CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2992|Reply: 5

Suami Diamkan Diri, Nak Tahu Sebab, Teliti Berikut!

[Copy link]
Post time 28-12-2015 06:10 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO




Memang benar kelakuan seorang lelaki dan wanita jauh bezanya. Sesiapa saja boleh meneka perasaan si isteri apabila sedang membebel panjang dan bising jika mempunyai masalah berlainan suami yang lebih memilih diam seribu bahasa.




Berbanding lelaki, wanita jarang memendam perasaan disaat sedang marah, sedih mahupun merajuk. Rata-rata kaum wanita lebih bersikap terbuka untuk bercerita kepada kenalan terdekat atau keluarga sendiri.



sumber foto: http://setelkahwin.com/
Reaksi muncung mulut yang panjang sudah cukup menggambarkan si isteri merajuk. Bebelan tanpa henti juga sudah cukup menunjukkan si isteri sedang naik angin.



Bagi situasi suami pula, golongan ini biasanya tidak banyak bercakap. Bukan kerana golongan ini pendiam hatta pemalu tetapi kebanyakan suami lebih suka mendiam seribu bahasa. Walau dilanda masalah kewangan sehinggalah rasa cemburu, suami jarang bercerita sebaliknya berdiam sehinggalah disoal.




Dengan alasan, diam tandanya mereka di dalam keadaan yang tidak menyenangkan.




sumber foto: google image

Oleh sebab itu, ketahuilah bahawa suami berdiam diri bukan bermakna suami tidak mengambil berat pada isteri. Suami bertindak mendiamkan diri untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang. Bayangkan jika kedua-duanya bertegang leher, sudah pasti anak-anak menjadi mangsa.




Sikap suami yang bertindak 'cool' menjadikan mereka layak sebagai ketua keluarga dan perlu menunjukkan sikap tenang di hadapan keluarga.




Sebab itu ada pandangan mengatakan suami biasanya berfikir terlebih dulu sebelum bertindak berbanding wanita yang biasanya bertindak sebelum berfikir terlebih dulu.



Sebagai isteri, anda perlu tahu bahawa suami mendiamkan diri bermakna anda sangat diperlukan di sisi mereka. Kongsilah masalah bersama supaya mereka merasa senang dan tenang.



sumber foto: http://www.addriadi.com/

Masaklah makanan kegemaran suami setiap kali mereka mendiamkan diri. Masakan dari air tangan isteri dikatakan pengikat kasih sayang antara isteri dan suami. Suami juga perlu dipujuk sama ada dari segi pemberian atau ciuman!




Kesimpulannya, janganlah menganggap suami mendiamkan diri adalah kerana suami seorang pemalu dan tidak menyayangi anda dan anak-anak.




Tetapi mereka mendiamkan diri disebabkan mereka mempunyai masalah di pejabat, mungkin cemburu dan keletihan. Waktu beginilah anda perlu luang lebih banyak masa bersama suami. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 10:01 AM | Show all posts
diam pun salah..ckp pun salah..mmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi cari dan baca buku titled MEN ARE FROM MARS AND WOMEN FROM VENUS karya

Dr. Gray
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 10:29 AM | Show all posts
kutip tacang dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 09:30 AM | Show all posts
suami aku diam dlu pasal real madrid kalah bola
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:03 PM | Show all posts
lebih baik diam masa tgh emo. bila dah calm & cool, baru la cakap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kukku
akku3kukku
Views : 505 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 3552 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26385 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 9670 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 5558 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 5661 Replies : 0
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35759 Replies : 48
Update :Ramai memuji muji PMX,Ringgit kini RM 3.96
YgBenarUpdate :Ramai memuji muji PMX,Ringgit ki
Views : 1289 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061252 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list