CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1872|Reply: 3

Van Gaal beri bayangan undur diri

[Copy link]
Post time 28-12-2015 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Van Gaal beri bayangan undur diri




Van Gaal melambai kepada penyokong Red Devils selepas aksi menentang Stoke City di Stadium Britannia.

KEKALAHAN kali kelima dicatat Manchester United musim ini memberi bayangan kedudukan Louis van Gaal sebagai pengurus The Red Devils dalam situasi tidak menentu.

Pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Britannia malam kelmarin, Manchester United tumbang 0-2  kepada Stoke City.

Jaringan pemain rumah disumbangkan Bojan Krkic dan Marko Arnautovic walaupun United dilihat cuba bangkit dengan mempamerkan aksi lebih agresif pada babak kedua namun belum cukup mengubah keputusan permainan.

"Memang nampak lebih sukar kerana orang luar melihat saya berdasarkan empat kali kalah sebelum ini.

"Ramai media mengkritik saya dan saya perlu telan hakikat. Kelab tidak perlu memecat saya, mungkin  saya akan lakukannya sendiri (undur diri)," kata bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu.

Bekas juara 20 kali itu kini jatuh ke tangga keenam EPL dan terkeluar daripada kelompok empat pasukan terbaik liga.

Pencapaian United juga dilihat hambar apabila mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan yang turut menyaksikan mereka tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara serta mudah ditewaskan Bournemouth, Norwich City dan terbaru, Stoke City.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 10:03 AM | Show all posts
taktik dia ni hancus..

schneiderlin duk bench.. martial main kiri

young jd RB
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:01 PM | Show all posts
elok sangat la tu..
awal musim letop je lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 05:23 PM | Show all posts
bosan la dgn van gaal ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.393004 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list