CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 0

Tekad tembusi empat pasukan terbaik Asia

[Copy link]
Post time 28-12-2015 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Tekad tembusi empat pasukan terbaik Asia



KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) merangka pelan untuk skuad wanita pada 2016 untuk memecah dominan dalam empat pasukan terbaik Asia.

Timbalan Presidennya, Prof Dr S Shamala menyifatkan 2016 sebagai tahun yang penting untuk melakukan persediaan dan pendedahan kepada pasukan negara bagi menghadapi beberapa kejohanan utama pada 2017 dan 2018.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian 2015, kita mempertahankan pingat emas Sukan Sea untuk kali keenam dan mempamerkan permainan cemerlang pada Liga Hoki Wanita Dunia Pusingan 2 sebelum tewas 0-1 kepada Poland pada separuh akhir dan terlepas peluang ke Olimpik.

“Sekarang kita ada Terry Walsh (pengarah teknikal) dan Muhammad Dharmaraj Abdullah (jurulatih). Dharmaraj memiliki rekod yang baik bersama pasukan remaja lelaki dan saya fikir beliau lakukan banyak perkara kreatif bagi memotivasikan pemain, jadi ia menjadi satu rangsangan apabila beliau menjadi jurulatih kami,” katanya.

Menurut Shamala yang juga Pengarah Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), keutamaan tahun depan ialah penganjuran NWJHL yang dijadualkan pada Februari atau Mac.

“Kami akan memanggil pasukan untuk pendaftaran tidak lama lagi, persediaan berjalan lancar. Kita ada liga wanita beberapa tahun lalu, pada 2000 kita ada tiga siri.

“Amat baik dapat perkenalkan semula liga untuk pertandingan jangka panjang bagi pasukan-pasukan tempatan. Tanpa liga yang baik, sukar untuk membangunkan pasukan,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.179183 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list