CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikCtNurEnjoy

HISTERIA PART 2&PENUNGGU RUMAH&Hantu Kondo

  [Copy link]
Post time 29-12-2015 04:02 PM | Show all posts
habis jugak aku merempit......

Best..best... sambung lg TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2015 07:45 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 28-12-2015 01:46 PM
Wahhh..da ada smbungan..next next..kekekeke~~

hihi tapi hari ni tak ada smabungan busy sikit huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 07:46 PM | Show all posts
montkoda replied at 28-12-2015 01:55 PM
Takut tp lawak, hihi.. kecian kat jiran TT.. btw TT ni or mn ye? Byk jugak pengalaman TT.. teruska ...

saya orang jhor.. hihi tq sebb sudi baca hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 07:47 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 29-12-2015 01:45 PM
kalau ada lagi, sambung yer tt.. best.. huhu

ada,,, tapi hari ni tak sempat nak update, nanti sya update ye, tq sebb sudi mmbce.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 07:47 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 29-12-2015 03:55 PM
best best....berani jgk tt ni... nma pn dh dkt2 nma haku...tp haku amat2 lah pnakut...hehehe....smbu ...

ade ade jgn risau, tapi hari ni tak sempat nak update apa-apa lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 07:48 PM | Show all posts
zameyla replied at 29-12-2015 04:02 PM
habis jugak aku merempit......

Best..best... sambung lg TT

wahh laju tu hahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 06:11 PM | Show all posts
wah seronok cite tt..
teruskan.. kipidap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 02:09 PM | Show all posts
Tengah cari mood nak menaip ni, banyak nak cerita, tapi tak tahu nak mula, sambungannya pun ada tapi tengah cari mood, busy yang amat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2016 01:00 PM | Show all posts
HISTERIA PART 1

Selepas episod cerita di rumah jiran aku tu kan, adalah beberapa episod siri yang kat terjadi sekitar rumah aku. Pontianak tu, jangan lah cakap, ramai jugak yang terdengar dan terserampak mengilai-ngilai. Aku pun dulu jenis suka study lewat malam selalu lah juga terdengar. Ni aku nak cerita gangguan yang terjadi pada aku.

Pada tahun 2003, selepas sahaja UPSR, aku diterima di sebuah asrama. Macam biasalah, aku ni homesick tiap-tiap hari. Aku nak duduk asrama tu tapi aku rasa macam tak enjoy. Aku ni jenis yang berani sangat masa dulu, buat hal sendiri. Habis prep, orang lain dok tunggu kawan-kawan nak naik dorm, tapi aku di antara yang beranilah, boleh naik dorm-dorm sorang-sorang, walaupun berkali-kali di larang. Aku ni awalnya bukan lah jenis yans percaya sangat-sangat benda mistik ni, sampailah dah terjadi dekat batang hidung sendiri, barulah tahu akibat dan rasanya.

Dulu dorm aku, di tingakt 3, katil aku bersebelahan dengan pintu stor dalam dorm. Tapi aku tak lama duduk dekat dorm arasa 3 ni, sebabnya, mak aku mintak di pindahkan dorm di aras 2, sebab nya aku ni ada masalah asthma. So kejadiaan pelik-pelik masa berlaku dekat aras 2 lah. Dorm tu havoc sikit, aku pun enjoy duduk dekat dorm tu, compare dorm aras 3, sebab aras 3, mostly budak-budak Ajk, and agak nerd lah kan. So kalau dah banyak suka-suki bising-bising ni, memanglah ada kesannya.

So satu hari tu, waktu tengah hari, dalam pukul 12.masing-masing dok siap, nak ke sekolah petang. Aku berdiri di alamari buku, Tetiba aku rasa badan aku serta-merta seram sejuk, aku duduk di katil aku, sambil kaki aku menjulur ke hadapan. Serentak tu, aku rasa ada satu angin lalu, sejuk. Aku macam rasa kaki tu di hujung kaki..sejuk..sejukk.. terus hilang. Serentak tu jugak, aku rasa sedih, sebak, sedih yang teramat sangat.Tersedu-sedu menangis, tiba-tiba aku rasa aku rasa badan aku jauh dari jasad... terasa diri ni kecill, kecil, kecil dan hati berkata.. "nangis je nangis".. serentak juga, kawan-kawan tetiba datang dekat aku.. aku sedar, cuma bibir tak boleh bercakap, jasad adalah aku, tapi di kawal oleh satu mahluk lain..Aku nangis semahu-mahunya, mata terpejam. Tak nak bercakap apa-apa. Aku di bawa ke bilik rawatan, senior tak nak beritahu perkara ni kepada warden, so mereka buat tindakkan dan rawatan sendiri. Sebab ada senior aku ni, orangnya warak, dia aliran agama, so mungkin dia tahu sikit-sikit perkara ni. Aku sedar, tapi lemah.. aku tak seagresif.Aku tak ke sekolah hari tu, cuma duduk di bilik rawatan.

Petang tu, dalam pukul 6 petang. Aku di benarkan naik ke dorm. Aku period waktu tu. So bersiap untuk mandi dan solat maghrib. Keutamaan di berikan kepada mereka yang boleh bersembahyang. So aku dengan kawan baik aku ni bersiap agak lambat sikit asyikin. Waktu tu dalam dorm, tinggal kami berdua je. Aku tunggu sambil berdiri di sebelah katilnya, waktu kedengaran dari surau asrama kami, bilal melaungkan azan mahgrib. Aku dah mula rasa kepala aku, besar semacam. badan sejuk semacam, tapi berpeluh. lengan kiri aku berdenyut-denyut, rasa lenguh semacam,kaki lemah longlai tak mampu nak berdiri,..aku terjelopok. Asyikin, kelam kabut, panggil nama aku, tapi aku tak menjawab, yang aku tahu nangis dan nangis. Aku nak menjawab panggilannya, tapi tak boleh, yang aku boleh hanya menangis, Asyikin segera mencari bantuan di dorm sebelah. Bantuan sampai, mereka mengangkat aku. Mereka kata badan ak berat sangat. 7 orang angkat aku, masih tak terbawa.Aku sedar apa yang mereka lakukan pada aku, aku dengar dengan jelas butir perbualan mereka, tapi aku tak boelh nak berinteraksi dengan mereka. Sudah, hantu jin apa yang ada dalam badan aku ni.

Aku di bawa ke bilik rawatan. Malam tu, teruk aku kena. Kena pukul tampar lah. ceritanya. Masa ni menurut cerita kawan-kawan aku, aku jadi agresif.  Tak seperti siang tadi, mereka membaca akan aku ya'sin, mengaji dengan potongan ayat Al-quran, masa ni, ketua aspuri yang handle aku. Sepanjang dia mengaji, aku hanya tergelak sahaja. Hilang dah, sedih aku tadi. Lepastu aku diam. Aku dah tak sedar diri. Hal aku ni sudah di maklumkan kepada ketua warden, dan ibu bapa aku juga sudah di maklumkan. Malam tu bila aku sedar mereka membawa aku tidur di dalam dorm. Alhamdulilah dorm aku, senior, senior semuanya tip top. Memang jaga aku dengan baik. Malam tu aku tidur dengan kakak angkat aku. Satu dorm tak boleh tidur malam tu. Dorm kami yang dulu riuh, dan selalu wanted, hari tu dalam sejarah, semua jadi pendiam. Pukul 11 sharp, dah matikan lampu.

Malam tu aku bermimpi, aku bermimpi, berjumpa dengan seseorang.....

Next update. Tunggu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2. Pat sambung ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi tt. Tengah tunggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 06:00 PM | Show all posts
best gila citer....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.. cepatla hupdate
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 02:43 AM | Show all posts
Assalam...Saya dari Wujud Paranormal Team....Mohon share kisah2 anda di page kami...terima kasih...  

https://www.facebook.com/wujudparanormalteam/
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 05:48 AM | Show all posts
seram satu hal, kena pulak rasa nak terkucil..nk bangun pegi toilet pon pikir 2,3 kali

aku dulu bunyi lesung dgn guli ni sampai tak lalu dah nak marah.lama2 gasak koranglah.tapi nasib baik kat atas tu mmg ada org tinggal.so nk pikir org atas buat onar pon kira logiclah kan

nnti dah tak bape busy,sambung ok.thanks
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:08 AM | Show all posts
best tt.. keep it up.. tggu sambungan.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 10:53 AM | Show all posts
Baru pasan trid ni.. akhirnya berjaya menyudhkn pembacaan smp la ni.. tggu update dr tt.. seram baca smp leh trbyg2.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 05:33 PM | Show all posts
cik nurrrrr, alahai.. lupe betul akak kat thread cik nur ni.. fuhhhhh.. puas rempit.. dah banyak citer rupenye kat sini.. citer lg pls cik nur.. akak da bookmark sini.. meremang2 bulu roma.. nak tau sambungan mimpi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 04:57 PM | Show all posts
wahhh.. best best...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2016 01:00 PM | Show all posts

sorry2, busy2,, ni nak continue ni!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.074716 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list