CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 3-4-2017 09:58 AM | Show all posts
FUH, mmg jimak minda kisah kali nih. thanks bro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 10:04 AM | Show all posts
perghhh.. melopong bace, berdebar debar mcm kite pulak jadi ali. kesian dak ali... bertabah la ali..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"WOII SIAL!! KO INGAT KELAKAR KE HAH!!" LoL..tapi memang ekstrem la jembalang tu.bagusla pemaju seblum tu bankrup.sapa suruh kacau tempat tinggal dorang.reserve hutan lagi tu.korrupsi berleluasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 01:25 PM | Show all posts
Serammmm!!! Terasa macam termasuk dalam cerita ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 02:33 PM | Show all posts
cerita damm nih len dr yg laen...
aku skee sgtt..
xde la cerita pocong ke kak pon ke..
haha
cayalah..
xsangka byk lg antu dlm dunia nan fana nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 03:40 PM | Show all posts
menahan kentut aku membaca. rasa macam diri ni watak dalam cerita. terbawa2!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2017 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Siputjelly at 3-4-2017 05:06 PM

fuhhhh. tahan nafas aku baca.
kesian Ali. patutlah bangla2 tu tak datang.

kat fraser hill golf ke ?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 05:11 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 3-4-2017 09:02 PM

Kisah 34: Cerita Bersiri - Tangga Batu Di Hujung Padang (Bahagian I)

Si lelaki berusia lingkungan pertengahan 20an memakai kemeja off-white dan seluar coklat, khaki mungkin. Manakala disebelahnya, kemungkinan kekasih atau isteri kelihatan masih muda seperti pelajar sekolah menengah kelihatan senyum tersipu-sipu dalam pelukan si lelaki. Rohani melihat dari tingkap sisip pasangan itu beria-ria melambai-lambai ke arahnya.

Pelik. Siapa pula berdiri panas-panas tengahari buta ini? Rohani melihat kiri dan kanan. Rakan-rakan lain sibuk menyusun barangan masing-masing dalam locker. Aktiviti menyarung cadar pada katil baru terhenti separuh jalan kerana dia masih tertarik dengan pasangan yang masih melambai-lambai.

Hendak ditanya rakan sebelah, masih tak tahu nama. Maklumlah baru sahaja selesai pendaftaran masuk ke asrama dan diberi dormitori masing-masing. Nak tanya nama pun tak sempat lagi, kerana pelajar baru cuma diberi 20 minit untuk meletak barang, mengemas katil masing-masing kemudian ke Dewan Makan untuk minum petang dan taklimat aktiviti seterusnya.

Rohani mendekati tingkap untuk pandangan lebih jelas. Didapati pasangan tersebut berdiri di tangga batu mengarah ke padang besar. Kata Rohani, pasangan itu kemudian berhenti melambai dan wajah bertukar menjadi muram. Dari tingkat empat blok C Aspuri, Rohani melihat jelas wanita muda itu menekup wajah dengan bahu terhinjut-hinjut, menangis. Lelaki itu berpaling mengadap wanita dan mendakap sambil melentokkan kepala ke bahu pasangannya.

"Ape kejadah dua ekor ni?" Kata-kata Rohani untuk diri sendiri agaknya lantang sikit sampai rakan dorm sebelah menegur.

"Dua ekor ape?" Tanya pelajar berkulit putih cantik menawan yang masih tidak tahu namanya.

"Eh eh...err hai" Termangu-mangu Rohani dan malu pula ditanya sebegitu.

"Aishah, panggil Ecah je" Tangan dihulur dan disambut Rohani. Dalam hati terfikir bahawa 'Ecah' ini mungkin anak orang kaya kerana begitu lembut tangannya, macam tak pernah buat kerja dapur langsung. Berbeza betul dengan tapak tangannya yang dah macam tangan tukang kayu.

"Oh err Ecah eh...Rohani, tapi panggil Kak Long je ..ehhh!" Terkenal dengan sifat tomboy, Rohani kekok berkenalan ala-ala siaran drama melayu ni. Sampai nama manja di rumah pun terkeluar. Bila difikirkan balik, memang Rohani hanya dikenali sebagai 'Kak Long' di kampung, mana ada nama lain. Padahal malam tadi dia dah rangka-rangka nak perkenalkan diri guna nama apa, tak nak lah panggil Rohani, kampung, mungkin Ani? Anne? Roy?

"Haa KAK LONG!" Suara besar kedengaran dari belakang. Rohani menoleh ke belakang dan mendapati perempuan mungkin tiga kali saiznya merapati dia dan Ecah.

Kata Rohani, mungkin itu sesi suai kenal pertama di antara dia dan ahli-ahli dorm 13. Dari nak nama urban, terus melekat nama Kak Long. Lantaklah, sekurang-kurangnya terasa seperti di rumah juga lah. Tengah syok beramah-mesra, Ecah bertanya semula tentang 'dua ekor' tadi.

Rohani bergegas ke tingkap semula dan mendapati tiada siapa di padang.

"Tadi aku nampak ada couple lambai-lambai kat tangga batu tu" Terang Rohani. Semua melekat di tingkap cuba melihat siapa yang Rohani maksudkan.

"Couple senior kot" Kata Ida, wanita gergasi yang mula-mula panggilnya Kak Long tadi.

"Gigih betul beromen tengah panas buta ni" Sambut Ain, kecil molek berasal dari Melaka tapi mulut tiada insurans.

Suara lelaki dari PA mengejutkan mereka. Arahan keras meminta semua freshies ke Dewan Makan sekarang juga. Kelam-kabut lah semua bersiap turun ke bawah. Kata Rohani, macam biasalah minggu orientasi, abang-abang dan kakak-kakak fasilitator berlagak garang, sikit-sikit nak kritik tak tepati masa lah, itu lah, ini lah, the usual trope.

Hampir seminggu orientasi, Rohani semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama meskipun tak pernah duduk asrama sebelum ini. Mungkin di kampung dia dah biasa hidup berdikari membantu atuk dan nenek menguruskan empat adiknya. Cuma adalah terasa sedikit homesick waktu malam mengenangkan waktu-waktu begitu biasanya dia berkumpul satu keluarga depan TV di ruang tamu. Hari terakhir orientasi, freshies disuruh ke padang besar sekolah.

Sekolah tersebut ada beberapa padang tapi yang paling besar terletak di hujung sekolah bersebelahan blok C Aspuri. Padang itu biasanya digunakan kalau ada temasya besar seperti sukan daerah dan sebagainya, jadi kalau untuk aktiviti sekolah jarang guna padang besar. Pagi itu ada aktiviti riadah kerana semua pelajar baru akan dibagi-bagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Ditakdirkan akan jadi BFF agaknya, Rohani, Ecah, Ida dan Ain masuk dalam Rumah Kasturi (nama rumah sukan ikut nama 5 bersaudara). Tengah masih lagi excited dapat satu rumah, ditambah lagi excitednya apabila mereka dimaklumkan ada aktiviti Mencari Harta Karun.

Biasalah budak-budak asrama baru nak naik kan, tahu sahaja pagi itu ada treasure hunt, riuh macam budak sekolah rendah, baik lelaki, baik perempuan. Berkali-kali fasi minta semua bertenang pakai mikrofon. Bila dah reda sikit barulah peraturan-peraturan dibacakan.

"Minta semua pelajar Aspura dan Aspuri jangan sesekali pergi ke hujung padang, terutamanya di kawasan tangga batu itu" Kata Abang Rafee, ketua fasilitator dengan trademark bahasa bakunya, sambil menunjuk dengan tangan.

Rohani teringat akan peristiwa hari pertama. Kalau misteri pasangan kekasih itu masih berlegar di minda, kedudukan tangga batu itu lagi lah menambah kepada banyak lagi persoalan. Perasaan teruja Rohani tentang aktiviti pagi itu lenyap sebaik dia melihat tangga dari sudut lain

Tangga ialah penghubung dua destinasi berbeza ketinggian dan ia dibina dengan sebab. Tak ada tangga yang dibina tanpa tujuan tapi tangga batu di hujung padang belakang blok dorm Rohani memang aneh. Pertama, anak tangga paling atas (mengarah ke blok Aspuri) tidak bersambung dengan mana-mana koridor atau laluan pejalan kaki. Di belakang blok C Aspuri hanya tempat menyidai pakaian dan anak tangga hanya melukut di tebing rumput dan dipisahkan oleh pagar dawai. Kedua, anak tangga pertama (mengarah ke padang) diakhiri dengan longkang lebar dan dalam, longkang itu pun tidak bertutup menandakan kalau sesiapa menuruni tangga mereka terperangkap di anak tangga terakhir. Ketiga, kalau padang biasanya ada dibina struktur seperti tangga untuk jadi tempat penonton duduk, itu bukan perihalnya dengan tangga tersebut. Tangga itu hanya selebar, mungkin 1 meter dan tidak mempunyai penghadang. Dan terakhir, tangga itu seolah-olah dibina dengan rambang kerana tiada struktur lain di hujung padang selain dari blok C Aspuri yang terletak 100 meter jauhnya dari anak tangga. Tak tahu apa yang cuba dihubungkan oleh tangga tersebut.

Kata Rohani, tiba-tiba ternampak ada orang merangkak di tengah tangga. Walaupun berada beratus meter jauhnya dari tangga itu, dia bersumpah mengatakan dia betul-betul nampak ada orang atau sesuatu sedang merangkak naik tangga. Berkali-kali dia gosok mata dan masih nampak orang perlahan-lahan panjat dengan kedua belah kaki dan tangan, seolah terseksa betul dia nak panjat.

Tak puas hati punya pasal, Rohani keluar dari barisan dan pergi mengarah ke tangga untuk pandangan lebih jelas. Bila dah keluar dari ramai-ramai itu, dengan serius dan jujurnya, mata melihat lembaga hitam dalam keadaan merangkak dan dilitupi kain hitam sampai di atas dan memanjat pagar dawai dan kemudian berselirat seperti sotong kurita hitam di palang sidai baju sebelum melompat sepantas kilat naik ke bumbung blok C Aspuri dan hilang dari pandangan.

Terhenti nafas Rohani. Dia tak percaya apa yang baru dilihatnya. Sepanjang hidupnya dia tak pernah di ajar tentang hantu jembalang ini semua. Semasa kecil dia dah diterapkan oleh atuk dan nenek supaya tidak mempercayai perkara tahyul dan begitu juga adik-beradik lain. Rohani tidak pernah merasa takut berada sendiri di rumah kampung mahupun pergi ke belakang rumah yang bersebelahan tanah perkuburan (atuk Rohani mewakafkan tanah belakang rumah jadi tanah perkuburan). Malah kalau tengok cerita hantu di TV pun dia dan adik-adik boleh ketawa aja. Konsep paranormal memang tak wujud dalam diri Rohani tetapi bila dah tengok dengan anak mata sendiri, dia keliru.

Keliru bagaimana hendak reaksi kepada penampakan itu. Dia tahu apa yang dilihatnya tidak normal dan bukan kes tersalah tengok. Matanya masih tajam untuk mengenal pasti objek walaupun beratus meter jauhnya apatah lagi ada pergerakan oleh benda itu menandakan Rohani yakin bukan tengok kain hitam ditiup angin dan merewang-rewang di tangga.

Ia adalah sesuatu tetapi tak tahu apa bendanya. Tapi apa yang dia yakin, dia rasa tak sedap hati kerana naluri kuat mengatakan bahawa 'benda' itu berniat jahat.

"Siapaa yang tak masuk barisannn rumah tuuu" Suara Abang Rafee dari mikrofon disambut hilai tawa.

Bahu Rohani di tarik.

"Kak Long! buat ape kat sini! Malulah orang tengok!" merah padam kulit putih Ecah cuba menarik Rohani masuk semula ke barisan. Rohani seperti biasa dengan blur dia, terpinga-pinga masuk semula barisan. Sahutan tiga kali sebelum acara bermula tapi Rohani masih melihat ke arah tangga batu di hujung padang.

Dipendekkan cerita, semua berjalan lancar dan hampir sebulan Rohani di sana. Penampakan waktu orientasi pun semakin dilupakan. Masuklah minggu terakhir sebelum genap sebulan. Penggera berbunyi menandakan tamat prep malam. Rohani pulang ke dorm selepas minum malam di Dewan Makan. Biasanya malam Jumaat, Rohani, Ecah, Ain dan Ida akan melepak dulu di katil Siti dan Lin berborak-borak sebab besoknya Sabtu, jadi boleh lah tidur lambat sikit. Kata Rohani dalam dorm 13 Aspuri ada 12 orang menghuni 6 katil double-decker. Rohani sekatil dengan Siti dimana sepatutnya dia dapat katil bawah tapi tukar dengan Siti sebab katil bawah panas. Dalam 12 orang itu, Rohani hanya rapat dengan 6 orang ini aja. Lagi 6 samada ada clique tersendiri (jarang duduk dorm) ataupun buat hal sendiri. Disebabkan kipas dinding betul-betul sebelah katil Rohani, memang jadi tempat lepak lah dua katil double decker itu untuk geng Rohani, kena pula Lin sentiasa ada stok makanan.

Malam itu mereka merancang aktiviti outing besoknya. Di sekolah itu, outing untuk Aspura dan Aspuri bergilir-gilir Sabtu dan Ahad. Kalau minggu ini Aspura keluar Sabtu, makanya Aspuri outing hari Ahad. Jadi untuk minggu itu, outing Aspuri jatuh hari Sabtu.

Kedudukan sekolah di ibu negeri yang di antara dua bandaraya, tak banyak pilihan yang ada. Paling tak pun pergi pusat beli-belah berdekatan yang cuma ada Marrybrown. Tapi tak kisah pun, it's the moment with close buddies that matters. Masa tengah borak-borak, terkeluar cerita pasal hantu. Masa ini lah Rohani teringat pasal pasangan di tangga batu. Makhluk di tangga nampak hari terakhir orientasi itu Rohani tak berani nak ceritakan lagi kerana takut nanti orang cakap dia membohong pula.

"Korang ingat tak first day aku ada cakap pasal couple kat tangga batu?"

Ecah ingat, Ida ingat-ingat lupa, Ain langsung tak ingat manakala Siti dan Lin tiada di dorm masa itu (terus pergi Dewan Makan).

Untuk refresh semula, Rohani menceritakan apa yang dia nampak pada hari pertama. Kata Rohani dia macam segan-segan juga nak cerita sebab dia tak tahu selok-belok cerita paranormal. Mungkin kenaifan dan kejujuran Rohani bercerita membuatkan semua terpaku melihat tak berkelip mata. Masing-masing bertoleh ke cermin melihat ke tangga batu di luar. Kegelapan malam tidak menenggelamkan batu itu dari jelas dilihat bentuknya oleh enam gadis berusia 16 tahun itu.

"Kak Long, seram pulak aku tengok tangga tu lepas dengar cerita kau ni" Kata Ida montel sambil memeluk erat bantal peluk Siti.

"Korang nak dengar cerita pasal tangga batu tu tak?"

Melompat Rohani dan rakan-rakannya terkejut beruk tiba-tiba ada suara di tengah dorm. Aminah, gadis India Muslim yang sering bersendirian. Hari ini bersuara pula dia, tanpa makluman pula.

Dalam dorm yang gelap, Rohani melihat jelas rambut Aminah yang beralun panjang mengurai hingga ke pinggang. Baju kelawar yang dikenakan membuatkan Aminah kelihatan tua dari umurnya, seperti mak-mak orang.

Aminah tidak terkesan dari latahan dan jeritan rakan dormnya. Dia tenang di tengah dorm, tidak bergerak seinci pun. Tanpa menunggu respon dari Rohani sekawan, Aminah bercerita...

"Masa zaman Jepun dulu, sekolah ini jadi markas pemerintahan. Tapak blok asrama kite ni dulunya ialah stesen keretapi dan sebelum menyerah kalah, askar Jepun buat pesta pancung kepala orang. Mereka pancung kepala tu di belakang blok kite ni kat tempat sidai baju dan kepala yang telah dipancung akan di tendang jatuh bergolek di tangga batu kat luar tu"

Rohani dan rakan-rakan berpandangan antara satu sama lain. Dari segi kesahihan cerita memang cerita tipu lah kata Rohani. Pertama, sekolah mereka dibina sekitar 10 tahun dahulu, jadi mana datangnya askar Jepun? Kedua, tangga itu asalnya sebahagian dari struktur stesen keretapi, dari mana pula datangnya keretapi di kawasan ini? Kalau betul mesti ada bekas landasan keretapi.

Tapi dari cara ketenangan Aminah berdiri tanpa bergerak seinci pun cukup membuatkan dorm 13 hening dan seram. Mereka mula menjauhkan diri dari Aminah dan berlonggok di kepala katil. Kata Rohani, dah memang dasar orang Melaka agaknya, Ain bersuara...

"Kau cerita bohong abende ni Minah, mana ada hantu Jepun lah kat sekolah kite ni, tak sampai 10 tahun pun"

Naik sheikh pula si Aminah terus menjerkah ke Ain dan mencekik leher sambil menjerit.

"KO KATE AKU PENIPU HAH SUNDAL? KO INGAT AKU BOHONG MACAM KAU KE PELACUR?!! HAH!!" Kata Rohani, Ida yang besar itu pun tak terdaya nak leraikan. Ain pula dah tersekat-sekat nafas sambil kaki menendang-nendang betis dan peha Aminah. Sekali lagi Rohani tersentak. Dia terkejut apabila setiap kali Ain tendang Aminah, dengar macam bunyi kayu berlubang, macam ketuk buluh.

Lampu-lampu dorm senior di blok B menyala satu-satu. Sahutan suruh diam dan tidur bersambung-sambung. Matilah kita kata Rohani dalam hati. Suara-suara yang bertanya apa terjadi terdengar di luar. Pintu dorm di buka dan ketua Aspuri bersama Ustazah Fauziah, warden Aspuri menerjah masuk.

Kata Rohani, Ustazah Fauziah tak cakap banyak, terus lepuk je sorang-sorang pakai tapak tangan. Ketua Aspuri buka lampu, apa tercengang semua orang.

Darah bertakung di kaki Aminah dan berjujuran dari katil yang tilamnya kuyup dengan darah.

Okay, mungkin Aminah ini jenis banyak keluar darah waktu period, tapi takkan lah sampai melimpah-limpah? Macam perempuan bersalin pula.

Ustazah Fauziah dikenali sebagai singa betina bertempik memarahi Rohani dan yang lain. Tak pasal-pasal juga empat lagi penghuni dorm 13 yang tidur kat dorm gang Kelantan pun kena juga. Sambil marah, sambil tangan mencubit dan menampar ahli-ahli dorm 13. Kata Rohani masa itu dia betul-betul bengang dengan Aminah. Memang siaplah betina itu lepas ini kata Rohani dalam hati.

Selesai sesi maki-hamun, Ustazah Fauziah menyentap tangan Aminah keluar dari dorm, mungkin untuk dibersihkan sambil mulut tak habis-habis menceceh. Senior-senior Aspuri gangster yang pengkid pula menyambung sesi Ustazah Fauziah. Dah pukul 2 pagi baru selesai. Ida dan Ecah mop darah di lantai manakala Rohani, Siti, Lin dan Ain bersihkan katil dan tilam Aminah. Lagi empat orang baring di katil masing-masing tak menolong langsung. Masing-masing mata merah sebab kena marah, cubit dan rotan sambil tersedu-sedu. Paling kasihan si Ain kerana sampai bertanda leher dicekik Aminah.

Sebagai hukuman, satu dorm tak boleh keluar outing besok. Rohani berbaring tak boleh tidur. Dia menoleh ke sebelah lihat Ecah tidur. Mungkin tutup mata sahaja.

"Ecah..Ecah..Kau dah tido ke?" Bisik Rohani.

Ecah tidak membalas cuma mengerang. Empat ahli dorm yang bukan dari geng Rohani mula sindir-sindir suruh tidur dalam loghat Kelantan. Kalau tak kerana Ecah kata sudah-sudah lah, tidur aja, dah lama Rohani penumbuk empat orang itu.

Bunyi nafas rakan-rakan menandakan semua dah terlena. Kecuali Rohani yang pejam mata, guling kiri, guling kanan tak dapat tidur. Segar aja matanya.

"Sruuut...Sruuutt....Sruuutt" Terus Rohani buka kelopak mata sebaik dengar bunyi tersebut.

"Sruuut...Sruuutt....Sruuutt" Bunyi macam orang sedut air liur dalam mulut.

"Sruuut...Sruuutt....Sruuutt" Datangnya dari arah katil Aminah.

Katil Aminah bertentangan dengan Rohani. Perlahan-lahan dia berguling ke kiri, konon-konon masih tidur. Sebaik berada dalam posisi, dibuka sedikit kelopak mata.

Dalam gelap, Rohani nampak ada lembaga hitam sedang mencangkung menghadap tilam Aminah yang di dampar ke dinding. Mulut lembaga itu tirus macam kon dan ada benda terjulur keluar masuk menjilat-jilat kesan darah period Aminah.

"Sruuut...Sruuutt....Sruuutt"

Makhluk itu bercangkung macam katak dengan kedua tapak tangan memegang kepala lutut.

"Sruuut...Sruuutt....Sruuutt"

Rohani memejam kelopak mata seerat-eratnya. Penglihatannya gelap tapi bunyi sedutan itu masih jelas kedengaran. Rohani tak percaya dengan hantu tapi dia tak dapat elak dari rasa takut. Jantung berdegup laju. Nafas turun naik.

Bunyi sedutan hilang tapi Rohani masih tak berani nak bergerak. Peluh di belakang dah menitik-nitik.

Menangis Rohani apabila ada bunyi nafas betul-betul depan mukanya. Berselang-seli dengan bunyi berdehem, mengigil Rohani apabila dia dapat rasa hembusan nafas di kulit wajahnya.

Rohani tak sedarkan diri. Dia bangun pun setelah dikejutkan Ecah berkali-kali tapi dia bila cuba buka mata rasa berat sangat dan kepala berdenyut-denyut. Kelopak mata berbahang dan tubuhnya mengigil.

Rohani demam panas pagi itu.

(Bersambung)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 31-3-2017 11:04 AM
Kisah 33: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kejadian di Padang Golf

Ketika kegawatan ekonomi tahun ...

Macam pernah dengar je padang golf first concept night golfing. adakah area antara rawang-kl. coz ada utan simpan rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 11:39 PM | Show all posts
Cerita baru..yeayy..

Tetapi seremmm  
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 11:58 PM | Show all posts
Aminah tu macam something je
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:30 AM | Show all posts
Terbayang2 aksi mencangkung sambil sedut sruuuut sruuuut
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 09:13 AM | Show all posts
menakutkan     
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 09:22 AM | Show all posts
teringat pulak thread pasal tangga misteri dalam hutan tu
gigih aku buka reddit baca post asal pasal tangga tu dengan komen2 orang sekali
dekat komen pun boleh tahan cite memasing
terbaik la enche dam
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 11:55 AM | Show all posts
Aminah tu kena rasuk ka?
Adoii dok terbayang2 sedut darah sruuuut....sruuuut ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:51 PM | Show all posts
wow laju bam damm update.. makasihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 01:50 PM | Show all posts
dammerung replied at 3-4-2017 05:11 PM
Kisah 34: Cerita Bersiri - Tangga Batu Di Hujung Padang (Bahagian I)

Si lelaki berusia lingkungan ...

damn aku x paham nape ustazah tu masuk tetibe dtg pukul dorang?

yg kaki aminah berdarah2 tu sbb apa?


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:24 PM | Show all posts
Seramnya... meremang bulu roma baca... huhuhuhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:41 PM | Show all posts
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=su_04.htm

adakah ini padang golf yg dimaksudkan dalam cite ali tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 04:43 PM | Show all posts
huhuhu...seramnya cite kak long..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.133666 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list