View: 2948|Reply: 1
|
Apartment Di Hong Kong Catat Rekod, Dijual Pada Harga AS$76.7 Juta!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://assets.bwbx.io/
Semalam menurut laporan The Apple Daily dan The Standard, sebuah pangsapuri mewah di Hong Kong mencatat rekod apabila ia dijual pada harga HK$594.7 juta (AS$76.7 juta) beberapa hari sebelum Krismas, menjadikan ia sebagai rumah bertingkat termahal pernah dijual di bandar itu dan mungkin di Asia.
Seorang pembeli yang tidak dikenali telah membayar lebih dari HK$103,700 bagi setiap kaki persegi unit itu yang berkeluasan 5,732 kaki persegi (532 meter persegi) di menara pansapuri mewah 39 Conduit Road di bandar selatan China, sebuah kawasan perumahan golongan pertengahan.
Unit itu yang terletak di tingkat 46 dengan pemandangan ikonik Victoria Harbour dan bumbung berkeluasan 1,754 kaki persegi telah disenaraikan pada harga HK$646.48 juta di laman web pemaju Henderson Land Properties.
Harga itu mengatasi rekod terdahulu HK$470 juta yang dibayar untuk unit mewah keseluruhan lapan tingkat di Opus Hong Kong, sebuah bangunan kediaman 12 tingkat yang direka oleh Pritzker pemenang hadiah arkitek Frank Gehry pada tahun 2012.
Henderson Land tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen pada Jumaat yang merupakakan cuti umum.- CARI Infonet
sumber info : The Apple Daily of Hong Kong |
|
|
|
|
|
|
|
Hong Kong dah tak cukup tanah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|