CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 27-4-2017 10:30 AM | Show all posts
dah nak runtuh rumah damm ni alang2 habiskan la cite tangga batu sebelum benang baru damm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 27-4-2017 10:30 AM
dah nak runtuh rumah damm ni alang2 habiskan la cite tangga batu sebelum benang baru damm

Kena runtuh jgk ke? Xleh biar pjg berjela dlm 1 tred? Ke tred ade limitation page? Leceh plak tred yg bervolume2 nih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:37 PM | Show all posts
dammerung replied at 26-4-2017 12:57 PM
Thanks Ipo. Mungkin dah lebih setahun thread ni berjalan, teknik penulisan pun dah upgrade (upgrade  ...

eloklah dibukukan.. aku setuju je kalau tulisan berkualiti.. yg menyampah bila ayat sebaris dari twitter nak dibukukan.. letak kat 1 page gedabak, ayat seciput, ayat pon amek dari mana ntah.. membazir kertas

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 09:14 PM | Show all posts
Misteri sungguh la tangga batu tu
Siap ada penunggu

Mokcun pun nak beli buku hang, nanti habaq mai naa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun aritu nak jugak menegakkan benang yg kering bahawa cerita damm adalah benar sbb kutip dr pengalaman org. Tp since org tu mengalami sendiri ataupun tipu, aku xjadi nak menegakkan benang yg kering. Hahaha..

Damm... Bukan sekali dua aku nak promot cerita ko kat fb aku tu.. Tp sbb aku malas nak kwn2 fb tau nikname aku dlm ni, maka aku diam2 kan aje.. Lgpun aku xnak page2 laparkan bahan cerita mcm penmerahpenbiru tu amek cerita ko & glemer sendiri, macam kes JC.

Mmg paling senang, ko bukukan aje. Then baru org tau ko penulis hebat & dah banyak rupanya hasil karya yg dah ditaburkan pada kitorg yg laparkan penulisan hebat mcm karya ko..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pr3ttytw33ty replied at 27-4-2017 02:29 PM
Kena runtuh jgk ke? Xleh biar pjg berjela dlm 1 tred? Ke tred ade limitation page? Leceh plak tr ...

Selalunya lepas 100 pages kena lock dan buat thread baru. Yg lock tu momod. Kalau mod tak lock teruskan lah sampai bape page pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2017 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyy damm nak buat buku... Klu publish under buku fixi menarik gak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 08:26 AM | Show all posts
terus jeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
aerolz replied at 25-4-2017 06:45 PM
Huhuhuu. Agak2 rupa dia ada mcm poc kot. Hahahhaha. Memang scary.

Huhu..mcm cik poc tu ker, teringat zaman kerja kt melaka dulu satu perkuburan yg keras biasa ada mende alah ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 26-4-2017 12:57 PM
Thanks Ipo. Mungkin dah lebih setahun thread ni berjalan, teknik penulisan pun dah upgrade (upgrade  ...

Tak kisah la damm cerita rekaan atau benar yang penting ada logikanya dan cara pengolahan pun best dan menyeramkan

Good job
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 11:52 AM | Show all posts
doubleA replied at 27-4-2017 11:11 PM
Selalunya lepas 100 pages kena lock dan buat thread baru. Yg lock tu momod. Kalau mod tak lock ter ...

harap2 dam dapat sambung la sebelum masuk page 100

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 04:15 PM | Show all posts
terima kasih dam sebab update.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 26-4-2017 12:57 PM
Thanks Ipo. Mungkin dah lebih setahun thread ni berjalan, teknik penulisan pun dah upgrade (upgrade  ...

Akhirnya..abam @dammerung buat buku.. dah ada di pasaran roger2 kami di sini   
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 07:24 PM | Show all posts
sambungan @dammerung .. teringat pulak zaman2 hostel yang tak berapa nak best masa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 02:30 PM | Show all posts
tak sabarnya nk tunggu buku abg damm...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq damm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 28-4-2017 11:52 AM
harap2 dam dapat sambung la sebelum masuk page 100

Yup. Hopefully cepat damm sambung. Next benang pun kena include index macam post#1 juga senang sket klik terus boleh baca  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2017 09:59 AM | Show all posts
Cerita Bersiri - Tangga Batu Di Hujung Padang (Bahagian Akhir)


Ecah berdiri di tengah koridor sambil melambai-lambai ke arah Rohani.

Dipejam mata rapat-rapat kemudian dibuka semula.

"Kak Long"

Ya Allah kata Rohani. Kalau tadi hanya Ecah, kini Ida, Ain, Siti dan Lin pula tengah melambai-lambai ke arahnya.

Kata Rohani, tak tahu kenapa, dia seolah-olah terpana dengan kemunculan kawan-kawan di depan mata. Tak terlintas dalam kepala kepelikan situasi tersebut apatah lagi reaksi semulajadi yang sepatutnya menyuruh dia ambil langkah seribu.

"Wei korang" Balas Rohani mesra. Dia berlari-lari anak menuju ke arah mereka, makin dekat makin rancak ajakan teman-teman untuk menyertai mereka. Agaknya Tuhan masih sayang kepadanya atau pun memang nasib dia baik, satu jeritan mematikan langkah Rohani.

"JANGAN LARI!" Teriak seorang lelaki dari belakang.

Derapan tapak kaki menandakan orang berlari di lantai koridor tetapi seluruh tubuh Rohani kaku, nak menoleh kepala pun tak boleh. Di depan, rakan-rakan rapatnya panik menyuruh Rohani datang ke mereka.

"Cepat Rohani! Datang sini! Cepat!, Cepat!" Begitulah kata Ecah, Ida, Ain, Siti dan Lin padanya. Dia mahu menyuruh rakan-rakan datang menolongnya tetapi suara tersekat di kerongkong.

Satu rentapan di bahu kiri dan sepantas kilat tubuhnya melayang ke belakang. Kata Rohani dia tercampak ke lantai dan mendapati dua orang lelaki sedang berhadapan dengan rakan-rakannya.

Seorang wanita datang memapahnya bangun.

"Perlahan-lahan bangun, ada rasa sakit-sakit tak?" Tanya Kak Wan dengan suara lembut. Risau kalau Rohani ada patah riuk ke sebab di tolak sebentar tadi. Selain dari rasa kepenatan dari berlari sana-sini, tak ada rasa sakit di mana-mana bahagian tubuhnya.

Semasa dibangunkan, sempat dia melihat ke hujung koridor. Terkejut Rohani apabila mendapati makhluk hitam bermuka tenggiling berdiri di tempat dimana rakan-rakannya berada sebentar tadi.

"Dah, jangan tengok, jangan tengok" Kata Kak Wan sambil memaksa Rohani beredar dari koridor tersebut.

Dalam perjalanan menuju ke arah Dewan Makan, Rohani teragak-agak mahu bertanya tentang nasib lagi 4 orang itu. Dia tak nak lah gara-gara bertanya nanti tak pasal-pasal yang lain terheret sama.

"Kenape Rohani pergi ke padang besar tu?" Tanya Kak Wan.

"Errr.." Rohani masih tak terfikir apa jawapan paling selamat.

"Takpe, yang penting kamu tak apa-apa" Kata Kak Wan lagi.

Dah pembantu warden cakap begitu, Rohani lega. Tak perlu dia susah-payah cover line orang lain. Ingatkan mereka kembali semula ke Dewan Makan tetapi Kak Wan membawanya pergi ke arah Ruang Guru.

Masuk ke dalam pejabat guru, terdapat ramai guru-guru di dalam. Mereka hanya memandang Rohani yang dibawa terus masuk ke dalam pejabat Pengetua. Dalam pejabat tersebut dia diminta duduk di ruangan sofa yang dikhaskan untuk tetamu.

Kata Rohani, ketika itu ada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Displin dan lagi dua orang lelaki berserta seorang wanita yang tidak dikenali. Dia ditanya tentang keadaannya sekali lagi dan diulang semula jawapan bahawa dia tak ada apa-apa.

Tanpa memperkenalkan dirinya, wanita tak dikenali meminta Rohani menceritakan dari awal, A to Z semua penampakan di asrama. Maka Rohani pun menceritakan semua tanpa meninggalkan satu pun apa yang pernah dialami.

Selesai cerita, semua di dalam bilik berpandangan antara satu sama lain dan kemudian mengangguk-angguk seperti ada satu kesefahaman di antara mereka.

"Rohani ada cerita ke siapa-siapa?"

"Tak.."Jawab Rohani pendek kepada pertanyaan wanita separuh abad tetapi kelihatan seperti orang penting. Wanita itu kemudiannya bangkit dan duduk di sebelah Rohani. Sewaktu wanita melabuhkan punggung, Rohani betul-betul rasa tak selesa, seperti apa yang akan keluar dari mulut wanita itu akan membuatkan dia dalam dilema.

Betul sangkaannya, wanita itu memujuk supaya Rohani melupakan segala penampakan di asrama dan tidak memberitahu sesiapa pun. Kata Rohani apa yang membuatkan darahnya berderau apabila dia dimaklumkan akan perkara ini;

"Kalau Rohani melanggar janji supaya merahsiakan perkara ini, saye tak boleh jamin masa depan Rohani ye" Kata wanita itu sambil memegang tangannya dengan erat.

Rohani mengangguk. Perasaan bercampur baur, marah, takut, sedih dan keliru membuatkan dia tak mampu bersuara.

Ustaz Ali dan Ustazah Fauziah masuk ke dalam bilik Pengetua. Rohani disuruh pergi ke Kak Wan yang sedang menunggu di luar. Sedang dia keluar dari bilik, terdengar sedikit perbualan orang di dalam.

"Dah settle masalah si celaka itu?" Suara pengetua kedengaran sewaktu Rohani di muka pintu.

"Dah Tuan Haji" Suara Ustaz Ali menjawab.

"Ini betul dah diuruskan lagi ke? Saye tak nak bende 3 tahun lepas jadi balik..." Jelas pengetua lagi.

Kak Wan menyambut Rohani di ruang menunggu dan tanpa bertanya apa, dia dibawa pulang semula ke Dewan Makan.

Keadaan masih huru-hara, beberapa pelajar yang terkena histeria dah dapat ditenangkan dan dibawa naik van. Kak Wan menyediakan minuman teh susu dan biskut kering yang disediakan pihak pengurusan asrama kepada mereka yang tersangkut di Dewan Makan.

Rohani minta kebenaran untuk pulang ke kampung halaman selama beberapa hari untuk menenangkan perasaan. Pihak sekolah juga tidak banyak soal dan meluluskan 'cuti' sehingga hujung minggu. Dia pulang ke kampung hari itu juga dan sewaktu melangkah keluar dari pagar sekolah, Rohani nekad untuk tidak kembali lagi ke sekolah tersebut.

Dipendekkan cerita, keluarga akhirnya akur dengan keputusan Rohani untuk kembali bersekolah di kampung. Urusan pertukaran sekolah diuruskan oleh atuk dan Pak Ngah. Meskipun terpaksa berdepan dengan kata-kata belakang jiran-jiran, dia lagi sanggup menelan semua itu dari bermalam hatta satu hari pun di asrama sekolah.

Sepuluh tahun kemudian, tahun 2003, Rohani diterima bekerja di JB sebagai guru, bersesuaian dengan statusnya sebagai lulusan maktab perguruan. Pada satu hari, dia menerima friend-request di MySpace. Alangkah terkejutnya apabila mendapati Ida , bekas dormmate menghubunginya semula. Bermula dari bertukar cerita dan sebagainya, mereka jadi rapat semula. Menurut Rohani, sepanjang dia bertemu semula dengan Ida, tak pernah sekalipun pengalaman di asrama menjadi topik perbualan walaupun bertalu-talu soalan dari Ida setelah mengetahui Rohani juga meninggalkan sekolah tak lama selepas itu.

Mereka bertemu semula akhirnya ketika Rohani menjalani kursus di KL dan ketika melepak itu entah macam mana Ida menawarkan Rohani untuk bermalam di rumah saudara jika dia berminat untuk kembali melihat sekolah lama mereka. Tak pasti samada Ida benar-benar serius atau saja bergurau, Rohani terus bersetuju.

Penghujung tahun 2004, Rohani tiba di depan sekolah lamanya. Nostalgia juga melihat bangunan-bangunan yang masih ada cuma di cat baru. Terdapat beberapa juga bangunan baru yang dibina. Rohani tahu dia tak mungkin akan dibenarkan mundar-mandir di dalam kawasan sekolah kerana musim cuti sekolah waktu itu. Tapi dia teringat bahawa padang besar di belakang sekolah ada pagar yang boleh di akses dari luar kawasan sekolah.

Sebaik tiba di luar padang besar, didapati ada pagar dibina memisahkan padang dan sempadan sekolah.Pagar selatan padang itu juga telah dirobohkan untuk memudahkan ia digunakan oleh orang ramai. Padang tersebut telah dinaik taraf dengan fasiliti-fasiliti senaman dan juga padang permainan moden. Trek jogging juga telah dibina. Rohani tak buang masa untuk memasuki perkarangan padang dan tujuannya cuma satu;

Melihat apa jadi dengan tangga batu di belakang asrama.

Bangunan Blok C sudah dirobohkan dan diganti dengan gelanggang serbaguna. Dari jauh dia lihat Blok B masih wujud. Semakin hampir, tak pasal-pasal pula makin berdebar-debar jantungnya.

Langkah Rohani terhenti di tepi longkang besar yang kini sudah dibina benteng konkrit dan ditutupi krat besi. Terdapat astaka dibina berhampiran bekas tapak Blok C dan dari keadaannya kelihatan ia baru digunakan untuk acara baru-baru itu.


Itu semua tidak dipedulikan oleh Rohani kerana matanya hanya tertumpu pada satu struktur yang masih utuh. Segala pengalaman ngeri yang dipendam bertahun-tahun memancar keluar satu persatu.


Tangga batu itu masih wujud. Tidak berubah sedikitpun seperti apa yang dilihatnya lebih dari 10 tahun dahulu. Cuma itu adalah kali pertama dia begitu hampir dengan tangga itu setelah sekian lama.


Jiwanya membuak-buak menyuruh dia mengambil langkah menaiki anak tangga batu tersebut. Mengenangkan dia dah datang jauh-jauh semata-mata mahu 'bersemuka' dengan tangga itu, diteruskan niatnya.


Setapak demi setapak menaiki anak tangga, hingga tiba di anak tangga paling atas. Ketakutan dalam hati bertukar lega dan berakhir dengan ketenangan apabila tiada apa pun terjadi padanya. Dia berputar-putar melihat pemandangan dari perspektif tangga, tiada apa yang menarik tetapi tetap menarik baginya kerana pengalaman lampau berkaitan tangga batu itu.


Rohani duduk menopang dagu. Niatnya untuk menikmati beberapa minit mengenang kembali memori zaman sekolah, walaupun tak lama tetapi kenangan bersama Ecah, Ida, Ain, Siti dan Lin tetap diingat sampai bila-bila.


Dia tersenyum sendirian dan berdiri sambil menepuk-nepuk punggung menghilangkan debu-debu. Dengan ceria Rohani menuruni anak tangga dan sebaik tiba di krat besi, satu suara menegurnya dari puncak tangga.


"Eh dah nak balik dah?"


Rohani pantas menoleh ke belakang dan mendapati sepasang kekasih yang amat dikenali wajah mereka saling berpelukan di anak tangga teratas melihat ke arah Rohani. Mereka tersenyum, menayangkan gusi tidak bergigi...


(Tamat)
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2017 10:30 AM | Show all posts
Dengan berakhirnya Kisah 34, aku ingat nak ambil time-off dulu dari update thread. Ini kerana aku nak settlekan draf manuskrip Yurizawa terlebih dahulu. Kalau aku ada masa (read: rajin) aku akan update thread ini sewajarnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.217700 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list