CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12239|Reply: 30

[Haiwan & Tumbuhan] POKOK PUTAT - Ulam Popular

[Copy link]
Post time 27-12-2015 05:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 10:45 PM

Pokok putat yang juga dikenali dengan nama-nama apalang, butut darat, putat aying, penggung, putat sungai, putat kampung mungkin suatu nama yang agak pelik untuk didengar tetapi ianya merupakan nama yang tidak begitu asing bagi pengemar ulam-ulaman terutama bagi penduduk di utara Semenanjung seperti Perlis, Kedah dan Perak.





Tumbuhan ini boleh didapati tumbuh subur di kawasan tepi sungai atau di hutan-hutan paya dari Pantai Timur Mozambique, Africa Selatan hingga Madagascar, India, Sri Langka dan juga Malaysia, Thailand, Selatan China, Utara Australia hinggalah ke Kepulauan Polinesia.

Pokok putat sederhana besar yang boleh mencapai ketinggian sekitar 15 – 25 meter dengan daun yang agak besar dan lebar. Kanopi pokok putat akan merimbun apabila pokok membesar dan sesuai untuk dijadikan sebagai pokok teduhan di taman atau hiasan tepi jalan seperti yang terdapat di sepanjang Jalan Perpaduan berhampiran Wisma Tani, Putrajaya.





Pucuk putat dimakan sebagai ulam dan dikatakan baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan bermanfaat kepada kaum wanita. Ianya dikatakan herba yang sesuai untuk awet muda. Manakala buahnya yang diparut dan dibuat jus minuman atau ditampal pada bahagian muka dikatakan dapat melicinkan kulit muka. Meminum air dari rebusan akar putat dipercayai boleh merawat keputihan dan menyejukkan badan kerana kandungan saponin.





Dalam perubatan ayuveeda India, daun dan buah putat digunakan untuk mengubati penyakit gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Manakala kulit batangnya boleh mengurangkan komplikasi resdung dengan mengopek kulit batangnya dan dijemur hingga kering. Kulit yang telah dikeringkan dibakar dan disedut melalui hidung hingga keluar lendir yang diulang setiap hari hingga sembuh.

Kredit : JPN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2015 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
aku suke makan..sebab rangup je..krup krap2 bila makan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Fav mak aku ni...x pernah nmpk pokok dia lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 09:16 AM | Show all posts
daun putat saya suka makan...
kelat2 sikit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:44 AM | Show all posts
saya ni asal orang kampong, tapi serius saya tak penah Nampak buah yang macam dalam gambar ni; daun nyer maybe la kut, but not the fruit. Orang Kelantan panggil buah ni apa ye?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:46 AM | Show all posts
ipes2 replied at 27-12-2015 11:44 AM
saya ni asal orang kampong, tapi serius saya tak penah Nampak buah yang macam dalam gambar ni; daun  ...

dulu selalu jgk tgk tapi tk tau pokok apa
bkn semua kpg ada pokok ni
susah sgt nk jumpa skrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2015 11:57 AM | Show all posts
ip_lepat replied at 27-12-2015 11:46 AM
dulu selalu jgk tgk tapi tk tau pokok apa
bkn semua kpg ada pokok ni
susah sgt nk jumpa skrg

rasanya pucuk kemerah-merahan dia tu saya penah makan kat kampung saya dulu. Ma saya selalu kutip. Tapi lupa lka yang dia ada sebut ni pucuk putat ke tu pucuk putat ke.. maybe kami di kelantan panggil nama lain kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 11:59 AM | Show all posts
ipes2 replied at 27-12-2015 11:44 AM
saya ni asal orang kampong, tapi serius saya tak penah Nampak buah yang macam dalam gambar ni; daun  ...

kalau nak tau nama panggilan pokok ni di Kelantan, kena tanya @Ipo  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2015 12:34 PM | Show all posts
ashk4nn replied at 27-12-2015 05:22 AM
aku suke makan..sebab rangup je..krup krap2 bila makan..

tak ada cicah apa-apa ke masa makan tu. kicap ke..

rasa kelat? masam?

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 01:06 PM | Show all posts
ipes2 replied at 27-12-2015 10:57 AM
rasanya pucuk kemerah-merahan dia tu saya penah makan kat kampung saya dulu. Ma saya selalu kutip. ...

Kat kelantan banyak pucuk putat
Jangan tertukar dgn pucuk gajus pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 01:09 PM | Show all posts
bianglala replied at 27-12-2015 10:59 AM
kalau nak tau nama panggilan pokok ni di Kelantan, kena tanya @Ipo

Panggil pucuk putat juga lala
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 09:16 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-12-2015 01:09 PM
Panggil pucuk putat juga lala

Yo lo ko Ipo ni.
Macam tak penah dengar je pucuk putat.
Nanti saya wassap mak saya tanya dia.

Tapi saya ingat makan pucuk merah tu sedap
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 09:20 PM | Show all posts
bianglala replied at 27-12-2015 11:59 AM
kalau nak tau nama panggilan pokok ni di Kelantan, kena tanya @Ipo

alah @Ipo tu dok KL lah; entah penah ke dak dia tu pi kelantan; perkataan ni pon dia tak tau nih: 'pendir'..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 09:53 PM | Show all posts
ipes2 replied at 27-12-2015 09:20 PM
alah @Ipo tu dok KL lah; entah penah ke dak dia tu pi kelantan; perkataan ni pon dia tak tau nih:  ...

aihh, apa pulak 'pendir' tu. sejenis buah juga ka.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 10:17 PM | Show all posts
bianglala replied at 27-12-2015 09:53 PM
aihh, apa pulak 'pendir' tu.  sejenis buah juga ka.

ha kita tunggu ape si @ipo jawab, hi hi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 10:20 PM | Show all posts
ipes2 replied at 27-12-2015 10:17 PM
ha kita tunggu ape si @ipo jawab, hi hi

okay, saya tunggu jawapan dari Ipo.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 12:07 AM | Show all posts
ipes2 replied at 27-12-2015 08:16 PM
Yo lo ko Ipo ni.
Macam tak penah dengar je pucuk putat.
Nanti saya wassap mak saya tanya dia.

Jolo la doc..
mak saya kata pucuk putat..
kat pasar Tumpat nun banyok jual..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:09 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 27-12-2015 11:10 PM
ipes2 replied at 27-12-2015 08:20 PM
alah @Ipo tu dok KL lah; entah penah ke dak dia tu pi kelantan; perkataan ni pon dia tak tau nih:  ...

yang ni memang tak tahu...huhuhu..
buah kah? pucuk kah? akar kah?

atau....sejenis ikankah?
atau sejenis seafoodkah?

nanti nak tanya mak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:20 AM | Show all posts
bianglala replied at 27-12-2015 09:20 PM
okay, saya tunggu jawapan dari Ipo.

kacang bendi kut...
ada yang sebut bendir...bukan pendir...

saya panggil kacang miyor...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 12:23 AM | Show all posts
Ipo replied at 28-12-2015 12:20 AM
kacang bendi kut...
ada yang sebut bendir...bukan pendir...

ahaha.. bendir / kacang miyor pulak dah... bermacam nama baharu kita belajar dengan Ipo.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.925158 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list