CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3282|Reply: 5

Selalu Rasa Gaji Tak Cukup? Lakukan Perkara Ini

[Copy link]
Post time 23-12-2015 07:16 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : Fyruz Hanna



Kadang-kadang kita kerap tiada duit bukan kerana gaji yang kecil. Bukan juga kerana kamu sering berbelanja.


Tak ramai yang sedar sebenarnya gaji yang tak cukup adalah berkait rapat dengan keberkatan gaji yang diterima.


Lakukanlah perkara berikut untuk selalu rasa berkat dan tak susah dihujung bulan.


Walaupun pada permulaannya ianya sukar namun, jadikan ia tabiat dan kamu pasti akan dapat rasai hasilnya nanti.




1. Sedekah
Sedekah sebenarnya membersihkan gaji serta harta. Mungkin selama anda kerja, anda tak perasan pernah malas melakukan kerja, pernah mencuri masa  kerja untuk makan. Jadi sentiasalah bersedekah. Tak kisah berapa amaunnya yang penting ikhlas!




2. Hubungan baik antara ibu dan ayah
Walaupun kedua orang tua mampu dan tak mahu duit gaji anak-anak. Belikan ibubapa anda hadiah dan gembirakan mereka. Jangan lupa sentiasa limpahkan kasih sayang anda sebagai anak. Bila kali terakhir anda menelefon ibu bapa mu?




3. Mudahkan urusan orang lain
Pernah dengar?? Kita tolong orang, orang akan tolong kita? Jangan beratkan diri dengan menutup peluang menolong orang dalam kesusahan kerana kita tak tahu bila tiba masa kita perlukan pertolongan.




4.Muliakan anak yatim
Kongsikan harta dan juga masa kepada anak yatim. Bila kita berkongsi, rezeki yang diterima akan lebih berkat dan makin luas.




5. Ada rezeki lebih, dahulukan dengan haji dan umrah
Sebelum berangan mahu melancong ke negara-negara orang, lakukan dahulu perkara wajib dalam rukun Islam. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua point tu betul. Kena buat secara konsisten, insya Allah menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la tu..mulakan dengan membantu org lain yg lebih memerlukan ;-)
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 01:24 PM | Show all posts
sy stuju sgt ngn statemnt ney..1st bntu or hepykn mak ayah pastu tlg org susah..is sha ALLAH..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 09:53 PM | Show all posts
iols dan one of my best fren slalu saling ingatkan bila kitorang sama2 duk ngadu susah and tak best hidup...ko dah lame ke tak sedeqah? bila macam tu kitorang betulkan hati amalan masing2 lah... dapat lah rase dibetulkan sikit hidup ni.... betul dah tu ape article atas ni ckap
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 06:48 PM | Show all posts
yesss betul tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.115988 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list