Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
323831
View
2694
Reply

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 5 Oktober 2017)

  [Copy link]

Author: dammerung    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 5-1-2016 12:09 PM | Show all posts
wahh terbaekkkkk punya cite
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk lagiii..plizzZzz
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:43 PM | Show all posts
dammerung replied at 4-1-2016 02:23 PM
Bahagian Terakhir Kisah Rishi si Pengawal Keselamatan.

Rentetan bagaimana Rishi di pecat bermula  ...

cerita ni lebih kurang sama cerita dgn guard nepal yang aku jumpa kat bukit tunku dan pernah aku cerita dlm thread aku dulu.

Bezanya nepal ni jaga banglo t.s.y yang meninggal kemalangan helicopter. Guard Nepal ni juga bawak kitorg masuk dalam rumah ronda dan tunjuk structure dalam rumah. Tapi yes, gaji mmg lumayan. Tak silap aku, nepal tu dibayar RM4,000 sebulan kot.

Gangguan pun hampir sama, benda tu mengaco dekat pondok guardhouse sampai nepal tu nak tdo pun tak tenang. Tapi mmg guard nepal diakui hati kering. Masa aku jumpa dia pun masa aku nak mencari hantu. Dia relax jer duduk dlm gelap sambil main pisau rambo. Hehe.. Nasib baik kawan aku ni singh so boleh berborak dgn guard tue.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nice story tt..memang menyeramkan. kalau dgr depan2 mungkin lagi serammm
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:51 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 3-1-2016 03:19 PM
Paling mistk ngan misteriusss...apsal kena switch off kul 2?kalau lalai apa jd?
Apa kesan kat a ...

Yang aku lagi pelik la kan, seniyur..apsal yang ju-on tu tak mengawal lua dan dalam rumah? dah apek tu sendiri dah admit mendealah tu 'security guard'?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:10 PM | Show all posts
thoyol replied at 5-1-2016 03:43 PM
cerita ni lebih kurang sama cerita dgn guard nepal yang aku jumpa kat bukit tunku dan pernah aku c ...

tepek la blk nk bc
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:35 PM | Show all posts
kulit putih pucat sampai nampak urat-urat hijau berselirat kat wajah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:57 PM | Show all posts

Nah, utk ko. Tapi aku ter'up' plak bab gaji. Time tu cerita RM 2,000 je. Hehe..


pee3: yup, last time I went there, it is empty. Kalau di tengok dari interior and exterior, everything almost 80 -90% siap tapi tak tahu kenapa tak abiskan terus pembinaan. Rumah tue still bawah nama family dia and dia letak guard sebab people datang siang2 utk ambik kayu2 and lampu dalam tue.


Menurut guard Nepal tue, ada case yang sorang perempuan believed to be Indon maid dibunuh di tempat lain dan dicampakkan ke dalam tingkat atas rumah tue. We even went to the spot guided by the guard.  So every nite and then, perempuan tue akan menangis and tunjukkan diri dia kat area rumah tue tapi mostly kat dalam jer. Guard tue pun siap ajar cara nak tengok perempuan tue. Just simply bogel and tunggu kat dalam rumah. Dalam 10 minit mesti pompuan tue datang.  Gersang kot. Haha..

But then again, we declined the offer sbb kitorg tak nak masuk bab menyeru tue. Kang dia ikut, mati kering nanti. So we took a tour pusing dalam rumah tue sampai ke tingkat 3/bumbung. Boleh nampak view KL, cantik. Sepanjang masuk dalam rumah tue, mmg boleh nampak yang guard tue a bit nervous and asyik tengok belakang.

The only weird thing is, aku turun nombor 3 belakang guard sbb aku ada torch light tapi kawan aku yang belakang sekali bersumpah yang aku ada kat belakang dia. (selalunya aku ada kat belakang or second last) Dia nie penakut skit tapi dia just dengar aku macam batuk-batuk n tersenyum kat dia. So dia turun dengan perasaan tenang jer. Bila sampai kat entrance, kitorg buat headcount and dia terperanjat bila aku dah ada kat depan.

Tapi kitorg bincang benda nie kat mamak lepas trip tue sbb kitorg takkan tegur benda2 pelik masa kat tempat lawatan. Aku pun terkejut and takut gak. Selain daripada orang cari hantu, ramai gak orang mabuk and nak wat projek datang kat area tue menurut kata guard tue. So mostly org yang nak cari hantu/mabuk/wat projek, diorg akan blah bila nampak guard tue. Lucky for us, ada org yg bleh berckp dgn guard tue. Hehe..

Menurut guard tue,kalau pukul 2 pagi ke atas, dia memang tak boleh tido dalam post guard dia. Sbb kalau dia tertido, perempuan tue akan datang and kaco dia dengan cara himpap or cakar-cakar.  Perempuan tue pun selalu bergayut kat pokok tepi pondok guard n menangis kat situ. Dah la dia citer time aku bebetul bawah pokok tue.. Guard tue siap citer yang gaji dia jaga dari pukul 8 mlm sampai 6 pagi is RM 2000 sebulan tapi kena sorg2. Heh, menyebabkan aku terasa nak keja part time je dgn gaji masyhuk macam tue. Tapi hati kena kering lah. Hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 05:04 PM | Show all posts
thoyol replied at 5-1-2016 04:57 PM
Nah, utk ko. Tapi aku ter'up' plak bab gaji. Time tu cerita RM 2,000 je. Hehe..

mcm ne guard nepal tu tau cara nk tgk hantu kene bogel?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 05:59 PM | Show all posts
perghh cemas gila baca cite tt nie.. berdebar laju je jantung aku.. serius seram. will never look at rumah2 berhala the same way again .
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 06:00 PM | Show all posts
tt pls sambung lagi cite2 yg ada dalam storage phone ko tu.. mesti ada yg dahsyat2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 06:08 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 5-1-2016 05:04 PM
mcm ne guard nepal tu tau cara nk tgk hantu kene bogel?

aku rasa dia sebenarnya nak tgk aku bogel. Hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 06:51 PM | Show all posts
thoyol replied at 5-1-2016 06:08 PM
aku rasa dia sebenarnya nak tgk aku bogel. Hahaha..

teringat kisah kwn laki aku india dia suka menurun nombor ekor..ada sekali tu dia kene kencing ngn bomoh ni kene bogel ngadap busut x slp aku sbb nnt akn ada kuar no something like dat..aku lupa laki aku cite..pastu kemain dia dh bogel rupanya bomoh tu kene kan dia amik baju dia buang n bomoh tu lari..duit pengeras dh kene rembat... dlm 600 tak silap aku
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rishi mana

Aku syak rishi ni spesis yg kacak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:32 PM | Show all posts
Best story TT.. Nakal plak tu makhluk mcm Mama/gollum tu ek.. Tp mmg seram ek terbayang kurus tinggi melengkung perut buncit rambut panjang gigi xde... Eeiiii...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 10:21 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:50 AM

Kisah 3 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Bahau, 1971

Bang Noor mengenang pengalaman sewaktu berumur 15 tahun membesar di Bahau, pekan kecil di Negeri Sembilan pada tahun 1971.

Selepas dropping out dari sekolah, Bang Noor ikut ayahnya berkerja dia kawasan pembalakan. Disebabkan kilang memproses balak terletak di dalam hutan, Bang Noor biasanya akan tinggal di rumah kotai (makeshift house) selama 4 hari seminggu.

Bang Noor cakap ternampak kelibat-kelibat lembaga berjalan dalam hutan waktu malam itu perkara biasa. Bila ditanya orang-orang disana, mereka biasanya akan cakap samada orang asli memburu atau adalah sapa-sapa yang cari port nak berak.

Memang logik pun orang-orang tu berak merata sebab mandur-mandur Cina suka letak bangkai-bangkai babi hutan yang diaorang buru dekat dengan jamban gali. Siapa selera nak berak dengan bau bangkai dan bau taik bermukim kat situ.

Tapi ada satu benda yang pembalak-pembalak kat situ takkan bagitahu Bang Noor...

"Mat Sentol"

Ayah Bang Noor cakap Mat Sentol adalah gelaran yang di beri kepada tetamu tak diundang yang kadang-kala singgah di kawasan pembalakan tersebut. Bila Bang Noor tanya kenapa nama dia Mat Sentol, ayahnya tak pernah bagitau. Cuma Bang Noor di warning supaya tidak sama sekali bertegur sapa dengan orang yang tidak pernah dilihat atau tak dikenali sepanjang dia disitu.

Satu hari Bang Noor ikut ayahnya ke dalam hutan untuk menggantikan beberapa pembalak yang terpaksa di bawa ke pekan kerana cirit-birit. Sewaktu di atas bukit, Bang Noor terdengar sayup-sayup suara orang menyanyi.

Salah seorang dari mereka cakap...

"Dia datang dah..."

Dan semua orang senyap. Dari jauh Bang Noor nampak ada orang main basikal di jalan tanah merah. Bang Noor pandang ayah dan macam tau-tau je yang Bang Noor nak tanya, ayah dia hanya geleng kepala, maksudnya jangan tanya.

Bang Noor cakap untuk masuk ke kawasan pembalakan tu kalau naik 4x4 pun ambil 5-6 jam dari entrance. Makanya agak mustahil nak kata ada orang berekreasi main basikal kat logging route, lagipun mana ada kampong kat area situ.

Orang berbasikal tu macam main basikal petang-petang kat taman. Siap putar-putar kat jalan tanah merah dengan menyanyi tak henti-henti. Aku tanya, nyanyi lagu apa bang? Bang Noor cakap lagu "pakai baju kancing lah suasa..."

Tak lama lepas tu orang tu hilang dari pandangan dan semua orang meneruskan kerja masing-masing. Bang Noor yang masih terpinga-pinga di tambahkan lagi ke keliruannya apabila semua orang macam dah biasa dengan keadaan itu. Apa yang membuatkan Bang Noor tensen, takda siapa yang nak cerita kat dia.

Dalam perjalanan pulang Bang Noor bisik sikit kat ayahnya...

"Bah, bah siapa orang tadi tu?"

"Berapa kali dah cakap tak payah tau..ko tanya-tanya lagi aku sekeh kepala ko!"

Dah kena gertak macam tu, Bang Noor senyap je lah. Tiba-tiba ayah sambar baju Bang Noor dan didekatkan ke tubuhnya.

"Jangan tengok! Jangan tengok!" Bisik ayah Bang Noor keras.

Bang Noor mengikut langkah ayahnya dengan cepat menuju ke rumah kotai. Sempat dia mencuri lihat dari ekor mata...

Kelihatan ada seorang lelaki berpakaian smart siap dengan bowtie, straw hat dan pakai spek hitam tengah posing baik punya atas basikal jepun.

Mukanya Bang Noor cakap mirip macam pelakon Mat Sentol. Ini lah kot yang orang sini kata Mat Sentol tu. Siapa dia ni? Bekas pekerja kat sini ke? Apasal semua macam anggap dia tak wujud? Dari mana dia datang? Bermacam-macam soalan bermain di minda Bang Noor.

Masih jelas di ingatan bagaimana Mat Sentol ni greet semua orang pakai nama. Semua orang dia kenal termasuklah ayah Bang Noor. Tapi apa yang membuatkan ayah Bang Noor mempercepatkan langkahnya apabila Mat Sentol berkata...

"Kop sapa tu sebelah ko? Anak ke? Kenalkan lah kat aku, jangan sombong..Kop...OoooOoo Kop"

Bang Noor di campak ke dalam rumah kotai dan tanpa berkata apa-apa, ayahnya menutup pintu dan kunci dari luar.

Dari rekahan dinding plywood, Bang Noor mengintai keluar. Dia nampak semua orang sedang berkumpul dan macam berbincang dengan Mat Sentol.

Tak jelas butirannya tapi Bang Noor dapat dengar suara Mat Sentol cakap...

"Korang takda bawa makanan sedap-sedap ke? Aku lapar lah. Dah berapa hari aku tak makan"

Mandur berketurunan Cina yang Bang Noor dah lupa namanya kata "ada, ada nanti aku kasi kau makan. Kau jangan kacau orang kat sini mau kerja..."

Bangkai-bangkai babi hutan yang kat tepi jamban di lempar depan Mat Sentol. Bang Noor sampai sumpah cakap kat aku yang dia nampak Mat Sentol melahap bangkai-bangkai tu macam binatang buas.

Yang paling pelik tu, semua orang kat situ tengok je tanpa berbuat apa-apa. Memang  hening habis lah.

Bila dah selesai, dengan berlumuran darah, Mat Sentol naik basikal dan meninggalkan kawasan rumah kotai tanpa berkata apa-apa. Semuanya kembali normal dan hari-hari mendatang ditempuhi macam biasa.

Bang Noor berkerja disitu sehingga berumur 17 tahun dan menurutnya Mat Sentol akan singgah di kawasan pembalakan setiap 3 bulan dan setiap kali dia datang, Bang Noor akan dikurung dalam rumah kotai.

Bang Noor berhijrah ke Seremban selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 1975 dan 2 tahun kemudian ke KL kerana mendapat pekerjaan di LLN.

Bang Noor masih pulang ke Bahau beberapa kali setahun dan setiap kali dia melewati kawasan pembalakan yang sekarang ni dah ada development, dia pasti tertanya...

Siapa sebenarnya Mat Sentol tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 12:28 AM | Show all posts
dammerung replied at 5-1-2016 10:21 PM
Seleksi Kisah Pendek Terpilih: Bahau, 1971

Bang Noor mengenang pengalaman sewaktu berumur 15 tahu ...

pergghhhh...

cerita yang terbaik. Penjelmaan makhluk yang mmg tak dikenalpasti.

Damn..


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 09:09 AM | Show all posts
Mat sentul tu puaka hutan kot.Tapi memang kreatiflah jin syaitan bab2 menyamar ni.Aku rasa itu memang teknologi/skill khas diorang.Siap dengan prop basikal,kereta bagai untuk mencantikkan penyamaran.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:04 AM | Show all posts
sian kt arwah mat sentul hantu setan menyerupai arwah...

misteri btl hantu tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:13 AM | Show all posts
ofis aku dkt sangat dengan bukit tunku. mmg kekadang terasa gak serammmm kalau balik time dah gelap. kol 6.00 ptg pun dah terasa keangkerannyer. kalo sorang mmg mohon ampun la aku nak lalu kawasan tu.

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Setia menunggu.....

Simple , padat , terasa keseraman tanpa perlu tulis meleret2..

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 6-1-2016 02:04 AM
sian kt arwah mat sentul hantu setan menyerupai arwah...

misteri btl hantu tu.....

Mat sentul dah arwah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 01:29 PM | Show all posts
terbaiklah....tergamam mama membacanya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mat sentol belum arwah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi hebatlah setan tu boleh bawa beskal siap semua org boleh nampak pulak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049220s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list