SIMON Cowell menyelar sikap bekas anggota One Direction iaitu Zayn Malik yang menganggap genre diketengahkan kumpulan itu bukan muzik sebenar.
Mirror melaporkan Simon menyifatkan kata-kata Zayn itu sebagai biadap dan berharap dia dapat berfikir kembali berhubung kenyataan dibuat itu.
Sebelum ini, Zayn dalam satu temubual mendedahkan sebab utama dia meninggalkan One Direction pada Mac lalu disebabkan bosan dengan muzik kumpulan berkenaan.
Dakwanya pendapatnya berhubung hala tuju kumpulan itu juga tidak diendahkan dan perlu mengikut setiap yang diaturkan untuk mereka.
dah berkurun org tau yg boy band cuma manufactured, money making machine... dlm demografi pembeli album, singles, tiket konsert, merchandise etc., BBNU/tweenies adalah sasaran terbesar.
macam mana nak kikis duit dia org? spt formula Cowell dan juga Lou Pearlman, persembahkan sekumpulan budak lelaki yg sedap mata memandang, yg bole menyanyi walau sikit2 (mampu menari tu bonus okeh), cipta personaliti dan imej derang utk manipulate gelojak hormones remaja pompuan... jadi la pop stars yg melerts utk 2-3thn
One Direction bukan artis one hit wonder. boleh dikatakan semua album diorg terjual dgn kuantiti yang banyak. Lagi pun semua single diorg popular. Kalau one hit wonder, lepas diorg release single What Makes You Beautiful mesti diorg tenggelam. tapi diorg berjaya release lagu yang lain. Contoh one hit wonder, James Blunt (You're Beautiful), Daniel Powter (Bad Day), Paris Hilton (Stars Are Blind)
kukukatablog: retis2 bawah simon yg program reality ni cam bermusim jah....leona lewis yang suara power pon hador ntah kemana,skarang ni 1d ngan 5th harmony...
minat gila dgn Leona Lewis. tapi lagu dia yang paling iolss suka haruslah Bleeding Love
ooo..tak sure sb slalu dgr 1 lagu tu je kat radio...
and diaorg ada album?
kalau ada hopefully for 3rd album masih kekal lagi
korangjgnmarahyer...achik dah minta maaf...
;)
honey_jelly: damn right!!formula serupa..recycle.. unlike westlife or boyzone yg gagal excell utk US market (sendu sgt)..1D kira sukses lah.. *boyband ...
sorry to say...tp i langsung xleh hadap BSB or Nsync....
cume bleh hadap Justin Timberlake & NKOTB....ahahhaha
xde sorg pun yg cute...except zain...janji kokesen...sudah la kan?kalau korean...pulak terpaksa buat plastic surgery..agaknye..tuah badan jadi kokesen...
manja xleh hadap boy band la ...rock band yes!! ..menangis i kalau kena dengar lagu BSB hari2...