CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 15-1-2016 05:00 PM | Show all posts
wow, lama punya cerita ni. Damansara pun blum fully develop in 1992. Masa ni Bandar Utama pun tak wujud kot.

Aku boleh bayangkan suasana seram damansara. Dikelilingi hutan kelapa sawit. Huhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 06:41 PM | Show all posts
Mulalah aku terbayang ada kat rumah sendiri cerita si Rishi tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 02:49 PM | Show all posts
dammerung replied at 15-1-2016 12:50 PM
Kisah 8: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Damansara, 1992
Pada suatu malam, sekumpulan pekerja bur ...

jadi orang yang sebenarnya bercerita tu hanya ada 6 org? jadi setiap seorang tu cuma cerita 2 kali saja? tapi ada 40 kisah cerita yg berbeza sapa yang bercerita tu? orang bukan orang? errr...x berapa paham la....

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 05:51 PM | Show all posts
seram2 citer kat sini....
yg mat sentul tu...misteri menyelubungi....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
story2 kat sini mmg misteri
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang best  tt


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2016 09:08 AM | Show all posts
dammerung replied at 15-1-2016 11:50 AM
Kisah 8: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Damansara, 1992
Pada suatu malam, sekumpulan pekerja bur ...

citer ni macam pernah dengar dulu...

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 11:03 PM | Show all posts
Damansara 1992 super scary ...seriously saya takut sangat... good job
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecut perut aku baca. Nak puji TT ni pun semua kat sini dah pujikan. Nak tido ni pun aku menyorok kat belakang anak aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:02 AM | Show all posts
motip aku tak kenal ko TT? mahap kan aku.. sedangkan thread ni thread feberet aku... tp aku tak tahu sapa tt dia.. hahahaha.. ampun
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 12:26 PM | Show all posts
dammerung replied at 15-1-2016 12:50 PM
Kisah 8: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Damansara, 1992
Pada suatu malam, sekumpulan pekerja bur ...

ini giler seram...sampai tak perasan citer tu dah terlebih. ish kalo kena kt diri sendiri tak tau la jd apa.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:19 AM | Show all posts
Best TT..memang tak pernah dengar cerita Mat Sentul tu...menarik2. Kadang2 dengar cerita benda yg sama berulang kali sampai dah boleh agak ending, tapi Mat Sentul ni memang rare sungguh la.haha

Kawan aku dulu pn pernah jugak cerita (kalau dia tipu otomatik aku pn menipu k), dia dengan adik dia pergi gayut kat public phone malam2. Tengah2 gayut tu, adik dia bosan kot, start moto pastu cabut g mane ntah. Dia still gayut lagi, memang hati kering jugak la (main spirit of the coin pun banyak kali jugak masa zaman kat UiTM dulu..)

Pastu tetiba ada orang tepuk bahu dari belakang. Dia hairan sebab tak dengar pun bunyi motor adik dia sampai balik, tapi dia still ingatkan adik dia la kat belakang tuh, and terus gayut. Bahu kena tepuk lagi, kali ni kuat, dia still buat badak lagi..yela tengah gayut kan...

Bahu kena tepuk lagi, dan kalini memang kuat. Dia bengang terus pusing tak tumbuk/ tampar adik dia. Sekali yang kat belakang tu kak pon, cuma ni la 1st time aku dengar gigi kak pon tu betul2 nampak dari pipi kanan ke pipi kiri, dan SEMUA TAJAM. Dan dari cerita dia, ni la betul2 dia faham istilah 'lari tak cukup tanah' sebab memang betul2 tak cukup tanah dia lari malam tu, takut punya pasal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 12:30 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 19-1-2016 04:45 PM

Kisah 9: Cerita Bersiri -  Asrama

Mukadimah
Cerita-cerita mistik/misteri melibatkan asrama dianggap genre klasik dalam dunia penceritaan paranormal di Malaysia. Dalam 9 tahun aku mengumpul rakaman cerita-cerita mistik, boleh dikatakan 1/4 daripadanya mengambil tempat di asrama, asrama sekolah to be precise.

The problem with hostel horror stories is they are too cliche. Jalan ceritanya terlalu predictable dan 'hantu-hantu'nya sama sampai aku berniat untuk tidak memasukkan kisah asrama dalam thread sebab it is too redundant, ramai yang dah cerita kat MPS.

Tapi tak lengkap rasanya kalau aku tak masukkan sekurang-kurangnya satu entry pasal asrama. Setelah melayan berjam-jam rakaman cerita hantu asrama, aku memilih kisah yang disampaikan Abang Sham.

Aku mengenali Abang Sham sewaktu menumpang di rumahnya selama 3 bulan. Seorang yang nostalgik, tak sah kalau melepak di anjung rumah kalau tak dengar kisah-kisah imbauan sewaktu zaman belajar.

Seperti biasa aku mesti akan bertanya tentang pengalaman-pengalaman mistiknya tapi masalahnya Abang Sham juga seorang skeptik. Sehinggalah seminggu sebelum aku pulang ke KL, beliau akhirnya mengalah.

Entry ke-9 adalah dramatization dari rakaman pengalaman mistik Abang Sham sewaktu beliau di Tingkatan 4.


Bahagian I
Ia bermula dengan seorang pelajar perempuan tiba-tiba meracau waktu minum malam di Dewan Makan.  Apa yang jadi seterusnya ialah histeria beramai-ramai pelajar perempuan sehingga warden terpaksa menelefon ambulan.

Malam itu aspura happening walaupun sudah hampir tengah malam kerana semua busybody pasal kes histeria sehingga warden-warden bertempik suruh semua pulang ke dorm masing-masing, tutup lampu dan tidur.

Abang Sham dan teman-teman rapat melepak di ruang katilnya sambil berbincang kejadian sebentar tadi. Macam-macam teori yang keluar. Ada yang kata nampak kelibat nenek tua tak dikenali di Dewan Makan, ada yang tuduh pelajar-pelajar terkena histeria main spirit of the coin dan ada juga yang cakap angkara hantu tentera Jepun kerana urban lejen sekolah yang kononnya dijadikan pejabat pemerintahan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.


Tengah syok bercerita, kedengaran bunyi kaca pecah dari jauh. Bunyinya berterusan seperti di pecahkan satu-persatu. Jeritan kuat dari aspuri kembali menggemparkan sekolah. Penghuni aspura bersidai di balkoni koridor tingkat 3 untuk pandangan lebih jelas situasi di aspuri. Warden-warden terpaksa membiarkan aspura yang kembali meriah kerana semua dikerah ke aspuri yang semakin tak terkawal.

Keadaan mula reda sekitar waktu Subuh dan warga asrama yang rata-rata tak tidur semalaman bersiap untuk ke kelas. Satu perhimpunan diadakan sebelum kelas bermula untuk penerangan kepada para pelajar mengenai kejadian malam tadi tapi semuanya masuk telinga kiri Abang Sham dan keluar telinga kanan kerana mengantuk teramat sangat.

Ketika kelas Matematik Tambahan, seorang pelajar perempuan di kelas Abang Sham memuntahkan isi perutnya ke atas meja. Kemudian berguling-guling atas lantai sambil meraung. Ketika cuba ditenangkan, dia menunjuk jarinya ke arah pintu belakang kelas lalu menjerit...

"FARAH! FARAH!"

Tapi tiada siapa pun di pintu belakang kelas.Tiba-tiba pintu terhempas kuat dan semua berlari keluar. Kelas Abang Sham dipindahkan sementara ke Pusat Sumber dan pelajar perempuan tadi di hantar ke klinik.

Di Pusat Sumber, pelajar-pelajar perempuan dikerumuni. Semua nak tahu pasal histeria, terutamanya kes malam tadi lah. Rupanya separuh dari penghuni salah satu dorm aspuri Tingkatan Lima histeria sampai mengamuk. Sekarang ada ustaz sedang melakukan aktiviti 'membersih' dan 'pagar' kawasan aspuri. Abang Sham tak join dengar cerita kerana letih dan mengantuk.

Tak sampai setengah jam, terdapat kekecohan diluar. Pelajar-pelajar Tingkatan Lima bertempiaran lari. Abang Sham mendapat tahu ada mendakwa terlihat lembaga di sudut belakang kelas dan ramai mengesahkan penampakan tersebut.

Semua yang berlari tadi di tengking Guru Displin kerana mengada-adakan cerita dan di paksa masuk kelas semula. Sebagai seorang yang skeptikal, Abang Sham anggap the whole thing is just series of actions by attention seekers that got overblown. Apa-apa pun hati kecilnya berterima kasih kepada mereka-mereka yang bersusah payah berlakon histeria, nampak hantu dalam kelas dan sebagainya. Dapatlah satu hari ‘buat kerja sendiri’.

Prep petang sehingga waktu riadah di habiskan dengan tidur; tidur ganti kata Abang Sham. Sesi prep malam, Abang Sham & geng menyambung perbincangan terbantut malam kelmarin.

Rakannya menceritakan apa yang di dengar dari pelajar perempuan siang tadi…

Di blok aspuri menempatkan pelajar Tingkatan Lima, ada satu partition toilet yang memang dah bertahun-tahun berkunci atas alasan rosak. Tandas dikatakan tersumbat disebabkan sikap beberapa penghuni aspuri low IQ pergi buang sanitary pad dalam lubang jamban.

Suatu hari dua, tiga tahun lalu, seorang penghuni aspuri ternampak ‘perempuan’ berambut panjang pakai uniform pinafore lusuh sedang menghantuk-hantuk dahi di pintu tandas berkunci. Bila ditegur, ‘perempuan’ itu menoleh dan tertayanglah wajahnya sehingga pengsan penghuni aspuri dek kejelitaan ‘perempuan’ yang di beri gelaran ‘Farah’.

Folklore aspuri menerangkan asal-usul nama Farah datangnya dari seorang super senior mendakwa mimpi didatangi seorang pelajar perempuan cantik berambut panjang dan memakai uniform pinafore. Katanya pelajar perempuan dalam mimpi memperkenalkan dirinya sebagai Farah, bekas pelajar disitu dan bunuh diri dalam toilet berkunci kerana putus cinta.

Bak kata Abang Sham “I don’t know why and how, the whole Farah legend being handed-down from one generation to another and every girl there believe that shit”. Dah jadi tradisi senior-senior aspuri akan indoctrinated new intake dengan lagenda ‘Farah’ sampai tak pasal-pasal semua benda dikaitkan dengan Farah. Pagi-pagi nampak tong sampah jatuh berselerak depan dorm, kerja Farah, dengar kucing mengiau malam-malam buta, Farah tengah buat round. Sampai kalau tiba-tiba terputus bekalan elektrik, pun kerja Farah juga.

Sudah tentulah, Farah ‘bertanggungjawab’ di atas histeria berjemaah. Farah mengamuk kerana ramai pengotor, basically perkara-perkara yang berkaitan dengan sanitary pad. Salah seorang yang terkena histeria nampak Farah sedang mencangkung sebelah bakul sampah dalam dorm sambil jilat-jilat darah kotor pad.

Pada pukul 9:45 malam, Abang Sham dan teman-temannya menuju ke Dewan Makan dengan melalui koridor yang menghubungkan kelas dan asrama. Sewaktu melewati gazebo, Abang Sham nampak macam ada orang pakai baju hujan overall berdiri betul-betul di atas bucu tengah bumbung gazebo. Tak terlintas di minda kemistikan benda yang dilihatnya, Abang Sham pun menegur…

“Apa kejadah Rosman buat atas bumbung tu?”

Dia ingatkan Rosman security guard sekolah. Selalunya Rosman memang buat round waktu-waktu begini.

Bila rakan-rakan lain melihat ‘Rosman’ atas bumbung, tanpa berkata apa semua terus berlari selaju-lajunya. Dah tengok teman-temannya mencicit lari, Abang Sham pun membuka langkah sejuta. Sampai di Dewan Makan, dia dimarahi temannya…

“Apasal ko pergi tegur!”

“Kenapa pulak? Bukan Rosman ke tu?”

“Kalau betul la si Rosman,buat apa dia panjat benda alah tu? Nak buat apa kat atas bumbung tu?”

“Entah. Mana la aku tau”

Seorang rakan Abang Sham yang over excited membuat keputusan untuk memberitahu ketua aspura. Dipendekkan cerita, Abang Sham & geng dan majlis tertinggi aspura pergilah ke gazebo berserta Rosman yang bermati-matian kata bukan dia di bumbung gazebo sebentar tadi.

Rosman menyuluh bumbung gazebo dan tiada apa disitu. Sedangkan Abang Sham sendiri mula meragui samada apa yang dia nampak tadi adalah kes matanya salah adjust dalam gelap. Ramai pula senior-senior tiba-tiba mengakui kawasan gazebo itu memang keras kerana ada di antara mereka mempunyai ‘pengalaman mistik’ yang lebih kurang sama. Ada yang kata terasa diperhatikan lah, ternampak kelibat di tiang gazebo lah,apa-apa lah.

Gara-gara benda alah di atas bumbung gazebo, Abang Sham terlepas hidangan minum malam; teh tarik dan bubur kacang. Tapi tak mengapalah, dia dah kenyang tidur seharian lagipun.

Agaknya lama sangat tidur siang, susah Abang Sham nak melelapkan mata. Sedang dia memaksa dirinya untuk tidur,dia dikejutkan oleh laungan azan.Laungan datang dari katil paling hujung. Jika tadi seorang sahaja azan, ini dah berdua pula. Satu-satu lampu dorm terbuka diikuti dengan tetamu-tetamu dari dorm lain. Empunya katil double decker mengatakan katilnya bergegar dan orang katil bawah ternampak ada tangan dari luar tingkap menggoncang batang besi tiang katil mereka.

Beberapa minit kemudian,warden sampai di dorm dan minta semua pulang ke dorm masing-masing. Seorang senior kemudiannya membuat pernyataan yang mencetus kepada ‘gangguan-mania’ aspura untuk hari-hari mendatang…

“Rasanya makhluk di gazebo tadi dah ikut korang balik”

Dah rasa bersalah Abang Sham sebab dia yang pergi tegur tadi. Mula lah yang lain mengada-ngada tak nak tidur dalam dorm sebab takut. Akhirnya Abang Sham dan lain-lain diberi kebenaran untuk tidur atas lantai dorm dengan menyusun tilam secara memanjang.

Termasuk malam itu, dah dua malam Abang Sham tak dapat tidur.

Bahagian II akan bercerita tentang ‘gangguan-mania’ selama seminggu di asrama Abang Sham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:00 PM | Show all posts
you are the best @dammerung ....  vuvya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:11 PM | Show all posts
tahniah! cerita anda best! slalu baca cite antu, suma mcm familiar je.. tapi Mat Sentol tu best betul..
mmg terbayang2 hehe.. Rishi pn best.. pandai TT buat ayat2 sampai saya baca sambil dok bayang2 kan hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:08 PM | Show all posts
citer paling stylo pernah baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 10:39 AM | Show all posts
Edited by MissMoustache at 20-1-2016 10:44 AM

TT boleh tumpang cerita tak, aku tertarik dengan cerita Mat Sentol, aku suka dengar cerita orang2 yg masuk hutan ni, lagi2 pekerja balak, macam2 diorang jumpa and cerita2 misteri dari pekerja2 balak ni sangat lain dari yg lain.


Kalau Mat Sentol tu mintak makanan , yang ni ‘dia’ mintak perempuan

Cerita ni dicerita kan oleh abang kepada kawan aku, yang bekerja sebagai pemandu lori balak (lori hantu), pembalakan haram, tempat biarlah rahsia yer. Dan kawan kepada cik abang ni  yg menceritakan kisah ni kepada beliau, pekerja balak dalam hutan tu la kot, tak ingat.
( jika beliau tipu, maka tertipu lah kita yer )



Alkisah nya sebulan sekali, tauke balak akan membawa masuk perempuan2 cantik (pelacur) kerumah kongsi balak yang jauh terletak dalam hutan tu untuk dinikmati oleh pekerja2 balak disitu. Kata nya pekerja2 ni tak pernah mandi melainkan hari perempuan2 ni dibawa masuk, barulah mereka mandi dengan bersungguhnya….      yela .. ‘lauk’ dah nak sampai   


Tauke balak akan membawa lebih seorang perempuan daripada jumlah pekerja disitu, cth pekerja balak ada 30 0rang, so perempuan yg tauke balak akan bawak masuk ialah 31 orang. Yang sorang tu untuk benda tu la.


Tibanya malam yg dinanti, ada la beberapa pekerja yg membuat keputusan untuk mengendap ‘benda’tu main.. diorang Cuma nak tau apa posisi yg diguna pakai oleh ‘benda’ tu (bongok betul)


Apa yang diorang Nampak…. Yang naik atas perempuan tu bukan lah berupa manusia, tubuh berbulu ,mata merah, tangan menggerutu…. Bila dah siap main, ‘benda’ tu akan hilang jadi asap warna hitam, dan masa ni perempuan tersebut dah pun lena diulit mimpi.


Esok nya pekerja2 ni tanya la perempuan tersebut tentang rupa ‘lelaki’ yg ditiduri malam tadi
Kata nya ‘lelaki’ tu antara lelaki paling hensem yg ada dalam kalangan pekerja2 disitu

Itu yang perempuan tu rileks je, tak peduli dah hantu ke tak, janji duit masyukkk









Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:38 PM | Show all posts
MissMoustache replied at 20-1-2016 10:39 AM
TT boleh tumpang cerita tak, aku tertarik dengan cerita Mat Sentol, aku suka dengar cerita orang2 yg ...

gilo
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:44 PM | Show all posts
MissMoustache replied at 20-1-2016 09:39 AM
TT boleh tumpang cerita tak, aku tertarik dengan cerita Mat Sentol, aku suka dengar cerita orang2 yg ...

uih.................sanggup digauli oleh jin
tapi yalah...jin tu dah menyerupai lelaki hensem..serah jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 05:10 PM | Show all posts
BlackCarnival replied at 19-1-2016 09:19 AM
Best TT..memang tak pernah dengar cerita Mat Sentul tu...menarik2. Kadang2 dengar cerita benda yg sa ...

ehh lebih kurang kesah masa aku skolah dulu.. skola asrama.. biasala time2 tu nokia3310 kan mahal giler.. lagipun skolah tk kasi bawak handphone.. so yg mana ada pakwe asikla duk beratur bergayut kt public phone.. so ada kesah nie, masa tu sorg senior nie gayut, dia pusing ke arah lain. Pastu dia nak tukar posisi berpaling arah lagi satu, ternampak la ada kain putih bertanah2 dari pandangan dia kt dlm public phone tu, just nampak belah pinggang ke bawah je la lebih kurang sebab ada penghadang tepi tu.. dia ingatkan org tengah tunggu turn pakai telekung.. skali dia jenguk.. hamekkk cik pon tgh pandang dia.. dia nampak jelas muka cikpon buruk gilerrr berkudis2bernanah2, rambut panjang, lebat, kusut serabai..yg best tu, akak tu bole rilex cakap bye kat pakwe.. jalan slow2 trus balik bilik.. besoknya tahu2 parents dia datang bawak balik, demam.. masa tu kecoh 1 skolah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.369821 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list