CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 31-12-2015 04:45 PM | Show all posts
dammerung replied at 31-12-2015 04:02 PM
recording cerita si Rishi ni adala dekat 2 jam, berselang-seli dia borak kat handphone dengan member ...

ini yg btambah kemusykilan ni....apa sebab switch off fuse box pn xtau kan...

xsabar nk tggu smbungan...

TT, apek tua tu dan rumah tu masih ada lagi ka la ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
eeee hantu Cina ke

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 31-12-2015 04:02 PM
recording cerita si Rishi ni adala dekat 2 jam, berselang-seli dia borak kat handphone dengan member ...


Seramnyaaaa. Dah lama tak baca story level ni. Teruskan menuliss
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 06:37 PM | Show all posts
kipidap tt....sambung lagi citer...........
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
seram ... dah lama tak baca cerita seseram mcmni siap terbayang bayang.. keep it up.. teruskan update secepat yg mgkin!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 09:51 PM | Show all posts
area Bukit Tunku ni memang angker..
rasanya ada thread pasal bukit Tunku ni...
rumah berhala tu salah satu yang menyumbang keangkeran..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2016 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts


Macam familiar je nick tt nih..
Dedolu selalu share cerita best kat mps gak rasanye....
Kalau ye...welcome back..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 01:34 AM | Show all posts
Ok yang ini rare.Tapi kenapa perlu guard kan?Biar ajelah hantu mama tu bercikcur sampai pagi dalam tu.Oh ok mungkin apek tu takut rumah tu terbakar ke apa sebab hantu tu suka main karan.Musykil jugak kan sebab switch dia sentiasa on balik walau sudah off sebelum tu.Maknanya hantu tu boleh on kan sendiri.Jadi apa perlu off?Hahaha..takpelah permainan duniawi syaitan aje tu untuk mengelirukan ummah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2016 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Best ...teruskan tt...tp  kalau dh asik tutup dia on balik...baikla biar je on sampai pg...mcm la dia x boleh berjimba dlm gelap..tp mungkinla apek takut bil tinggi...

Kisah ni teringat kat satu rcgn paranormal ntv7 dulu...dorg lawat satu rumah famili cina yg dh tinggal..rumah cantik...design moden..tp kosong pasal ada hal terjadi dlm rumah tu x silap anak perempuan dia kena bunuh dlm tandas rumah tu..& tandas tu pun dorg kunci...termasuk bilik tidur budak tu sampaila rumah tu jd teruk di makan usia...takde siapa usik...so bila pengacara ni sampai dgn tokmoh cina ni ... Adala kerusi rotan lama mcm org2 kampung suka guna tu..tokmoh masuk2 terus mengeluh sbb nmpk nenek tua tgh baring atas kerusi tu...terus trbyg rupa nenek kebayan...seram..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:01 AM | Show all posts
seramnyeh.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 02:09 PM | Show all posts
Aa kalau suis tu asik on tiapkali off, apa perlunya dia off kui 2 tiap hari..konfius..

tggu cerita lg..jgn la tggai tred lama2 tt ... nak ulang baca , takuttt...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah tu x perlu guard sebenarnya sbb hantu tu dah jd guard dlm rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
we want more, we want more (pom pom gurl) best citer ni, cecepat hapdate ye tt
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yess aku pun terbayang 'mama'

Goshhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Skerinya citer rishi tu..huk..huk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 31-12-2015 04:02 PM
recording cerita si Rishi ni adala dekat 2 jam, berselang-seli dia borak kat handphone dengan member ...

Hanat betol...berdebor2 aku bca tau x...siap blh terbayang cm dlm filem...blh tgh baca part yg antu tu aku leh terkejut...puiihh...citer ko best..aku nk lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2016 02:16 AM | Show all posts
woddy replied at 31-12-2015 03:25 PM
oky seram....berjaya membuatku terkedu.....

Aku pun speechless jap.... Kol 2 pg membacanya... Bagus cite tt nih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 04:39 PM | Show all posts
Kemon TT. Cerita lagi. Jarang jumpa cerita dengan penulisan yang baik dan teratur dan tidak menggunakan ayat SMS ni. Tahniah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:57 AM

Kisah Rishi Si Pengawal Keselamatan Bahagian II

Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!!

Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7.

Suatu weekend, apek tua called minta dia datang pagi sebab ada orang nak mesin rumput. Rishi datang pagi tu buka gate, ada Bangla dua orang dah tunggu dengan mesin rumput.

Masa ni Rishi dah tak pinjam motor member, dia sewa kereta je setiap minggu. So lepas buka gate Rishi cakap dalam pukul 3 dia datang balik, kalau dah settle, boleh pulang terus tak payah tunggu.

Pukul 3, Rishi sampai tengok rumput-rumput kering bertebar kat laman tak berkaut dan mesin rumput dua biji kat parking bay rumah. Bangla-bangla nya hilang. Disebabkan takde contact number, terpaksalah Rishi menunggu. Lebih kurang dekat pukul 4, baru nampak batang hidung.

Rishi marah lah sebab kena tunggu lama, dia tanya apasal tak settle lagi.

And then, Bangla-bangla tu tanya..

Tuan rumah ni sakit ke?

Rishi cakap lah, sakit apanya? mana ada orang dalam rumah ni.

Then Bangla tu cerita diaorang terdengar orang menangis dalam rumah. Mula-mula menangis biasa je, tak lama lepas tu dah start meraung. Rasa serba salah pulak Bangla dua orang ni sebab macam ganggu privasi tuan rumah. Sebab lama sangat meraungnya, Bangla ni suspek ada something wrong, mana tau cry for help ke apa kan, so dua orang ni pergila ketuk pintu. Bila ketuk pintu, lagi kuat meraungnya.

Bangla-bangla terasa menganggu agaknya dengan bunyi mesin rumput dan decided untuk break kejap dengan niat mungkin orang tu akan cool down kejap lagi.

Tapi bila suara yang menangis tadi tiba-tiba tergelak, dua Bangla ni ambil keputusan lebih baik blah dulu dan tunggu sampai pukul 3 time Rishi datang semula. Rishi cerita yang Bangla tu cakap masa menangis suara perempuan, tapi masa tergelak tu kejap suara lelaki, kejap suara perempuan. Bukan macam ada dua orang tergelak tapi suara yang sama bertukar-tukar jantina.

Rishi pergi ketuk pintu tanya siapa ada kat dalam dan seperti dijangka tiada jawapan. Lepas marah-marah dan berlagak boss lebih kurang, Bangla-bangla tu kasi settle kerja diaorang dan balik.

Pagi tu Rishi singgah rumah macam biasa untuk tutup suis fuse box. Sebelum nak blah tu, dia rasa curious dengan cerita Bangla tadi, so dia cari batu dan baling ke atas bumbung beberapa kali. Lepas dah macam confirmed tiada apa-apa, dia masuk dalam kereta nak balik. Baru nak tutup pintu, pintu dalam rumah dihempas kuat.

Rishi keliling rumah buat checking. Check fuse box, ok dah tutup. Check pintu depan, berkunci, check pintu belakang pulak, ok  berkunci. Kemudiannya dia tinjau kat tingkap dapur. Sambil tinjau, Rishi suluh ke dalam dengan lampu suluh. Di sinki ada beberapa pinggan dan cawan plastik.

Di panjang lagi suluhan dari dapur terus ke ruang tamu.

Menurut Rishi, dia nampak ada lembaga hitam berbentuk manusia sedang bercangkung. Sekali lihat pada mulanya Rishi ingatkan perabot. Tiba-tiba "perabot" tu mula berayun (rocking).

Masa tu Rishi yakin ada orang dalam rumah sebab bagi dia, kalau rupanya macam orang, bentuk badannya macam orang..so oranglah! Lagipun benda alah tu ada kaki dan hantu mana ada kaki!

Rishi ketuk-ketuk tingkap pakai cota. Makhluk tu tak menjawab dan terus buai-buai badannya. Tanpa buang masa Rishi capai handphone dan call apek tua.

Mula-mula tak di angkat, Rishi call lagi, masih tak angkat. Kemudian Rishi di call oleh apek tua dan seperti biasa marah-marah ingat Rishi terlupa lagi. Tak endahkan bebelan apek tu, Rishi bagitahu kat dalam rumah ada orang dan dia sedang melihatnya sekarang.

Rishi masih ingat apek tu hanya mengeluh "haiyaa..." dan tak bersuara lama sampai Rishi cakap hello beberapa kali.

"Rishi, you switched off the board already ya?"

"Yes boss"

"You go home then"

Ketenangan suara apek tu buat Rishi lagi nak tau pasal benda dalam rumah. Dia cuba bakar sikit...

"Boss..I call the police okey?"

Apa melompat apek tu dan warning Rishi supaya tak mengada-ngada nak call polis bagai.

Rishi "paksa" apek tu cerita juga apa kes rumah ni sebenarnya. Dia justified dengan argument yang ikut agreement Rishi guarding rumah takde orang.

Sampai la apek tua tu give up dan cuma bagitahu, itu "security guard" untuk dalam rumah.

Walaupun masih tak puas hati dengan jawapan yang diterima, Rishi dah malas nak panjangkan isu ni. Lagipun dia nak balik tido.

Di suluh lagi ke makhluk tadi sebaik hang up handphone dan hanya lantai simen yang kelihatan. Rishi cuba suluh seluruh ruang dalam rumah mencari makhluk mencangkung tadi.

Bunyi tapak kaki berlari di lantai kedengaran di bahagian bilik. Rishi dekatkan telinganya ke tingkap dan dia dapat dengar dengan jelas bunyi pintu di buka, bunyi orang berjalan dan bunyi seakan seseorang menghempaskan badan ke tilam spring.

Kemudian ada ketukan di tingkap dapur dan Rishi dengan pantas menuju ke sana, only to be greet dengan wajah yang sama di bahagian transparent tingkap dapur tersebut.

Anak mata makhluk tu terpaku ke arah Rishi dan mengekor aja pergerakannya.

Rishi ni boleh pulak cabar-cabar benda alah tu. Dia panggil-panggil pakai wei, hoi, wei...dan ajak keluar pakai tangan macam nak bergadoh.

Tiba-tiba makhluk tu tekap mulutnya ke tingkap sambil menganga. Rishi cakap lembaga tu takde gigi, gusi aja melekap sambil lidahnya menjilat-jilat cermin.

Buat pertama kali, Rishi merasa takut. Takutnya itu sampai kakinya terkunci dan terjatuh ke belakang. Rishi cakap yang paling seram bila tombol pintu dapur berputar-putar macam orang cuba buka dari dalam.

Masa ni Rishi dah terjerit-jerit minta tolong, tak kisah la takde orang dengar pun, sebab dah takut teramat sangat. Dipaksa kakinya bergerak sampai tergali tanah kerana dikuis kakinya.

Bila dah boleh bergerak, Rishi berlari ke kereta dan cepat-cepat meninggalkan rumah. Pintu gate tak dikunci dan Rishi tak peduli dah.

Semenjak dari hari itu, Rishi dah tak berani nak dekat dengan rumah berhala itu dan cuma lepak kat post guard. Setiap kali time kena tutup suis, dia layan wiski murah yang beli kat KK mart tu sampai mabok then baru pergi tutup suis.

Next time aku cerita macam mana si Rishi ni kena fired gara-gara rumah hantu itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 09:51 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 2-1-2016 08:54 PM

entah2 apek tu membela tak?
security guard dalam rumah tu...sebenarnya belaan apek tu..

kalau aku la........malam tu jugak cabut balik..resign terus
dengan lidah terjelir jilat tingkap tu...seram wei...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.118648 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list