia merupakan seorang pelajar di Akademi Tv 3. Masa tu dia ada rapat dengan seorang pengkid, kawan baik je pun. Tak ada istilah bercinta. Dengan family pengkid tu pun kakak aku rapat. Siap bermalam semua dekat rumah family pengkid tu. Aku tak berapa ingat lah semua kejadian tu, sebab masa tu aku darjah 5 dan 6. Budak-budak, so tak ambik port sangat benda-benda gitu. So dalam masa yang sama kakak aku, berkenalan lah dan bercinta dengan suami dia ni. Rupanya pengkid tu cemburu, dan friendship diaorarng renggang. Pengkid tu ada cakap dia sayang kakak aku, hello kakak aku masih waras lagi kot.

Satu hari tu, abang ipar aku ni, call mak aku. Bagitahu yang kakak aku ni jatuh pengsan sebab sakit kepala yang sangat-sangat kuat.Hantar hospital, admit, siap buat MRI semua. Tapi jawapan semua ok, tak ada apa-apa. Sikap kakak aku berubah secra drastik, suka mengelamun, duduk sorang-sorang, menangis tak ada sebab,pas tu suka marah-marah. Pernah satu hari tu, dia bergaduh dengan abang ipar aku.
"aku nak bunuh kau, aku nak cekik kau. kau bodoh" kakak aku marah abang ipar aku. Badan kakak aku, penuh dengan lebam-lebam, makan muntah makan muntah. Tapi masa makan tu, berselera sangat, berpinggan-pinggan. So something wrong somewhere, so mak aku pun decide bawak balik johor, dan pergi berubat. Berubat dengan seorang ustaz ni. Nama ustaz ni, Ustaz Rasyid. Sampai dekat rumah Ustaz ni, kakak aku dah start buat hal, meracau-racau. Habis semua orang dia maki. Bila di scan, kakak aku terkena ilmu hitam. Ada satu monyet besar, ikut kakak aku. Yang lebam-lebam tu monyet tu lah gigit. Berubat dan berubat tak jadi apa juga, benda tu berlawan. Sampailah, satu hari tu, kakak aku berubat dengan Pak Cik Amin, iaitu Pak Cik kami sendiri yang menetap di PJ. Adik abah aku, sebapa, lain ibu sahaja. Berulang alik jugak lah berubat. Masa berubat ni lah, Pak cik aku bagi hint siapa yang hantar benda tu, dia tak sebut nama, Malam terakhir berubat tu, Pak Cik Amin, sediakan satu botol air, Syaratnya, tumpahkan air tu dekat depan rumah keluarga si pengkid. Rupanya mak si pengkid ni, ada ilmu hitam. Dia punya angkara lah ni.Kakak aku muntah segala jenis benda jijik.Badan dah memang kurus gila.Sepanjang 7 hari berubat tu, setiap malam pak cik aku, bermimpi dan bergelut dengan segala jenis binatang bewarna hitam, Ularlah, monyet...maam terakhir tu, dengan anjing warna hitam besar. Anjing tu mati. Malam tu jugak, abang ipar aku, pergi rumah si pengkid tu, masa tu dalam pukul 2 pagi, masa tengah kat depan rumah tu, anjing hitam menyalak-nyalak, dan yang peliknya, tengah nak jirus tu, mak si pengkid ni, jengah dekat tingkap, tengok apa yang abang ipar aku tengah buat. Alhamdulillah, kakak aku pilih seperti biasa, cuma perlu berhati-hati, takut benda tu datang lagi. Kakak aku selalu juga lah keguguran, dengar cerita si pengkid tu pun sakit juga. Mungkin ilmu tu makan tuan.

Fuhh lenguh taip, nanti aku sambung ya, penunggu rumah kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
CikCtNurEnjoy replied at 25-12-2015 12:20 PM
PENUMPANG RUMAH



Ok2...smbung lg...hihihihihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram siot... Teruskan tt tambah story lagi.. Kami sedia menanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2015 05:06 PM | Show all posts
Tunggu kisah selanjutnya....

Tak jemu baca....cekodok jagung dah habis sepinggan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Best tt.. kipidap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2015 08:05 PM | Show all posts
CikCtNurEnjoy replied at 23-12-2015 05:26 PM
Part 3: UPDATE!

So lepas aktiviti membaca ya'asin, dan tidur beramai-ramai, di dalam rumah tu ber ...

lame da x bertenggek kat bod ni selepas lejen horror-thriller-chipsmore writer,a.k.a JC bercuti drpd menulis...story ok sesangat da ni,mmg best laa sis..part y bunyi org ketuk dinding, tarik perabut,main syiling tu sy pernah kena gak time study kt uni dulu..tp y tu mmg saya kompem ghost pny keje sebab time tu sy duk floor paling atas,iaitu 4th floor dan sah2 mmg xde org len kecuali ada org duk atas bumbung tu..ekekekeke~~

tiap2 pagi, dalam kol 12 ke atas mmg akan stat bunyi org tarik2 kerusi,main baling2 bende..huhu...nak2 bile time saya duk sorg2 kat bilik tu,meaning bile roomates saya semua balik (time tu semua roomate saya org kl,so dorg akan balik sesuka suki meke jak regardless whether dorg ada kelas apa nggak) mmg gangguan tu akan dtg..tp alhamdulillah..sy masih mampu bertahan..hehehehehe...

btw, great effort tt..muahhhhh syikeddddd
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 25-12-2015 08:05 PM
lame da x bertenggek kat bod ni selepas lejen horror-thriller-chipsmore writer,a.k.a JC bercuti dr ...

Aku pun masa study dulu tiap mlm mesti dengar bunyi guli la,org menumbuk batu lesung la,alih perabot la..mmg duk pikir rajinnya org atas mengemas dengan memasak..kemuncaknya student tingkat atas kena histeria..umah kami pulak kena ketuk sambil ada ada org bagi salam..tapi kami tak rasa takut sebab taktau pun tu antara gangguan dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2015 11:21 AM | Show all posts
M@@_wee replied at 25-12-2015 02:28 PM
Ok2...smbung lg...hihihihihihihihi

bolehhh, hihi aku update ye. terima kasih baca ye!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2015 11:22 AM | Show all posts
lady_bonia replied at 25-12-2015 03:51 PM
Seram siot... Teruskan tt tambah story lagi.. Kami sedia menanti

boleh, hihi sekajpa lagi sye update ye   terima kasih membaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2015 11:23 AM | Show all posts
umisha replied at 25-12-2015 05:06 PM
Tunggu kisah selanjutnya....

Tak jemu baca....cekodok jagung dah habis sepinggan.

hihi  khusyuk tu, tambah sepinggan lagi hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2015 11:24 AM | Show all posts

tq awokk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2015 11:25 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 25-12-2015 08:05 PM
lame da x bertenggek kat bod ni selepas lejen horror-thriller-chipsmore writer,a.k.a JC bercuti dr ...

kan, kami pun bertahan jugak untuk 3 tahun..lama-lama macam. lantak hang lah nk buat apa, hahaha malas nak layan. kalau lyn nnti mkin die buat. hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2015 11:26 AM | Show all posts
shiedafaizal replied at 26-12-2015 10:15 AM
Aku pun masa study dulu tiap mlm mesti dengar bunyi guli la,org menumbuk batu lesung la,alih perab ...

hahah kan... kuat semangat jugak lah ni ye.hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2015 12:22 PM | Show all posts
PENUNGGU RUMAH: PART 2

Kisah seterusnya ni berlaku di rumah orang tua aku, di selatan johor. Rumah ni merupakan rumah ke dua family aku, rumah batu 2 tingkat hasil titik peluh orang tua aku. Asalnya rumah ni, di wasiatkan untuk arwah abang tunggal aku. Tapi hajat tu tak kesampaian. Selepas abang aku meninggal, mak aku berhijarah lah ke rumah ni, sebab nya rumah family aku yang asalnya tu, mak ayah aku tak boleh nak menetap di situ, sebab asyik teringat teringat. So kami semua duduklah di rumah baru tu. Pada asalnya sebelum di dirikan rumah batu tersebut, adalah sebuah rumah kayu, rumah kampung. Nama pun rumah kampung, ni cerita mak aku lah, masa tu aku pun tak lahir lagi. Biasalah rumah orang dulu-dulukan, toilet and bilik air kan dekat luar. Boleh imagine tak toilet tu macam mana. Satu hari mak aku nak pergi memerut lah, aku pun tak faham, kenapa toilet tu, luar dalam boleh di selak (kunci) pintu nya, so mak aku ni pun, lepaskanlah hajat... tetiba terdengar macam ada orang dekat luar. Mak aku ingatkan bapak aku lah,dah settle semua, so confident lah nak keluar, tolak pintu tak boleh, sah terkunci dari dalam...serentak tu lah, rasa seram sejuk. Jenuh fikir siapa pulak yang menguncinya, sebab nya, kat rumah memang tak ada sesiapa, bapak aku pagi-pagi dah keluar, cuma masa tu ada kakak aku, yang umur nya dalam 6 tahun, tengah tidur. Mak aku bersuara perlahan "tolonglah buka pintu ni, saya nak keluar..janganlah ganggu saya.." tak lepas tu kedengaran seakan selak pintu luar di buka. Tak tunggu lama, bukak langkah terus naik ke rumah.

Nama pun rumah ke dua, so rumah ni, memang selalu kena tinggal, ada lah seminggu sekali mak ayah aku balik jengah rumah. Rumah papan, lantai papan kan, so jarak antara papan lantai rumah ni, ada yang renggang kan..anak jiran mak aku suka main dekat bawah rumah ni. Sekitar rumah ni, memang tanah nya elok untuk bercucuk tanam, so budak-budak kampung suka singgah rumah, petik buah-buahan. Pernah satu hari anak jiran mak aku ni bermain dekat bawah lantai rumah, masa tu, mak ayah aku tak pulang ke rumah tu, tiba-tiba ada orang bukak tingkap, seorang perempuan memakai telekung, "kau buat apa dekat bawah tu?" terkejut beruk anak jiran tu, berlari balik rumah, dengar cerita demam panas. Semenjak peristiwa tersebut, tak ada yang berani nak datang sekitar rumah mak ayah aku. Jiran-jiran aku cakap, sepanjang ketiadaan kami dekat rumah tu, diaorang selalu dengar, suara kami, dan suasana rumah tu seakan berpenghuni. Mak dan ayah aku, mengiakan pun tidak, menidakkan pun tidak perkara tersebut.

Selepas arwah abang aku meninggal, mak aku buat keputusan untuk menetap di rumah tersebut. So acara-acara membina rumah pun bermula. Kontraktor yang di amanahkan untuk membuat rumah tersebut, adalah sepupu ayah aku. Gangguan sepanjang membina rumah tersebut, tiadalah, Alhamdulillah berjalan lancar, cuma gangguan dari segi cuaca dan jelmaan perempuan tu jerklah. Alhamdulillah, pada tahun 1992, rumah tu siap di bina, dan kami sekeluarga menetap di situ, rumah utama kami di sewakan. Masa kecik-kecik, aku tak rasa sangat gangguan-gangguan tu, cuma rasa seram sendiri jerklah kat rumah.Rumah kami ni 2 tingakt, ada satu bilik di tingkat bawah, dan 2 bilik di tingkat atas. Biasanya hari siang, banyak di habiskan dekat atas, sebab tv semua dekat ruang atas, bila nak turun ke bawah tu, memang akan rasa seram sendiri.

Kisah seterusnya, masa tu pada tahun 2005, aku form 3 masa tu. Dalam pukul 4.30 pagi macam tu, aku dah bangun, sebab nak bantu mak aku sediakan menu jualan. Mak ayah aku, tidurnya di bilik aku, manakala aku dengan adik aku, biliknya di bahgian atas, jarang bilik aku dan bilik aku, agak jauhlah. Untuk ke bilik aku, kena lalu balkoni, sebelah bilik aku ada bilik air, depan bilik aku, balkoni, kemudian ada pintu..ruang tamu, dan bilik adik aku. Aku pun tak faham lah kenapa design rumah ni macam ni hahaha Kalau nak pergi bilik air tu, memang sah lah lalu balkoni kan, hah mula lah nampak pokok-pokok kat luar tu kan, hahha macam-macam bayangan ada. Aku pulak, memilih untuk tidur dekat bilik tu sorang, berani sangat kan? so aku sambung balik, sebenarnya, pagi tu, aku bangun awal, sebab aku ada buat salah, so sebagai denda mak aku warning, suruh bangun awal. tapi bangun awal tu pun, aku tak terus bangun, aku duduk dalam bilik, tunggu mak aku bangun, aku tengok jam baru pukul 4.30, tiba aku terdengar seperti orang kibas sejadah, dari tingkat bawah. dalam hati kata, "eh mak dah bangun". tak lama selepas tu, dengar orang takbir, nak solat, bacaan sembahyang, tak pulak dengar, cuma akan dengar tiap kali orang angkat takbir, aku tak syak pape sebab Suara tu suara perempuan, memang saling tak tumpah, suara mak aku, tak lama selepas tu, aku dengar orang bagi salam, aku kira sembahyang 2 rakaat, mungkin mak buat sembahyang sunat. Selesai memberi salam,dia berzikir, kemudian, terdengar bunyi orang kibas sejadah lagi, kemudian senyap. Aku hairan, tak kan mak sambung tidur lagi.. aku tunggu lagi, bertullah sunyi je dekat bawah, tak lama selepas tu, 1 jam kemudia, baru aku dengar, suara dekat dapur, sah, mak dah bangun. Aku sedapkan hati, mungkin mak sambung tidur sekejap tadi. Aku pun bergegas turun ke bawah dan membantu mak aku apa yang patut di bantu. Sedikit pun aku tak bertanya kan, hal sebentar tadi. Sedang aku membantu apa yang patut "Dah subuh dah tu, kejut adik,kau pun siap-siap, nak pergi sekolahkan. Tak pa, mak boleh sudahkan semua kerja ni, lagi pun mak cuti solat ni, tak boleh solat lagi ni" Hah,,, baru aku teringat, mak aku cuti solat, habis tu siapa yang aku dengar tadi tu? Serentak tu aku bersuara "eh bukan mak ke tadi yang buat solat sunat?" mak aku pandang aku, dan bertanyakan balik, "hah bila?".."tadi lah dalam 4.30, kita dengar suara perempuan solat, sebiji macam suara mak, siap berzikir".."kau jangan nak mengarut lah kak," perbualan kami mati disitu.. cuma aku yang masih bertanya sendiri,persoalannya siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, nnti sambung ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
CikCtNurEnjoy replied at 26-12-2015 12:22 PM
PENUNGGU RUMAH: PART 2

Kisah seterusnya ni berlaku di rumah orang tua aku, di selatan johor. Ruma ...

Mak tt ni mcm tau je tp diamkan xmo anak2 takut...sbb semua persoalan dorg matikan mcm tu je kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.600116 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list