Memang pelik dan agak menakutkan, tapi ia menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang ke kafe ini.
Disaster Cafe yang terletak di Sepanyol memberi anda pengalaman seperti berada di kawasan yang alami gempa bumi. Ia sangat popular di negara itu sehingga harus 'book' berminggu-minggu lamanya untuk ke kafe ini.
Setiap kali pesanan tiba, maka seluruh kafe akan bergoncang semacam nak roboh rasanya. Malah, gegaran itu adalah sekuat 7.8 skala ritcher! Takut, tak?
Dari luar, nampak ia seperti sebuah kafe yang indah dan cozy. Namun, ketika memasuki ke dalam kafe ini, pasti anda akan terkejut dengan dekorasi yang persis dunia alien.
Malah, pada hujung minggu akan diadakan persembahan yang bertemakan alien dan sangat menarik perhatian!
Namun, hati-hati ya, ketika anda menikmati makanan, 'gempa bumi' akan berlaku dan pasti kedengaran jerit pekik para pengunjung. Bagaimana, berani tak anda ke kafe ini? - CARI Infonet